Khamis, 2 April 2020

0 Konflik di antara golongan B40, M40 dan T20

1. Sejak kebelakangan ini banyak berlaku konflik dan pertikaian di antara golongan B40, M40 dan T20 di mana ada T20 yang memandang rendah dan menyindir golongan B40. Sebelum itu kita kena faham maksud kategori golongan B40, M40 dan T20.


2. B40 bermaksud Bottom 40 iaitu golongan isi rumah berpendapatan rendah. Sebanyak 40% dari penduduk Malaysia adalah dari golongan ini. Purata pendapatan isi rumah adalah di bawah RM4,360 sebulan.

3. M40 bermaksud Middle 40 iaitu golongan isi rumah berpendapatan sederhana. Sebanyak 40% dari penduduk Malaysia adalah dari golongan ini. Purata pendapatan isi rumah adalah di antara RM4,360 hingga RM9,619.00 sebulan.

4. T20 pula bermaksud Top 40 iaitu golongan isi rumah berpendapatan tinggi. Hanya sebanyak 20% dari penduduk Malaysia adalah dari golongan ini. Purata pendapatan isi rumah adalah lebih dari RM9,620.00 sebulan.

5. Biasanya golongan B40 akan upgrade ke M40, manakala M40 pula ke T20 seiring peredaran masa, usaha dan rezeki. Seperti contoh seorang lepasan graduan yang baru mula bekerja bermula dengan B40, namun 15 tahun kemudian mungkin dia sudah masuk ke kumpulan M40, dan 15 tahun kemudian lagi ke T20. Jadi amat normal jika kebanyakan golongan T20 ini adalah orang yang sudah berusia.

6. Jika ada orang muda yang sudah berjaya termasuk dalam golongan T20, biasanya mereka memang sudah datang dari keluarga T20, di mana mereka mewarisi syarikat ibu bapa mereka, atau buat syarikat bermodalkan dana dan pengaruh ibu bapa, atau melibatkan diri dalam politik, atau anak menteri, atau seorang selebriti, dan yang sewaktu dengannya. Bukan semua tapi kebiasaannya.

7. Golongan B40, M40 dan T20 sebenarnya semua saling memerlukan. T20 biasanya menjadi majikan atau memiliki jawatan tinggi dalam organisasi, jadi mereka memerlukan M40 dan B40 untuk bekerja dengan mereka atau menjadi pelanggan untuk membeli produk mereka.

8. Jadi amat penting untuk T20 mempunyai reputasi dan imej yang baik, serta menjaga hubungan yang baik dengan golongan B40 dan M40. Kau takkan nak upah T20 yang lain buat kerja kasar untuk kau, dan jarang T20 yang lain nak support beli produk kau pun sebab mereka pun ada produk yang nak dijual juga, jadi kau tetap memerlukan B40 dan M40 untuk bantu mengkayakan kau.

9. Malah T20 sebenarnya lebih memerlukan B40 dan M40, lebih dari B40 dan M40 memerlukan T20. Nak cari pekerja, cari B40 dan M40. Nak jual produk, pelanggan ramai B40 dan M40. Tayar kereta pancit tengah jalan, B40 dan M40 datang tolong. Nak servis kereta, B40 dan M40 yang tolong servis. Nak lepak minum kopi Starbucks, pekerja B40 dan M40 yang tolong buatkan.

10. Dari sudut persahabatan pula, biasanya B40 dan M40 lebih rapat, lebih memahami dan saling bekerja sama antara satu sama lain. Setiakawan di kalangan B40 dan M40 biasanya lebih utuh berbanding T20. Ini kerana seorang T20 itu biasanya melihat rakan T20 yang lain sebagai persaingan.

11. Kebiasaannya B40 dan M40 kurang senang dengan T20 kerana mereka sering dilihat sombong dan sukar didekati. Namun ada juga T20 yang disenangi ramai apabila T20 itu boleh berkawan, bercampur dan sering memberi sumbangan pada golongan B40 dan M40 dalam masyarakat.

12. Pantang larang untuk T20 adalah jangan sesekali mencemuh, menghina dan menyindir B40 dan M40 terutama sekali secara terbuka seperti di media sosial. Ini kerana golongan T20 hanya minoriti sebanyak 20%, manakala B40 adalah 40%. Biasanya kalau B40 kena hentam T20, M40 lebih cenderung untuk menyebelahi B40, jadi mereka ada majoriti sebanyak 80%.

13. Jadi kalau kau T20 ini mengguris hati mereka, sebanyak 80% netizen ini akan hentam kau, dan kau jangan harap kawan-kawan netizen T20 kau yang seramai 20% akan pertahan kau sebab mereka pun takut kena hentam sekali. Mereka pun ada periuk nasi yang nak kena jaga, hinggalah akhirnya kau kena hadap sorang-sorang, last-last terpaksa minta maaf.

14. Akhir kata, nasihat aku pada T20 adalah walau sekaya mana pun kau orang, janganlah kongsikan gaya hidup atau life style mewah kau di media sosial. Ya, mungkin ramai B40 dan M40 akan kagum dan teruja dengan kemewahan kau pada waktu itu, tapi bila satu masa kau jatuh dan perlukan pertolongan, susah untuk orang tolong malah mereka akan kecam, ungkit dan persoalkan dah kaya pun perlukan bantuan ke? Dulu masa banyak duit buat apa, tak pernah nampak tolong orang susah pun?

Begitulah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: musim pandemik covid-19 coronavirus kegawatan ekonomi gawat lumpuh bantuan kerajaan prihatin mak cik kiah artis nak sumbangan merungut media sosial instagram pkp perintah kawalan pergerakan wfh work from home konflik di antara golongan b40 m40 t20 netizen 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.