Halaman

Selasa, 26 Jun 2012

Apabila blogger masuk paper

Amanz.my merupakan sebuah blog teknologi di Malaysia yang paling top. Kat Amanz.my mereka selalu update berita2 pasal teknologi Internet, review gajet2 terkini seperti Notebook, Komputer, Tablet, Smartphone, etc serta macam2 lagi pasal dunia pengkomputeran dan IT. Cuma aku agak kecewa sebab tak banyak cover berita2 pasal dunia game terutama konsol game seperti PS, Xbox, Wii, etc. Kalau ada pun sikit2lah pasal PC dan phone game. Mungkin diorang kena bagi aku jadi penulis jemputan untuk menulis info2 pasal game. Blog Amanz ni jugak antara blog yang agak bersih, so kalau korang troll mengarut2 kemungkinan besar komen anda akan dipadam macam yang aku selalu kena.


So bile blog dah tersangat glamer ni, dapat la masuk paper. Dan blogger2 macam ni kebanyakannya menjana income hanya dengan membuat blog sahaja, iklan berebut2 nak masuk sebab reader dah ramai. Team2 Amanz ni terdiri daripada foundernya iaitu abang macho Aman Firdaus, abang hensem Ikhwan Nazri, encik Obefiend owner BlogSerius lebih dari 90 juta views serta cik kak Nisa Kay yang pernah komen kat sini suruh remove gambar dia.


Baca lagi kat NST ni.

Aku rasa ramai2 yang menulis blog ni kalau boleh nak jadik macam Hokage2 bloggers macam kat sini dan kalau boleh nak buat income yang banyak dengan hanya berblog sahaja, tapi apakan daya, bukan semua dapat jadik macam diorang. Kalau mana2 yang dah bermula awal dalam dunia blog sejak 10 tahun yang lepas mungkin ada peluang untuk blog jadi glamer nak mati, tapi kalau yang baru2 je berblog, dengan lambakan blog2 yang dah terlalu banyak ni, mungkin susah sikit nak glamer, ikut nasib korang la. Tapi yang penting jangan putus asa juga menaruh harapan yang tinggi untuk mencapai tahap2 Hokage blog, dapat tahap Chuunin atau Jounin pun dah cukuplah.

Satu tips, kat ruangan komen tu kalau boleh tak payah la nak kena approve2 komen, buangkan captcha yang mengarut2 tu buat susah orang nak baca tulisan tunggang langgang tu dan jangan delete2 komen orang melainkan komen yg dirasakan melanggar undang2. Bila kita dah mula buat blog kat dunia Internet, kita sepatutnya dah kena bersedia untuk menerima apa jua kritikan, troll, kutukan, cacian dan makian dari pembaca. Kalau kita tulis benda baik2 masakan orang nak mengutuk, tapi kalau kita pun dok mengutuk mengkritik orang dalam blog kita tapi dalam masa yang sama tak boleh terima kritikan daripada pembaca maksudnya itu blog syok sendiri.


tags: berita blog blogger tempatan amanz.my leading techblog bahasa melayu malaysia teknologi komputer pc notebook laptop tablet os windows macos linux ipad tab smartphone android ios iphone galaxy note s3 meebo interview news masuk paper nst new straits times aman firdaus ikhwan nazri obefiend nisa kay

26 ulasan:

  1. Kalau aku sape delete komen aku and sistem komen dia macam gampang,terus aku banned tak masuk blog dia dah.

    BalasPadam
  2. dah komen macam gampang kena del la :D

    BalasPadam
  3. aku benci jugak yang nak komen pesyen berlapis-lapis birokrasi dia..tapis tak tapis, delete tak delete tuh belakang kira, tapi nak komen pon jenuh memang meluat la. nak pulak pesyen load page 2,3 kali, hamjad jugak la..haha

    BalasPadam
  4. buat blog jilakabetulv3... konfirm hit tinggi!!!!...... jelakabetul

    BalasPadam
  5. Saje nak approve dulu...sebab kadang2 ade spam...

    BalasPadam
  6. Amanz memang blogger yg glamer dan aku hari2 jengok blog dia.
    Thank sbb follow blog aku dan seperti biasa aku follow balik blog ini.
    Yg follow blog aku semestinya aku follow balik.

    BalasPadam
  7. berbloglah kamu dengan niat nak masuk paper & tv
    nescaya satu hari nanti kamu akan masuk paper & tv

    tapi kalau kamu berblog dengan niat nak popular
    nescaya satu hari nanti kamu akan popular jua

    BalasPadam
  8. selama ni aku tak tahu lagi,jadi pasal kau dah bagi tahu aku pun nak kesana juga lah, err ada minah cun tak?

    BalasPadam
  9. Ada sesetengah blogger yang menapis komen-komen dari pembaca sebenarnya mereka ingin lebih menaikkan nilai blog mereka. Sekiranya benda yang tiada kaitan, atau caci maki cakap mengarut pun diorang approve, nilai blog tu sendiri akan jatuh. SEO atau ntah hape yang Google buat tu, bila selesai indexing, ranking blog tak naik sangat.

    Tak semua orang berjiwa kuat bila mereka minat berblog. Mental boleh down bila kena komen tah hape2.. Orang seni, orang jiwa tertekan, orang yg suka berkongsi, org giler glamer, org yang cari duit, dan pelbagai latar belakang ni, semuanya mempunyai jiwa dan keterbukaan yang tersendiri. Jadi, biasalah tu bila komen dipantau.

    BalasPadam
  10. bagila noob tulis pasal game en amanz..hehehe

    BalasPadam
  11. aku doakan Amanz supaya menjadi Mashable Msia satu hari nanti.! Insyallah, hahaha

    BalasPadam
  12. Terima kasih kerana menyokong kami dan kitorang jugak ada website pasal game cuma masih diperingkat permulaan = jeda.my. apapun kalau nak tulis untuk jeda.my boleh emailkan review tersebut ke media[at]amanz[dot]my : kami sentiasa mengalu2kan penulis jemputan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih brader ikhwan nazri tekong kerana sudi melawat blog kami yg ntah apa2 ni. ooo dah ada ke blog utk game... tak tau pulak. nanti saya akan linkkan ke blog jeda.my. teruskan usaha utk memartabatkan dunia teknologi IT di Malaysia

      Padam
    2. Tuan Price of Noob sekiranya nak hantar review game ke website jeda.my tu, nak kena ada identiti di alam realiti la. Manatau nanti kena panggil interview kat surat khabar. Takkan nak pakai topeng muka anonymous

      kawan anda

      Padam
    3. if la, if noob dipanggil utk sesi interview live nnt, dia boleh je cosplay sbg Patric Starfish, costume mascot lengkap head to toe...alasan utk support blog dia yg mmg dia tetapkan temanya 'buasir otak', so acceptable la kiranya..ok x? hahahah

      p/s: blog aku tahap genin pn blom lulus lagi, adsense pon x sudi nak approve kahkahkah...

      Padam
  13. aku ade acc blogger ni since 2005.. kalau la dulu aku reti berblog mesti aku pun dah jadi hokage jugak..[muntah] tp siyes aku nyampah captcha tu.. mate aku dah ler rabun.. aihhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. seriously,i used to fap while looking at your pic.Im sorry,I cannot refused it.sometimes,I'm kissed your pic like there is no tomorrow for us.

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. insyaallah aku akan cuba jadi lebih dari dorang..Maybe perlu kerja keras..

    BalasPadam
  16. mana dia tech blog yg menang anugerah digiwow awards itu hari. takde masuk paper kee. hahaha

    BalasPadam
  17. yeah..amanz superb...
    best nye dapat keluar paper.haha

    BalasPadam
  18. Aku pernah suruh remove gambar eh? Hahaha tak ingat pulak aku. Apa-apa pun thank you for this entry. Teruskan menyokong AMANZ!

    BalasPadam
  19. obeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee gua nampak obeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
  20. hehehe..suka istilah hokage jounin etc

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.