Iklan Leaderboard

Isnin, 10 September 2018

3 Kesalahan orang Melayu yang perlu diperbetulkan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sempena ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.

Dr Mahathir berpendapat, setiap orang Melayu perlu berani mengaku kesalahan untuk melangkah ke hadapan dan memperbetul kesilapan supaya mendapat nikmat oleh Allah SWT.


Berikut kesalahan orang Melayu yang disenaraikan oleh Pengerusi BERSATU yang juga penulis Dilema Melayu itu:

PERLU RAJIN

1. Orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain
2. Orang Melayu tidak ambil berat tanggungjawab
3. Orang Melayu kurang meneliti sebelum buat keputusan dan bertindak
4. Orang Melayu kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk buat keputusan
5. Orang Melayu lebih suka serah kerja kepada orang lain
6. Orang Melayu cepat menuntut hak. Mahu gaji tinggi tetapi kerap bawa M.C. apabila tidak hadir bekerja
"Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari ini kita dapati ramai orang asing datang bekerja di negara kita. Kenapa? Kerana kita tidak sanggup bekerja. Pergilah ke tempat kerja dan kita tidak akan bertemu dengan pekerja kita.Ya, memang kerja itu berat. Mungkin kotor dan berbahaya. Kita cuma cari kerja yang ringan, dikilang berhawa dingin. Tetapi disitu pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah” - Tun Dr Mahathir Mohamad

BERAMANAH

7. Orang Melayu mudah memungkiri janji
8. Orang Melayu tidak segan untuk mengambil barangan atau duit yang bukan milik kita
9. Orang Melayu berat membayar balik hutang
"Walau apapun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka bagi pinjaman kepada kita. Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank. Janganlah aniaya kita kerana orang lain yang lokek. Tetapi kita sudah terkenal sebagai bangsa yang lokek. Maka terpalitlah juga kita kerana bangsa kita tidak dipercayai” - Tun Dr Mahathir Mohamad

BERPERASAAN MALU

10. Orang Melayu tidak ada rasa malu kalau tidak bayar hutang
11. Orang Melayu tidak ada rasa malu dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak beramanah
12. Orang Melayu tidak ada rasa malu sekiranya gagal menjayakan tugas
13. Orang Melayu tidak peduli kualiti sesuatu produk dihasilkan
"Budaya, nilai hidup, sifat yang baik dikatakan baik kerana ia baik bagi kita. Kita akan berjaya jika kita miliki dan amal nilai-nilai yang baik. Terdapat banyak nilai hidup yang baik. Tetapi saya sebut disini hanya tiga sahaja. Iaitu rajin, beramanah dan berperasaan malu. Dengan tiga ini sahaja pun kita boleh berjaya, kita boleh bersaing dengan orang lain dan menang dalam persaingan kita. Cubalah.” - Tun Dr Mahathir Mohamad

Sumber Astro Awani.

* * * * * * * * * *

Tun Mahathir memang seorang pemimpin yang sangat kritis pada kaum Melayu sejak dulu lagi. Tak ramai pemimpin yang berani menyatakan kelemahan kaumnya sendiri.

Walaupun aku yakin tak semua orang Melayu ada sikap buruk ini dan ada juga pada kaum lain, tapi sikap-sikap ini memang biasa kita jumpa di kalangan orang Melayu.

Malah aku percaya ramai antara kita yang pernah terjumpa dan terkena dengan orang Melayu yang ada sikap ini, atau kita sendiri yang melakukannya, terutama bab kurang bertanggungjawab, serah kerja pada orang lain, mudah mungkir janji, berat bayar hutang, tidak peduli kualiti dan sebagainya.

Cuma bab sijil sakit (MC) tu, kalau tipu beli MC memang tak patut, tapi kalau pergi klinik memang dah sakit tu, ambil je lah MC, dan doktor pun bagi jelah MC. Kalau sakit tu duduk je la rumah berehat, kalau datang pejabat tu pun mesti tak produktif jugak, lepas tu bawa penyakit datang pejabat jangkit kat orang lain pulak.





P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.



tags: kesalahan kelemahan orang melayu perlu diperbetulkan tun mahathir sikap mengaku salah

3 ulasan:

  1. Orang Melayu yg ada semua perangai negatif yg tersenarai di atas ni jenis yg kuat beranak je. Produktivitinya kurang, reproduktivitinya saja yg tinggi. Banyak ambil cuti bersalin, banyak telan gaji free, kerap lambak kerja pada staf lain. Staf lain penat buat kerja lebih tahap nak mati. Kerajaan perlu kaji hal ni.

    BalasPadam
  2. Itu semua rahsia umum.. Aku rasa, Tun teringin nak tulis lebih lagi. Tapi tu la.. Boleh butthurt gila pulop Meleis nanti.. Ni aku boleh tambah ja:

    1. Melayu mmg kuat berbohong dan menipu. Jgnkan kata org awam biasa, tok² imam pun 2x5 ja.
    2.Tidak boleh dipercayai. Ini badak afrika dan babi pun tahu.
    3. Berkira nak mampos walau sepuluh sen sekalipun. Hinggakan suruh customer datang bayar besok. Jangankan nak bayar hutang, nak bagi duit lebih beli kuey 20 sen pun, terhegeh² cari duit baki lambat nak mampos punya kira.
    4. Mulutnya manis di depan. Kat belakang, mulut longkang cibai nak mampos.
    5. Lemah matematik dan english. Ini bahasa bisnes dan bahasa ilmu masakini. Yg lebihnya, sibuk hapal kpop.
    6. Bagi buku ilmiah, 2 minit ja dia baca, boleh berasap juboq hang tau. Kalo boleh baca 2 mukasurat, alamatnya boleh meninggal trus.
    7. Bila gebang, nabi Muhammad dan 312 rasul lain pun boleh bangun dari kubur lalu nangis teresak² 3 minggu airmata boleh jadi kolam. Bukannya nabi yg dakwahkan kita, tapi kita yg dakwahkan rasul² tu pulop. Kahkahkah..

    Rasa nak tambah sambung lagi. Cukuplah 7 ni pun, dah berasap pungkoq dah tu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...