Iklan Leaderboard

Isnin, 6 Mac 2017

6 Mencipta kejayaan atas kegagalan orang lain

Persaingan.
Peraduan.
Pertandingan.
Perlawanan.
Perlumbaan.

Dalam kehidupan kita ini, persaingan adalah suatu yang kita tak boleh elakkan. Dari kecil lagi kita sudah bersaing. Bersaing dengan adik-beradik berebutkan sesuatu, bersaing dengan kawan-kawan dalam peperiksaan, bersaing dalam perlawanan sukan, bersaing untuk masuk institusi pengajian tinggi, bersaing untuk memperoleh hati seseorang lelaki/perempuan untuk dijadikan pasangan hidup, bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pekerjaan, bersaing dalam perniagaan dan sebagainya. Walau macam mana pun kita cuba mengelakkan persaingan, pada suatu ketika kita tetap akan menempuhnya juga.


Namun hakikat persaingan ini bukanlah suatu yang menyenangkan, malahan kejam, terutama apabila untuk memperoleh kejayaan dalam persaingan ini adalah dengan mengalahkan orang lain. Kejayaan dan kemenangan kita bererti kegagalan dan kekalahan orang lain.

Ya, dalam untuk kita mencapai kejayaan itu, kita harus gagalkan orang lain.

Murid yang mendapat kedudukan pertama dalam kelas adalah dengan mengalahkan murid di kedudukan kedua dan seterusnya.

Ahli sukan yang berjaya memperoleh kemenangan bererti kekalahan dan kegagalan pada lawannya.

Seorang pelumba lari untuk dirinya menjadi juara, dia perlu berlari dengan sangat laju untuk membuatkan peserta lain gagal untuk mengatasinya.

Seorang peserta pertandingan yang menang adalah kerana kekalahan peserta-peserta yang lain.

Pemohon kerja yang berjaya mendapat sesebuah jawatan bermakna dia telah menewaskan pemohon yang lain.

Ada orang sentiasa menang dalam persaingannya, ada orang sentiasa kalah dalam persaingannya.

Itulah persaingan. Itulah kehidupan.

Dalam kegembiraan seseorang, pasti ada kekecewaan seseorang.
Dalam keseronokan mereka, ada kesedihan yang lain.
Dalam ketawa riang kita, ada duka lara yang lain.
Dalam kemenangan orang lain, ada kekalahan kita di situ.

Maka disebabkan itu, ramai orang cuba mengelak untuk bersaing kerana tidak mahu mengambil risiko untuk menghadapi kegagalan, sudah berada di zon selesa, hanya play safe dan mengikut arus sahaja.

Ya, tiada salah tentang hal itu, namun ada kalanya, kita perlu masuk ke dalam persaingan, kerana persaingan akan memberi satu motivasi, sebagai pencetus dan pemangkin untuk kita lakukan sesuatu yang di luar kebiasaan kita. Masuk dalam persaingan untuk mencabar diri kita dan menguji di tahap manakah kita.

Sebagai contoh seorang pelukis amatur/freelance memasuki sebuah pertandingan komik, ia memberi satu suntikan semangat untuk menyiapkan komik penyertaannya. Walaupun pada akhirnya dia tidak menang, namun sekurang-kurangnya dia dapat menghasilkan sebuah karya apabila menyertai pertandingan tersebut, suatu yang mungkin dia takkan hasilkan jika tidak menyertai pertandingan. Malah dia dapat kenalpasti kelemahan yang boleh dia perbaiki pada masa akan datang.

Seorang pelajar mahu menyertai sebuah pertandingan mencipta robot. Walaupun pada awalnya dia tiada sebarang ilmu pengetahuan dalam penciptaan robot, namun penyertaannya dalam pertandingan itu menjadi pemangkin kepadanya untuk mencari dan mendalami ilmu penciptaan robot. Dan selepas itu andainya dia kalah sekalipun, dia sudah pun mempunyai sesuatu yang bermakna iaitu ilmunya.

Seorang lelaki tidak suka bersenam. Namun pada suatu hari atas ajakan kawan-kawannya dia menyertai pertandingan marathon di kawasannya. Walaupun dia tahu dia takkan menang pun, tapi pada akhirnya dia telah buat sesuatu yang baik untuk dirinya, iaitu bersenam dan berlari sejauh 10km, suatu yang tidak mungkin dia capai jika dia tidak sertai pertandingan tersebut.

Oleh kerana itu, sekali-sekala cuba libatkan diri dalam persaingan untuk menambah motivasi diri. Cuba sertai suatu pertandingan, yang berkaitan dengan minat kita mahupun tidak. Walaupun kita akan kalah, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha dan menghasilkan sesuatu, sesuatu yang tak mungkin wujud atau tak mungkin kita capai jika kita tidak masuk dalam persaingan itu.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Versi cetak sudah habis, namun anda boleh membeli versi digital di Google Play Books dengan harga RM14 sahaja di sini - https://goo.gl/8bZKUo.

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: kejayaan kemenangan kekalahan kegagalan kita orang lain kesedihan kekecewaan kegembiraan keseronokan

6 ulasan:

  1. Persaingan ni memang bagus sebab kadang2 boleh menaikkan motivasi/semangat untuk berusaha. Tapi persaingan yang sihat ni..

    Tak best la kan kalau bersaingan dan menang dengan cara kotor seperti rasuah, main belakang dan kotor dengan niat benci, dengki dan tamak.

    Sampai bila pun tak maju kalau macam tu.. Setuju tak?

    BalasPadam
  2. wow...motivasi yang bagus!!

    BalasPadam
  3. Kau punya persaingan sampai pening kepala aku.Tapi kadang2,aku rasa mcm dah terlambat untuk aku bersaing walaupun aku tahu aku ada kemampuan utk menyaingi...macam mana tu noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah, proott dimuka kau! Kahkahkah!

      -sirosli-

      Padam
    2. kalau rasa nak motivasi lebih, boleh cuba bersaing. kalau tak perlu motivasi tak perlu bersaing pun, jalani sahaja kehidupan seperti biasa.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...