Iklan Leaderboard

Sabtu, 12 Mei 2018

1 Golongan yang harus bersikap neutral dalam politik

Sebagai seorang rakyat Malaysia, adalah tidak salah untuk kita menyata, menzahir dan memberi sokongan kepada mana2 parti politik, namun ada keadaan kita perlu bersikap neutral atau berada atas pagar dan tidak perlu menyatakan sokongan secara terbuka.

Berikut antara golongan yang perlu bersikap neutral dalam politik agar tidak memakan diri kelak:

Gambar hiasan.

1. Kakitangan kerajaan

Pertama sekali adalah kakitangan kerajaan. Tidak salah untuk penjawat awam menyokong mana2 parti politik yang dia mahu, tapi secara luaran tunjukkan yang anda ini neutral.

Tak perlu terlalu beria tunjuk sokongan anda pada kerajaan yang sedang memerintah mahupun pembangkang, sebab at the end anda akan berkhidmat juga dengan 'government of the day'.

Ini aku tengok dulu ada lah kakitangan kerajaan yang bukan main beria menjadi macai BN kat media sosial, hentam orang sana sini, mengagungkan sangat pemimpin mereka, sekali bila BN kalah terus senyap, padam akaun FB.

Kesian.

Kau tu cuma penjawat awam yakni golongan pelaksana dasar, bukan ahli politik pun. Gaji kau bukan dapat lebih pun kalau jadi macai, sama je dengan penjawat awam lain. Kau bodek, kipas, jilat tak ingat pun bukannya kau boleh dapat tender projek kerajaan.

Ni sekarang dah tukar kerajaan pun, boleh nak menyatakan sokongan secara peribadi, tapi sebagai penjawat awam, keep it neutral terutama ketika dalam tugas. Tak perlu jadi macai sebab kerajaan yang ada pada hari ini bukannya tak boleh ditukarkan pun pada PRU-PRU akan datang.

2. Usahawan dan ahli perniagaan

Keduanya adalah golongan usahawan dan ahli perniagaan. Bukan kau tak boleh nak bagi sokongan kepada mana2 ahli dan parti politik secara terbuka, tapi kalau boleh keep it in your heart dan jangan libatkan jenama syarikat dan perniagaan kau sekali.

Kau kena faham, bukan semua orang boleh berfikiran terbuka, menerima perbezaan pandangan dan boleh berpolitik dengan matang. Kau memerlukan pelanggan untuk kelangsungan bisnes kau, dan pelanggan kau terdiri dari berbilang ideologi.

Kalau kau menjadi macai politik, kau berisiko untuk kehilangan pelanggan dan juga potential customer yang berbeza idelogi politik dengan kau. Memanglah rezeki tu Tuhan yang bagi, tapi ia bukannya datang bergolek.

Sebab tu nak mencari rezeki kena juga ada usaha, strategi dan kebijaksanaan. Yang pasti, menjadi macai bukanlah satu jenis strategi yang bijak.

Tapi kalau kau nak support mana-mana parti politik, kau boleh je support dari belakang dengan salurkan dana kepada mereka asalkan tidak ditunjukkan secara terbuka.

3. Selebriti

Golongan selebriti, artis, public figure seperti penyanyi, pelakon dan sebagainya juga tidak perlu menunjukkan kecenderungan ke arah mana2 parti politik, melainkan dia memang nak terjun dalam bidang politik dan lupakan dunia seni hiburan.

Ini kerana selebriti ini biasanya mempunyai peminat dari orang yang berbilang ideologi. Menunjukkan kecenderungan politik boleh mengakibatkan kau hilang ramai peminat dan pengikut.

Malah silap hari bulan ia boleh memberi kesan kepada kerjaya seni kau, apabila kau disekat dari keluar TV, lagu kau kena gam dari keluar radio, kurang tawaran berlakon, kurang undangan nyanyian dan sebagainya.

Malah memandangkan kau seorang public figure yang biasanya aktif di media sosial, kalau kau menunjukkan sokongan secara terbuka, jangan peliklah kalaulah tiba2 kau dihujani dengan pelbagai kecaman. Apatah lagi bila pada mulanya kau dilihat begitu menjilat sesebuah parti, namun lepas mereka kalah kau jadi lalang terus menyokong pihak lawan. Itu adalah risiko yang kau perlu hadapi sebagai seorang public figure yang dikenali ramai.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat marhaen yang biasa, bersikap neutral dalam politik adalah yang terbaik dalam pelbagai keadaan, melainkan kau memang serius nak terlibat dalam mana2 parti politik.

Dengan menjadi neutral, kau bebas memberi sokongan pada apa yang bagus dan memberi kritikan pada apa yang tidak bagus. Masa PRU berikan sokongan di peti undi pada mana2 parti yang kau rasa layak menerima undi kau.

Namun dengan merendahkan level kau menjadi macai, kau terikat dan tidak bebas bersuara. Kau tak boleh menyokong tindakan dan dasar pihak lawan yang bagus, dan terpaksa pula mempertahankan keburukan yang ada dalam parti kau.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: golongan neutral macai politik kakitangan kerajaan penjawat awam usahawan ahli perniagaan seller artis selebriti

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...