Dalam hidup kita setiap orang pasti ada idola atau ikon, orang yang dijadikan sebagai contoh, panduan, ikutan, sumber inspirasi dan sebagaianya. Kita biasanya akan menjadikan tokoh ternama yang popular dan berjaya sebagai idola kita seperti pemimpin, selebriti, penyanyi, pelakon, ahli perniagaan, pemuzik, cendekiawan, agamawan dan sebagainya, yang rata-rata kita hanya mengenali mereka secara luaran sahaja dan mereka pula langsung tak mengenali atau tahu kewujudan kita.
Ada orang yang sekadar meminati atau mengkagumi idola mereka, ada juga yang sampai ke tahap taksub dan fanatik dengan idola mereka. Mereka terlalu menyayangi idola mereka sehingga merasakan yang idola mereka adalah makhluk yang terbaik dan sempurna pernah wujud di muka bumi. Mereka lupa yang idola mereka juga manusia biasa seperti kita. Mereka sanggup berhabisan wang ringgit, masa dan tenaga demi idola mereka. Mereka ini akan sentiasa menyokong dan mempertahankan idola mereka, sehinggalah idola mereka menjadi "Fallen Idol".
Fallen Idol atau idola yang jatuh, adalah idola yang sering dikagumi dan dipandang tinggi oleh orang lain kerana kejayaan, kehebatan dan pencapaiannya sehinggalah dia melakukan hal yang dipandang serong dan negatif dalam masyarakat, melakukan kesalahan atau salahlaku sehingga mengecewakan ramai orang termasuk para penyokong, peminat dan penyokongnya.
Seperti contoh seorang atlet yang sangat hebat dan memperoleh banyak kejayaan dalam kariernya sehingga ramai orang menjadikan dia sebagai sumber inspirasi, sehinggalah akhirnya kantoi yang dia selama ini mengambil dadah lalu menyebabkan segala kejuaraannya ditarik balik.
Atau contoh seorang pemimpin yang sangat dikagumi ramai atas gaya kepimpinannya, sehinggalah akhirnya kantoi dia mengambil rasuah dan kaki perempuan.
Atau contoh seorang artis yang sangat diminati kerana bakat dan keunikan suaranya, sehinggalah akhirnya dia terlibat dengan salah guna dadah.
Atau contoh seorang ahli perniagaan jutawan bertaraf Dr. dan mempunyai gelaran Dato', amat dikagumi ketokohannnya dalam bidang perniagaan dan motivasi, malah sering dilihat membuat kerja-kerja amal, sehinggalah akhirnya terkantoi sijil PhD yang dimilikinya adalah palsu, gelaran Dato' yang dimilikinya tidak diiktiraf, dan perniagaannya selama ini adalah scam.
Itulah masalahnya kalau kita sering menjadikan tokoh yang kita tidak kenal secara peribadi dan dia pun tidak kenal kita sebagai sumber inspirasi. Bayangkan kita punyalah kagum dengan perwatakan dia, kebijaksanaan dia, karisma dia yang sering ditunjukkan kepada orang ramai, namun di belakang kita, dia pun sebenarnya tidaklah sehebat dan sebagus yang kita pandang, malah mungkin ada sisi gelap yang kita sebenarnya tak tahu pun.
Seperti contoh kes bulan lepas tentang seorang selebriti yang melancarkan model tudung terbarunya dia sebuah kelab malam. Rata-rata ramai peminatnya yang kecewa sehingga menyebabkan follower beliau di Instagram mengalami sedikit penurunan. Ada juga yang kecewa lalu mencari sumber inspirasi lain yang juga merupakan selebriti seperti tweet ini.
Kenapa balik-balik perlu menjadikan selebriti sebagai sumber inspirasi? Adakah kita mengenali mereka dengan rapat dan mereka pun kenal diri kita?
Pada aku tak salah nak jadikan sesiapa pun sebagai idola atau sumber inspirasi, tapi lebih baik jika kita menjadikan orang yang kita sendiri kenali secara peribadi dan dia juga mengenali kita sebagai ikon atau sumber inspirasi, seperti contoh ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita, kawan-kawan kita, guru-guru kita, kenalan kita, mentor-mentor kita dan sebagainya.
Walaupun kejayaan atau pencapaian mereka bukanlah hebat seperti tokoh-tokoh yang popular, namun sekurang-kurangnya secara peribadi kita mengenali mereka, mereka dekat dengan kita, dan laluan inspirasinya lebih realistik berbanding tokoh yang jauh dari kehidupan kita
Tak perlu kita tengok jauh-jauh.
Jika kita ada abang yang berjaya dalam pelajaran, jadikan dia sebagai idola kita.
Jika kita ada guru yang begitu berdedikasi mendidik anak bangsa, jadikan dia sebagai ikon kita.
Jika kita ada kawan yang mempunyai pencapaian hebat, jadikan dia sebagai sumber inspirasi kita.
Jika kita baru bekerja, jadikan bapa kita sebagai pendorong untuk bekerja demi keluarga.
Jika kita baru sahaja menjadi ibu, jadikan ibu kita sebagai contoh terbaik dalam membesarkan anak-anaknya.
Percayalah, ia lebih realistik untuk diikuti dan dicontohi berbanding kita jadikan orang yang jauh dari kita untuk dicontohi.
Malah sekurang-kurangnya kita tidaklah melihat mereka sebagai contoh yang sempurna yang kita hanya dapat lihat dari kaca mata berita, blog, TV, Youtube, akhbar, Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain medium, sebaliknya kita dapat lihat mereka dari kaca mata kita sendiri yang mereka juga manusia biasa seperti kita, yang juga ada kekurangan, kelemahan, kehidupan dan sebagainya.
Dan andai satu hari mereka menjadi idola yang jatuh, sekurang-kurangnya kita tidaklah merasa terlalu kecewa, dan boleh menegur serta menasihati mereka kerana mereka dekat dengan kita.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir
Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di
sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: idola ikon sumber inspirasi tak kenal jauh dekat selebriti golongan artis
Khamis, 22 Mac 2018
4 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nate beruk mana buat artis sumber inspirasi?
BalasPadamha¡¡¡...😝😎😜😛
Padammereka jadi sumber inspirasi untuk ehem-ehem
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadam