Jumaat, 30 September 2022

0 Jangan pandai-pandai ambil hak orang tanpa izin

1. Tular kejadian beli air kat kedai harga RM11.75, pelanggan bagi RM12. Sepatutnya cashier kena pulangkan 25 sen, tapi dia cakap takde 5 sen, terus dipulangkan 20 sen.

2. Kemudian pelanggan tersebut pun membasuh cashier tersebut, kalau takde 5 sen, dia sepatutnya kena pulangkan 30 sen, bukan 20 sen. Pihak penjual yang kena absorb masalah takde wang kecil tu, bukannya pelanggan.


3. Ia kemudiannya mencetuskan perdebatan hangat antara netizen. Ada yang sokong pelanggan, ada yang pertahan cashier, ada yang acah-acah baik cakap kalau aku halal je 5 sen tu, ada yang kecam pelanggan cakap alah 5 sen pun nak berkira kedekut betul, kesian adik cashier tu kena tanggung rugi 5 sen kenapa tak panggil manager je bla bla bla.

4. Isu ini sama seperti yang pernah tular suatu masa dulu, di mana seorang rider makanan buat video memperlekeh pelanggan yang minta duit baki 50 sen. Dia menggambarkan pelanggan macam tu kedekut, baki 50 sen pun nak minta balik.

5. Benda ni yang ramai orang tak faham dan ambil ringan. Ini bukan masalah kedekut atau berkira. Ini adalah soal HAK. Tak kiralah 1 sen ke, 5 sen ke, 50 sen ke, ia adalah HAK orang, orang itu BERHAK ke atas duit tersebut, dan kita pula tak boleh ambil hak orang lain tanpa izin.

6. Kalau orang tu tak nak bagi hatta 1 sen sekali pun, kau tak boleh marah atau judge dia kedekut. Sebab duit itu adalah hak dia, bukan hak kau. Suka hati dia lah dia nak bagi atau tidak. Nak halalkan atau tidak, itu hak dia, orang lain tak boleh paksa.

7. Melainkan, dia sendiri yang nak bagi. Contoh bila pelanggan beli barang harga RM8, dia bayar dengan wang kertas RM10, lepas dia cakap, takpe keep the change. Itu hak dia nak sedekah duit dia kat orang lain.

8. Macam dalam isu tadi, kalau kau takde duit 5 sen nak bagi baki dan kau pun tak nak rugi, kau jangan pandai-pandai nak ambil duit orang dengan tanggapan, "Alah 5 sen je pun, orang tu tak kisah punya".

9. Apa yang kau boleh buat adalah TANYA dan MINTA IZIN (ask for consent) pada pemilik hak. Kena cakap, "Maaf Encik, duit 5 sen dah habis. Boleh tak kalau saya bagi baki 20 sen?".

10. Itu pun kalau pelanggan tu izinkan, baru boleh buat. Kalau pelanggan tu cakap tak boleh, ia tetap tak boleh dan kau juga tak boleh nak judge pelanggan tu kedekut atau berkira, kerana MEMBERI KEIZINAN adalah HAK MUTLAK pemilik bukan peminta.

11. Bab-bab hak orang ni jangan buat main-main. Kita hutang seringgit dengan orang pun, kena bayar balik sebab itu hak orang lain. Kau jangan pandai-pandai tak nak bayar dan anggap orang tu tak kisah hanya sebab nilai hutang tu seringgit. Selagi tiada keizinan dari pemilik, jangan buat assumption.
 
12. Tapi itulah, mungkin kerana kita terlalu memandang ringan tentang HAK, itu yang ramai orang ambil kesempatan dan tak kisah ambil hak orang lain.

13. Hutang tak nak bayar, pinjam tak nak pulang, buat renovation makan tanah orang, copy paste penulisan orang lain tanpa izin kredit pun takde, rembat lukisan orang lain klaim lukisan sendiri dan sebagainya.

14. Manakala orang di sekeliling pula, "Ala itu pun nak berkira". Berkira my ash. Jangan sampai kelak kau terpaksa merangkak cari owner balik.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jangan usah pandai memandai mandai ambil ambik hak orang lain tanpa izin duit kopi air tak cukup 5 sen bagi baki cashier pelanggan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.