Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

Idola orang kita

Kalau kita tanya anak2 muda atau pun orang dewasa sekali pun, siapakah idola atau ikon tempatan mereka, rata2 pasti akan memberi jawapan samada di kalangan nama2 besar ahlul politik seperti Tun Mahathir, Najib Razak, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Guan Eng ataupun artis2 seperti Siti Nurhaliza, Aaron Aziz, Zizan, Azwan Ali, Neelofa dan lain2. Jarang kita dengar idola mereka adalah di kalangan ahli2 akademik, jurutera2 besar, saintis2 yang berjaya dan lain2. Kenapa? Sebab kita dah dimomokkan setiap hari dalam suratkhabar atau kat Internet, kalau tak cerita pasal ahlul politik, mesti cerita pasal artis, dan juga ahli sukan. Cerita pasal ilmuwan2 akademik dan professional jarang sekali orang tulis.


Sebab tu tak kira walau tinggi mana pencapaian seseorang kat bidang yang akademik dan professional, orang takkan pandang sebab orang memang tak peduli, tulis kat dalam berita pun tulis sekali lalu sahaja. Hari ni baca, esok dah dilupakan. Kebanyakan orang2 kita, para editor, wartawan, journalist lebih mengangkat ahli politik dan artis berbanding golongan cerdik pandai. Kita lebih suka membaca cerita mengenai gosip Neelofa, Tasha Shila dan Anzalna gaduh kat Twitter kat BeautifulNara dan juga video lucah Anwar Ibrahim kat Papagomo daripada berita kejayaan seorang anak muda menjadi Felo di Universiti Cambridge.


Selanjutnya sini.

Dahlah mendapat pencapaian yang sangat tinggi, rendah diri pulak tu -
“Cabaran ini amat berat kerana saya terpaksa bersaing dengan penyelidik antarabangsa lain. Saya juga yakin di luar sana ramai lagi penyelidik yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, cuma mereka mungkin tiada peluang seperti saya,” katanya yang baru menamatkan PhD dalam bidang matematik.
Sangat berbeza dengan default answer ahlul2 politik dan penyokong mereka terutama dari BN yang menyatakan hanya mereka sahaja yang layak mentadbir negara, hanya mereka yang boleh membela nasib anak2 kita. Kalau orang lain yang tadbir, negara pasti bankrap, nasib anak2 dan generasi akan datang akan gelap.

Sumber sini.

Dan ramai ibu bapa yang tak menangis pun anak tak pandai tak dapat masuk Kolej/Universiti, tapi menangis bagai nak rak bila anak tak dapat masuk Akademi Fantasia atau Mentor. Sebenarnya bidang akademik dan professional dah jauh sangat ketinggalan kebelakang berbanding bidang2 lain. Seorang Engineering Manager yang mempunyai pengalaman 10 tahun pun purata gaji hanya RM15,000 sebulan (sumber). Lepas tu gaji tu pulak wajib declare kena bayar cukai pendapatan lagi kat LHDN.


Tapi artis pulak kalau menyanyi satu show je dah dapat bayaran belas2 ribu, kalau Siti Nurhaliza satu show je dah ratus2 ribu, kalau pelakon tu pulak berapa puluh ribu pulak bayarannya untuk satu filem. Dahla artis2 tak declare pun pendapatan mereka, berapa ramai yang tak bayar cukai lepas tu mintak lagi pengecualian cukai, berbeza dengan negara lain seperti Jepun, artis merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.


Sepatutnya para cendekiawan dan golongan professional ini perlu diangkat lebih tinggi. Media cetak seperti di akhbar2 dan media elektronik di TV/Internet perlu memainkan peranan dengan memberi pendedahan dan ruang yang lebih luas pada golongan cerdik pandai dengan cara yang menarik seperti buat interview secara santai, forum2 dan perdebatan yang melibatkan golongan cendekiawan, mendalami kehidupan mereka, tips2 berguna untuk berjaya, membuat rancangan realiti untuk golongan2 ini seperti pencarian jurutera terhebat ke, doktor terkacak ke dan sebagainya agar mereka lebih dikenali oleh orang ramai dan seterusnya menarik minat golongan muda untuk menjadi seperti mereka.


tags: idola idol ikon icon fan peminat artis selebriti penyanyi pelakon ahli politik menteri parlimen dewan negara ahli sukan rakyat malaysia pertama felo universiti cambridge tutor upm azree shahrel ahmad nazri neelofa seksi cukai pendapatan pekerjaan golongan profesional cendekiawan akademik ilmuwan

18 ulasan:

  1. ahlul tu maksudnye bahlul eh??.. opsss....

    BalasPadam
  2. thanks noob..followed sudah...entry ko power dowh!!! :)

    BalasPadam
  3. irony. islam agama rasmi negara. tetapi yang sering diangkat atau dijadikan contoh bukannya ahli bijak pandai.

    BalasPadam
  4. Ok gua nak bagi tahu gua punya idola masa zaman belia dulu ialah Bruce Dickinson sapa itu Bruce Dickinson gua pun tak tahu tapi yang gua tahu dia boleh melalak sambil bawa kapal terbang

    BalasPadam
  5. Wow. Mmg genius la ni.. bole jadi felo dkt Cambridge uni @____@

    BalasPadam
  6. kat malaysia ni..shah rukh khan pun dapat datuk...yg berjuang zaman jepun zaman kominis tolak tepi...time 31ogos ada le muka pejuang yg buat kita tido lena sampai skrg ni timbul pun...adoiiiii




    burn mind

    BalasPadam
  7. Alaaa..macam saudara kata dlm entri sblm ni la, kita nak jadi apapun atas pilihan sendiri. Banyak je sumber untuk berkenalan dengan tokoh2 ilmuan hebat. Sama ada nak cari/baca/nonton atau tak je. Kalau dah hari2 layan metro, kosmo, porno, memang la kat situ je orbit pemikiran dan imaginasinya..tak perlu nak salahkan sesiapa pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak jadi apa atas pilihan sendiri tu lebih kepada golongan dewasa yang boleh berfikir secara matang. tapi utk anak2 dan generasi muda yg masih belum boleh berfikir secara matang utk buat pilihan nak jadi apa, media massa cetak dan elektronik memainkan peranan penting. kalau tiap2 hari anak2 kita tgk idola kecil, baca metro porno, secara tak langsung akan mempengaruhi pilihan mereka bila dah besar nanti

      Padam
    2. Setuju dengan pandangan saudara. Namun, semakin meningkat usia, bertambah ilmu, luas pergaulan, jauh berjalan, akan hadirlah ilham yang lebih mulia.

      Peranan untuk mengawalselia perkara ni pun tak boleh la letak pada satu pihak sahaja. Hatta saudara dan saya juga ada peranan.

      Apapun, ahlul politik dan artis pun ada sisi baik mereka. Macam kita, ada hebat dan kurangnya. Pilihan dan penilaian di tangan masing2.

      Cadangan saya, astro perlu sediakan perkhidmatan family filter. Hanya rancangan terpilih sahaja yang boleh ditonton kanak2, terpulang pada ideologi ibu bapa masing2. SKMM perlu pertimbangkan sekatan internet seperti di indonesia dan china. Ekstremkah?

      Padam
    3. True that!

      orang cakap melentur buluh biarlah dari rebung.

      budak kecik kalau terpengaruh, akan terbawak bawak sampai besar. Bila dah besar tak mustahil dia tak akan ubah pendirian dia. Mungkin sesetengah akan mendapat pengalaman hidup dan berubah, sesetengah lagi mungkin tak berubah.

      itu pasal sekarang ni pon ramai yang orthodoks. ini penyakit yang dibawa dari kecil..

      Padam
  8. lu jangan terkejut pulak satu hari nanti ada orang jadikan lu sebagai idola. haha!

    BalasPadam
  9. yeap. agree! Pelik la bila penyanyi atau pelakon yang dijadikan idola. I mean, dorang tu just menyanyi kan? Xlah menyanyi sampai bangunan terbina atau penyakit terubat. pelik tapi benar. =.="

    BalasPadam
  10. Aku rasa Noob pun patut dipertimbangkan jadi felo juga la..power siot entri2 Noob..hahaha..

    BalasPadam
  11. aku stuju ngn pendapat ko noob...

    BalasPadam
  12. Betul tu noob.....contoh macam bidang engineering laa.dah laa time blaja dah laa susah,pinjam ptptn kna bayar yg xpatut pastu bila nak mula merasa gaji lebih skit dah kna cukai pulak..ptptn nak kna byr....cukai nak kna byr.

    BalasPadam
  13. dunia nak kiamat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.