Halaman

Jumaat, 22 Jun 2012

Gila banyak pasangan bercerai

Gila... tahun 2011 yang lepas saja ada 27,000 pasangan suami isteri Islam bercerai. Secara purata ada 74 pasangan bercerai setiap hari bersamaan 3 penceraian setiap 1 jam. Dan seperti politikfags yang lain, nak salahkan sape benda ni berlaku BN ke PR?



Sumber Berita Hairan.

Sumber Utusang.


Pelik. Time bercinta bagai nak rak, kalau mana yang gila seks tu masa dating dalam wayang kat taman siap dok baring2 atas riba, tangan dok ringan2 meraba2, dalam kereta cari port takde orang dok buat maksiat pastu rakam pakai kamera telefon, tu yang keluar macam2 klip 3gp melayu bertudung kat Internet. Lepas tu nak kawin punya pasal simpan duit 4 5 tahun, tiap2 hari makan maggi pun takpe. Duit masih tak cukup lagi sanggup buat pinjaman peribadi dengan ah long bank.


Time nak kawin habis ribu2 dengan duit hantarannya, majlis kenduri buat kat hotel, foto kahwin nak ala2 Saifulnang, belanja gi honeymoon lagi, macam2. Lepas tu nak kena guna duit lagi nak sewa rumah, beli perabot, katil, sofa, dapur, macam2 la barang keperluan rumah. Elok2 lepas 2 3 tahun, bercerai. Dafuq? Time belum kahwin bukan main seronok nak beromen2, lepas dah kahwin dah dapat beromen secara halal, bercerai pulak.


Kenapa suatu perkahwinan tu gagal? Padahal dulu time bercinta elok je dunia ni macam ana yang punya tiada sapa dapat menghalang cinta suci kita. Tup tup lepas kahwin cerai. Biasa kalau berlaku penceraian ni mesti salah sorang buat hal, samada suami atau isteri. Sebab tu sebelum nak kahwin tu, bakal suami dan isteri perlu tahu dan betul2 faham beberapa perkara setelah mereka jadi suami isteri nanti yang mana konsep asasnya sangat mudah - Suami bagi nafkah, Isteri bagi ketaatan.
  • Untuk bakal suami - Mereka kena faham yang lepas kahwin nanti mereka ada tanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak, dan mereka wajib memberi nafkah kepada isteri. Nafkah ni macam2 dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian, perlindungan, kasih sayang, masa bersama, batin dan lain2. So kalau korang rasa tak mampu nak bagi, tak bersedia nak pikul tanggungjawab, jenis berkira sangat atau masih nak berpoya2 dengan ramai kawan2 perempuan, janganla gatal2 nak kahwin, tak pasal2 korang dok aniaya anak orang.
  • Untuk bakal isteri - Mereka kena faham yang lepas kahwin nanti mereka wajib mentaati suami. Mereka kena tahu yang rupa parasnya, tubuh badannya, perbuatannya, masanya, semua adalah hak suaminya. Kalau isteri nak keluar rumah, pergi bekerja, berhias pakai make-up, malah nak upload gambar kat Facebook sekalipun, semua dengan keizinan suami. Kalau suami tak bagi kebenaran, wajib ikut. Kalau kat rumah suami suruh pakai kostum arnab atau babydoll dress dengan thong, stokin dan garterbelt sambil menari tiang dan memberi layanan seksual ala2 Maria Ozawa, korang kena buat. Dan isteri juga kena sanggup bagi priority no. 1 pada suami dan keluarga. So kalau korang tak boleh nak bagi ketaatan anda, mental masih tak bersedia, tidak boleh menerima hakikat yang anda adalah milik dan hak mutlak bakal suami anda, masih lagi nak menjadikan kerjaya itu no. 1, nak lagi berpoya2 dan bersosial dengan kawan2 lelaki sepejabat, aku nasihatkan tak payah la dok sibuk2 nak kahwin. Anda hanya akan menambahkan dosa anda dan aniaya suami dengan beban dosa anda.


Kalau kedua2nya dah faham benda2 tu, maka kahwinlah dan Insya-Allah takkan bercerai hingga akhir hayat. Kalau tengok kat utusang tu, sebab2 penceraian di kalangan pasangan muda adalah seperti berikut:
  • Gagal menjalankan tanggungjawab - Ni dah cerita kat atas. Sebelum kahwin lagi kedua2 pasangan sepatutnya dah bersedia untuk galas tanggungjawab masing2 sebagai suami dan isteri serta bapa dan ibu. Kalau rasa diri tu belum bersedia nak jaga anak orang, nak jadi milik orang, jangan kahwin.
  • Campur tangan keluarga - Ni masalah kat keluarga. Yang mak bapaknya kalau dah tau tak berkenan jugak dengan bakal menantu, tak payah la nak setuju kahwinkan anak tu. Bagi yang ada anak perempuan tu kena ingat, lepas je anak diorang kahwin, ketaatan anaknya akan berpindah kepada suami anaknya tu. So kalau lepas kahwin masih nak control anaknya tu baik tak payah bagi kahwin. Kalau mak bapak lelaki pulak, kalau menantu perempuannya tak pandai masak ke atau ada kelemahan sikit ke tak payah la nak benci nak mengata perli2 aniaya tak tentu pasal. Kalau rasa tak boleh nak terima orang baru dalam keluarga, simpan jelah anak tu, tak payah suruh diorang kahwin. Bagi mak bapak yang anaknya dah kahwin tu, cuba la belajar2 terima orang lain. Ingatlah korang dulu tu pun pernah jadi anak yang baru kahwin jugak dulu. Takkan tak boleh faham perasaan anak2, janganlah selfish sangat.
  • Kekasih gelap - Yang ni paling jilaka. Kalau tak lelaki menggatal cari perempuan lain, bini curang carik jantan lain. Lelaki kalau rasa tak boleh nak bagi kasih sayang sepenuhnya kepada bakal isteri atau perempuan kalau rasa tak boleh nak bagi taat setia sepenuhnya kepada bakal suami, tak payahla kahwin, korang dok tambah dosa je. Kalau mana2 yang sampai bawak ke lembah penzinaan, kalau ikut hudud tu korang dah boleh kena rejam sampai mati dah. Yang orang ketiga tu pun satu hal jugak, bodoh piang gila babi sangat sampai dengan suami/isteri orang pun nak bercinta. Negara kita ni dah kurang lelaki/perempuan bujang sangat ke? Kalau nak jugak bekas2 orang, kalau yang dah duda/janda tu takpe la, ni nak jugak yang haram tu kenapa? Aku pun tak faham kenapa orang2 macam ni masih wujud, asshole sungguh. Nasihat aku lepas kahwin tu bagi orang lelaki, tak payah la dok bersosial2 lagi dengan kawan2 perempuan, yang perempuan pulak kalau gi kerja tu tak payah la dok bersolek tebal2 dan tak payahla dok melepak2 dengan kawan2 lelaki, anda tu dah kahwin dah jadik bini orang mak orang, nak tarik perhatian siapa sebenarnya?
  • Ekonomi - Memang dalam perkahwinan tu duit dan harta tu penting, tapi ramai orang lepas kahwin suka berlebih2 dan membazir. Lepas kahwin nak rumah besar, tukar kereta besar, TV besar, fridge besar, dapur besar, sofa besar, semuanya serba serbi besarlah. Hutang pun semakin bertambah. Lepas tu sebab nak tampung belanja yang banyak2 tu, isteri terpaksa bekerja. Kalau satu hari apa2 jadi pada suami atau isteri, masa tu hanya seorang sahaja yang mampu bekerja, tapi tanggungan besar hutang keliling pinggang. Masa tulah ekonomi jadi isu yang sangat besar. Sepatutnya pasangan suami dan isteri kena faham dan beli sesuatu tu mengikut KEPERLUAN, bukan KEMAHUAN, dan kalau boleh keperluan tu hanya mengikut pendapatan suami sahaja, bukan combine income. So kalau apa2 jadi pada anak atau keluarga yang memerlukan perhatian penuh, seorang ibu boleh fokus dan memberi keutamaan kepada keluarganya. Kalau suami hanya mampu nak sediakan tempat tinggal Apartment, terima sahaja. Kalau suami hanya mampu nak sediakan kereta Proton Saga FLX bayar bulan2 RM450 selama 9 tahun, terima sahaja. Kalau jiran tu beli kereta Honda Civic 2.0, pedulikan sahaja tak payah la nak jeles2 dan kemudian mintak bukan2 pada suami, lainlah kalau suami tu mampu. So kalau perempuan tak boleh nak terima hidup hanya dengan apa yang bakal suami boleh bagi, aku nasihat tak payahlah kawin dengan dia, pergilah kawin dengan Dato' atau anak jutawan Felda.
  • Tabiat atau watak kritikal pasangan - Semua kena faham manusia berubah. Benda yang paling normal adalah orang lelaki waktu bercinta lain bukan main romantik, lepas kahwin dah tak romantik macam dulu. Ini orang perempuan kena faham. Seperti entry aku sebelum ni, aku dah cakap yang lelaki akan buat macam2 demi untuk dapatkan seorang wanita tu, so secara tak langsung lelaki tu akan jadi macam romantik caring gila babi. Tapi bila dah dapat dan dah kahwin, biasanya sikap romantik caring melampau ni akan berkurangan. Mana lelaki yang dapat kekalkan sikap tu baguslah, tapi kalau suami anda macam tu, terima jelah as long dia jalankan semua tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Takkan sebab dia dah tak romantik korang nak mintak cerai. Sama la juga dengan lelaki, kalau dulu body awek korang solid molid tiap2 hari rasa nak raba je, tapi lepas kahwin lahirkan anak semua body bini korang dah jadi macam tong gas, janganlah sebab tu korang nak ceraikan dia. Kalau korang kahwin kali ke-2 pun kemungkinan benda yang sama akan berlaku malah mungkin lebih teruk. Sebab tu sebelum kahwin, korang kena belajar terima segala kekurangan pasangan sebelum dan juga yang akan datang. Kalau rasa2 tak boleh terima dan demand sangat macam2, tak payahla gatal2 nak kahwin. Korang nak pasangan korang perfect sempurna itu ini tapi korang sendiri pun perfect sangatkah???

Sebab tu benda paling asas sebelum nak kahwin bagi kedua lelaki perempuan selain daripada pegangan agama yang kukuh adalah cermin diri sendiri dahulu. Kalau rasa diri sendiri pun tak boleh nak jaga, tak mampu nak bagi komitmen dan tanggungjawab, tak boleh give and take, yang lelaki tak boleh bagi nafkah dan yang perempuan tak boleh bagi ketaatan, maka jangan kahwin. Kalau anda kahwin jugak, kemungkinan besar anda untuk pakai songkok/tudung dan cermin mata hitam kat mahkamah serta tergolong dalam statistik 27,000 orang yang bercerai itu sangat tinggi. Dahlah bercerai, anak2 jugak jadik mangsa, tak pasal2 ada orang lain yang teraniaya.


tags: lebih 27000 pasangan islam bercerai tahun lalu dr mashitah perkahwinan kian rapuh berita harian utusan malaysia statistik penceraian jakim jais lelaki wanita perempuan suami isteri dara bujang duda janda cinta bakal kahwin gagal tanggungjawab campur tangan keluarga kekasih gelap orang ketiga ekonomi tabiat perangai nafkah zahir batin kasih sayang cinta romantik love seks halal haram melayu 3gp tudung blowjob handjob skodeng dalam kereta taman kantoi

28 ulasan:

  1. cerai dah menjadi suatu trend, mintak jauh.

    BalasPadam
  2. Ruginya sebuah perkahwinan yg diakhiri dgn penceraian :(

    http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/06/laban-rata-misi-meredah-ribut-angin.html

    BalasPadam
  3. "Korang nak pasangan korang perfect sempurna itu ini tapi korang sendiri pun perfect sangatkah???" noob i sokong statement u yang ini..

    lol nasihat jadi bunny..~ baru lah suami syg tak cari lain ye dak? tapi lama2 pun suami bosan kot.. hohohoho

    BalasPadam
  4. baru kahwin 7 bulan, tu pun laki kat JB aku kat sarawak..

    terima kelemahan pasangan yes, thats the point.Time bercinta memang apa semua best sebab masa tu setan yang kasik sedapkan.

    pada yang tak sabar nak kawen tu jangan sesekali mengimpikan pasangan anda akan bahagiakan anda setiap saat, tak setiap masa sebab manusia memang tak sempurna.Doalah banyak-banyak, jadikan Islam sebagai pegangan,insya Allah akan dirahmati Allah.

    BalasPadam
  5. Politikfags PAS akan kata, semua ni salah UMNO, tak tegakkan Negara Islam (eh, negara berkebajikan)
    ohbelog.blogspot.com

    BalasPadam
  6. kena pk banyak benda sebelum berkahwin...mcamana nk hidup, soal kewangan, masa depan...bukan main redah je... =)

    BalasPadam
  7. kalau dah couple/bercinta sebelum atau selepas kahwin tak boleh nak bezakan(cara hidup). perkara yg mcm ini laa yg akn berlaku.

    BalasPadam
  8. Peringatan yang baik untuk En Noob, aku dan en jantan yang lain:) heh3..macam biasa, entri noob best!

    BalasPadam
  9. salam..

    semoga musibah ini jauh dari saya. tp saya melihat dari sudut y lebih luas, perceraian yang berlaku bukan diminta. takdir juga. bukan salahkan takdir. sbb ada juga nenek yang bercerai, mungkin jodohnya hanya sampai setaka titu sahaja. mungkin mudah pada yang berkata-kata, tp y mengalami kemelut perceraian sahaja y merasai kepedihannya.

    BalasPadam
  10. alam bercinta dan berkahwin tidak sama. tapi kalau kesabaran masa bercinta (pujuk pasangan, beri hadiah, ucap kata2 cinta, etc) diteruskan ketika dalam alam berkahwin, pasti lebih bagus.

    BalasPadam
  11. Awas! Berpoya2 dengan blog/fb/game juga akan membuatkan pasangan anda fade up, walaupun jasad setia di depan mata dan dalam rangkulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti perempuan yg komen. kalau positifnya baikla dapat suami yg hobinya dok depan pc kat rumah tulis blog/game daripada dapat suami yg jenis tak suka lekat kat rumah mcm kaki karaoke, kaki clubbing, kaki disko, kaki dangdut, kaki mabuk, kaki judi, kaki perempuan, etc. tak reti nak bersyukur lagi?

      Padam
    2. Ni mesti lelaki yang komen. Baca 'jasad' shj yg setia. Otak dan hati menerawang ke mana. Eleh..terasa la tu..:p

      Padam
    3. Perempuan pun nak guna Tanpa Nama ke? hahahaha

      kawan anda

      Padam
    4. Takut kena ngorat dengan noob. Hakhakhak..

      Padam
  12. BLOG BODOH MACAM BABI, CONTENT SAMPAH MACAM CELAKA BODOH PUNYA BLOGGER PEGI MATI LA KAU SETAN BODOH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog pandai macam mana?

      Padam
    2. Marah betul dengan blog ni.. ape hal? Ada masalah ke?

      Kawan anda.

      ps: Buat (Tanpa Nama 22 Jun 2012 3:58 PTG, mungkin blog yang dikatakan pandai adalah blog yang isinya sesuai dengan pemikiran tanpa nama di atas anda tu.

      Padam
  13. ulasan yang bagus,boleh kupas isu penyokong2 politik yang taksub tak? ^_^

    BalasPadam
  14. Salah satu punca ibu-bapa menyibuk dalam hal keluarga anaknya bilamana anaknya sendiri yang berharap begitu. Al-maklumlah sedari kecil, ibu-bapa cakap itu ini, begitu begini. Bila sampai masa berpasangan, pasangan punyai cara berbeza, maka si anak terasa ia perlu diperbetulkan dengan cara ibu-bapa saya..

    Maka bermulalah episod, ibu-bapa sibuk menyibuk..

    Bila tak reti nak ubah, bukannya dia redha, malah dia kutuk mengutuk. Kata belakang. Akhirnya hubungan renggang disebabkan perkara yang tak sepatutnya.

    Kawan anda

    ps: Ada jugak tukang komen yg nak relatekan dengan politik... Ikut suka koranglah.. Tumpu pada topik yang lebih spesifik. Bincang dulu isu utama, lepas2 tu nak masuk politik, masuk la.

    BalasPadam
  15. ape pun , dekatkan lah diri dengan Allah . minta Dia panjangkan jodoh antara kita dengan pasangan. takde siapa pun boleh tolong kita selain Dia .
    *kalau dah memang bukan jodoh , penceraian tu lagi baik .
    Allah lebih mengetahui :)

    BalasPadam
  16. setuju sangat.tak heran la ramai orang takot nak kawen zmn sekarang ni.susah nk carik lelaki yg boleh jaga dorang sampai ke syurgaa.."-_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau susah nak dapatkan pembimbing untuk kesyurga, kita usahakan diri sendiri supaya mudah dibimbing untuk ke syurga dulu....

      Padam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. btl 2 noob,realiti zmn skg kot..byk yg bercerai =)

    BalasPadam
  19. normal kot..manusia makin ramai..makin ramai kawin..maka ramai jugak la yg bercerai..kan kan?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.