Selasa, 9 April 2019

2 Parkir rumah flat bukan milik bapa sesiapa

Lagi beberapa bulan kita nak masuk tahun 2020. Tahun yang sepatutnya negara kita telah mencapai Wawasan 2020 dengan pelbagai kemajuan infrastruktur serta mentaliti kelas pertama. Malangnya, mentaliti kita masih tertinggal 30 tahun di belakang. Kita masih lagi kurang sifat empati dan masih banyak lagi sikap pentingkan diri. Tengok sahaja di rumah-rumah flat, apartment dan teres, masih banyak orang ingat tempat letak kereta awam di kawasan perumahan macam bapak mereka yang punya.

Mereka ingat mereka beli kondominium beli rumah dapat lot parking sekali. Mereka tak faham ke rumah flat ini statusnya srata. Tiada kawasan tanah yang boleh dimiliki mana-mana penghuni. Kalau kawasan rumah tu 850 ft, maka 850 ft jelah yang dia miliki. Malah kalau rumah bawah ada tempat letak kereta depan rumah sekalipun, dia tak boleh klaim parking depan rumah tu hak dia.


Tempat letak kereta rumah flat ni parking awam, untuk semua. Tiada lebih tiada kurang. Orang dah duduk lama ke, orang baru duduk ke, sama sahaja, parking itu tetap tiada hak sesiapa pun. Jadi takde siapa-siapa berhak cop atau book parking letak kon, kerusi, pasu bunga, botol, tong sampah dan lain-lain sampah.











Tak cukup pakai sampah, yang book pakai motor pun ada. Padahal boleh je letak motor kat tempat parking motor.


Bila orang lain alih sampah dia dan letak kereta kat situ, dia bagi notis cakap kita pula bodoh sebab ambil parking dia. Ada yang lebih sampah dia pergi simbah cat, calar dan pancit tayar kereta kita.



Yang halang kereta orang buat double park ni tak tau dah nak cakap apa. Dah la tak turun handbrake, tak tinggal nombor telefon sampai menyusahkan orang lain pula. Ini memang betul-betul sampah punya mentaliti.


Ada pula siap berniaga kat tempat letak kereta. Sudahlah parking tu terhad, dia pergi buka bengkel, gerai char kuay teow, kedai burger dan macam-macam lagi. Bila penguasa datang sita kedai mereka, cakap majlis perbandaran nak jatuhkan perniagaan orang Melayu. Mungkinlah otak mereka tertinggal kat longkang atau jamban.


Yang duduk rumah teres pun ada yang boleh tahan sampahnya. Depan rumah sendiri tak nak parking, dia pergi parking depan rumah orang lain. Dia tak sedar ke hidup dia dah menyusahkan jiran lain?



Kita punya perangai ni, punyalah bangang sampai orang lain yang terpaksa uruskan hal-hal mudah macam ni. Tapi tulah, bila majlis perbandaran buat operasi, sedar lah seminggu dua lepas tu buat balik perangai sama.


 

Inilah malangnya bila kita ini bukan sahaja suka buat sampah, malah otak juga sampah. Aku tak yakin lagi 50 tahun pun kita akan berubah. Aku tak yakin.

Tapi kalau jumpa lagi kes macam ni, boleh laporkan kepada pihak berkuasa seperti info berikut:

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 👇👇👇

SHARE UTK SIMPANAN

INFO:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. Tel: 03-8886 6412.

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: rumah flat apartment kondominium teres booking book chop cop parking park tempat letak kereta double tahan halang blok rumah orang lain buka gerai jaja penjaja berniaga sampah masyarakat

2 ulasan:

  1. kereta buruk, rosak amik kaw. parking... aduhhh dah laa parking limited tambah pulak sampah ni

    BalasPadam
  2. Double parking paling menyampah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...