Rabu, 13 November 2019

0 Budaya minta tolong orang lain buatkan kerja kita

1. Biasanya kalau nak minta kerja kerajaan, pemohon kena ambil ujian online dulu sebelum ke peringkat seterusnya atau dipanggil temuduga.

2. Peperiksaan online ini biasanya hal yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon seperti peperiksaan matematik, bahasa inggeris, psikometrik dan sebagainya.

3. Tujuan ujian-ujian ini adalah untuk menapis pemohon yang betul-betul sesuai dan berkelayakan untuk jawatan tersebut.

4. Malangnya, ada yang tidak jujur dengan meminta orang lain menjawabkan peperiksaan online tersebut bagi pihaknya. Jadi apabila pemohon tersebut dapat ke peringkat seterusnya, dia sebenarnya tidak layak kerana keputusan ujian tersebut bukanlah hasil titik peluhnya sendiri sebaliknya orang lain.


5. Kita sebenarnya dah terlalu biasa hidup dengan penipuan, apabila benda yang SEPATUTNYA kita buat, kita minta orang lain buatkan bagi pihak kita.

6. Contohnya tugasan dan juga projek di universiti, berapa ramai yang meniru tugasan orang lain, meminta awek atau pakwe tolong buatkan tugasan, atau upah orang lain buat projek akhir tahun.

7. Dari pengalaman aku sendiri masa belajar jurusan sains komputer kat universiti, ramai yang menipu copy paste tugasan orang lain, malah ada yang upah freelance untuk tolong buatkan projek akhir tahun mereka.

8. Jurusan sains komputer atau IT ini antara lubuk penipuan sebab tugasan banyak guna komputer jadi mudah nak copy paste, serta ramai freelance IT yang sanggup ambil upah tolong buatkan projek budak universiti.

9. Itu yang bila masuk alam pekerjaan, satu haram apa tak tahu sebab kat universiti orang lain yang tolong buatkan kerja. Yang dia tahu cuma baca dan hafal buku, lepas tu dapatlah markah tinggi dalam peperiksaan bertulis. Bila masuk kerja asyik menyusahkan orang lain sebab tak reti buat kerja.

10. Aku sendiri dulu pun pernah orang datang nak minta tolong buat assignment, malah ada yang sanggup nak bayar pun. Aku punya cara, kalau nak aku buatkan kerja yang sepatutnya kau buat bagi pihak kau, aku minta maaf. Tapi kalau nak aku ajar, aku boleh ajar. Kalau nak bayar, bayar upah aku ajar kau, bukan buatkan kerja kau.

11. Sekarang ni dah 16 tahun aku tinggalkan universiti, tapi situasi ini masih berlaku kat universiti, malah lagi menyedihkan apabila ada kawan aku sendiri yang sanggup buat kerja ambil upah buatkan projek budak universiti.

12. Ada juga ibu bapa, abang kakak, sepupu dan saudara mara yang sanggup tolong keluarga sendiri buatkan kerja mereka supaya dapat markah yang baik. Jadi kalau si abang tolong adik buatkan ujian atau tugasan, buat apa orang ambik si adik bekerja, lebih baik ambik si abang.

13. Lepas tu bila nak mohon kerja, dia dapat kerja tu sebab keputusan dia bagus, sedangkan orang lain yang berusaha dengan titik peluh sendiri tak dapat kerja tu sebab keputusan dia kurang bagus, jadi benda ni sangat, sangat, sangat tidak adil.

14. Budaya buatkan kerja orang lain patut berhenti lama dah. Kalau kita asyik buatkan kerja orang lain, sampai bila orang tu nak belajar dan berkembang?

15. Jadi tolonglah. Hentikan budaya tolong buatkan kerja orang lain yang sepatutnya dia buat sendiri. Kalau nak tolong juga, tolong ajar, bagi panduan, latih, guide dan yang sewaktu dengannya, bukan tolong buatkan.

16. Dan yang minta tolong pula, jangan mengada-ngada dan manja sangat nak orang lain tolong buatkan kerja kau. Kau sedap-sedap goyang kaki goyang telur, orang lain pulak susah payah nak kena buat kerja kau, lepas tu kau pun klaim yang kerja tu hasil kerja kau sendiri. Bodoh apa?

JADI SILA BELAJAR DAN BUAT SENDIRI!

Titik.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: buat kerja orang lain hidup dalam penipuan menipu tugasan projek assignment final year project kerja tiry exam online peperiksaan ujian spa online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...