Iklan Leaderboard

Selasa, 20 November 2018

4 Cadangan penyelesaian isu pemandu Teksi VS Grab

Isu ini mungkin dah lama namun ia sentiasa menjadi bualan ramai sehingga hari ini iaitu isu Grab VS Teksi. Sejak perkhidmatan e-hailing bertapak di Malaysia seperti Grab, Uber (kini sudah tiada di Malaysia), MyCar, Riding Pink, Dacsee dan sebagainya, ia sering menjadi sasaran kemarahan pemandu teksi yang rata-rata membantah perkhidmatan tersebut kerana dikatakan telah mengganggu dan menggugat periuk nasi mereka.

Syarikat teksi dan pemandu teksi pernah meminta kerajaan agar menyekat perkhidmatan e-hailing seperti Grab di Malaysia, malah pernah membuat mogok, protes dan demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya dan lapangan terbang KLIA pada bulan lepas kerana membantah rancangan kerajaan untuk menjadikan Grab sebagai kenderaan di stesen MRT.


Bukat setakat itu, ada pula geng pemandu teksi yang tunjuk perangai samseng marah penumpang dan pemandu grab, halang mereka ambil penumpang, rosakkan kereta mereka dan sebagainya. Aku tak tahu logik akal mana dia guna. Adakah dia ingat orang akan lebih suka guna teksi kot lepas dia mereka paksa dan lakukan segala keganasan dan kekasaran tu?

Tapi tulah, nak salahkan pemandu teksi semata-mata pun tak boleh sebab mereka dah lama cari makan dengan memandu teksi, pasti akan terasa apabila ada pihak lain yang boleh menawarkan perkhidmatan yang sama seperti teksi tanpa melalui pelbagai syarat dan protokol yang sama seperti mereka.

Nak salahkan pemandu Grab pun tak boleh juga. Mereka pun cuma nak cari makan sama seperti pemandu teksi juga. Bezanya mereka guna kereta sendiri dan guna aplikasi Grab untuk dapatkan pelanggan. Lagipun dunia sentiasa berubah. Kau tak boleh menahan gelombang teknologi seperti Grab, seperti mana kamera filem Kodak tidak mampu menahan era kamera digital, dan telefon Nokia tidak mampu bersaing dalam arus telefon pintar.

Maka dengan itu pihak kerajaanlah yang patut mengawal perkhidmatan pengangkutan awam ini agar kedua-dua pihak dalam situasi menang-menang. Mungkin boleh longgarkan sedikit syarat untuk teksi dan ketatkan sikit syarat bagi Grab agar mereka semua bersaing dalam lapangan yang sama.

Cuma akhirnya tiada siapa yang boleh salahkan pelanggan kalau mereka lebih memilih Grab berbanding teksi, kerana itu hak pelanggan. Kita tak boleh paksa pelanggan nak guna teksi ke, Grab ke, bas ke, keretapi ke, LRT ke, itu memang hak mereka.

Tapi kalau kita lihat balik, apa sebenarnya punca ramai orang lebih memilih Grab berbanding teksi?

Berikut adalah antara 7 punca kenapa orang memilih Grab berbanding teksi seperti yang terkandung dalam artikel blog PanduLaju:

1.HARGA BERPATUTAN

Sepanjang menggunakan teksi, pernah beberapa kali spemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak. Jika harga lebih RM1 hingga RM2 tak apa, ini lebih RM10 daripada harga biasa.

Berbanding GrabCar/Uber, caj tambang tidak boleh ditipu kerana menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan.

2. BERSIH DAN SELESA

Kenderaan digunakan Grab Car atau Uber lebih selesa dan bersih memandangkan syarikat aplikasi itu menetapkan tahun kenderaan tidak boleh melebihi lima tahun. Manakala teksi pula masih kekal dengan Proton Saga lama.

3. MUDAH

Kini semua dihujung jari. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan di aplikasi.

4. PROMOSI

Kadang-kala GrabCar/Uber akan menawarkan promosi menarik buat pelanggan. Sebagai contohnya GrabCar menawarkan tambah serendah RM1 bagi 5km pertama. Teksi? Jika yang bawa adalah bapa anda, mungkin boleh dapat percuma!

5. TIDAK PERNAH MENOLAK

Pemandu Grab Car atau Uber tidak boleh memilih pelanggan. Mereka perlu hantar ke destinasi ditetapkan. Berlainan pula dengan teksi, mereka boleh 'menolak' permintaan anda dan boleh menurunkan pelanggan di simpang jalan masuk ke rumah kalau rasa malas meredah kesesakan lalu lintas. Sabar je la.

6. TIADA CAJ TAMBAHAN

Umum ketahui, teksi akan mengenakan caj tambahan sebanyak 50 peratus bermula 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Tetapi GrabCar/Uber tidak mengenakan caj tambahan untuk tempoh masa sama.

7. INISIATIF

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak pergi ke tempat yang ditujui, kebiasaannya pemandu GrabCar/Uber akan menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk membawa anda. Tetapi, jarang sekali kita melihat pemandu teksi mempunyai inisiatif sebegitu. Kebanyakkan mereka akan menolak dan menyuruh anda mengambil teksi lain.

* * * * * * * * * *

Maka apa yang aku boleh simpulkan di atas adalah, masyarakat zaman sekarang mahukan kepantasan, keselesaan, layanan baik dan kualiti perkhidmatan. Semua benda tu boleh diperolehi dari Grab tetapi tidak oleh teksi. Tapi apa rahsianya Grab boleh tawarkan semua benda tu tapi teksi tidak?

Rahsianya adalah penggunaan aplikasi mobile dan juga kebolehupayaan pelanggan memberi markah (rating) dan maklumbalas (feedback) kepada pemandu Grab selepas mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.

Jika rating pemandu tinggi, mereka boleh dapat ganjaran dari Grab. Jika rating pemandu rendah, kadar untuk mendapatkan penumpang akan menjadi rendah dan berkemungkinan akan ditamatkan perkhidmatan sebagai pemandu Grab jika rating terlalu teruk.

Sebab itu...

Sebab itu pemandu Grab akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya. Mengalu-alukan penumpang dengan ucapan selamat, bukakan pintu, tolong angkat beg, sentiasa senyum, menjaga kebersihan kereta, tidak merokok dalam kereta, hantar penumpang betul-betul depan pintu, semuanya sebab nak pastikan pelannggan memberikan rating yang baik kepada mereka.

Samalah dengan pelbagai perkhidmatan jual beli di talian seperi Lelong, Shopee, Lazada dan sebagainya. Penjual perlu memberikan perkhidmatan yang baik agar pembeli memberikan rating yang baik kepada mereka. Mereka tahu rating yang buruk boleh menjejaskan reputasi mereka dan membuatkan jualan mereka kurang, malah silap haribulan akaun jualan mereka boleh kena ban.

Aku percaya kalau Grab atau apa-apa perkhidmatan perniagaan secara online tak memberikan pengguna pilihan untuk memberi rating atau komen kepada pemandu atau penjual, aku percaya tak ramai pun yang mahu bagi perkhidmatan yang baik. Silap haribulan penuh dengan penipu dan scammer je.

SOLUSI KEPADA PEMANDU TEKSI

Maka idea penyelesaian atau solusi yang aku boleh cadangkan kepada perkhidmatan teksi agar ramai orang kembali memilih semula perkhidmatan teksi mereka, adalah dengan mereka menggunakan aplikasi mobile seperti Grab juga, serta membolehkan penumpang memberi rating dan maklumbalas kepada mereka.

Sekarang ni kalau teksi kotor, pemandu bagi layanan buruk, hisap rokok, caj mahal, menipu meter dan sebagainya, penumpang takde cara untuk memberi rating kepada mereka. Paling tidak pun kena buat laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang mana prosesnya merenyahkan, menyebabkan orang malas nak buat laporan.

Kalau ada laporan pun, entah bila pemandu tersebut akan diambil tindakan. Akhirnya sampai ke sudah sikap tipikal pemandu teksi ini tidak akan berubah. Dan mereka akan terus protes, mogok dan berdemo mahu Grab dan semua perkhidmatan e-hailing dihapus. Mereka tetap akan terus menyalahkan pihak lain atas kelemahan mereka sendiri, dan isu ini tidak akan berkesudahan.


Cuba kalau pelanggan boleh bagi rating dan maklumbalas kepada pemandu teksi kat aplikasi macam Grab, aku percaya pemandu teksi pun akan berubah. Mereka pun akan melayan penumpang dengan baik, sentiasa senyum, tidak berkasar, cakap dengan lembut, hormat penumpang, bersihkan kereta, tidak merokok dan sebagainya.

Sebab apa?

Sebab dia tahu kalau orang bagi rating teruk akan menjejaskan periuk nasi mereka, malah mungkin boleh didenda dan dihukum tidak dibenarkan lagi membawa teksi. Lalu siapa yang berani nak jadi samseng?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: isu pemandu teksi grab solusi penyelesaian gaduh mogok klia mof kementerian kewangan protes demo boikot pukul halang sekat

4 ulasan:

  1. Terserahh pada diri sendiri..mana yg terbaikk kita guna..xde paksaan pun..🚖🚕🚆🚍🚌🚅🚄🚘🚗🛳🚤🛬🛫🛩🚢

    BalasPadam
  2. Rasanya tambang Grab di Kelantan ni mahal gak.

    BalasPadam
  3. Betulla tu, penerangan yang simple. Naik Grab lebih mudah. InsyaAllah memang confirm pick up berbanding tunggu teksi yang mungkin tak kunjung tiba.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...