Iklan Leaderboard

Isnin, 21 Mei 2018

8 Perlukah pelantikan Menteri Pendidikan dibantah?

Beberapa hari lepas, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan barisan kabinet dalam kalangan ahli komponen parti Pakatan Harapan (PH), antaranya adalah Dr. Maszlee Malik yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Namun belum apa-apa sudah kedengaran suara-suara sumbang yang menentang dan membantah pelantikan itu, antaranya Siti Kasim, seorang peguam dan aktivis berideologi liberal.


Dalam pada itu ramai juga yang menolak Dr Maszlee Malik dari menjadi Menteri Pendidikan terutama dari golongan bukan Islam, malah siap buat petition bagai mahu Tun M jadi Menteri Pendidikan. Sehingga setakat artikel ini ditulis, petition itu sudah mengutip hampir 90 ribu penyertaan.
Namun terdapat satu lagi petition yang menyokong Dr Maszlee menjadi Menteri Pendidikan yang sehingga setakat artikel ini ditulis telah disertai lebih 160,000 orang, menandakan ramai je orang yang sokong Dr. Maszlee jadi Menteri Pendidikan.

Tak kisahlah atas dasar apa korang tolak Dr Maszlee, mungkin ada pihak yang kurang senang dengan imej agamawan yang dibawanya, tapi masih nak suruh Tun M jadi Menteri Pendidikan tu dah kenapa?

Dia dah jadi Perdana Menteri kot. Lagipun dia sendiri yang batalkan keputusan dia untuk jadi Menteri Pendidikan sebagai mengotakan janji kerana bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu Perdana Menteri tak boleh pegang portfolio menteri lain. Takkan benda simple macam ni pun tak boleh nak faham?

Lagipun dengan umur 93 tahun kau nak dia buat 2 kerja lagi. Agak-agak la, bagi la Tun M rehat. Lagipun dia sendiri lantik Dr Maszlee dari parti dia sendiri untuk jadi Menteri Pendidikan, dia taulah apa yang dia buat. Pandai la dia nak kawal apa-apa kementerian pun, dia Perdana Menteri, dia bos kot.

Mungkin ada calon lain yang layak juga seperti Dato' Saifuddin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, tapi mungkin Tun Mahathir mahu portfolio Menteri Pendidikan digalas oleh orang  dari partinya iaitu PPBM, memandangkan Dato' Saifuddin adalah ahli parti PKR.

Dan yang kata Dr Maszlee tiada kelayakan dan pengalaman dalam bidang pendidikan, come on lah, dia punya kelulusan akademik dia tinggi, lagipun dia bekas pensyarah kot. Kau nak apa lagi? Nak menteri tahap SPM pangkat 3 jaga Kementerian Pendidikan?


Kalau nak kritik sangat pun tunggu Dr Maszlee jadi Menteri dulu, lepas tu terpulang la korang nak menilai dan kritik segala dasar dan perubahan yang dia buat. Tak pun cuba cadangkan nama lain dari parti BERSATU yang korang rasa lebih layak jadi Menteri Pendidikan, tapi bukan minta Tun M jugak jadi Menteri Pendidikan.

Lagipun dulu korang jugak cakap bagi peluang PH perintah, kalau tak bagus tukar la balik. Ni pasal menteri je pun dah tak boleh bagi peluang?

Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan takde pulak ramai bising buat petition bagai, siap pakat gelak lagi. Masa BN perintah dulu lagi lah ntah siapa-siapa naik jadi menteri kelulusan rendah pun takde nak buat petition bagai.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: pelantikan menteri pendidikan pelajaran tinggi dr maszlee malik biodata dibantah ditentang siti kasim liberal pejuan lgbt

8 ulasan:

  1. Ok..👏👏👏☝👍

    BalasPadam
  2. Betul.. Aku setuju dengan ulasan ko.. Ramai konon sedih tun tak cukup rehat.. Tapi ramai jugak nak sruh tun buat 2 keja..kasi la peluang pada orang lain jugak..

    BalasPadam
  3. yg buat petition bantahan tu bukan org lain, dari penyokong PH gak...haru2

    BalasPadam
  4. nak bisjut?

    BalasPadam
  5. Bisjut kepala bapak ko

    BalasPadam
  6. petition tu pun sebb ada yang sebar dia islam liberal, pastu islamime ape mende ntah pelik2 diorang lebel.. tapi tgk dia pernh lepak ngan mcm2 orang dr.asri, shahidan kassim etc....tappi since dia under mahathir ak xkisah lah sebb mahathir memang mcm ada target untuk fix sistem pendidikan malaysia....

    BalasPadam
  7. Beliau ni sgt bagus dan ssuai utk jdi menteri pendidikan sbb klau tgk biodata beliau pun seorang yg menjaga kebajikan anak2 kurang upaya. Sistem pendidikan kita utk golongan kurang upaya mungkin akan berubah di jadi lebih baik di bawah pimpinan beliau.

    BalasPadam
  8. siti kasim bukan libral lagi dah jadi sekular tolak total agama

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...