Ahad, 6 Mei 2018

4 Suasana pilihan raya paling teruk, kotor dan jijik

Tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tinggal beberapa hari lagi. Namun pada pandangan aku suasana pada PRU14 kali ini antara pilihan raya yang paling teruk, kotor dan jijik pernah aku rasa, apatah lagi kita sekarang hidup di zaman kecanggihan teknologi Internet dan kepesatan media sosial, ditambah lagi PRU kali ini menyaksikan pertembungan antara 3 gabungan parti yang besar di Malaysia.

Kenapa aku merasa demikian?


1. Sikap segelintir pemimpin dan ahli politik.

Modal kempen PRU dalam siri ceramah dan kenyataan mereka kebanyakannya bukan berteraskan kepada "Kenapa anda harus pilih kami?", sebaliknya lebih menjurus kepada "Kenapa anda tidak patut memilih mereka?".

Ya, mereka lebih gemar bercerita dan mengungkit tentang keburukan dan kelemahan pihak lain, berbanding memberitahu apa yang mereka boleh buat untuk rakyat. Memang formula ini dah diamalkan oleh ahli politik sejak turun temurun, malah dah memang menjadi budaya dan kebiasaan bani manusia iaitu "Menaikkan nama sendiri dengan menjatuhkan orang lain".


Kita memang suka gunakan kelemahan dan keburukan orang lain untuk mencipta kemenangan, memperoleh kejayaan dan menaikkan nama kita sendiri. Macam dalam perniagaan, bila restoran sebelah lebih ramai pelanggan, kita rasa dengki dan mahu cuba menjatuhkan dia, berbanding mahu berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti makanan.

Cuma dalam PRU14 ini benda tu nampak lebih teruk sebab kali ini ia melibatkan pertandingan 3 penjuru. Kalau dulu pertembungan antara BN dan PR je. Aku kutuk kau, kau kutuk aku balik, itu je. Tapi kali ini aku kutuk kau, kau kutuk dia, dia kutuk aku dan seterusnya.

Barisan Nasional (BN) kutuk Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS). PH Kutuk BN dan GS (terutama PAS). PAS kutuk PH dan BN. Kalau dulu cuma kutuk mengutuk di antara bekas kerajaan dan bekas pembangkang sahaja, kali ini bekas pembangkang sama bekas pembangkang pun bergaduh sesama mereka. Kita rakyat pulak rasa macam bodoh je tengok permainan mereka.

Setiap kila tengok berita atau ceramah kat TV, akhbar, Internet, video Youtube, Facebook, Twitter dan sebagainya, selalu rasa macam mereka yang bodoh ke kita yang terlalu bodoh sebab masih percaya dan masih sanggup menjilat ahli-ahli politik ni?


2. Sikap segelintir penyokong dan macai parti politik. 

Aku faham rasa sayang dan kecintaan korang pada parti memang sangat menebal, mahu mereka menang sangat PRU kali ini, tapi agak-agaklah kalau nak berkempen pun, terutama kat media sosial dan juga perkhidmatan mesej seperti Whatsapp dan Telegram. Kalau kau nak letak bahan-bahan kempen kau kat dalam group politik atau group sahabat-sahabat baik kau takpelah jugak.

Ini sampai dalam group Whatsapp keluarga, group kawan-kawan sekolah, group jiran tetangga, group ibu bapa sekolah, group surau & masjid, group hal pejabat dan lain-lain group yang ahlinya ramai orang, yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa, yang ahlinya ada yang kau sendiri tak kenal dan rapat pun, kau pergi letak berita, artikel, gambar, video dan segala bahan kempen parti politik kau.

Malah bahan yang kau bagi tu pun kebanyakannya hanya penuh dengan sindiran, kutukan, cacian, persepsi, provokasi, fitnah, isu sensitif melibatkan perkauman dan keagamaan, yang bila orang baca bukannya membuatkan orang rasa nak sokong parti kau, tapi membuatkan orang semakin rasa benci terhadap parti kau serta kau juga. Aku tak tahulah ke mana perginya common sense kau? Dalam lubang jamban mungkin?

Aku faham kau tu memang tahap macai politik yang dah tak boleh nak diselamatkan lagi, tapi agak-agak lah. Adakah kau rasa berbaloi hubungan persaudaraan sesama keluarga, kawan, jiran, ahli kariah, terputus dan bermusuhan hanya disebabkan sifat kemacaian kau terhadap ahli dan parti politik yang kau sayangi dan sanjungi?

Siapa sokong BN atas keyakinan dia maka sokonglah. Siapa sokong GS atas keyakinan dia maka sokonglah. Siapa sokong PH atas keyakinan dia maka sokonglah. Itulah asas demokrasi. Tak perlu kutuk, caci, maki, dan fitnah. Raikan perbezaan dan eratkan persaudaraan.

Kau taksub pada calon dan parti politik pun, bila kau sakit, kawan yang datang ziarah dan bantu. Bila kita mati, kawan yang sembahyangkan jenazah kita, iringi kita ke kubur, doakan kita di dunia dan akhirat. Ahli politik yang kita sokong dan menang tu kau rasa-rasa ada nak datang, bantu atau sekurang-kurangnya doakan kesejahteraan kita?

Lawan tetap lawan itu hanya di dalam politik dan bersifat sementara, tapi kawan tetap kawan itulah yang pasti dan paling dekat dengan diri kita. Maka biarlah hilang lawan, daripada hilang kawan.


Lain-lain artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: pru14 suasana kutuk hina fitnah caci maki parti politik bn ph pas gs gaduh sesama sendiri kerajaan pembangkang modal politik 

4 ulasan:

  1. https://youtu.be/czmga-3c1kI


    Cuba ko tgk noob..mungkin iklim politik malaysia mmg mcm nii dari dulu lagii..🌷🌷🌹🌺🌼🐜🐝🐞🐌

    BalasPadam
  2. Setuju .... Politik cerita sama. ... Ulang2 tu sahaja. . . Apa2 pun ph. ...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.