Ahad, 11 Mac 2018

14 Review Filem: KL Special Force

Aku baru sahaja menonton filem KL Special Force, filem arahan Syafiq Yusof yang dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Sejujurnya aku sangat jarang menonton filem Melayu atau filem tempatan di panggung wayang. Aku tengok pun bila ramai orang bagi review cerita tu bagus baru aku pergi tengok. Setakat ni antara filem tempatan yang aku pernah tengok di panggung adalah Polis Evo, J Revolusi, KL Gangster, Munafik dan beberapa lagi judul yang aku tak ingat.

Maka disebabkan ramai orang bagi feedback dan ulasan yang bagus pada filem KL Special Force ini di media sosial, maka aku pun pergilah juga menonton. Entah kenapa bila aku dah tengok filem ni, aku rasa macam ia tidaklah begitu hebat seperti yang digembar gemburkan oleh ramai orang sehingga ada yang cakap ia bertaraf Hollywood bagai. Aku jarang tulis review filem, tapi untuk filem ini aku rasa terpanggil sikit untuk tulis sedikit review.


Aku rasa masalah terbesar aku pada filem ini bukan pada lakonan, sinematografi dan hal-hal teknikal yang lain. Lakonan masing-masing dah memang bagus tak perlu lagi aku persoalkan. Lagipun bukan mudah nak berlakon, tambah pula dengan babak aksi dan lasak, tambah pula dengna pelbagai elemen surprise dan plot twist, usaha mereka semua memang aku salute. Lagipun hal-hal teknikal memang aku pun tak berapa tahu nak komen sebab bukan bidang aku.

Masalah aku adalah pada penceritaan cerita ini sendiri. Cerita ini aku anggap sebagai cerita fiksyen realiti yang mengisahkan anggota polis sebenar di KL dan juga penjenayah, tapi elemen realiti itu bagi aku banyak yang agak tak masuk akal dan agak exaggerated.

[AWAS: Mungkin mengandungi sedikit spoiler. Kalau tak suka spoiler jangan teruskan membaca. Kalau belum tonton, aku cadangkan pergi tonton dulu filem ni lepas tu baru baca balik review ni tengok adakah anda bersetuju atau tidak dengan review ini]

1. Terlalu banyak babak menjerit dan menengking

Dari awal sampai akhir, geng-geng polis ni asyik menjerit dan menengking je sesama sendiri, sampai ke tahap memaki hamun. Nak bagi arahan pun sampai menengking-nengking. Mungkin ada polis yang macam ni, tapi aku tak rasa budaya memaki hamun sesama anggota memang menjadi budaya dalam pasukan polis.

2. Anggota polis nampak macam tak cekap

Dalam filem ni berapa ramai anggota polis mati kena tembak, hanya untuk melawan 4 orang perompak. Polis pakai senapang hebat, penjenayah pakai pistol biasa je pun, polis yang kena tembak teruk. Ada pulak polis yang pergi depan-depan tak take cover pun bila penjahat tabur peluru.

Lepas tu pasukan polis yang sama asyik kena pergi ke sana ke mari ke sana ke mari, diorang dah pergi diorang jugak la kena patah balik. Takkan itu je pasukan polis yang ada? Tak boleh ke hantar dua pasukan untuk pergi ke lokasi kejadian yang berbeza?

3. Banyak babak tak masuk akal dan kesan efek tak real

Kereta kena tembak, meletup. Meletup tiba-tiba. Kereta takkan meletup kalau kena tembak bertubi-tubi pun. Terbakar, ya. Lainlah kalau kena bom.

Bila ada kejadian rompakan, security guard pun turut membantu. Aku bukan la pakar sangat bab senjata api ni tapi tak tau pulak pak guard pun pakai senapang rifle boleh tembak bertubi-tubi. Aku ingat pak guard cuma pakai senapang patah je.

Lepas tu bila babak nak kepung bangunan, banyak-banyak kenderaan polis datang depan bangunan lepas tu cakap, "Anda telah dikepung!". Tepi bangunan, belakang bangunan tak nampak pulak ada orang pergi kepung.

Kesan efek yang paling tak nampak real adalah darah. Darah nampak macam sirap cair. Tembakan bukan main banyak tapi kelongsong peluru dan magazine tak nampak pun bertaburan atas lantai.

4. Konflik kekeluargaan dan percintaan yang agak exaggrated

Realitinya mungkin ada segelintir, tapi aku tak rasa ramai wanita yang bila bercinta atau berkahwin dengan anggota keselamatan, dia akan komplen pasal kerja suami dia. Cakap asyik sibuk dengan kerja la, tak boleh luang masa untuk anak la, apa la. Come on, kau kahwin dengan polis kot, bukannya pegawai kerajaan yang masuk pukul 8 balik pukul 5.

Kalau kau sanggup berkahwin dengan anggota keselamatan, patut kau dah faham dan sanggup bertahan dengan waktu kerja dan tugas suami kau. Aku tak pernah dengar pula perempuan yang  suami dia seorang tentera komplen cakap laki dia balik rumah lambat, isteri pegawai tentera laut komplen cakap laki dia asyik sibuk kerja atas kapal abai keluarga sebab berbulan-bulan atas kapal. Lelaki kawin dengan jururawat, lepas tu komplen kenapa bini dia masuk kerja malam, balik kerja subuh.

Ini ada satu babak, tunang polis tu sedih tunang dia sibuk sangat dengan kerja, lepas tu tunang dia berjanji lepas dah kahwin nanti semua akan ok. Hmm tak tau pulak aku kerja anggota polis sebelum dan selepas berkahwin tu ada beza, sebelum kahwin busy selepas kahwin tak busy sangat.

5. Ketua penjahat sangat OP (Overpowered)

Ni bukan cerita manusia ada kuasa luar biasa, tapi watak ketua penjahat sangat OP. Dia sorang-sorang pun boleh menang lawan tembak menembak dengan ramai polis, tanpa perlu menyorok atau take cover. Keluar pintu, tembak bertubi-tubi, ramai polis kena tembak. Polis tembak dia balik, satu peluru pun tak kena. Aku tak tahu sama ada dia yang terlalu hebat luar biasa atau anggota polis yang tak cekap.

6. Rating cerita tidak sesuai

Cerita ni rating dia P13, maksudnya kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun boleh tengok dengan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga. Tapi seriously, cerita ni banyak sangat babak yang grafik. Tembak menembak darah terpecik sana sini, siap ada babak tembak kat dahi lepas tu tunjuk pula muka mayat tu penuh dengan lumuran darah. Tambah pula ada adegan tembakan rambang pada kanak-kanak yang tengah sambut hari jadi, lepas tu tembak pula pada kaki kanak-kanak perempuan, benda tu sangat ganas dan gore bagi aku.

Bahasa lagi la, penuh dengan makian "Bodoh!", "Sial!" dan sebagainya. Mungkin hanya kerana filem ini filem tempatan maka ia diberi klafisikasi P13, tapi kalau filem ni filem luar negara, aku rasa dah lama dapat rating P18.

7. Tajuk cerita tak kena dengan cerita

Tajuk cerita KL Special Force, tapi tang mana yang "special force"nya? Biasa kalau dengar sahaja "Special Force", dalam kepala mesti kita akan bayangkan sebuah pasukan polis khas yang elit, sangat cekap, hebat, dan sebagainya. Tapi apa yang kita dapat tengok hanya dua orang anggota polis yang asyik bergaduh sama sendiri je, asyik kalut dan gelabah je, takde kerjasama, selalu diperkotak katik, lepas tu penjahat yang banyak menang dan manipulasi keadaan. Nampak penjahat yang lebih "special" berbanding pasukan "special force" itu sendiri. Aku nampak kelemahan ni sama cerita Polis Evo. Kenapa tajuk dia Polis Evo? Sebab polis tu bawak kereta Mitsubishi Evo?

8. Agenda bitcoin

Seperti ada dah viral sebelum ini, page Scammer Malaya ada menyeru orang ramai supaya boikot filem ini kerana filem ini diterbit secara bersama oleh Dato Wira Fadino yang dikatakan pernah terlibat dengan scam Bitkingdom. Dalam cerita ni pun Dato Wira Fadino ada berlakon, dan surprisesingly benda yang paling penjeyanah tu nak rompak, adalah Bitcoin. So aku fahamlah kenapa ada orang suruh boikot. Tapi boikot atau tidak, itu terpulang kepada masing-masing. Aku sendiri takde la rasa nak boikot sebab aku sendiri takde pun kena tipu, tambah lagi cerita ni bukanlah cerita pasal dia seorang tetapi melibatkan ramai orang.


Ya itu adalah di antara beberapa kelemahan yang aku sebagai seorang penonton nampak dalam filem KL Special Force ini. Cerita ini sepatutnya banyak elemen aksi dan sedih, tapi entah kenapa aku rasa nak tergelak terutama kat babak-babak yang aku nyatakan kat atas.

Tak dinafikan filem-filem antarabangsa pun banyak yang tak logik dan tak masuk akal, tapi biasanya kalau cerita itu cerita fiksyen realiti, ia masih dibuat dalam ruang lingkup yang realistik dan tidak terlalu exaggerated. Kalau mereka nak exaggerated pun, ia masih exaggerated yang berjaya, bukan exaggerated yang cringey macam kebanyakan filem tempatan. Sebab tu filem tempatan ni penilaian aku straight sikit berbanding filem Hollywood.

So markah keseluruhan untuk filem KL Special Force ni, aku bagi 3/5.

Apa-apa pun ini cuma pandangan aku sahaja. Mungkin korang ada pandangan korang sendiri. Kalau korang nak rasa sendiri, korang kena tontonlah filem ini. Kalau tak minat filem melayu pun, paling tidak pun untuk support filem tempatan. Cuma tulah, jangan letak expectation yang tinggi sangat. Kalau anda tak kisah tengok cerita fiksyen realiti yang tidak realistik, cerita ini untuk anda.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: review reviu ulasan filem movie film kl special force skop production arahan syafiq yusof lakonan rosyam nor syamsul yusof fattah amin dato wira fadino scam bitkingdom

14 ulasan:

  1. Ok..apa kata noob tgk filem badang😂😃😄😅😆💪..org ckp filem tuu berkualiti..kadang tajuk jerr gempak tapii bila tgk hampehh..filem luar pun kadang2 babak xmasuk akal pun kita terima..contoh filem thamil kena tumbuk sekali boleh terbang atas bumbung..😊☺😋🙏👅👅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambung sikit lagii..😊☺😀😂😁😃😄😅😆😉😑

      Filem thamil terang2 ada tunjuk polis ambil rasuah..

      Filem kita rasanya xberanii nk tunjuk..kalau tunjuk pun kena cover...bkn nk tuduh semua polis ambil rasuah tapii segelintir saja yg buat taiik..💸💷💶💴💵🔫

      Padam
  2. Kalau nak reality sangat gi tengok teaterlah.. nak tumpang glamour lah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang bg pendapat masing2 kot.. knape maty butthurt?

      Padam
  3. Keempat-empat penulis skrip bagi filem ini, Joel So, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini menyatakan pemilihan perkataan EVO di dalam tajuk filem ini bermaksud "evolusi imej polis untuk dibawa ke layar perak."

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_EVO

    BalasPadam
  4. Lol dalam Wacana Seni dekat UITM Shah Alam Director Polis Evo tu sendiri cakap yang nama Polis Evo diambil sebab masa dia tengah fikirkan nama untuk filem tu dia ternampak Lancer Evo
    Pastu dapat ilham untuk gabungkan nama Evo dalam filem dia dan cuba buatkan nama tu jadi relevan

    BalasPadam
  5. setuju sgt dgn review ni..esp hal tembak menembak..mcm polis x gi latihan menembak je hehe. polis malaysia xla gitu sgt..tembak beramai2..bertubi2 tp xkena..mcm filem tamil sikit..tu x masuk lg tembak penjenayah bangunan sebelah guna piatol je..mana smpai bro!��

    BalasPadam
  6. AKU ADALAH PADAYAPPA!!! ZUPP ZASSS BUNYI SOUND!! DASYUMM BUNYI PENUMBUK! AWWAWW!!

    BalasPadam
  7. noob xnak try review konsert hora horey ke??

    BalasPadam
  8. Tahniah noob. Jujur aku ckp ko sesuai jadikan filem review ni entry wajib utk blog ni. Drpd ko nk ulas Maharaja lawak mega atau Gema gegar vaganza, lagi la xde faedah..kipidap..

    BalasPadam
  9. Pak guard tu bukan pak guard biasa, mana mana hotel atau bank akan mengambil penjaga yang mahir dalam hal2 ni, misalnya polis sebenar pon boleh diambil untuk menjaga ketenteraman kat situ, cuma gaji diorang dibayar oleh pihak yang mengambil "pak guard" tu. Mmg betul mereka dibenarkan membantu polis dalam hal2 macam tu sbb itu masih di dalam kawasan yang perlu dijaga oleh pakguard, kalau di luar kawasan bukan tanggungjawab dia. Kena tahu polis ni boleh bergabung dgn pelbagai agensi bukan kerajaan

    BalasPadam
  10. Sebelum tulis tu fahamkan betul2 ceritq, kehidupan anggota polis tak sama dengan askar ataupun kapten kapal, gaji mereka sikit tapi kerja lebih, isteri dan anak2 rasa serba kekurangan dari segi duit dan kasih sayang, x kaya x pe jangan miskin jiwa .itu mesej,

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.