Khamis, 7 November 2019

2 Bila tujuan hidup hanya untuk mengutuk orang lain

1. Dulu masa awal-awal aku tulis blog masa tengah naif, antara modal penulisan aku adalah bahan orang. Ada ahli politik buat benda bangang, terus troll. Ada orang buat benda bodoh sikit kat media sosial, atau buat benda yang nampak poyo dan menjengkelkan, terus bahan.

2. Lepas tu masa zaman kebangkitan Facebook, muncul la macam-macam page yang modus operandinya cuma bahan, troll dan make fun pada orang sahaja macam KHK, Amran Fans dan sebagainya. Masa tu aku pun dah slow down bahan orang dan lebihkan penulisan bersifat pendapat dan ulasan yang lebih teratur.

3. Tak dinafikan cerita pasal orang ni memang laku. Nampak ahli politik menguap tak tutup mulut, troll kaw-kaw. Ada artis bercerai, jaja cerita dengan tajuk bukan-bukan. Ada perempuan suka artis K-Pop, kutuk gila-gila. Ada orang buat silap sikit, letak muka, letak video dia dan aibkan kat page untuk dibahan ramai-ramai.


4. Macam baru-baru ini, ada seorang instafamous yang suka buat video pasal motivasi yang mungkin nampak poyo dan cringe di mata orang, dijemput oleh sebuah kolej di sebuah universiti awam untuk bagi talk, lalu ada page troll up kat page untuk dikutuk dan dibahan ramai-ramai.

5. Aku sendiri tak kenal dan bukan nak backing sangat budak tu, tapi aku rasa tak wajar untuk kita terus hentam dan aibkan orang lain yang kita sendiri sebenarnya tak kenal pun, malah orang tu pun tak kenal kita dan langsung tak pernah cari pasal dengan kita.

6. Budak tu pun bukannya buat benda bodoh ke apa, cuma dia buat video motivasi yang agak cringe di mata segelintir orang, namun ramai juga je yang boleh terima benda tu. Kalau tidak takkan lah followers dia hampir setengah juta.

7. Dia pun bukannya berjaya dalam masa semalaman. Kita nampak orang ini di media sosial tahu-tahu dah berjaya dah ramai follower, tapi proses dan perjalanan dia untuk sampai ke tahap itu kita langsung tak tahu dan tak peduli. Kita tak nampak segala cubaan, usaha, kepayahan dan penat lelah dia, yang kita nampak, dia poyo.

8. Orang yang tujuan hidup dan talian hayatnya hanya dengan kecam orang lain sahaja, akhirnya tidak akan ke mana. Tengok sahaja page-page troll yang pernah popular suatu ketika dahulu, tak jadi apa pun dah sekarang.

9. Orang yang kena kecam tu mungkin akan terasa, terguris hati dan terkesan sekejap pada waktu itu, tapi akhirnya hidup dia tetap berjalan dan move on macam biasa, dan hidup orang yang suka mengecam itu tetap akan macam itu juga.

10. Sehiggalah lama kelamaan orang yang kita kecam tu mungkin jadi somebody, dan hidup kita yang kuat kutuk orang ini masih nobody. Orang itu mungkin nampak menjengkelkan di mata kita, dan mungkin pernah buat benda bodoh di masa lalu, tapi ia tidak menutup peluang untuk dia berubah dan baiki diri untuk jadi lebih baik. Kita?

11. Adakah dengan mengutuk orang boleh menjadikan diri kita lebih baik? Adakah dengan mengaibkan orang lain bermakna kita lebih superior dari orang itu? Adakah dengan ketawakan orang lain boleh mengangkat darjat kita lebih atas? Adakah diri kita lebih mulia sampai kita rasa layak untuk menghina orang lain?

12. Tidak salah untuk memberi pandangan atau nasihat pada suatu yang kita rasa salah dan ada kelemahan, tapi bukanlah dengan kutukan, cacian, cercaan, hinaan, makian, carutan, sindiran, perlian, mengaib dan sebagainya. Kita sendiri pun kalau ada kelemahan, pasti susah nak terima kalau orang yang menegur itu datang dengan seribu satu hinaan dan kutukan.

13. Ya, kadang-kadang kita rasa benci dan meluat pada orang lain sampai sanggup nak kutuk dan aibkan, bukanlah sebab darjat kita lebih atas atau superior dengan orang itu, sebaliknya kerana jauh di sudut hati, kita sendiri yang merasa iri hati dan cemburu pada kejayaan yang ada pada orang lain.

14. Dan kadang-kadang orang yang menjatuhkan orang kita, bukanlah musuh atau orang luar, sebaliknya di kalangan orang-orang kita sendiri juga.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tujuan hidup hanya untuk mengutuk kutuk orang lain buli siber cyber bully aib malu caci hina kecam maki hamun

2 ulasan:

  1. ummi takot jugak nak update cerita mengata orang..hehe.. kalau isu semasa atau ttg diri sendiri ok..

    BalasPadam
  2. rasa macam penting sangat untuk 'menyumbang' buah pandangan terhadap satu-satu isu, sampai kadang-kadang tak sedar dah troll dan aibkan orang. astaghfirullah ala'zim.

    sekarang dah kurang dah rasa-rasa nak bagi pendapat ni. banyak perhati dalam diam je sambil sesekali senyum sumbing sorang2.. :)

    ...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...