Selasa, 19 November 2019

3 Gagal baca sentimen rakyat punca PH hilang sokongan

1. Pilihan Raya Kecil Tg Piai telah melaburkan tirai dengan kemenangan besar berpihak pada calon MCA (BN) dan calon PPBM (PH) pula gagal mempertahankan kerusi.

2. Selepas PRU14 setakat ini sudah ada 9 kali PRK peringkat DUN dan Parlimen. 7 daripadanya mengekalkan kerusi, manakala 2 lagi kerusi bertukar tangan dari PH ke BN.

3. Zaman kerajaan BN dulu pembangkang selalu berkata, "Orang bagi kita ambil, tapi masa undi pangkah lain". Nampaknya kali ni pulang paku buah keras pula apabila kerajaan PH dah gula-gulakan dengan macam-macam projek di Tg Piai tapi penduduk tetap undi lain.

4. Kekalahan ini membuatkan ahli PH menuding jari sesama sendiri. Ada juga yang sore loser dah kalah lagi mau merengek-rengek kutuk pemenang, tak kurang juga yang ejek PAS.


5. Ini silap ahli politik kita. Mereka syok sendiri. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Mereka tak mahu mengakui kelemahan sendiri dan terus menyalahkan orang lain.

6. Kesilapan terbesar mereka, adalah gagal membaca "SENTIMEN RAKYAT". Kegagalan ini jugalah yang membuatkan BN kalah masa PRU14 dulu. Mereka tidak dapat gambaran sebenar sentimen rakyat secara tepat.

7. Ahli politik bila nak tahu tanggapan rakyat pada mereka, mereka tanya orang sekeliling mereka, orang yang dekat dengan mereka, orang yang bekerja di bawah mereka, sudah tentu orang-orang ini cakap "semuanya OK bos, ramai orang sokong kita" sebab nak bodek bos. Mereka tak beri gambaran sebenar pun tentang sentimen rakyat pada bos mereka.

8. Kemudian mereka pun buat survey atau soal selidik, tapi sasaran survey pula banyak bertumpu kepada penyokong mereka sendiri juga. Jadi dah tentu keputusan survey memihak pada mereka juga, maka jadilah survey syok sendiri.

9. Jadi macam mana nak dapatkan maklumat sentimen rakyat tentang politik negara yang real dan pure punya? Jawapannya adalah dari media sosial, sebab kita semua akan tulis dan luahkan apa yang kita rasa secara jujur tanpa siapa-siapa paksa.

10. Masalahnya macam mana kita nak collect data sentimen rakyat ni dari media sosial? Negara kita berapa juta rakyat, takkan nak check profile seorang-seorang baca status satu-satu?

11. Kita sebenarnya ada teknologi untuk buat benda ni iaitu "SENTIMENT ANALYSIS" dan "BIG DATA". Secara ringkasnya, teknologi ini boleh digunakan untuk crawl semua platform media sosial seperti Facebook dan Twitter dan buat carian di posting semua orang berdasarkan keyword yang ditetapkan. Maklumat tersebut akan disimpan dan kemudian dianalisa untuk mendapatkan kecenderungannya terhadap keyword yang dimasukkan.


12. Masa lepas PRU14 dulu aku pernah tonton satu rancangan bual bicara kat TV, ada satu syarikat IT tempatan ni (aku tak ingat syarikat apa) dia buat sentiment analysis terhadap sentimen rakyat Malaysia sebelum pilihan raya. Hasil keputusan analisa tu ditunjukkan kemenangan memihak pada PH, dan lepas PRU14 memang PH betul-betul menang. Kalaulah BN masa tu dah guna teknologi tu dari awal, mungkin keputusan PRU14 lain dan memihak pada mereka.

13. Wakil syarikat IT tu berkata result sentiment analysis ni bukanlah 100% tepat, tapi ia hampir tepat dan boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran sebenar sentimen rakyat Malaysia terhadap sesuatu isu, sebab data yang diperolehi memang data sebenar yang ditulis sendiri oleh rakyat.

14. Jadi aku rasa ahli politik perlu guna tools sentimen analysis ini kalau nak survive lama dalam politik. Baru kau tahu apa sebenarnya yang rakyat perkatakan, apa yang rakyat mahu dan apa yang rakyat benci. Siapa yang pegang sentimen rakyat, dia control the game.

15. Kalau tak, memang kau orang selamanyalah duduk dalam ilusi, delusi, halusinasi dan lain-lain si, yang hanya syok sendiri rasa macam banyak sokongan, rasa yakin gila boleh menang, tetapi gambaran sebenar amatlah bertentangan sama sekali, lepas tu bila kalah baru jatuh terduduk.

16. Jadi ni aku nak beritahu salah satu sentimen rakyat yang sebenar-benarnya menyebabkan PH hilang sokongan dan bakal jatuh, iaitu "KEKECEWAAN". Ya, rakyat kecewa, kecewa sampai merajuk dengan kerajaan sekarang.

17. Ini kerana dulu PH sering dimomokkan sebagai harapan, penyelamat dan pencetus perubahan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Jadi orang Melayu, Cina, India, golongan pekerja, ahli perniagaan, orang miskin, geng liberal, pendokong LTBG dan macam-macam lagi memberi sokongan dan meletakkan harapan kepada PH untuk melakukan perubah mengikut acuan dan kemahuan masing-masing.

18. Namun bila PH dah memerintah, ramai yang akhirnya merasa kecewa kerana mereka gagal mengotakan manifesto dan janji, gagal menurunkan harga barang, harga minyak dan kos sara hidup, gagal hapuskan tol dan PTPTN, gagal meningkatkan ekonomi, gagal mengukuhkan nilai ringgit, gagal meningkatkan harga kelapa sawit dan getah, gagal tutup kilang Lynas, gagal pertahan Kg Baru dan macam-macam lagi kegagalan yang dulunya mereka kutuk kerajaan dan cakap macam hebat sangat boleh selesaikan semua masalah. Dah la gagal, lepas tu fokus benda-benda yang takde dalam manifesto macam kereta terbang, kereta nasional ketiga, sayangi sawitku dan benda-benda lain yang entah apa-apa.

19. Tambah pula orang Melayu kecewa bila kerajaan melebihkan orang Cina. Orang Cina kecewa bila ada menteri mempertahankan Melayu dan Islam. Orang India kecewa sebab masih rasa terpinggir. Geng liberal kecewa sebab Malaysia masih tak berubah ikut acuan mereka. Pendokong LBTG kecewa sebab kerajaan masih tak iktiraf mereka. Golongan pekerja kecewa sebab dah sokong PH lepas tu hilang pekerjaan. Ahli perniagaan kecewa bisnes kurang sebab ekonomi merosot. Orang miskin kecewa sebab mereka masih macam tu. Rakyat kecewa ramai menteri bagi kenyataan macam orang dungu.

20. Jadi faktor terbesar yang menyumbang pada kekalahan PH, keywordnya adalah KECEWA. Kalaulah korang tahu dan faham kekecewaan rakyat, mungkin situasinya akan berubah. Cuma dalam banyak-banyak kekecewaan itu, pasti ada perkara yang bercanggah, jadi kau terpaksa buat pilihan dan korbankan sebahagian demi memperoleh semula sokongan majoriti.

21. Seperti contoh, antara kekecewaan orang Melayu dengan kekecewaan geng liberal dan pendokong LBTG, lebih baik kau ubati kekecewaan orang Melayu sebab mereka itu majoriti manakala yang satu lagi tu minoriti. Andai kalau kau pertahankan golongan LBTG, ya kau mungkin akan dapat sokongan dari golongan ini, tapi kau akan menghilangkan sokongan dari orang Melayu.

22. Kerana pada akhirnya dalam politik ni tak guna ambil hati minoriti sehingga mengorbankan hati majoriti, sebab yang minoriti tak boleh menangkan kau dalam pilihan raya.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: gagal baca sentimen rakyat sentiment analysis big data politik prk pilihan raya kecil tanjung tg piai keputusan menang kalah bn ph ppbm mca dap pas

3 ulasan:

  1. Punya banyak kejadian kematian dan malang menimpa sehingga perlu buat undian semula. Ni nak tunggu yang kat Temerloh pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu puan. Kalau jadi PRK kat Temerloh tengok camne adakah akan ada kejutan nanti.

      Padam
  2. 100% setuju dengan posting ni keywordnya adalah rakyat KECEWA.
    Di N9 pun ada satu di KP penduduk komplen wakil rakyatnya not fit to work.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...