Selasa, 1 Julai 2025

0 Jangan mengharap pulangan tinggi bila jual nostalgia

1. Tahun 90-an dulu komik Hong Kong begitu popular. Alam Perwira, Juara Wira, Pendekar Laut, Pedang Setiawan dan sebagainya. Lalu pada tahun 1998, bila keluar live-action filem Pedang Setiawan iaitu The Storm Riders, sambutannya sangat menggalakkan termasuk di Malaysia.

2. Sekarang, cuba bayangkan kalau filem tersebut keluar tahun 2025. Belum tentu akan dapat sambutan yang hangat. Ya, ia memang pernah popular pada suatu masa lalu, tetapi pada zaman ini ia tak lebih dari sekadar kenangan dan nostalgia.

3. Berapa ramai je para peminat tahun 90-an ini yang sanggup pergi ke wayang menonton filem yang bersandarkan nostalgia semata-mata? Malah majoriti yang minat pun adalah orang remaja lelaki zaman 90-an, itu pun sebahagian. Remaja perempuan 90-an mungkin segelintir kecil yang minat.

4. Jadi sebenarnya menjual nostalgia ni target audien sangat kecil dan semakin lama semakin menguncup. Orang yang dulu usianya 15 tahun, kini dah pun 45 tahun selepas 30 tahun. Ada yang dah lupa, yang dah tak minat, yang banyak komitmennya, yang dah meninggal dan sebagainya. Sepatutnya kalau nak menjual nostalgia, buat la research market dulu, ataupun cuba hypekan dulu nostalgia tu cari audien baru dan yang lebih muda.

5. Sebab tu filem animasi yang sedang popular di zaman semasa terutama di kalangan budak-budak senang laku, sebab budak-budak tak boleh pergi wayang sendiri. Kalau budak-budak nak tengok, mak bapak dia akan ikut sekali. Paling tidak dah dapat 3 tiket. 

6. Berbeza dengan filem nostalgia, budak-budak sekarang tak kenal jadi mereka tak berminat nak tengok. Yang nak tengok mungkin bapaknya je, nak ajak bini pun bini tak minat, last-last dia pergi tengok seorang diri atau tak tengok langsung juga tunggu keluar Netflix saja.

7. Contoh lain seperti majalah lawak seperti Ujang dan Gila-Gila yang pernah menjadi hiburan para remaja pada masa dulu pun. Kalau nak buat comeback zaman sekarang memang susah, sebab audien baru tak dapat nak grab, audien lama yang majoritinya lelaki berusia 40 ke atas pun dah kurang berminat.

8. Melainkan nostalgia yang nak dijual tu adalah suatu yang memang pernah hype dan ada fanbase besar pada suatu masa dulu terutama di kalangan kaum wanita, seperti contoh group boyband. Kalau Backstreet Boys, Westlife, Nsync buat konsert zaman mereka tua pun mesti akan sold out juga, sebab ramai orang perempuan akan pergi.

9. Sebab tu juga konsert KRU laku teruk, konsep yang sama. Tapi ini bila kau tengok konsert KRU berjaya, kau pun nak buat konsert juga, walhal masa zaman prime kau pun cuma ada 1 atau 2 lagu popular, fanbase pun tak ramai. Nanti bila buat konsert nostalgia tengok la berapa ramai je la yang sanggup pergi. Tak semua mampu jual nostalgia.

10. Lagipun kena faham yang kuasa membeli terbesar adalah orang perempuan. Orang perempuan sanggup berbelanja lebih berbanding orang lelaki. Kasut je lebih 5 pasang, handbag penuh almari, tudung, baju berapa banyak, sebab nak kena match dengan warna, majlis, dan sebagainya.

11. Berbeza dengan orang lelaki yang biasanya sangat berjimat malah kedekut untuk diri sendiri. Sebab tu kadang kasut ada 1 pasang, dompet ada satu, baju kerja pun itu je yang dipakai ulang alik setiap minggu. Mereka biasa akan beli baru bila yang barang yang dipakai dah lunyai dan rosak teruk.

12. Sebab tu jenama-jenama designer seperti LV, Gucci, Coach ni kebanyakannya keluarkan produk mewah yang target audien adalah wanita, sebab mereka tahu produk mereka boleh laku di kalangan wanita. Lelaki ada juga yang suka produk mahal, cuma tak ramai.

13. Dan sebab itu juga kenapa kat Malaysia ramai usahawan suka menjual produk yang disukai majoriti wanita seperti kosmetik, make-up, fesyen, makanan viral dan sebagainya, sebab dia tahu orang perempuan suka membeli.

14. Malah Khairul Aming pun tahu yang dia terkenal di kalangan kaum wanita, jadi dia jual sambal yang rata-rata orang perempuan suka beli, atau lelaki beli sebab bini suruh beli. Bayangkan kalau KA jual barangan yang target audien orang lelaki seperti aksesori kereta, smartwatch, komik, belum tentu laku teruk.

15. Selain wanita, market terbesar adalah kanak-kanak. Kau dapat grab kanak-kanak, kau akan dapat grab mak ayah dia sekali. Seperti contoh Youtuber Aqil Zulkiflee, makin banyak budak-budak tengok video dia makin banyak la Youtube bayar dia. Kemudian dia buka bisnes corndog pun ramai kanak-kanak beli yang of course guna duit mak bapak mereka.

16. Jadi, ya, bukan tak boleh jual nostalgia, tapi kena berpijak pada bumi yang nyata. Kaji market, tengok ada tak audien baru, masih relevan atau tidak. Jangan nanti syok sendiri, lepas tu penuh kisah sedih je di media sosial.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jangan harap jual nostalgia kenangan lama sejarah filem keluangman lagu konsert kru 4u2c 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.