1. Aku dah kerja dalam bidang aku lebih 20 tahun. Bukan nak kata dah pakar sangat, tapi cukup untuk aku kata aku tahu lah apa nak kena buat. Untuk bidang kerja aku ni nak naik pangkat bukan mudah. Kena tunggu pangkat atas ada kekosongan, dan tunggu batch sebelum aku semua naik pangkat dulu, sebelum akhirnya tiba giliran batch aku.
2. Jadi sepanjang aku kerja, bos aku ramai dah bertukar ganti. Aku je masih stuck di situ. Cuma bila kau dapat bos baru yang naik bukan sebab dia kompeten, tapi sebab giliran batch dia dah sampai, kau akan rasa penat, sangat penat.
3. Sekarang ni bos aku dua-dua layer tak boleh pakai. Direct bos aku dari segi teknikal hancur, management pun hancur. Selalu bersikap ignorance dan berlepas tangan. Seperti contoh bila ada isu kita report dalam Whatsapp group, dia senyap je, apatah lagi waktu hari cuti. Langsung tak respond apa. Aku dan team je yang bercakap dan kena coordinate sendiri.
4. Ya, aku tahu belah malam atau hari cuti kita semua sibuk dengan urusan keluarga dan peribadi, tapi tak logik langsung tak baca Whatsapp. Bila mesej "Semoga... semoga..." kat group sebelah rajin pulak reply.
5. Lagipun kerja kita ni bukan kerja macam jaga kaunter masuk 8 balik 5. Kerja kita ni jaga operation, buat support. Bila ada emergency, kena kerja. Macam bomba lah kalau ada berlaku bencana hari Ahad, kau yang tengah bercuti duduk rumah pun silap-silap kena datang bertugas. Ni bila dah masuk kerja baru la kau sibuk tanya pasal isu 2 hari lepas tu. Benda pun dah setel.
6. Bos atas bos pulak pun sama ignorance dan jenis berlepas tangan juga, ditambah lagi dengan lain-lain perangai toksik. Contohnya sepanjang aku kerja, tak pernah orang larang aku nak cakap apa dalam meeting, sebab aku tahu apa aku cakap, apa aku buat. Malah sebagai orang teknikal, orang lain biasa akan dengar sebarang update dari mulut aku sendiri.
7. Tapi bos yang ni, dia suka gatekeep anak buah dia. Kadang dalam meeting dia tak bagi anak buah bercakap, larang cakap benda yang sepatutnya dan biar dia je yang bercakap. Orang macam ni biasa 2 je, sama ada tak nak bagi orang bawah dia nampak lebih menonjol dan lebih bijak dari dia, atau tak nak bagi dia nampak lebih bodo.
8. Come on, orang kalau baru kerja setahun dua, boleh la kau nak treat macam budak fresh grad kena control itu ini, tapi anak buah kau rata-rata semua dah kerja 10, 20 tahun ke atas, beza umur dengan kau pun 3, 4, 5 tahun je. Even masa kau belum masuk jadi bos pun kat situ pun, orang-orang tu la yang selama ni menjalankan kerja-kerja tu.
9. Sembang kari pulak macam hebat, nak orang respek dia memanjang, tapi selalu tak selari dengan tindakannya. Contoh kadang bila ada meeting penting melibatkan management yang sepatutnya dia masuk, dia lari suruh anak buah ganti, dia pulak pergi berkursus yang tak berapa penting kat luar. Ini hanya sebahagian kecil antara ketoksikannya.
10. Aku tak harap semuanya sempurna. Tapi dalam organisasi, kalau ketua tak boleh pakai, yang bawah ni la akan terus jadi mangsa dilambakkan dengan tanggungjawab dan kerja yang tak sepatutnya, dan akhirnya dikambing hitamkan bila ada masalah. Jadi, begitulah. Mana-mana yang ada jawatan ketua di sesebuah organisasi, harap penulisan ni memberi suatu nilai untuk kamu.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):

tags: bila ketua boss hanya jawatan bukan peranan toxic toksik ignorant incompetence

Item 7 tu paling jahanam boss. Pengurus wilayah dahla muka nampak gelap. Bila buat operasi majoriti manusia kat luar lebih kenal pengurus cawangan; makin gelap muka dia :) Kena bila video meet dengan management HQ; dia pula macam sebahagian dari HQ team. Taruk kaw kaw cawangan cawangan di bahagian yang dia manage... Patutnya dia yang kena back up as a leader to that region... Akhirnya selepas 6 tahun; 4 pengurus cawangan dari wilayah dia dah jadi pengurus wilayah lain, setara dah level dengan dia. Dia? masih kat situ tak bergerak; macam dok dalam peti sejuk :)
BalasPadam