Iklan Leaderboard

Isnin, 12 Mac 2018

7 10 salah faham terhadap bidang Psikologi

Bila sebut belajar jurusan Psikologi, aku berani jamin, mesti akan berlaku salah faham daripada orang biasa. Dah 5 tahun sejak aku ceburkan diri dalam Psikologi, aku dah hafal dah skrip-skrip misunderstand pasal course ini haha. Tanyalah pada mana-mana pelajar Psikologi, mesti akan akui perkara yang sama. Maklumat untuk korang yang minat bidang ini.


1. Belajar Psikologi boleh baca fikiran orang

Fuh ini paling famous. Ramai ingat kami ini macam Charles Xavier / Professor X.
Boleh baca fikiran.
Kami belajar Psikologi, bukan telepati. Kami juga bukan ahli nujum 😂

2. Belajar Psikologi? So jadi kaunselor la nanti ye? 

Kah kah kah. Paling kelakar. Kaunselor itu bawah sub-bidang Psikologi. Tak sama.
Psikologi banyak. Klinikal, sukan, kanak-kanak, organisasi industri, kaunseling.
Kaunselor tahu Psikologi,
Tapi Psikologis tak tahu kaunseling.

3. Ambil jurusan Psikologi boleh belajar Body Language

Haha. Famous juga.
Jangan tertipu dengan filem. Bila masuk bab akademik, tak ada nya kau nak belajar benda macam tu.
Nanti kau akan sibuk belajar statistik je sebenarnya hahahaha. Nama pun sains sosial.

4. Belajar Psikologi tak ada masa depan kerjaya. 

Paling sentap setakat ni, daripada orang dewasa biasanya.
Ya kami akui, bidang kami ini “pelik”. Tak famous macam doktor, engineer, banker, lawyer dll.
Tapi percaya atau tidak, Malaysia now needs Psychologists more than ever.

5. Projek Psikologi banyak buat survey je kan?

Hahaha. Itu kata-kata orang yang tak biasa dengan sains sosial.
Survey tu cuma percent kecil je dari research method.
Bidang kami ini sains, jadi of course ada proper research, empirical evidence, data analysis, hypothesis dll.

6. Psychology ada masuk lab juga ke?

Ya ada.
Kalau tak, macam mana kami nak test teori-teori tertentu pasal minda manusia.
Lab tak semestinya cecair dalam balang tu.
Nak tengok gelombang otak, aliran darah, masa reaksi dalam eksperimen tertentu, semua tu buat kat lab.

7. Psikologi ada banyak Bio?

Ya dan tak sebenarnya. Bergantung kepada subjek kau.
Bio ada sentuh tapi tak deep. Sentuh asas (part otak, hormon dll)
Sebenarnya kau akan lagi pening dengan statistik. 😂
Pelajar Psikologi yang grad biasanya happy sebab dah bebas SPSS.

8. Belajar Psikologi pun boleh ada masalah mental? Bukan ke korang lagi pandai manage?

Amboi. Macam kami ini Tuhan.
Kalau doktor pun ada sakit demam, diabetes, sakit jantung, selsema atau apa-apa sakit fizikal lain,
Takkan kami belajar Psikologi tak boleh ada masalah mental?

9. Oh jurusan Psikologi. Lepas ini kerja dengan orang gila la ya? Tanjung Rambutan?

Tu dia. Kalau aku listkan semua jenis Psikologi yang ada, mau ternganga dia nanti.
Yang dengan orang gila tu cuma Psikologi Klinikal.
Itu pun sebenarnya masalah kecelaruan mental BUKAN GILA!

10. Oh belajar Psikologi? 

Ni mesti follow Twitter @aimanamri kan? Like FB page dia Aiman Psikologis kan? Baca website dia http://www.aimanpsikologis.com kan?
Akhirnya, satu-satunya salah faham pasal Psikologi yang sebenarnya betul lagi digalakkan 😜

Psikologi ialah sebuah cabang sains sosial yang mengkaji pemikiran dan tingkah laku manusia.

Ia sebuah ilmu yang banyak melibatkan kajian dan ujian berkenaan teori-teori tertentu, untuk menerangkan sesuatu situasi untuk seorang manusia.

Psikologi itu luas.

Ada banyak cabang seperti Biologi, Sosial, Kognitif, Perkembangan, Kesihatan Mental, Forensik Jenayah, Personaliti dan banyak lagi!

Kesimpulannya, dunia Psikologi ni:

- Jurusan “pelik”
- Kerjaya “terpencil”
- Orang dia “unik”

The road not taken, the one leas travelled by. Of course banyak salah faham muncul.
Kata kunci dia, tanya kalau tak tahu. Kani sudi jawab, tapi kami pantang dengan salahfaham tu.

Nak dapatkan maklumat betul pasal Psikologi tak susah pun.
Banyakkan membaca artikel dan blog berkaitan bidang ni.
Selalu bertanya pada senior Psikologi yang dikenali kalau tak pasti.
Follow orang aktif berkongsi Psikologi macam akaun Twitter yang ini.

Sekain, tamat sudah

Sumber dari Twitter Aiman Psikologis.


Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: salah faham bidang psikologi kaunseling kaunselor pakar psikiatri pekerjaan jurusan kursus course degree belajar

7 ulasan:

  1. heheehe
    betul tu
    memang salah faham tentang 10 benda nih tepat sekali

    BalasPadam
  2. nak bisjut?

    BalasPadam
  3. kenapa selalu ada komen nak bisjut? tak paham aku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk royi

      Padam
    2. ▄︻̷̿┻̿═━一/(^o^)\��������������

      Padam
  4. Kawan" semua sebenarnya aku ada masalah besar dengan bini dan mertua ku. Mertua aku ni janda dan masih lawa mcm ank dara. Masalah mula timbul bila isteriku pergi kerja dan tinggallh aku dgn mertuaku. Kami telah terlanjur bersama! Aku takut mertuaku mengandung dan puas aku pergi cari pil antihamil difarmasi! Benda ni akn berulang-ulang setiap kali isteriku pergi kerja, aku cuba menolak tapi tewas akhirnya, kami hanyut bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut hukum hudud, engkau dan mertua engkau wajib dikenakan hukum rejam sampai mati.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...