Halaman

Isnin, 18 Jun 2012

Kaki buli memang sangat bodoh

Kat sekolah dulu selalu budak2 skema, nerd, geek yang selalu jadi mangsa buli oleh budak2 yang lebih gangster dan rasakan diri tu lebih superior dari mat2 skema. Malah dah menjadi budaya pelajar yang lebih senior membuli pelajar yang lebih junior, padahal lebih tua setahun je pun. Budak2 yang lebih senior ni selalu merasakan mereka lebih hebat daripada budak2 junior. Buli tu pulak macam2 cara, ada yang pow suruh beli makanan, lompat pagar beli rokok, suruh basuh baju, urut badan, kena liwat, kote kena ikat kat kipas syiling dan kes yang lagi teruk lagi bukan setakat pukul biasa2, kadang2 ada yang sampai cedera parah dan mati. Masa tu kita cuma fikirkan keseronokan membuli orang waktu tu tanpa fikir kesan jangka panjang pada diri sendiri dan juga diri mangsa.


Tapi ramai budak2 sekolah ni tak sedar bila mreka dah masuk alam pekerjaan, mat2 skema yang selalu korang buli tu la mungkin akan jadik bos korang. Malah banyak jugak kes yang bos kita ada yang jauh lebih muda daripada kita, ada yang beza umur sampai 5 tahun. Kalau kat sekolah tu kita form 5, budak tu baru form 1, kita selalu memandang rendah dan rasa nak buli2 je budak2 form 1 tu. Tapi bila dah kerja, budak2 mentah yang kita selalu pandang rendah tu yang jadi bos kita.

Be nice to nerds. Chances are you’ll end up working for one. – Bill Gates, Co-founder and Chairman of Microsoft.

Tu baru cerita pasal kerja. Aku ada senior yang dulu kat sekolah bukan suka buli budak junior, sekarang ni sibuk2 cari balik budak2 sekolah kat FB nak tarik orang join MLM dia. Tak pasti samada dia tu memang tak sedar diri dan muka tak malu atau bodoh.


Korang pulak macam mana? Andaikan korang ni dah jadik team leader kat sebuah syarikat, waktu korang nak interview budak ambik kerja, tetiba yang datang tu senior korang waktu sekolah yang pernah buli korang. Walaupun kelayakan senior korang tu memenuhi piawaian, tapi adakah korang nak ambik dia bekerja? Atau mungkin kalau korang merupakan supervisor kepada budak2 yang pernah buli korang, adakah korang akan balas dendam dengan buli mereka balik dan bagi markah rendah untuk penilaian prestasi mereka?


tags: kes buli sekolah rendah menengah pukul cedera parah mati meninggal beli makanan rokok lompat pagar basuh baju liwat helikopter kipas syiling senior junior nerd geek skema alam pekerjaan bos supervisor kuli temuduga interview penilaian prestasi mlm

19 ulasan:

  1. Aku buli balik jer..

    BalasPadam
  2. Aku dulu sekolah masuk asrama time form 4. Senior form 5 sikit. So batch aku bermaharaja lela. Aku tak berapa in sangat pasal buli ni. Just nak berhubungan harmoni. Tapi kalau budak2 buat taik, mencuri blablabla, mendapat la depa.

    Bill Gates is right. Nerd memang selalunya success dan kaki buli selalunya loser.

    The best things is, kaki buli lambat laun menyesal dan nerds adalah pemaaf.

    Maka, kitaran hidup akan bermula semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang kena buli debit ke credit??
      yang membuli??hahaha

      Padam
  3. Tak semua kaki buli akan sentiasa dibawah.

    Kalau korang interview orang, kena kenalpasti dia tu masih dengan sifat lama atau sudah insaf.

    Risau nanti bila dia dah kerja, dan mendapat pangkat yang lebih baik, dia akan buli rakyat pulak.

    Jadi menteri, buli rakyat. Jadi orang yg jaga kaunter kat jabatan kerajaan, buli makcik2 yang beratur. Jadi orang akaun, buli kawan sekerja.

    BalasPadam
  4. tak penah kena buli dan rasanya zaman skolah x penah buli org
    emm pikir balik..ye ker?
    igt2 lupa la..hahaha

    BalasPadam
  5. da ada pengalaman. tlg rekemen member ni mtk tolong nk carik kerja. ingat bila da tua, perangai berubah.. perangai masih sama ditempat kerja baru. rasa malu sangat rekemen org mcm ni. serik

    BalasPadam
  6. aku kalau dapat jadi bos kepada kaki pembuli aku dulu. memang aku kerja cukup2lah. kasi kerja bertimbun2.

    BalasPadam
  7. klu ak jd bos bkn je kasi kerja cukup2, tapi bg dia tekanan mental secara beransur2 sampai hidup dia jadi LOSER mcmne dia buli suatu masa dulu..bkn buli shj, ttp memalukan org yg dibuli..

    BalasPadam
  8. nak buli aku? apa kau fikir aku tak boleh buli kau balik ke!

    BalasPadam
  9. semua yang komen penah kena buli.. Seb bek aku bkn kaki buli.. Aku kaki gaduh je.. Mase sekolah rendah Ehh.. Maaf ye aku tak pukul insan lemah.. Sekolah menengah je aku jadi baik sebab tak da yang cari pasal dengan aku

    BalasPadam
  10. ok so rata2 yang menjawab soalan aku tu lebih memilih utk membalas dendam kepada orang yang pernah buli mereka kalau ditakdirkan mereka jadi bos kepada pembuli mereka... so kesimpulannya kepada budak2 sekolah yg kaki buli, berhenti buli orang lain sbb kebanyakkan mangsa buli korang tu pendendam

    BalasPadam
  11. buli adalah benda biasa dikalangan sek asrama, cume buli skit2 atau buli sevara hardcore. aku mase masuk form 4 dulu aku dh standby utk pengalaman kene buli ngan budak2 form 5 tp yg aku bengang, budak form 5 ok je yg lebih2 budak form 4 first intake, maklom la aku ni second intake, ala awal dua minggu je dari aku.. pada aku kaki buli ni brani masa ramai je, mase one by one angkat muka pon tk brani...

    BalasPadam
  12. hati aku x cukup mulia utk tidak membuli balik para pembuli yg aku tau penah membuli..aku x akn buli balik scr fizikal..penat..aku akn pakai reverse-psychology yg akn menguntungkan diri aku, as compensation fee dia membuli aku suatu ketika dulu..miahahahaa

    BalasPadam
  13. Ko pernah kena buli ke noob??ke ko ni nerd??hehe3..
    menjawab soalan ko,mesti arr aku kick dia serta merta..sampai ke anak cucu aku blacklist..
    Aku nerd and i know it..kah3!

    BalasPadam
  14. Hahaha.. bagi kerja last minute, tukar2 deadline..pastu dah siap reject kejer dia. Cakap kerja tu still tak bagus. Cuba lagi...ulang langkah berkenaan sehingga dia jadi fedup dan anda boleh gelak sambil minum kopi goyang kaki. Heheheh..

    BalasPadam
  15. Masa darjah 3 dlu, aku ikut parents blaja kat uk, kat skola baru aku cuma pandai ckp 'yes','no','my name is..'je. Ad sorg bdk paki lelaki darjah4, suka tarik baju aku, cubit aku, tolak2 aku, rampas bekal aku. Plg selalu, dia akan ajak geng2 dia ramai2 gelakkan aku. Went on for few months. One day aku tumbuk dia kat perhimpunan pagi

    BalasPadam
  16. Aku pernah dibuli dengan cara

    BalasPadam
  17. Melondehkan seluar aku

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.