Halaman

Jumaat, 1 Jun 2012

Abang besar dunia blogger

Blog ni ada macam2 jenis dan genre. Blog paling glamour dan popular adalah blog berbentuk personal atau peribadi yang banyak cerita pasal diri sendiri, kawan2, keluarga, anak, aktiviti sendiri, kucing, cinta cintun pakwe makwe, sekolah dan lain2. Blog2 genre lain yang tidak kurang glamer jugak adalah blog hiburan, blog politik, blok informasi dan blog keagamaan. Blog2 ni kebanyakannya ditulis oleh penulis solo, sekumpulan individu ataupun syarikat. Tapi kat sini gua bukan nak cerita sangat pasal blog, gua nak cerita pasal blogger2 yang seringkali menjadi idola, abang/kakak angkat, senpai, ayahanda, abang long, kak yong, godfather atau apa2 yg sewaktu dengannya kepada blogger2 lain yang sama genre.


1. Blog Personal / Peribadi
  • Blogger lelaki - Ben Ashaari a.k.a Abg Ben

    Merupakan nama yang tidak asing lagi bagi sesape yang blognya bergenrekan personal. Ben Ashaari ni sangat terkenal sehinga boleh dikatakan 90% blog personal mesti ada link ke blog dia, malah ramai yang menjadikan dia idola sehingga ingin meniru dia seperti Ben Nyah ini.

    Dia dikatakan mempunyai kehebatan untuk menulis satu entry setiap jam. Walaupun follower (Google + FB) blog Zackzukhairi lebih ramai melebihi 100K++, namun tak dinafikan Ben Ashaari lebih popular walaupun follower seramai 35K++. Antara sebab dia sangat popular terutama di kalangan fans wanita adalah disebabkan dia selalu memberi tunjuk ajar dan membimbing para blogger baru serta sentiasa membuat segmen2 blogger dan promote blog2 bloger baru. Beliau juga sudah menjadi seperti mentor dan pelindung bagi semua blogger peribadi. Tapi aku rasa semua gadis2 sebenarnya tergila2kan badan abg Ben yang sangat sasa. 
  • Blogger wanita - Lyssa Faizureen

    Merupakan blogger wanita paling popular dengan follower (Google) sebanyak 90K++ mengalahkan blogger wanita popular yang lain seperti Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Maria Elena, Cik Epal dan lain2. Boleh dianggap sebagai mentor kepada blogger2 gadis lain di mana ramai yang hendak menjadi seperti beliau dengan memasukkan pelbagai jenis widget pelik2 seperti cctv, mouse icon yang tidak standard, banner dan tulisan2 fancy serta paksaan mendengar lagu. Tapi kalau nak dikira dari segi popular (bukan sebagai blogger), Maria Elena hijab tutor dan Malaysia next top model Haniz Zalikha lagi popular, FB fan page je dah 100K lebih. 

Ada juga orang bertanya, kenapa follower banyak, kadang2 sampai 10K, tapi tak glamer. Nak glamer ni tak semestinya kena follower banyak, tapi tips untuk glamer ni senang sebenarnya:
  • Pastikan anda wanita dan mempunyai wajah yang comel dan cantik
  • Setiap entry yang anda buat mestilah mengenai diri anda dan pastikan disertakan dengan gambar diri sendiri dengan posing ala2 camwhore seperti mulut itik dan lain2 gaya yang sangat annoying seperti di entry ni.
  • Jangan sekali2 postkan gambar anda tanpa mekap, dan pastikan kalau yang pakai tudung tu jangan pakai sekadar tudung bawal yang ala2 kekampungan, lilit la apa jua gaya pun yang penting nampak urban dan stylista, plus some touch-up with Photoshop.
  • Buat sekali hijab atau make-up tutorial dan postkan dekat Youtube.
  • Last sekali adalah pantang larang, walaupun anda dah ada pakwe, jangan sekali2 buat entry pasal pakwe anda dan jangan letak apa jua widget kat sebelah kiri kanan tu dengan gambar pakwe anda sambil tulis "My Lover", "My Boyfriend", "Kekasih Awal & Akhir" atau watever crap.
Ikut petua ini, confirm anda boleh jadi glamer, tak payah susah2 nak blogwalking, orang tolong blogwalk untuk anda. Tapi kalau anda lelaki, entah... Kena badan sasa kot.


2. Blog Politik
  • Blogger pro-BN - Papagomo

    Papagomo ni macam abang besar kepada blogger2 pro-BN yang lain. Ramai yang menjadikan dia sebagai rujukan, malah Papagomo jugalah selalu menggerakkan jentera2 cybertroopers BN yang lain terutama UMNO malah menegur2 cybertrooper yang lain terutama UMB (Unit Media Baru). Dan kebiasaannya segala berita dan video2 sensasi seperti video porno ahli pembangkang akan diterbit dan disiarkan dahulu di blog Papagomo. Blog Papagomo ni antara yang bagusnya adalah dia benarkan anon tulis kat blog dia tanpa tapisan atau approval tidak seperti kebanyakan blog BN yang lain seperti Parpukari.
  • Blogger pro-PR - Amenoworld

    Blog2 pro-PR ni banyak sangat dan yang paling popular mungkin blog Tukar Tiub, tapi sebab penulis dia Hishamudin Rais ni seorang aktivis yang dah glamer dah pun even di luar blog (dan blog dia pun penuh je dengan tulisan kah kah kah dan juga tapis komen pembaca), so aku memilih blog Amenoworld sebagai blog PR paling popular yang ditulis oleh individu biasa sebab yang aku perasan blog ni paling banyak orang sharekan entry dia kat Facebook. Amenoworld juga ada blog yang lain iaitu Sozcyili. Satu yang bagus mengenai Amenoworld adalah kadang2 dia juga menegur dan membuat entry berkenaan isu2 yang melibatkan PR. Kalau tengok twitter Amenoworld, beliau merupakan seorang gadis, namun berdasarkan blog UMNO kat sini, dia ni lelaki, begitu juga dengan pendedahan identiti blogger PR yang tidak kurang popular juga iaitu Milo Suam di sini. Tak tahulah betul atau tidak.

Kenapa blogger2 politik ni kebanyakannya menggunakan nama samaran dan tidak mendedahkan identiti sebenar seperti Parpukari, Milo Suam, Mantot@Cursingmalay dan lain2. Pemalu mungkin.


3. Blog Informasi
  • Blogger paling berinfomatif - Obefiend via Blogserius

    Blog informasi ni memang banyak dan kebanyakannya khusus kepada suatu jenis informasi seperti berkaitan IT, photograph, sains, sejarah dan lain2. Tapi faktor yang menjadikan Blogserius sebagai blog informasi paling popular bukan disebabkan isi kandungannya sangat pun yang kadang2 direfer oleh orang lain, tapi disebabkan penulisnya iaitu Obefiend a.k.a Effi Saharudin yang dianggap sebagai bapak segala sarcasm dan trolling serta selalu menimbulkan kontroversi dengan ideologinya yang sering menongkah arus, menyebabkan blognya selalu diserang anon2 yang butthurt lantas menggelarkannya obe gemuk, tapi sekarang komen anon telah ditutup. Selain Blogserius, dia juga menulis di beberapa blognya yang lain termasuk juga di Amanz. Merupakan pencabar terdekat abg Ben menulis entry terbanyak dalam sehari. Ramai yang menjadikan blogserius sebagai idola, lantas beberapa klon2 blogserius seperti blog Ohsenyum, Amilism dan lain2 tumbuh seperti cendawan.

4. Blog Hiburan
  • Blogger paling sensasi - Abg Nara via BeautifulNara

    Memula aku pelik kenapa nama blog ni beautifulnara, aku tengok owner dia abg Nara takdelah cantik mana pun. Tapi aku baca kat mana ntah asal blog beautifulnara ni adalah untuk cerita pasal korea, beautifulnara tu maksud dia negara yang cantik, tah camana boleh jadik blog hiburan, dan blog hiburan ni bukan sahaja jadik popular, tapi jadik blog paling popular dan ramai visitor di Malaysia, kalah blogserius yang ada 85 juta views. Selain banyak kisah2 sensasi pasal artis, gambar2 seksi artis yang selalunya mesti abg Nara keluarkan dulu mendahului blog2 hiburan yang lain seperti OhArtis, Ohbulan dan apa2 oh lagilah, gossip2 artis yang terkini, artis2 gaduh di Twitter dan Facebook, abg Nara juga sering membuat post2 berbentuk iklan yang menjadikan diri sendiri sebagai model iklan tersebut. Sure income masyuk gila. Beliau juga ada blog2 lain seperti Amazingnara dan macam2 nara lagilah.

Orang kat atas2 ini adalah antara individu2 yang sangat berpengaruh dalam dunia blogger Malaysia mengikut genre masing2, especially untuk blogger2 melayu. Kalau mengikut pangkat ninja Naruto, mereka2 ni dah tahap Kage. Kalau anda rasakan ada lagi blogger2 lain yang dah bertahap Kage dalam genre mereka boleh kongsikan di komen.

Rasa2 boleh ke korang mencapai tahap macam mereka? Kalau anda perempuan dan follow tips2 macam yang aku bagi kat atas tadi, peluang anda memang sangat cerah.


tags: blogger blog penulis pengaruh hebat popular glamour peribadi personal ben ashaari abang ben lyssa faizureen politik pro-bn pro-pr papagomo amenoworld informasi blogserius obefiend obe effi shaharuddin hiburan sensasi gossip artis beautifulnara abang nara 

28 ulasan:

  1. haha~...
    saya sokong yang atas sekali..kuikui..^.^
    bro dah tau kn akta baru..^.^
    hati-hati la dri skrang klau nk komen..^.^

    yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
    NINJA

    BalasPadam
  2. mencapai tahap mereka ?? haha~ kirim salam lah jawabnya~ mereka meluangkan masa yang cukup banyak dalam blogging & made money with blogging~ saya tidak~ penulisan bukan bidang kepakaran saya~

    obe gemuk ?? aik~ yang sopan je keluar~ banyak lagi beliau kena~

    blogger politik tak dedahkan nama~ heheh~ nak kena macam RPK ??? hehehehe~

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. buasir otak masih lagi tahap chuunin... tengah ambik exam nak jadi jounin

      Padam
    2. perghh...admin rep aku laa....bangganya...mintak autograf..

      Padam
  4. masing-masing ada kekuatan sendiri..saya berblog hanya untuk share cerita je, bukan nak glamer ..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. citer awk masak apa hari ni...lipat baju pukul brapa ada selit tak?

      Padam
  5. buasirotak lagi bagus..menulis reality kehidupan harian rakyat malaysia masakini...terbaikkkkk...
    entry dia tak boring la baca..




    burn mind

    BalasPadam
    Balasan
    1. burn mind?...mesti nama awak BAKAR kan... :)

      Padam
    2. slagi dpt sokong dari anda smua, we try our best utk membuasirkan otak anda..

      Padam
    3. nama tak semestinya bakar bro..hehehe..bakar minda..hehehe..admin saya sokong anda..hari2 sya jenguk blog anda...paper tak baca dah...




      burn mind

      Padam
  6. daripada dulu lagi, aku rasa blogger perempuan yg suka tepek gambar byk2 ni, mereka yakin mereka adalah THE Kardashian versi Malaysia.

    BalasPadam
  7. actually, sy x minat personal blog yg byk tepek muke sendiri...lebih prefer blogger yang x tonjolkan diri die langsung mcm awak, jejaka terhangat, kereta mayat ngan cursing malay..best je baca.. :D

    BalasPadam
  8. gua paling rasa nak terajang monitor bila masuk blog sesiapa yang gua tak kenal (blogwakl kononnya), tiba-tiba kena paksa dengar lagu. abah dia la!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya~ paling aku benci "auto-play" & blogger2 yang sorok player ntah celah mane jenuh cari~ iklan pon banyak (especially iklan "BESAR & PANJANG", "RAHSIA BAHAGIA RUMAH TANGGA"~ =_=""""

      Padam
  9. sejak dua menjak dah agak kurang baca yang kahkahkah

    BalasPadam
  10. aku memang suke tepek muke sendiri je.. Tak de la pulak feeling kardashian.. Cume memang da aku cinta sangat diri aku sendiri so tepek citer pasal aku je la.. Orang x suke pun aku x kesah..

    BalasPadam
  11. mana justkhai. aku rasa melambak blog yg ada oh- depan dia tiru/terinspirasi dari JK.

    glamer untuk newbie 5 taun lepas kut

    BalasPadam
  12. setiap blog mesti ada idola kan utk maju.....tapi klu guna cara sendiri macam mana nak berjaya erk....kna cari sesuatu yg baru.tapi blog ni plak ada idola tak dari sapa2?

    BalasPadam
  13. Oh..bru qu Tau.. :D

    BalasPadam
  14. aku sebenarnya nak tanda reaksi " good " tapi yang ada cumaa , noob , fool dan seangkatan dengan beliau -,- . . trololol ..

    BalasPadam
  15. prince of noob jatuh kategori peng comment paling abg besar... hahaha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.