Khamis, 12 September 2019

2 Kaedah mudah bantu pengguna cari kedai Muslim


1. Bila orang sebangsa dan seagama dengan kita buat benda bodoh, perbuatan jahat, perkara jahil, orang kita mesti kecam. Namun bila ada orang cuba melakukan suatu hal yang baik untuk kaum dan agama, pasti ada juga orang kita yang kecam, kutuk, sindir, perli dan sebagainya.

2. Bila ada kes ustaz tahfiz cabul murid, habis dihinanya seluruh tahfiz. Bila ada isu lelaki Melayu curang, dikejinya seluruh lelaki Melayu. Bila ada orang nak boikot produk barat sebab isu Palestin, diperlekeh-lekehkan.

3. Apa sahaja yang dibuat oleh orang sebangsa dan seagama dengannya ada sahaja yang tak kena. Tapi bila kaum dan agama lain yang buat hal tiada pula nak kecam, malah pertahankan pula. Paling tidak pun masuk gua.

4. Macam isu umat Islam jalankan kempen utamakan produk muslim, mereka diperli dan disindir macam-macam. Tapi bila orang bukan Islam tunggang agama Islam dan kaum Melayu, buat produk guna nama Melayu dan Arab, guna istilah Islam dan tulisan Jawi untuk mengaburi mata orang kita, tidak cakap apa pula.


5. Kita ni kalau tiada sebarang kritikan atau pandangan yang bernas, tidak mahu membantu pula tu, duduk diam sahaja sudah lah. Tak perlu menyindir, mengeji dan melemahkan semangat dan usaha orang lain. Kau pun kalau tengah bersemangat berkobar-kobar nak buat sesuatu yang kau suka lepas tu ada orang sindir dan keji, pandai pula terasa, sakit hati.

6. Lagipun dah banyak sangat dah yang terkantoi, nama produk Ahmad tapi pengilang bukan orang Melayu. Nama pasaraya Mustapha tapi tauke bukan orang Islam. Logo ada kubah masjid dan tulisan Jawi, tapi pemilik bukan orang Islam. Jenama kurma Sesuci Qolbu tapi pemilik bukan orang Islam. Yang ni tak nak kecam? Tak nak sindir?

7. Kalau syarikat ada pemilikan bersama orang bukan Islam dengan orang Islam, tak kisahlah saham dia 90% manakala saham orang Islam 10%, tapi sekurang-kurangnya ada juga orang Islam dalam syarikat tu, kira layak lah juga guna nama Melayu/Arab/Islam. Ini 100% dimiliki orang bukan Islam, tapi produk nak guna nama Melayu/Arab/Islam.

8. Pernah tak jumpa nama kedai bengkel Ah Seng tapi pemilik dia Melayu? Atau restoran nama Ah Chong Restaurant ada jual babi dan arak bagai tapi tauke dia Melayu Islam? Atau produk nama Sos Cili Ravi tapi pemilik dia orang Islam? Tak pernah kan?

9. Aku sendiri walaupun sokong kempen ini, tapi aku tak boikot perniagaan bukan Muslim pun. Aku masih servis kereta di bengkel Yap yang dah biasa dengan kereta aku. Aku masih potong rambut di kedai Subra yang tahu potongan rambut macam mana yang aku nak. Selagi mereka jujur dan layan aku dengan baik, aku takde hal. Aku cuma tak suka dengan peniaga bukan Islam yang tak jujur dan memperalatkan nama Melayu/Islam.

10. Berkaitan dengan kempen utamakan produk Muslim ini, aku tengok ramai yang sudah wujudkan direktori perniagaan Muslim di media sosial, laman web dan aplikasi telefon pintar. Ia usaha yang sangat bagus, namun bagi aku kurang user friendly untuk orang buat carian kedai lebih-lebih lagi di kawasan tertentu.

11. Jadi aku cadangkan kita guna sahaja apa yang sudah ada di telefon pintar masing-masing, dan benda tu dah biasa kita gunakan, iaitu Google Maps. Dalam Google Maps ni kita boleh cari apa sahaja tempat termasuk perniagaan.


12. Sebagai contoh kalau kereta kita mati tengah jalan dan kita nak cari bengkel di sesebuah kawasan yang kita kurang biasa, taip sahaja "bengkel" atau "workshop" di lokasi kita sedang berada, berlambak-lambak kedai tayar yang berdekatan keluar.

13. Jadi kat situ kita boleh pilih bengkel mana kita nak pergi. Kalau kita nak sokong kempen utamakan produk Muslim, kita boleh pergi ke bengkel milik Muslim. Memang dia tak tulis mana satu bengkel Muslim atau bukan Muslim, tapi kalau dah namanya Bengkel Ali atau Bengkel Abu, Insya Allah milik Muslim.

14. Dan tanggungjawab kita sebagai pengguna pula, adalah kita tulis review di kedai-kedai milik Muslim. Nyatakan yang kedai tersebut adalah kedai Muslim. Naikkan rating kedai tersebut lebih-lebih lagi jika servisnya memang bagus.

15. Jadi walaupun nama kedai tu pakai nama mat salleh seperti Best Racing Workshop, bila orang lain rujuk pada review kedai tersebut, dia dapat tahu yang kedai itu milik orang Islam lepas baca review, jadi secara tak langsung kita dah mudahkan pelanggan lain yang mahu menyokong kempen ini.

16. Tapi kalau nak menjayakan kaedah ini, komuniti Muslim di Google Maps kena ramai, aktif dan rajin, baru maklumat review dan rating tu sentiasa dikemaskini. Banyak aplikasi yang dah berjaya hanya dengan usaha komunitinya seperti perisian Open Source, Waze dan sebagainya, jadi aku harap untuk tujuan ini pun komuniti Muslim kita lebih aktif dan rajin sumbangkan maklumat agar dapat membantu sesama saudara seagama.



Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kaedah cara panduan bantu pengguna cari kedai perniagaan peniaga muslim islam melayu bumiputera google maps review rating 

2 ulasan:

  1. Dulu Mrs. A guna minyak masak Seri Murni mati-mati ingat Muslim Product ialah iklan kat radio pun sungguh suci sungguh murni katanya.

    Mula memang tak percaya tapi bila dah survey terbukti benar terus tukar jenama lain #BMP

    BalasPadam
  2. Bkn xnk sokong tapii dlm kempen tuu diselitkn dgn kata hina dn kecam kaum lain buat apa..perlu dihujah dgn perkataan yg baik baru org boleh ikot..👿😈💀👺👹

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.