Iklan Leaderboard

Selasa, 18 September 2018

7 Manusia nampak lebih bijak ketika tiada kuasa

Dua hari yang lepas kita menyambut Hari Malaysia yang pertama di bawah kerajaan baru. Walaupun banyak suara-suara tak puas hati dengan kerajaan baru lebih-lebih lagi dengan beberapa pendekatan yang diambil serta kegagalan kerajaan untuk menunaikan kebanyakan manifesto 100 harinya, namun perubahan ini tetap perlu dan sedikit sebanyak telah mengubah lanskap dan budaya politik Malaysia.

Satu perubahan positif yang aku perasan selepas ahli politik kerajaan lama menjadi pembangkang adalah ada di antaranya yang dulu nampak kurang bijak, malas dan tak proaktif, kini nampak lebih bijak, rajin dan agresif.


Ambil bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu DS Najib Razak contohnya. Kalau sebelum ini banyak benda dia tak menjelaskan perkara sebenar, jarang berkongsi pandangan dan kritikan membina secara terbuka di media sosial tentang isu semasa, kini beliau sudah rajin menulis di akaun media sosialnya untuk memberi penjelasan secara ilmiah, membuat kritikan, memberi ulasan pada isu-isu semasa berkaitan kerajaan dan negara berserta analisa, dokumen, fakta dan statistik.


Begitu juga pemimpin dan ahli politik kerajaan lama yang lain. Ada yang sudah berubah dari seorang yang sering memberi kenyataan merepek, pak lawak, kurang ajar, angkuh, samseng dan sebagainya, kini memberi kritikan dan pandangan yang lebih bernas, bercakap secara baik, tidak lagi samseng, angkuh dan sebagainya.

Dalam waktu yang sama, terdapat pemimpin dan ahli politik pembangkang lama yang sebelum ini nampak bijak, lantang bersuara, rajin menulis di media sosial, banyak bagi idea, pandangan dan kritikan membina, kini setelah berada di pihak kerajaan terus hilang semua benda tu.

Dia sudah tidak lagi rajin nak bagi kenyataan dan penjelasan yang bagus, pandangan, kritikan dan idea, akaun media sosialnya tidak lagi kelihatan ilmiah seperti sebelum ini. Bukan itu sahaja, dia kini sudah jadi lebih angkuh, bagi alasan merapu, tak mahu dengar cakap orang, merasa dia sahajalah yang betul dan sebagainya. Malah dia kini kelihatan sama pula seperti orang yang pernah dia hentam pada suatu ketika dulu.

Kan bagus kalau para pemimpin dan ahli politik yang ada kuasa hari ini mengekalkan sikap dan mentaliti mereka ketika belum ada kuasa lagi.

Mungkin lumrah manusia nampak bijak bila tiada kuasa, tapi mudah untuk jadi bodoh bila sudah ada kuasa, bak kata pepatah, kuasa itu membutakan. Kuasa itu membutakan mata, hati dan akal fikiran. Tak semua, tapi biasanyalah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags: manusia orang pemimpin ahli politik nampak lebih bijak pandai ketika tiada kuasa jadi berubah bebal bodoh

7 ulasan:

  1. Ok..😆😆🤗

    BalasPadam
  2. Salam, jemputlah join contest di blog saya ya =)

    http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Hanat

      Padam
    2. Royi kepala bapak ko. Hanat

      Padam
  4. Lol noob.. Ko ada baca tak buku Frank Sweetenham dulu.. Malay Sketches dan Real Malay..

    115 tahun dulu dah Mat Saleh dah cakap pola² pemikiran Melayu.. Maaf cakap la.. Aku rasa 500,000 - 1 juta tahun lagi pun, kita tetap takkan berubah. Sebilangan kecil ttp menjaga integritinya.

    Bila Melayu ada berkuasa = otak jadi lembam dan bodoh.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...