Namun rakyat terutama yang menyokong dan mengundi PH dalam PRU14 serta seluruh rakyat amnnya turut mempunyai cabaran dan tanggungjawab.
Gambar hiasan.
Cabaran dan tanggungjawab rakyat selepas PRU14 adalah:
1. Pantau segala dasar dan tindakan kerajaan baru.
Rajinlah untuk bagi pandangan, idea, ulasan dan kritikan agar mereka tidak mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu, dan paling utama tidak mengecewakan rakyat yang telah memberi mandat kepada mereka untuk memerintah.
2. Jaga dan kawal adab, akhlak dan tingkahlaku kita.
Jangan ingat kerajaan dah bertukar, kita rasa besar kepala dah ada lesen nak bersuara sesuka hati, nak kutuk, hina, caci, provokasi, fitnah, tohmah dan tuduh sesiapa sahaja. Ini majlis angkat sumpah PM lambat sikit pun dah ada yang hina YDP Agong. Serius, korang ni tak sekolah ke? Korang ni tak tau pasal Rukun Negara ke? Bukan tak boleh nak bersuara atau bertanya, tapi gunakan bahasa yang baik. Kau ingat YDP Agong ni level-level adik kau ke?
Ini adalah beberapa contoh yang berlaku di media sosial.
Kau boleh tunggu bertahun-tahun, takkan tunggu beberapa jam pun tak boleh? Jangan cemarkan imej pemimpin dan parti yang korang sokong dengan sikap bodoh korang. Nak ubah negara tapi perangai tu tak ubah masih kekal bodoh. Rakyat yang bodoh macam ni tak layak untuk dapat pemimpin yang baik dan terpuji. PM Najib lebih layak untuk rakyat macam korang.
3. Tegur perangai buruk penyokong sekapal.
Kalau kau nampak ada orang lain yang sekapal kau buat perangai buruk dan tak elok, kutuk hina caci maki orang, kau tegur dan nasihat dia. Jangan kerana dia sekapal, sokong parti yang sama, kau biarkan dan pejamkan mata je kesalahan dia. Saling peringatkan kawan dan rakan sekapal agar jaga kelakuan dan tindakan.
Ini kerana kalau kau nampak kesalahan itu dan biarkan sahaja, keburukan dia tu akan terpalit jua pada kau dan juga parti yang korang sokong, malah pihak lawan akan jadikan ia modal untuk serang parti yang kita sokong. Itu yang berlaku dari dulu lagi sampai sekarang. Kita hanya mengutuk dan mengungkit keburukan dan kesalahan pihak lain, tapi keburukan dan kesalahan dari pihak sendiri kita diam dan buat tak tahu.
Akhir sekali, jangan terlalu taksub pada sesebuah parti. Usah rendahkan mentaliti dan tahap intelektual kita untuk jadi macai sesiapa. Kita semua dah besar, bukan budak-budak kecik. Amalkan politik matang.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: cabaran dan tanggungjawab rakyat selepas pru pilihanraya umum 14
tak sangka ak boleh terlibat dlm sejarah baru! setuju ap noob cakap
BalasPadamPrOoTt💨💨💨💦...arghh Lega baq hang..💥
Padamnak bisjut?
BalasPadamwalau bagaimana pun budaya bahasa kena jaga,
BalasPadam