Halaman

Sabtu, 2 Jun 2012

Otaku VS Politik fanaticism

Kumpulan J-Pop Momoclo atau nama panjangnya Momoiro Clover Z telah diundang oleh penganjur  Hari Belia Negara tempohari untuk membuat persembahan dan memenuhi nafsu2 fan J-Pop di Malaysia untuk menghadirkan diri ke Hari Belia agar target 2 juta tercapai. Seperti yang didedahkan oleh Amenoworld kat sini, bayaran untuk artis K-Pop untuk Hari Belia tu sahaja dah melebihi RM2 juta. Tapi kat dokumen tu takde tulis peruntukan untuk arits J-Pop, so kemungkinan Momoclo ini juga dibayar sekali dalam peruntukan artis K-Pop.


Kemudian ada fan Momoclo di Jepun telah merekod sedutan sebuah rancangan hiburan Jepun yang memaparkan persembahan Momoclo sewaktu di Hari Belia tu untuk dikongsi bersama peminat2 mereka di Jepun. (Rasa2 artis J-Pop tu, orang Jepun yang jadi hos tu, penonton rancangan tu tau tak yang tok nenek moyang diorang pernah menjajah Tanah Melayu dan mengambing tok nenek moyang kita suruh panjat pokok kelapa?)

Yang menariknya, sedutan berita tu terselitlah jugak adegan fan2 J-Pop dok terlompat terkinja2 sambil menari dan menyanyi bersama di depan stage, kemudian muncul Perdana Menteri yang paling kita semua sayangi, Najib Razak serta bininya Rosmah Mansor dok naik pentas dan salam ahli2 kumpulan Momoclo. Bagi orang2 Jepun yang tengok video tu, mereka pasti menganggap orang2 Malaysia ni sangat sporting dan ketua negara Malaysia seorang yang sangat cool...


...sehinggalah muncul fanatik2 politik dan orang2 baik(lah sangat) buat onar kat video orang Jepun tu dok mengutuk Najib dan memberi nasihat2 keagamaan kat orang2 Jepun tu. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan aku, tapi seriously, kalau kau benci sangat pun dengan Najib, tak payah la nak dok kalut cerita pasal keburukan dan kelemahan negara kat video2 orang luar negara. Hal negara kita setel sendiri2, tak payah nak kecoh2 kat orang luar. Ni cerita2 pasal politik la, BN la, Pakatan la, lepas tu kutuk2 lagi artis2 Jepun tu dan bagi nasihat2 bagai siap berbalah2 lagi dengan orang Jepun kat komen, terutama user bernama anuarsafian75.


Der, nak bagi nasihat pun ikut tempat la. Kat dalam Youtube tu berlambak2 video dan channel tempatan yang ko boleh nasihat. Kau nak orang hormat kat negara kita, agama kita, budaya kita, tapi kau tak nak respek orang lain. Lu nasihat bagai pun sebab dalam video ni ada Najib dan Rosmah, cuba kalau dalam video ni takde diorang, ada lu nak nasihat kat artis2 Jepun tu? Kalau lu ikhlas gila babi nak bagi nasihat, pergi la terjah video2 klip J-Pop, K-Pop, Lady Guga, Jessie J, Taylor Swift, Rihanna, Justin Bieber, Nicki Minaj yang asshole dan lain2 artis luar negara yang pakai seksi2 dan dok menari terkinja2 tu berlambak2 kat Youtube. Ok tidak paling kurang pun pergi komen bagi nasihat kat video persembahan artis2 Melayu yang pakaian dah separuh bogel tersembul sana sini masa AJL, ABPBH, konsert Jom Heboh dan lain2 yang sewaktu dengannya. Tak nak pulak bagi nasihat, sebabnya takde Najib kat dalam tu.


Ada sesetengah tu lagi la kat luaran bukan main dok bantai bantah la artis K-Pop datang Malaysia pakai seksi2, anti kat Lady Gaga, lepas tu share kat Facebook. Tapi bila kat rumah layan jugak konsert Mania kat TV, tengok jugak video klip Nicki Minaj separuh bogel kat Youtube, letak jugak kat profile Facebook favorite TV show: Glee, American Idol, The Voice. Lagi teruk layan jugak Maria Ozawa, hentai, melayu 3gp, Avengers XXX dan yang sewaktu dengannya. Hipokrit mungkin?


Tapi lepas ni kalau nak bawak jugak artis luar datang Malaysia, make sure semua kena follow garis panduan yang ditetapkan, jangan pilih bulu pada artis Hollywood sahaja. Artis J-Pop ke K-Pop ke Indonesia ke, mana2 artis luar yang nak datang buat persembahan kena berpakaian sopan dan tidak seksi. Owh juga pada artis tempatan sekali. Tapi kalau mengikut cara abang Zed Zaidi presiden Seniman, tak payah jemput langsung artis luar pun takpe.


Dan nampaknya lepas ni Pakatan bukan sahaja kena berlawan dengan puak2 BN, tapi kena berlawan juga dengan golongan2 belia Otaku di Malaysia.


Btw gua nak sangat stalk anuarsafian75 tu.


Owh ustaz ni layan juga video Natalie Imbruglia dan lagu Cinta Muka Buku...


tags: momoclo momoiro clover z datang malaysia persembahan hari belia negara 2012 himpunan sejuta belia putrajaya j-pop j-acts artist k-pop hollywood konsert malaysian najib razak rosmah mansor shabery cheek zed zaidi twitter artis luar tempatan komen youtube video otaku need geek vs politik politics fanaticism fanatik taksub

14 ulasan:

  1. ahaha..suatu ulasan yg mantop., btw cara diaorang komen tu mmg x kne cara. Hanya memalukan diri., kaum., serta negara. Dh la berjuta-juta viewer kt Youtube tu..hurmmm...nice entry :D

    BalasPadam
  2. haha najwa latif takpa, kpop x leh. haromm.. lagha..

    -lilac

    BalasPadam
  3. lol byk yg cakap gebang lebih. islamik lar. melanggar syariat segale laa. kena lebihkan pada agama. bab kondem gomen mmg pandai. tapi kalau setakat kondem takde countermeasure(baca: event org anti-BN nk tarik anak muda dekat dgn agama). tak guna jugak.

    "jpop punya artis, kpop yang terkena"

    BalasPadam
  4. persiapan mencacatkan akal budak2 mesia...

    BalasPadam
  5. Hahaha..teruskan menulis dgn analisis yg kritis tuan putera noob. Saya hargai tulisan2 tuan. Anak muda yg bijak walaupun duduk atas pagar..

    Anom jr

    BalasPadam
  6. biasalah 2 bro,manusia ni byk mcm,mesti ler ada yg suka jadi tukang buat onar kan..
    Btw thanks for follow k. Follow balik dah.

    BalasPadam
  7. yang penting tak minat k pop.hehe

    BalasPadam
  8. aku tgk pom pompuan j-porn ni..aku teringat vdeo org j-porn pijak ank kucing smpai hancur..contest mkn taik...bunuh ikan paus..sob...sob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thats Chinese maam..not japanese, and she has been prosecuted by thee cops..

      Padam
  9. itu pasal pentingnye perbaiki diri sendili dulu sebelum repair orang lain....

    BalasPadam
  10. http://bloganakliar.blogspot.com/2012/07/pesta-seks-pecah-rekod-dunia.html

    ni kt jepun la ni..hehe

    BalasPadam
  11. momoclo momoiro clover z datang malaysia persembahan hari belia negara 2012 himpunan sejuta belia putrajaya j-pop j-acts artist k-pop hollywood konsert malaysian najib razak rosmah mansor shabery cheek zed zaidi twitter artis luar tempatan komen youtube video otaku need geek vs politik politics fanaticism fanatik taksub

    BalasPadam
  12. Orang mel... memang emosional bab-bab politik. kesalahan PM pulak yang dicarinya. Macamlah diri bagus sangat. Kalau bagus pergi la jadi PM. Puas PM nak melayan orang Malaysia ni. Yg kelakarnya anuarsafian tu, layan aje lagu cute najwa, tapi ada hati nak kondem orang. cermiin diri la sket...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.