Khamis, 31 Julai 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Membalik Masa

Ini bukan dunia yang ku bayang bila meningkat dewasa.


Buasir Otak: The Muzik - Membalik Masa
 
Lirik:
 
Waktu dulu ku sering tertanya
Bagaimana hidup selepas remaja
Apakah terasa bebasnya dunia
Mengejar impian dan cita-cita

Dapatkah ku beli apa saja?
Bolehkah ku pergi ke mana jua?
Buat segala yang aku suka
Tanpa siapa yang menghalangnya

Tapi kini aku berdiri
Dengan luka yang ku sembunyi

Apabila meningkat usia
Hidup tak seperti yang disangka
Dulu tak sabar jadi dewasa
Kini ku mahu membalik masa

Ini bukan dunia yang ku bayang
Bila anganku semakin hilang
Tapi ku harus terus berjuang
Walau mimpi takkan pulang

Hari demi hari ku melangkah
Menelan pahit, penat dan lelah
Untuk suatu yang jarang ku kisah
Seperti tanggungjawab dan amanah

Kadang terasa ingin menyerah
Namun ku tahu ku tak boleh rebah
Masih mengharap hari yang cerah
Walau tiada tempat untuk meluah

Tapi ku masih di sini
Menanti hari yang tak pasti

Apabila meningkat usia
Hidup tak seperti yang disangka
Dulu tak sabar jadi dewasa
Kini ku mahu membalik masa

Ini bukan dunia yang ku bayang
Bila anganku semakin hilang
Tapi ku harus terus berjuang
Walau mimpi takkan pulang

Andainya aku boleh kembali
Saat ku kecil masih bermimpi
Kan ku peluk erat diri sendiri
Dan berbisik "jangan cepat pergi"

Apabila meningkat usia
Hidup tak seperti yang disangka
Dulu tak sabar jadi dewasa
Kini ku mahu membalik masa

Ini bukan dunia yang ku bayang
Bila anganku semakin hilang
Tapi ku harus terus berjuang
Walau mimpi takkan pulang

Ku tahu ku harus terus berjuang
Walau mimpi takkan pulang
 
Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri membalik masa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.