Ahad, 15 September 2019

1 Kisah persahabatan satu hala yang toksik

1. Amir dan Manaf berkawan baik sejak sekolah rendah. Kini masing-masing ada akaun media sosial.

2. Amir seorang yang extrovert dan sukakan perhatian, manakala Manaf seorang yang introvert dan tidak suka perhatian.

3. Amir suka mencari rakan dan followers baru di media sosial, manakala rakan dan followers Manaf hanya di kalangan kawan-kawan dunia nyata.

4. Bila Amir post status, Manaf akan Like dan bagi komen, begitu juga dengan Amir akan Like dan komen status Manaf.

5. Lama kelamaan bilangan friend dan follower Amir semakin ramai dan dia semakin popular. Sebagai kawan, Manaf tumpang gembira dan terus Like dan komen post kawannya tanda sokongan.


6. Namun Amir pula sudah jarang Like dan komen di post Manaf, sehinggalah satu tahap dia sudah langsung tidak Like dan komen di post Manaf kerana merasakan diri sebagai diva.
7. Amir masih perasan kewujudan Like dan komen Manaf namun dia tidak peduli dan tidak kisah untuk membalasnya, kerana dia merasakan Manaf tidaklah penting mana lagi bagi dia memandangkan dia sudah popular dan punyai beribu-ribu kawan maya dan followers.

8. Walaupun begitu Manaf pula masih terus Like dan komen di post kawannya kerana masih setia menyokong kawannya, sehinggalah satu hari dia berhenti terus dari melakukan sedemikian.

9. Selepas beberapa ketika, Amir sedar Manaf tidak lagi Like dan komen di postnya. Hal ini menyebabkan dia terkilan kerana merasakan Manaf tidak lagi menyokong dia walaupun mereka berkawan.

10. Lantas Amir bertanyakan kepada seorang kawan mereka Zali, kenapa Manaf tidak mahu lagi Like dan komen post dia. Kan dia sudah popular, jadi wajarlah Manaf lagi banyak Like dan komen kat post dia, manakala normal lah orang popular tidak Like dan komen kat post orang lain yang tidak popular. Begitulah betapa narsisistiknya sikap Amir setelah popular.

11. Lalu Zali memberitahu Amir, yang Manaf sebenarnya berkecil hati kerana sejak Amir popular, Amir langsung tak pernah lagi mahu Like dan komen pada post Manaf. Selama ini hanya Manaf yang bersungguh-sungguh menyokong Amir, tapi Amir tidak pernah mahu menyokong Manaf kembali.

12. Ya, begitulah pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ringkas tentang persahabatan ini. Kawan itu bukanlah hubungan satu hala sebaliknya bersifat dua hala.

13. Kita mahukan kawan yang baik, yang setia, yang boleh jadi pendengar masalah, yang sudi melayan kerenah kita, yang boleh bantu kita saat memerlukan, yang sentiasa memberi sokongan kepada kita, tapi kita pula tak mahu melakukan hal yang sama pada kawan kita. Ini bukanlah persahabatan yang sejati sebaliknya persahabatan yang toksik.

14. Jadi jangan hairanlah sekiranya kawan itu mula menjarakkan diri dari anda untuk keluar dari persahabatan toksik ini, bukanlah kerana dia sombong, sebaliknya sikap anda sendiri yang menyebabkan dia merasa diri tidak lagi dihargai dan diperlukan dalam hidup anda.

15. Asyik nak kita sahaja bagi sokongan pada kawan, tapi kawan tak pernah nak tunjukkan sokongan pada kita pun. Kita pun tahu bosan juga, ada hati dan perasaan juga, jadi jangan terkejut kenapa kita berhenti Like dan komen di post kawan.

16. Jadi mulai hari ini, kalau nampak ada kawan yang rajin Like dan komen di post media sosial kita, balaslah. Tak jatuh pun maruah dan populariti kita dengan Like dan komen di post orang lain. Bukanlah mereka kebulur dengan Like sangat pun, tapi bila kita Like dan komen di post mereka, sekurang-kurangnya mereka rasa dihargai dan sedar yang mereka masih wujud sebagai kawan dalam hidup anda.


Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kisah persahabatan satu dua hala toksik jujur sejati ikhlas kawan baik best friend bff rakan

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners