Iklan Leaderboard

Rabu, 8 Mac 2017

2 Bukan jarak yang memisahkan hubungan manusia

Ada orang duduk berjauhan tapi selalu rasa dekat di hati, namun ada orang duduk begitu dekat tapi rasa begitu jauh.

Sesungguhnya bukan jarak yang memisahkan manusia. Ada pasangan suami isteri yang duduk berjauhan namun masih lagi saling menyayangi antara satu sama lain. Ada kawan yang duduk merentas laut tetapi masih lagi berkawan baik.

Kerana apa?

Kerana antara mereka masih ada komunikasi, selalu bercakap dan berbual antara satu sama lain. Selagi manusia saling berkomunikasi antara satu sama lain, mereka akan sentiasa merasa dekat dengan kita.

Namun hubungan manusia akan menjadi semakin jauh apabila mereka tidak lagi berkomunikasi antara satu sama lain.




Jiran walau duduk sebelah rumah tapi tak pernah bertegur sapa akan rasa jauh dari kita. Kawan baik di sekolah yang dah tak berhubung lagi hanya akan menjadi kenangan silam sahaja.

Suami isteri yang duduk serumah tapi jarang berkomunikasi juga akan menyebabkan hubungan semakin jauh dan renggang, kerana tiada komunikasi boleh mewujudkan prasangka serta menimbulkan andaian dan persepsi.

Zaman sekarang dah canggih. Tanpa perlu jumpa depan-depan pun manusia masih lagi boleh berkomunikasi melalui telefon, mesej, email dan sebagainya. Kerana itu jarak yang jauh kini bukan lagi alasan untuk tidak berhubungan.

Maka hubungilah ibu bapa, adik-beradik, suami isteri dan kawan-kawan anda, bercakaplah dengan mereka. Luangkan sedikit masa untuk mengambil berat dan tanyakan khabar mereka. Jika ada apa-apa masalah, beritahu mereka, kongsikan dengan mereka. Tunjukkan yang mereka masih lagi penting dalam hidup kita.

Janganlah hilang dan diam membisu dengan begitu sahaja sehingga akhirnya kita hanya menjadi cebisan memori dalam diri mereka.

Akhir kata, teknologi itu bukan sahaja mendekatkan yang jauh, malah menjauhkan yang dekat.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Versi cetak sudah habis, namun anda boleh membeli versi digital di Google Play Books dengan harga RM14 sahaja di sini - https://goo.gl/8bZKUo.

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: bukan jarak yang memisahkan manusia tetapi tiada komunikasi diam diri hilang membisu seribu bahasa distance doesn't separate people silence does

2 ulasan:

  1. Ok...⏳ ⌛🔃🔚🔙🔛🔝

    BalasPadam
  2. Paling tak best la.. bila lama tak ajak kawan keluar, bila keluar semua pasang henpon main coc..

    Bagus tak payah keluar, main jak kat rumah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...