Rabu, 6 November 2019

1 Basikal lajak tidak perlu wujud atas jalan raya

1. Kes tragedi basikal lajak 2 tahun lepas baru melabuhkan tirainya minggu lepas, apabila tertuduh dibebaskan dari tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

2. Ramai yang dapat menerima keputusan itu, namun ramai juga yang tidak bersetuju. Ada juga yang mengaitkannya dengan politik dan isu perkauman. Aku sendiri nak kata setuju atau tidak, mahkamah dah buat keputusan, jadi suka atau tidak kita perlu hormat keputusan mahkamah.


3. Waktu tragedi tersebut berlaku 2 tahun lepas, aku pernah tulis pasal isu ni di artikel ini - "Tragedi maut basikal lajak harus jadi iktibar". Masa tu aku tidaklah mempertahankan pemandu tersebut, dan aku juga tidaklah mempertahankan budak-budak basikal lajak. Cuma pendirian aku mudah, budak-budak bawah umur tak wajar ada kat atas jalan raya besar/lebuh raya tengah-tengah pagi buta.


4. Budak-budak main basikal lajak atas jalan raya besar jam 3 pagi adalah benda yang di luar kebiasaan, benda yang kita tak boleh jangka. Sama macam ada tayar lori pecah, lembu melintas, lubang besar lepas, pokok tumbang lepas selekoh, mat rempit berlumba cilok mencilok sambil buat superman, benda-benda tu semua benda luar kebiasaan, luar jangkaan.

5. Benda yang luar kebiasaan dan jangkaan ini, boleh menyebabkan kita mudah terkejut, mudah hilang kawalan dan tindak balas refleks kita gagal berfungsi seperti biasa. Sebab itu akhirnya orang tak sempat elak terlanggar juga tayar lori pecah, lembu, lubang, pokok tumbang dan sebagainya.

6. Oleh itu ambillah iktibar dari kes ini terutama ibu bapa. Nak bagi anak main basikal lajak ke, buat tarian raver ke, bola sepak ke, apa-apa jelah, biarlah dalam waktu dan persekitaran yang selamat, sebab kanak-kanak bawah umur ni masih di bawah tanggungjawab ibu bapa.

7. Cuma itulah, nak tegur mak bapak lebih-lebih karang, nanti diorang cakap takde anak lagi boleh lah cakap, tak duduk kat tempat dia boleh lah cakap. Tapi yang pelik orang lain ada anak jugak, ramai je yang boleh kawal anak, ramai je yang anak diorang perangai elok, ramai je yang tak main basikal lajak tengah malam atas jalan raya.

8. Jangan kata basikal lajak, kalau ada budak kecik main bola kat tepi jalan raya besar, lepas tu tersepak bola atas jalan, tiba-tiba pemandu lori jadi terkejut dan panik, hilang kawalan lalu terlanggar budak tu, siapa yang salah? Jalan raya adalah tempat untuk kenderaan, bukan tempat untuk bermain.

9. Jadi aku amat bersetuju apabila pihak berkuasa berkata ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM20,000 atau penjara.

10. Kita nak bawak motor, kereta pun perlu patuh kepada macam-macam undang-undang jalan raya, takkan lah budak-budak kecil bawa basikal lajak atas jalan raya tanpa pengawasan dan ciri-ciri keselamatan boleh tak kena apa-apa? Tak logik.

11. Bagi aku boleh je nak bagi budak-budak tu main basikal lajak, tapi tapi jangan main kat jalanraya utama atau lebuhraya. Basikal pula wajib ada brek, kena pakai helmet, lampu balik cahaya dan sebagainya. Main pula waktu siang je tak boleh waktu malam. Nak main waktu malam kena ada kebenaran pihak berkuasa, kena ada marshall follow dan pantau, kena pakai jaket keselamatan waktu malam dan sebagainya.

12. Ada NGO berpendapat tak perlu haramkan basikal lajak dan menyarankan kerajaan sediakan litar untuk aktiviti basikal lajak. Kenapa la idea lebih kurang sama je macam zaman mat rempit dulu, jangan haramkan aktiviti mat rempit tapi suruh kerajaan sediakan litar untuk mat rempit.

13. Ini semua kapitalis nak ambil kesempatan sebab mereka tahu basikal lajak tengah popular di kalangan budak-budak dan benda tu boleh mendatangkan keuntungan, jadi mereka sokong dan galakkan budak-budak main benda tu. Macam vape lah, mereka tahu budak-budak tak patut hisap vape tapi diorang apa peduli, jual juga vape kat budak-budak sekolah, janji diorang dapat duit.

14. Cuma itulah, beria-ia nak galakkan budak main basikal lajak, ada ke pertandingan antarabangsa basikal lajak? Kalau takde buang masa je. Siapa lah orang pertama yang cipta basikal lajak ni bagi budak-budak main. Baiklah galakkan diorang main basikal sebenar, mountain bike ke, BMX ke, basikal trek ke, sekurang-kurangnya boleh la jugak pergi jauh masuk kejohanan sukan tempatan atau antarabangsa. Tak pun baiklah suruh main Beyblade je. Beyblade pun ada kejohanana dunia apa.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kemalangan tragedi basikal lajak fly jb kena langgar lebuhraya meninggal johor bahru kereta maut video lumba keputusan mahkamah 

1 ulasan:

  1. Basikal lajak ni, budak-budak pelapis kepada mat rempit, Seeloknya, masukkan bebudak ni dalam pusat pemulihan akhlak ataupun sekolah henry gurney! sebelum sam ke ting, terlanggar bebudak ni, aku dulu sebelumnya nyaris terlanggar kumpulan bebudak ni.
    Cuma bezanya diarong bawa jam 3.20 pagi. aku pulak bawa kereta time tu pukul 8.00 malam. Masa sam ke ting drive, jalan dah tak sibuk, so bebudak tu "bertebaran " atas jalan, sebab tu semua kena "sapu".

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.