Iklan Leaderboard

Jumaat, 10 Mac 2017

2 Ibu bapa usah layan cikgu macam sampah

Aku tak tahu apa yang segelintir ibu bapa zaman sekarang mahukan bila hantar anak mereka ke sekolah. Anak tak pandai, salahkan cikgu. Anak nakal, salahkan cikgu. Anak jahat, salahkan cikgu. Anak kurang ajar, salahkan sekolah. Semua salah cikgu, salah sekolah, mereka sendiri tak pernah rasa salah.

Tapi bila cikgu nak disiplinkan anak mereka, mereka bising. Bila cikgu denda berdiri atas kerusi, duduk atas jalan tar, kata cikgu aibkan anak mereka. Bila cikgu denda bersihkan longkang, ketuk ketampi, kata cikgu dera anak mereka. Bila cikgu pulas telinga dan rotan, kata cikgu nak cederakan anak mereka lalu dimarahnya cikgu, digertak cikgu, dipukul cikgu, diugut malah disamannya cikgu.

Gambar hiasan.

Mungkin ini yang akan terjadi pada masa akan datang atau mungkin sudah ada berlaku pun, di mana cikgu pun dah tawar hati nak mengajar dan mendidik anak-anak orang ni. Dahlah tidak dihargai, dilayan pula macam sampah.


Inikah yang kita mahukan?
Generasi macam ini ke yang kita mahu bentuk?

Fikir-fikirkanlah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Versi cetak sudah habis, namun anda boleh membeli versi digital di Google Play Books dengan harga RM14 sahaja di sini - https://goo.gl/8bZKUo.

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: cikgu sekolah salah anak biadab kurang ajar jahat nakal hilang semangat tawar hati ibu bapa marah pukul saman ugut guru

2 ulasan:

  1. realiti Malaysiaku!!

    BalasPadam
  2. Bkn senang nk didik anak murid skrg.. dan tidak boleh dinafikan untuk mengubah mentaliti ibu bapa bknnya perkara yg mudah. Guru2 perlu lebih proaktif dalam mendidik anak murid. Tmbhkan dr sudut lain contohnya dr segi psikologi dlm mendidik anak2 murid. Itula cabarannya dlm bidang perguruan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...