Iklan Leaderboard

Jumaat, 31 Mac 2017

5 Orang asing itu hadirnya untuk sebentar

ORANG ASING

Aku lihat
Kau sendiri
Duduk di situ
Merenung jauh
Memikirkan sesuatu
Di balik wajah
Yang muram


Sedang aku di sini
Yang tidak kau ketahui
Hanya memerhatikan kau
Yang tidak aku kenali
Dari jauh
Seorang diri

Namamu tidak ku tahu
Tiada perkataan
Yang boleh aku gambarkan
Tentang diri kau
Jadi aku panggil sahaja
Kau sebagai
Orang asing
Atau mungkin
Anonymous

Mungkin ini kali terakhir
Aku bersua dengan kau
Atau mungkin akan bertemu lagi
Di lain tempat
Di lain waktu
Ketika aku sudah pun
Lupa akan wajahmu
Siapa dirimu

Adakah seseorang
Yang pernah hadir
Dalam diriku
Pada masa silamku?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: i don't even know your name no, i don't know the words to say so I call you anonymous orang asing hadir tanpa nama sebentar sementara

5 ulasan:

  1. Yaa...nama dan wajah mungkin boleh kkita lupa tapi kenangan tetap dlm ingatan๐Ÿ˜๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜„..berpisah untuk bertemu..๐Ÿ‘…๐Ÿ‘…๐Ÿ˜๐Ÿ˜œ

    BalasPadam
  2. Selepas hampir satu jam baca blog kau ia mengingatkan aku pasal cikgu lama aku yg suka condem sesama melayu sehinggakan kawan cina aku senyum sinis tengok melayu kutuk melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan.being sarcastic adalah untuk menunjukkan kasih sayang.kau bayang kalau buat dek je,kesalahan akan diulang ulang.biarlah kawan kau senyum sinis.jangan Melayu menangis satu hari nanti

      Padam
  3. orang asing akan terus jadi orang asing sampai la kita mengenali dia, :)

    BalasPadam
  4. keasingan orang asing yang terasing...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...