Khamis, 14 November 2019

3 Lambakan pelapis muda Instafamous untuk masa depan

1. Semalam nampak anak jiran darjah 6 kat depan rumah main tengah main phone sambil ulang-ulang lagu K-Clique, jadi aku pun sembang dengan dia.

2. Dia cakap dia suka betul dengan K-Clique, lirik lagu rap semua dia hafal. Siap dia tunjuk kat Instagram dia gambar dia dengan seorang ahli K-Clique jumpa kat mana ntah masa diorang buat show.

3. Pastu dia pun dok puji dan bangga-bangga dengan K-Clique. Walaupun aku agak cringe, tapi aku layankan je lah dah itu budak zaman sekarang minat. Karang sembang pasal scene muzik zaman 90-2000'an nanti kena "Ok Boomer" pulak walaupun aku sendiri pun early Millenials bukan Baby Boomers.

4. Kemudian dia bukak pulak cerita pasal Instagram, dia bangga K-Clique banyak followers. Dia cakap juga dia ada abang sepupu instafamous ada 400K followers kat IG. Lepas tu dia suruh aku follow IG dia.


5. Aku like, kenapa aku nak kena follow IG budak darjah 6??? Dia cakap sebab dia nak jadi instafamous jugak jadi aku kena follow. Kat sekolah dia pun ramai nak jadi instafamous dan dah ada yang ramai followers.

6. Aku like, what de hell??? Kecik-kecik lagi dah disemai sifat narsis dan bercita-cita nak jadi instafamous? Aku harap ratio budak-budak sekolah dia yang nak jadi instafamous tu 1:100 murid. Kalau 1:10 atau 1:5, parah generasi akan datang nanti.

7. Kita sebenarnya perlukan ramai pelapis doktor, jurutera, guru, programmer, akauntan, juruaudit, peguam, saintis, geologis, juruanimasi, ahli farmasi, arkitek, pereka grafik dan macam-macam lagi pekerjaan pada masa akan datang, bukan lambakan pelapis instafamous yang narsisistik.

8. Jadi kita kena tanam dalam fikiran budak-budak sekarang jangan terlalu mengejar cita-cita nak jadi instafamous semata-mata. Tak salah nak jadi popular atau selebriti internet tapi kejar kerjaya sebenar dulu, populariti tu boleh datang kemudian.

9. Sekarang ni pun bukannya tiada doktor, ahli farmasi, guru, ahli bank, akauntan, pegawai PTD, pelukis komik, ahli perniagaan dan lain-lain orang bekerjaya yang sudah famous di media sosial, malah ramai pun. Cuma mereka ini famous kerana kerjaya dan perkongsian ilmiah yang mereka bagi pada masyarakat.

10. Malangnya ramai instafomous yang menjadi popular hanya sekadar mempertaruhkan wajah yang kacak atau cantik, mempertayangkan badan yang berketul-ketul, gambar selfie dan OOTD, berjoget di TikTok atau tayang harta mewah hasil kekayaan mak bapak semata-mata. Kalau instafamous macam ini lah yang menjadi cita-cita budak-budak zaman sekarang, aku tak boleh bayangkan masa depan generasi muda kita macam mana.

11. Mungkin ada yang cakap, biarlah mereka jadi instafamous. Silap-silap jadi instafamous pendapatan lebih besar dari doktor, jurutera, arkitek dan lain-lain pekerjaan sebenar. Betul, tak salah nak jadi popular pun, tapi biar dengan kualiti, bakat atau sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat pada masyarakat.

12. Kalau nak bandingkan pendapatan semata-mata, memang semua orang lah nak jadi instafamous, takde siapa la nak jadi doktor, jurutera apa semua tu. Lepas tu bila sakit, kita cari doktor ke instafamous? Nak buat bangunan, nak design machine apa semua tu jurutera ke instafamous? Hidup ni bukan pasal duit semata-mata. Fikir-fikirkanlah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: instafamous malaysia selebriti instagram famous popular terkenal populariti pendaptan rate iklan mahal paid review

3 ulasan:

  1. 9. Betul. Mereka dapat followers sebab ilmu dan kebolehan yang di kongsi
    10. Gambar edit je lebih. Filter dan Preset free pula tu.
    11. Duit banyak pun tak kekal kalau tak ada ilmu/pendidikan yang betul-betul boleh mereka guna pakai. Benda2 teknologi ni ada masa dan musimnya akan berlalu dan berganti juga.

    ...

    BalasPadam
  2. Early millennials nama lainnya xennials. Lahir 1977 hingga 1983. Mereka not fully Generation X tapi not yet millennials.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...