Selasa, 25 Februari 2020

1 Cara politik Tun Mahathir yang harus diteladani

Dalam ramai-ramai ahli politik, pada pandangan aku Tun M adalah ahli politik yang paling berprinsip yang wajar dicontohi segenap lapisan masyarakat. Walaupun beliau pernah banyak kali menyandang jawatan tertinggi dalam kerajaan dan parti politik, tapi beliau tak pernah taksub pada seseorang atau parti politik.


Dia pernah lawan ketua dia sendiri.Dia pernah keluar parti dia dan tubuhkan parti baru.
Dia pernah singkirkan pembantu dia sendiri.
Dia pernah letak jawatan atas kehendak dia sendiri.
Dia pernah lawan PM selepas dia.
Dia pernah keluar parti dan masuk balik parti.
Dia pernah lawan lagi PM selepas PM selepas dia.
Dia pernah keluar parti dan buat lagi parti baru.
Dia pernah bekerjasama dengan orang yang penah jadi musuh dia.
Dia pernah letak jawatan sebab tak mahu terikat dengan orang di sekelilingnya.
Dia buat apa yang dirasakan wajar, tanpa mengira siapa, tanpa mengira parti, tanpa perlu menjaga hati orang-orang di sekelilingnya.

Dan dia juga, tak pernah pun menagih atau meminta-minta orang sokong dia.
Kalau orang suka dia, dia OK.
Kalau orang benci, dia tak peduli.
Kalau orang nak buang dia, dia tak kisah.
Kalau orang bagi tekanan kat dia, dia boleh pusing bagi tekanan pula pada orang tu.

Cara berpolitik beliau, bukanlah untuk kita sanjung atau puja, tapi untuk kita contohi, yakni kita sebagai rakyat, tak perlu taksub pada mana-mana pemimpin politik.

Tak perlu puja mana-mana pemimpin politik.
Tak perlu terikat pada mana-mana parti politik.
Tak perlu tunduk sahaja pada pemimpin walaupun kita tahu dia salah.
Tak perlu menagih sokongan kerana sokongan itu akan datang sendiri jika kita baik.
Tak perlu setia membabi buta pada mana-mana ahli dan parti politik.

Ini cuba tengok kita selama ini, beria-ia menggelabah sokong ahli politik dan parti politik itu ini, tapi Tun M sendiri selamba je lawan sana sini, kawan sana sini, keluar parti sana sini.

Kerana pada akhirnya yang mengikat kita, bukanlah perjuangan terhadap pemimpin, individu atau parti politik, sebaliknya hanyalah perjuangan pada agama, bangsa dan negara.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: cara politik tun mahathir yang harus dicontohi diteladani sejarah lawan kawan letak jawatan kerajaan baru krisis pentadbiran parti ph bn 

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...