Halaman

Selasa, 26 Jun 2012

Anugerah bodoh oleh pro-LBGT

Kadang2 sebab kita benci sangat kat seseorang tu, kita terus je suka dan sokong kalau ada orang lain memburuk2kan orang yang kita benci tu, tapi dalam tak sedar orang yang buruk2kan orang yang kita benci tu lagi teruk dari orang yang kita benci.


Sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme iaitu Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dengan selambanya memberi anugerah seksis mengarut dan syok sendiri kepada Ibrahim Ali founder PERKASA dan juga Kelab Isteri Taat.

Sumber sini.

So apa yang Ibrahim Ali dan juga Kelab Isteri Taat ni cakap sampai diorang dapat anugerah seksis?
Ibrahim Ali - "Hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami."

Kelab Isteri Taat - "Wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah".
Apa yang tak betulnya daripada kenyataan mereka ini? Benda2 yang diorang cakap ni adalah realiti yang berlaku di negara kita yang banyak membawa kepada kerosakan rumahtangga dan menyebabkan begitu ramai pasangan bercerai macam kat sini. Memang biasa kita dengar suami zaman sekarang yang tak matang, bernafsu seks kuda dan tak ada pegangan agama yang kuat cari perempuan lain kat luar sebab isteri abai tanggungjawab dan tak dapat beri layanan yang memuaskan hati suami. Sama juga dengan kes isteri yang curang cari batang jantan lain sebab suami abai tanggungjawab dan tidak dapat memuaskan nafsu serakah mereka.

Maka dengan anugerah bodoh itu maka ramailah golongan2 Anti Ibrahim Ali dok komen padan muka, mengejek dan menganjing2kan Ibrahim Ali dengan anugerah mengarut yang diperolehinya.

 

Tapi yang aku pelik takde sape pun nak komen pasal penganjur majlis dan pemberi anugerah tu. Joint Action Group for Gender Equality? JAG? Apa benda tu? Baca tujuan penganjuran "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" tu kat sini, dan cuba baca sikit berita tu sampai habis:
Majlis yang berlangsung selama hampir satu jam itu diacarakan 'Ms Ribenaberry', satu watak satira seorang penggoda yang diperan aktivis teater Jo Kukathas.

'Ms Ribena Berry' sendiri menyampaikan semua tujuh anugerah pada majlis petang tadi.

Namun, mereka yang hadir tidak kering gusi ketawa dengan jenaka yang diselang-selikan 'Ms Ribena Berry' sewaktu mengendalikan majlis, termasuk jenaka rumahtangga yang 'mengusik' Ibrahim.

Majlis yang rata-ratanya kelihatan seperti bertemakan warna ungu - warna tidak rasmi golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) - turut memberikan 'penghormatan' kepada kerajaan negeri Terengganu.

Kerajaan Terengganu mendapat anugerah 'Dasar Gagal' kerana pernah memperkenalkan satu kem khusus untuk remaja lelaki lembut.
Penganjur dalam kenyataan mereka berkata majlis anugerah itu pertama kali diadakan dan ia bertujuan "membentuk kesedaran orang ramai tentang sifat seksis, homofobia, dan juga transfobia".
Penganjur tu kutuk2 Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat, dalam masa yang sama diorang memperjuang dan menyokong golongan2 LBGT dan nak bina kesedaran agar orang ramai boleh terima golongan2 LBGT ni. Dafuq man??? Lepas pada itu ramai yang dok kutuk2 Ibrahim Ali seolah2 memberi satu isyarat seperti ramai yang menyokong geng2 haram yang menganjur dan memberi anugerah tu dan secara tak langsung kita dah termasuk dalam perangkap mereka. Best sangat ke anugerah diorang tu? Penting sangat ke?

What this shit??? Ni ke Ms Ribena Berry yang dok kutuk2 Berahim Ali dan Kelab Isteri Taat tu?

Kalau diberi pilihan untuk memilih antara 3 ni PERKASA, Kelab Isteri Taat dan JAG, aku lebih rela sokong Kelab Isteri Taat dan PERKASA. LBGT sucks! Tahun depan JAG jangan lupa bagi anugerah blog paling meluat dan menyampah dengan golongan LBGT kepada Buasir Otak.


tags: ibrahim ali perkasa kelab isteri taat obedient wives club owc menang anugerah seksis aiyoh...wat lah?! awards 2012 menghina kebijaksanaan paling kurang membantu persaudaraan wanita dasar gagal kerajaan terengganu foot in mouth terlajak perahu boleh diundur teng hock nam lbgt lesbian gay biseksual transeksual homofobia transfobia ms ribena berry malaysiakini

17 ulasan:

  1. LBGT bukan sucks, mereka ini ada masalah abnormal chromosome
    kalau kita boleh terima penghidap autism, aids & cancer sebagai unfortunate disebabkan masalah kesihatan mereka
    maka LBGT pon tergolong sama dengan mereka, mereka sakit dan perlukan rawatan

    namun rawatan tu bukanlah dari bentuk hamburan caci cerca makian
    rawatlah mereka dengan pendidikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. lbgt satu hal, orang2 yg sokong mereka juga satu hal. adakah orang yg normal tapi sokong golongan lbgt ada masalah abrnomal chromosome juga? adakah mereka pun sakit? golongan2 pro-lbgt sebenarnya lagi bahaya daripada golongan lbgt itu sendiri kerana mereka cuba mengiktiraf sesuatu benda yang diluar norma2 manusia dan juga diluar batasan agama

      Padam
    2. setuju amat.
      sepatutnya golongan pro-LBGT ni mendidik org yang sakit
      bukannya menyokong mereka untuk terus sakit
      sebagai muslim yang waras, kita patut sokong pendidikan kepada LBGT ini

      Padam
    3. Sorry LGBT is not a chromosome disorder..Thank You..

      Padam
    4. thanks. pecah tembelang sarkasm aku

      Padam
    5. kahkahkah ada jugak yg x tangkap sarkasm ko rupanya...

      Padam
  2. Agenda licik yang diperjuangkan golongan macam ni slow2 je masuk dalam pemikiran orang kita..dan orang kita pun dalam sedar tak sedar pun terima je-sebab benci orang lain punya pasal..orang macam ni pun sakit juga..kalau berterusan macam ni, jangan terkejut kalau lain kali ada live kat TV pulak..

    BalasPadam
  3. LGBT tak penting, yang ni yang penting..

    PADA suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

    Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

    Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

    Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

    Sebenarnya ajaran agama yang boleh dikategorikan sebagai sesat yang dibawa oleh penceramah dan penyokong Pas ialah dikatakan jika orang-orang itu mati dalam UMNO maka dia akan dimasukkan ke neraka. Jika orang-orang kita mati dalam Pas akan dimasukkan ke syurga.

    Bab mati ini, harap-harap kita akan mati dalam Islam sahajalah, dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

    Sesetengah Mat Rempit pun ada berkata bahawa mereka juga akan dimasukkan ke syurga jika mati kemalangan semasa merempit kerana 'mati di jalan yang lurus'.

    Dalam al-Quran ada ayat menyuruh kita berbuat baik, jangan berbuat jahat dan terus beribadat kepada Allah. Dalam al-Quran juga ada ayat menyuruh kita berlumba-lumbalah membuat kebaikan.

    Setelah berakhirnya PRU DUN Sarawak Ke-10 pada 16 April 2011 yang lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan sombong bahawa BN kehilangan banyak kerusi DUN di Sarawak.

    Kenapa pula beliau tidak sebut yang Pas langsung tidak menang apa-apa kerusi DUN?

    Sebelum itu ada seorang pemimpin Pas Sarawak berkata, penyertaan Pas dalam PRU DUN Sarawak adalah untuk berdakwah.

    Pelik bunyinya! Namun orang Islam Sarawak menolak Pas secara baik. Tetapi Nik Aziz sakit hati dan mengeluarkan kenyataan "orang Sarawak bodoh pakai cawat".

    Dulu Nik Aziz ada berkata kepada orang di Tenang, Johor yang menolak Pas dalam PRK DUN N5 Tenang sebagai "orang Arab Jahiliah".

    Nik Aziz sudah tua, sebaik-baiknya bercakaplah elok-elok sikit melambangkan kita ini ulama, berimej Islam yang tinggi melalui pakaian serban, berjubah dan berjanggut.

    Ini tidak, tua-tua pun mulut masih jahat dan sewajarnya malulah kepada generasi muda. Harap Nik Aziz boleh faham suara daripada tulisan orang muda ini.

    Pada tahun 1990 selepas Nik Aziz mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan, kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Nik Aziz ialah perempuan tidak boleh bekerja malam di Kelantan. Semua pemimpin Pas sokong.

    Persoalannya, bagaimana pihak hospital kerajaan atau klinik swasta yang semua doktor wanita atau jururawat wanita tidak bekerja malam untuk menghadapi ibu hendak beranak?

    Adakah doktor lelaki atau pembantu hospital lelaki yang perlu ditugaskan menyambut kelahiran itu? Atau adakah kita meminta dan menyuruh ibu tersebut tunda beranak hingga ke pagi esok?

    Selepas itu Nik Aziz kata perempuan cantik tak perlu kerja kerana perempuan cantik akan dilamar segera dan boleh berkahwin. Tetapi di pejabat MB, TMB, Exco-Exco semuanya terdiri daripada wanita-wanita cantik belaka.

    Nik Aziz juga ada berkata bahawa orang perempuan tidak boleh jadi pemimpin tetapi hari ini dibolehkan pula.
    Ramai wanita di kalangan Muslimah Pas menjadi calon PRU atau PRK dan ada yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
    Hukum Islam atau Fatwa yang keluar daripada mulut Nik Aziz itu sentiasa berubah-ubah mengikut seleranya dan dengan itulah maka ramai orang berkata, Pas itu adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran yang berubah-ubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pungkoq hang la. ingat ni SPM ka nak tulis2 karangan!

      Padam
  4. Orang bukan Islam yang makan daging 'kz' 3 kali sehari dinobatkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tak logik langsung. Orang-orang UMNO punya satu kiblat dengannya dikatakan kafir kerana tidak menyokong partinya dan bermacam- macam lagi. Kita tidak boleh berpecah-belah dalam agama kerana ini memang ada larangan daripada Allah. Rujuk al-Quran Surah Al-An'Aam Ayat 159 dan ikrar kita di ayat seterusnya, Ayat 160 hingga 163.

    Nik Aziz juga pernah berkata bahawa beliau tidak minta pun dilahirkan sebagai orang Melayu. Nik Aziz juga ada berkata bahawa Islam tolak kebangsaan. Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah dia menentang penciptaan Allah kepadanya. Dalam al-Quran ada satu surah bernama 'Pencipta' iaitu Surah Faatir. Surah Faatir Ayat 1 ada menerangkan penciptaan Allah. Adakah Nik Aziz tidak membaca al-Quran?

    Adalah menjadi hak Allah untuk mencipta sesuatu. Allah cipta kita sebagai orang berbangsa Melayu, Jepun, Bugis dan bangsa-bangsa lain.

    Di Kelantan Nik Aziz sebagai MB, ada sebuah jabatan kerajaan negeri bernama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, adakah itu bukan kebangsaan. Di negeri sendiri pun ada unsur-unsur Kebangsaan. Seorang Exco baru Selangor daripada Pas pun memegang Exco yang ada kaitan dengan Kebangsaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisan yang matang. Saya cadangkan buka blog. Kalau tak ada blog saya berbesar hati mengundang Tuan untuk menulis di blog saya.

      Padam
  5. bhai anon kt atas..nk buat cerita politik pi lah blog papagomo yg btumbuk ngan blogger APA kerana pulun tamak ngan bolot income..sini blog neutral..harap maklum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, korang jgnlah kritik Nik Aziz tu, dia kan MAKSUM!

      Padam
    2. neutral ade jgk kutuk tp bkn kat blog ini. hang x pndai bc ka. die suh p kat blog politik kalo nk berpolitik org x ksh. jgn smp org kutuk hang plak. dan jgn jd bodoh sombong

      Padam
  6. hahaha..lgbt mmg pundek tp ibrahim ali lg bapak segala pundek..walau x sngkut paut ngan anugerah tu, tp ibrahim ali dh tkenal dgn perangai poyo dia..

    BalasPadam
  7. LGBT adalah satu penyakit mental..

    BalasPadam
  8. serius~ tak paham aku ape yang Joint Action Group for Gender Equality(JAG) cuba nak lakukan dengan menganjurkan awards2 macam ni~ macam syok sendiri~

    JAG comprises of seven NGOs:
    -All Women's Action Society (AWAM)
    -Perak Women for Women Society (PWW)
    -Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
    -Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
    -Sisters in Islam (SIS)
    -Women's Aid Organisation (WAO)
    -Women’s Centre for Change, Penang (WCC)

    ah~ 6 dari 7 subgroup related directly to women~ oh~ seriously, ape yang "GENDER EQUALITY"nya when they dont have pro-MENS subgroups in their 'PERJUANGAN"~ ada udang disebalik batu~

    btw, "kadang2 sebab kita benci sangat kat seseorang tu, kita terus je suka dan sokong kalau ada orang lain memburuk2kan orang yang kita benci tu" perkara ini tidak berlaku kepada aku~ aku tidak pernah membenci manusia, sebaliknya aku membenci sifat "bodoh sombong" yang ada pada sebahagian dari mereka~

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.