Iklan Leaderboard

Khamis, 13 September 2018

4 Elak cari pasangan toksik, psiko dan penting diri

Lumrah dalam hidup ini kita tak kira lelaki atau perempuan, mahu bercinta dan cari pasangan hidup. Walaupun mencari pasangan itu bukanlah mudah, lebih-lebih nak dapat pasangan yang benar-benar boleh memahami dan menerima diri kita, namun amat penting untuk kita elakkan dari memperoleh pasangan yang toksik dan pentingkan diri.


1. Pasangan toksik

Pasangan yang toksik ini ciri-cirinya banyak, antaranya berlagak seperti masih bujang, terlalu sensitif, bersikap sinikal, kuat berleter dan perli pasangan, kurang kasih sayang, tidak jujur, asyik membandingkan diri pasangan dengan orang lain, kuat mengungkit, cemburu buta, menyimpan dendam, pendam perasaan, kuat mengintip, ambil mudah, menceritakan masalah perhubungan kepada orang lain, kuat salahkan pasangan, kuat merungut, tidak menghargai pasangan dan sebagainya.

Baca semua perangai toksik ini di artikel ini - Perangai toksik yang boleh merosak perhubungan.

Kalau sebelum ada hubungan lagi kau dah nampak orang tu ada ciri-ciri perangai toksik ini, jangan cuba untuk jadikan pasangan. Kalau dah berpasangan baru nampak perangai toksiknya, cuba mintanya perbaiki atau jangan teruskan lagi hubungan tersebut.

2. Pasangan psiko

Biasanya yang menjadi mangsa kepada pasangan psiko ini adalah kaum perempuan. Kau susah nak nampak perangai psiko seorang lelaki atau perempuan sebelum kau bercinta dengan dia. Perangai tu hanya muncul hanya lepas kau dah berpasangan dengan dia.

Nak kenal ciri-ciri pasangan psiko ini senang je, iaitu apabila teman lelaki atau tunang kau belum apa-apa lagi belum ada ikatan pernikahan lagi dia dah kongkong dan kawal hidup kau sampai ke tahap yang tak masuk akal.

Contohnya teman lelaki atau tunang kau tak bagi kau keluar rumah, tak bagi kau kerja, kalau kerja pun tak bagi kau duduk sebelah lelaki lain, bila kau mesyuarat, naik bas atau keretapi dia suruh kau ambil gambar orang sebelah kau bagi kat dia untuk tunjuk bukti yang kau tak duduk sebelah lelaki, tak bagi kau nak keluar jalan walaupun dengan adik beradik sendiri, paksa kau bagi password akaun media sosial, tak boleh post apa-apa kat FB dan macam-macam lagi bentuk kongkongan.

Dan bila kau terlanggar sikit pantang larang dia, kau akan kena marah, abuse dan maki gila-gila. Mungkin kau tak kena dera secara fizikal tapi mental dan emosi kau memang kena dera gila babi.

Kalau kau ada pasangan psiko macam ni, selagi belum berkahwin, baik tinggalkan je dan putuskan terus segala perkaitan dan hubungan komunikasi dengan dia, sebab dia akan simpan dendam dan cuba buat benda bukan-bukan, fitnah sana sini, dedahkan keburukan kau pada orang lain dan sebagainya.

Tapi kalau kau sanggup kahwin dengan dia, lepas kahwin nanti apa-apa jadi memang dah susah dah kau nak tinggalkan dia, nak tak nak terpaksa hadap jugak pasangan kau yang psiko. Buat salah sikit kena maki, nak pergi rumah saudara pun tak bagi, adik beradik nak datang rumah pun tak boleh, tiap kali raya nak kena balik kampung dia dulu.

Sebab tu ada orang yang bila dapat bercerai dengan pasangan psiko dia, hidup dia rasa bahagia, aman dan tenteram habis, macam dah bebas dari neraka dunia.

3. Pasangan pentingkan diri

Salah satu tips penting untuk cari jodoh baik adalah cuba tengok orang itu ada sifat empati yang tinggi atau tidak dalam diri dia. Adakah dia itu seorang yang mementingkan diri, atau seorang yang mendahulukan orang lain yang lebih memerlukan dan tidak mengambil hak orang lain?

Nak tahu orang tu jenis pentingkan diri atau ada empati tu senang je. Tengok dia kalau naik kereta ada tak dia buang sampah ke luar, ambil tempat letak kereta OKU atau block kereta orang, tak nak keluar dari lif bagi keutamaan pada orang berkerusi roda naik lif, duduk kat kerusi khas warga tua/wanita mengandung/OKU, hisap rokok kat tempat awam, bila jalan jam dia potong ikut laluan kecemasan dan lain-lain lagi perbuatan dan sikap pentingkan diri yang kau boleh nilai sendiri.

Kalau kau dapat pasangan yang pentingkan diri, memang kau masak la. Sedangkan dengan orang lain pun dia dah tiada empati, apatah lagi dengan kau nanti. Kalau dia lelaki, apa-apa dia nak kau layan macam raja. Kalau perempuan, kau kena layan dia macam permaisuri. Tapi biasanya orang perempuan yang lebih ramai pentingkan diri berbanding lelaki.

Macam video tips acah-acah pikat hati wanita ni, bagi aku ini tips untuk pikat perempuan yang kurang empati dan pentingkan diri je. Kalau lelaki tu tak tunduk pada dia, dia akan cari lelaki lain. Orang yang baik takkan menyeksa emosi pasangan dia expect dia buat benda macam-macam semata-mata nak puaskan ego dia. Percayalah, lelaki akan lebih suka kalau perempuan tu tak banyal peel, tak berperangai rumit dan complicated.


Pasangan yang pentingkan diri ini akan jadi sangat mengada-ngada, semua benda nak kau ikut cakap dia, nak pasangan jadi manusia perfect, bila buat salah sikit nak kena pujuk tu sikit punya susah. Apa-apa hal dia je yang betul, dia akan buatkan kau rasa bersalah gila babi pada setiap masalah yang timbul, dan kau akan susah untuk bawak dia berbincang sebab apa-apa pun kau yang akan salah. Kadang-kadang benda yang kecil dan simple pun dia akan jadikan hal itu rumit dan complicated.

Malah apa-apa pun kena pertahan dan dahulukan dia dulu walaupun ada masa benda tu salah, seperti contoh pasangan kau buat salah pada seseorang, sepatutnya kau meminta maaf pada orang tersebut atas kesalahan yang dilakukan pasangan kau, tapi sebab pasangan kau jenis pentingkan diri dan tak mahu mengaku salah, nak tak nak kau terpaksa bergaduh dan bertekak dengan orang itu mempertahankan pasangan kau walaupun kau tahu pasangan kau yang salah.

Sikap pentingkan diri ni dari sudut fizikal kau tak rasa sakit, tapi ia sebenarnya satu bentuk penderaan psikologi juga pada pasangan. So kalau dapat elak, cuba elak dari cari pasangan hidup yang pentingkan diri, sebab bila kau dah ada dalam hubungan itu, susah dah nak keluar.

4. Pasangan berbeza ideologi

Yang terakhir, elakkan cari pasangan dengan orang yang sangat bertentangan dengan kau, terutama dari segi ideologi. Kalau kau sokong PH, jangan cari pasangan yang sokong BN. Kalau kau seorang yang kuat agama, jangan cari pasangan yang liberal. Kalau kau tak suka kaum LGBT, jangan cari pasangan yang menyokong LGBT. Kalau kau jenis yang maskulin, jangan cari pasangan yang feminist.

Serius, kalau kau bercinta dan berkahwin juga dengan dia, kau akan lebih banyak bergaduh, sebab kau dan dia akan mempunyai pandangan yang sangat berbeza terhadap sesuatu perkara. Kau takkan boleh terima cara dan pandangan dia, dia pun takkan boleh terima cara dan pandangan kau.

Tapi kalau kau dengan dia mempunyai ideologi yang sama walaupun mungkin berbeza dengan ideologi majoriti masyarakat setempat, macam kau dan dia dua-dua berpemikiran sekular dan liberal, kau go on je lah.


* * * * * * * * * *


Ada orang cakap nak cari jodoh jangan memilih sangat nanti tak laku, tapi bagi aku nak cari jodoh kena memilih, sebab nak cari jodoh bukan macam cari ikan kat pasar. Kita nak cari orang yang akan hidup bersama, tinggal bersama, makan bersama, lepak bersama, tidur bersama dengan kita sampailah tua.

Sebab tu jodoh ni kita kena pilih betul-betul. Kena kenal betul-betul perangai seseorang sebelum kita jadikan dia pasangan hidup semati kita. Silap pilih memang merana hiduplah. Sebab tu lebih baik kita kahwin lambat, atau tak kahwin langsung, dari kahwin dengan orang yang salah.

Baca juga artikel lain berkaitan kesedaran dan tips kebahagiaan rumahtangga dan memilih pasangan:


Artikel lain berkaitan perihal rumahtangga yang boleh dijadikan pengajaran:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags: elak pasangan jodoh pakwe makwe teman lelaki wanita perempuan couple kahwin suami isteri toksik, psiko pentingkan diri tiada empati

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Hanat

      Padam
  2. Hai jodoh..dimanalah kamu nii..😍😘👰💏💑💘💝

    BalasPadam
  3. pasangan hari2 mau....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...