Jumaat, 6 September 2019

3 Orang Melayu memang baik tapi kini sudah penat

1. Masa pergi solat Jumaat tadi, aku perasan di tempat letak kereta masjid ada amoi tengah sibuk berjalan sana sini untuk letak pamphlet jual kondominium kat cermin kereta.

2. Kagum aku dengan kegigihan beliau berani masuk ke tempat ibadah agama lain sewaktu masjid tengah ramai dengan para Muslimin untuk mengerjakan solat Jumaat .

3. Pandai juga dia ambil peluang buat marketing masa masjid tengah ramai. Walaupun masa tu azan, khutbah dan bacaan solat tengah kuat berkumandang, dia tak kisah yang penting dapat lakukan bisnes dia.

Gambar hiasan

4. Dalam masa yang sama, aku kagum juga dengan kebaikan dan sifat toleransi umat Islam yang rata-rata tak kisah pun dia ada kat situ buat kerja dia. Takde siapa pun yang marah atau halau dia.

5. Aku terfikir kalau masa ramai orang bukan Islam sedang beribadah di rumah ibadah mereka seperti di gereja, tokong atau kuil, lepas tu ada orang Melayu datang buat perkara yang sama, macam mana rasanya penerimaan mereka.

6. Yang pasti, ini adalah bukti yang orang Muslim di Malaysia ni sebenarnya baik, sangat baik. Orang bukan Muslim nak berniaga, nak promosi perniagaan hatta di luar masjid ketika waktu ibadah, silakan.

7. Tapi kalau nak beli atau tidak produk anda, itu atas pilihan masing-masing. Tak boleh marah atau paksa. Jadi berbalik pada isu kempen utamakan produk Muslim.

8. Kalau orang Islam nak utamakan produk dan perniagaan Muslim, itu hak mereka. Kalau ada yang nak beli produk dan perniagaan bukan Muslim pun, terpulang itu hak mereka. Begitu juga sebaliknya.

9. Macam orang bukan Muslim juga, kalau selama ini anda utamakan produk dan perniagaan kaum/agama anda pun, orang Islam tak bising pun. Jadi tak perlu marah dan terasa pula bila orang Islam nak utamakan produk kaum/agama mereka sendiri.

10. Kempen ini wujud pun antara sebabnya adalah kerana tularnya sikap biadap dan tidak patriotik pemilik syarikat bukan Islam, serta banyak peniaga bukan Islam sendiri yang tak jujur dan sering mengambil kesempatan terhadap pelanggan Islam.

11. Yalah, syarikat milik orang Cina, tapi produk letak nama Melayu atau Arab, tulis dalam tulisan jawi, guna pula logo Islamik macam kubah masjid, jadi bila kantoi, macam mana lah umat Islam tak marah, rasa macam selama ni dipergunakan.

12. Bab nak tarik pelanggan Melayu/Islam yang menjadi majoriti di negara ini, sanggup jadi "Melayu dan Islam", letak jenama dalam Bahasa Malaysia, guna nama Melayu/Arab, guna tulisan jawi, tapi bab pendidikan nak sekolah sendiri, bab bahasa tak nak utamakan Bahasa Malaysia, tak nak belajar tulisan jawi, bab kerja letak syarat "Mandarin speakers only" atau "Chinese only", bab perniagaan pemborong jual mahal kat peniaga kaum lain, sebab takut jadi "Melayu dan Islam".

13. Maaflah, tapi rasanya orang Melayu dan Muslim di negara ini dah penat. Penat kena tipu dan dipergunakan sampai buasir otak. Jadi jangan marah bila kempen-kempen macam ni wujud, kerana akhirnya kamu dengan cara kamu, kami dengan cara kami.

14. Jadi di belakang kami, kamu nak buat apa nak cakap apa buatlah, kami pun bukannya faham apa yang kamu cakap melainkan dengan Google Translate. Tapi bila depan-depan, kita semua ukirlah senyuman palsu atau "fake smile" di wajah masing-masing tanpa mengira bangsa dan agama. Bila hari perayaan, kita cuti sama-sama. Bila hari kemerdekaan, kita sambut sama-sama. Ulang untuk beberapa generasi lagi. Selesai.



Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: menjayakan berjaya kempen beli utama utamakan produk jenama peniaga pelanggan muslim orang islam buy first boikot kedai syarikat cina #bmf  orang melayu baik hati penat

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.