Rabu, 5 April 2017

7 Berpaling dan melihat ke arah yang lain

ARAH YANG LAIN

Aku mahu bantu kamu
tetapi aku tidak tahu bagaimana

Aku hendak menenangkan kamu
tetapi aku tidak mampu bersuara


Aku ada banyak ketakutan
tentang penolakan

Aku ada banyak kenangan
yang menyakitkan

Aku sentiasa rasa malu
dengan orang lain

Aku ada banyak keraguan
tentang motif dan niatku

Aku ada banyak kebimbangan
tentang ketamakkan diriku

Aku sering menyakiti perasaan
orang yang aku sayang

Jadi aku hanya berpaling
dan melihat ke arah yang lain


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: i want to help you but i don't know how i want to soothe you but i can't speak out i have many fears about rejection i have many memories of pain
i have always been a little shy so i'll turn and look the other way ke arah cara jalan yang lain


7 ulasan:

  1. Ok...👾👾👄👄👄👣👃👂👀💪💀💅👻👹👺👽👾💇💆💃👼🎅👸👰👍👎👌✊✌👋👉👈👇👆👊✋

    BalasPadam
  2. normal la tu, kita insan yang lemah, banyak kekurangan, sama-sama la berusaha ke arah lebih baik, :)

    BalasPadam
  3. Macam dapat relate dengan diri sendiri je yang ni. huhu. Tapi tu lah bukan mudah nak bantu orang. Kadang2 mendengar saja tak cukup. Tapi itu lah yang terbaik. At least dapat kurangkan beban di bahu . :)

    BalasPadam
  4. Mahu membantu tetapi buntu
    Mahu menenangkan tetapi bisu
    Mahu jadi hantu dan berdiri sahaja disitu?
    Mahu jadi batu disepak lalu?
    Bangunlah.
    Kau bukan hanya lambaian bayu
    Sepoi-sepoi membisik ditelingaku.
    Bangkitlah
    Kau bukan mayat yang busuk mereput ditanah
    Kau manusia hebat yang dicipta sempurna
    Tiada cela.

    Manusia itu haloba
    Manusia itu senantiasa berfikiran tentang niat dan dusta

    Jalan kehidupan itu kau harus tempuhi
    Bangun dan berevolusi
    Kau manusia bukan cimpanzi
    Anatomi metacarpal kau sempurna
    Bantulah yang memerlu
    Berilah sekadar mampu

    Berhenti menjadi pessimist
    Keluar dari reban itu
    Jadilah manusia baru.


    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.