1. Ramai orang claim bersara awal. Ramai orang ajak bersara awal. Tapi bila tanya sekarang buat apa, katanya buat MLM. Kena cari downline, buat marketing jual produk.
2. Ada yang katanya dah bersara awal berhenti kerja untuk berniaga sendiri. Still kena bangun awal, cari stok barang, sediakan barang jualan, uruskan kedai. Masih bekerja.
3. Ada pula berhenti kerja jadi ejen hartanah. Masih kena keluar rumah, cari prospek, buat marketing nak jual hartanah.
4. Ada ni jadi ejen takaful sepenuh masa. Katanya dah capai kebebasan kewangan. Duit bukan lagi masalah, katanya. Masih kena cari client, keluar jumpa orang nak ajak join.
5. Seorang ni dia beralih jadi pemandu Grab atau rider FoodPanda. Boleh kerja ikut time sendiri katanya, tak perlu hadap karenah bos. Tapi still kena keluar kerja, kena hadap pula karenah customer.
6. Perkataan bersara awal sangat overrated. Ingatkan bila cakap bersara awal, boleh goyang kaki. Rupanya masih kena kerja, cuma dalam bentuk yang lain.
7. Kau hanya boleh brag bersara awal bila mana kerja tu hanya jadi pilihan sahaja dan bukannya kemestian demi kelangsungan hidup.
8. Kau tak kerja, duduk rumah tak buat apa, tengok TV, main game, hari-hari pergi surau, setiap hari naik basikal, pergi hiking, lepak mall, duit tetap masuk dan cukup untuk hidup kau.
9. Kadang-kadang kau rasa nak buat kerja pun sebab kau bosan duduk rumah atau nak cari keseronokan dengan buat kerja yang kena dengan hobi atau minat kau. Tapi kalau kau tak buat kerja pun masih takde masalah bagi kau.
10. Itu baru betul bersara awal atau dah capai kebebasan kewangan yang sebenar.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):

tags: bersara awal sangat overrated masih bekerja early retirement bebas masalah kebebasan kewangan financial freedom

niat nak bersara, last kena kerja lebih daripada kerja asal yang dah senior level
BalasPadam