Memaparkan catatan dengan label Hoax. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hoax. Papar semua catatan

Khamis, 8 November 2018

5 Gunakan kentang untuk menggantikan bateri

Tahukah anda, kentang boleh menghasilkan tenaga elektrik dan boleh dijadikan bateri? Kalau tengok kat Youtube, ramai orang telah menghasilkan video eksperimen tentang bateri kentang boleh menyalakan lampu, malah

Persoalannya betul ke boleh kentang boleh hasilkan tenaga elektrik?

Betul ke kentang boleh menyalakan mentol lampu?



Isnin, 22 Ogos 2016

8 Surat rekaan peminat obses yang sweet sangat

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan semua atlet negara yang telah menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama Malaysia di pentas Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Semoga mereka semua dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda yang akan menjadi pelapis kepada mereka dan dapat mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang.



Selasa, 14 Jun 2016

5 Cara terbaik untuk menyebarkan berita khabar angin

Hari tu Felixia Yeap. Lepas tu Stacy. Kali ni Acapan. Ya, aku faham kita suka apabila ada orang bukan Islam mendekati dan memeluk agama Islam, namun kita kena la jadi muslim yang bijak, yang tahu menghormati privasi orang lain, yang memastikan suatu info itu tepat dan sahih baru kongsikan. Ini tidak, asal dapat info kat Whatsapp, kat FB, yang tidak disertakan sumber yang sahih, yang info masih lagi di level khabar angin, main sebar je tanpa berfikir panjang.

Seperti juga dengan berita kematian, dah berapa ramai dah orang mati hidup balik sebab ramai sangat kongsikan berita tak betul cakap orang itu dah meninggal sedangkan dia masih hidup. Itu belum dikira lagi dengan orang yang mereka-reka cerita fiksyen tapi dikatakan kisah benar konon atas nama nak berdakwah atau nak memberi pengajaran.



Rabu, 24 Jun 2015

6 Asal pakai jubah dan serban bermakna masuk Islam?

Pada mula2 channel Sinar TV yang dimiliki akhbar Sinar Harian di Youtube memuatkan berita kononnya salah seorang aktor Fast & Furious iaitu Tyrese Gibson telah memeluk agama Islam dengan menulis:
Sejak kebelakangan ini, ramai artis Hollywood memilih untuk memeluk Islam dan terbaharu, aktor Fast & Furious, Tyrese Gibson juga melakukan perkara sama.

Hal itu didedahkan menerusi Instagram Gibson, baru-baru ini.