Halaman

Rabu, 25 Julai 2012

Harga kereta turun impian semua

Dalam manifesto Parti Otak Bersatu aku yang sebelum ni ada satu point yang aku anggap sebagai turning point dalam memikat hati pengundi terutama pengundi atas pagar iaitu menurunkan cukai kereta2 import atau jenama luar negara, so secara tidak langsung harga kereta tempatan akan dapat diturunkan dengan lebih rendah bagi menyaingi kereta jenama luar negara. Dan nampaknya PR boleh mendapat markah tambahan untuk PRU13 nanti.


Sumber sini.

Seriously, isu harga kereta mahal ni dah berkurun2 lamanya sejak penubuhan proton lebih 20 tahun yang lepas yang aku dah tulis kat sini. Sejak dulu lagi kalau pasal kereta mesti semua rakyat Malaysia tak kira miskin kaya, tua muda, penyokong PR atau BN, kaum Melayu, Cina, India, lain2, pasti akan mengeluh kerana harga kereta tempatan dan jenama luar negara yang agak mahal. Kalaulah cukai kereta import tu dapat dikurangkan at least separuh, maka bayangkan kereta Honda Civic 2.0S baru yang berharga RM131,980.00 OTR yang kini dijual bebas cukai di Langkawi dengan harga RM85,980.00, jika cukai dikurangkan separuh mungkin harga OTRnya hanya RM108,980. Bila kereta jenama luar pun dah murah, kereta Proton yang paling murah yang dijual sekarang ni pun iaitu Saga FLX Solid, RM38,361.00 OTR mungkin boleh dijual RM30K je.


Bila PR kata nak masukkan pengurangan harga kereta dalam manifesto rakyat, aku jamin mesti ramai orang yang akan menyokong. Andai kata harga kereta betul2 turun, jangan kata penyokong PR, penyokong BN pun akan dapat beli kereta dengan harga yang lebih murah. Janji ini adalah janji yang paling ditunggu2 oleh banyak orang Malaysia, malah lebih menarik dari janji nak mansuh PTPTN atau bagi pendidikan percuma.


Walau KJ kata dengan turunnya harga kereta import akan menjejaskan Proton, tapi kalau ikut logik, kalau kereta jenama luar jadi murah pun, Proton dan Perodua tetap orang akan beli dan mendapat keuntungan kalau mereka pun dapat turunkan harga kereta dengan lebih murah, terutama dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah yang sekarang ini terpaksa memakai motorsikal dan tidak dapat memakai kereta hatta Proton atau Perodua sekalipun kerana harganya kini masih diluar kemampuan kewangan mereka. Kalau kereta Malaysia ni dapat kurangkan harga mereka, nescaya lebih ramai yang ingin memakai kereta akan dapat beli kereta Proton/Perodua dan akan mendapat gelaran Kereta Rakyat 1Malaysia. Sekarang ni pun atas kertas je selalu cakap Proton takde untung, tapi hakikatnya keuntungan Proton pun aku rasa dah terlebih2 sangat, siap boleh je nak bayar bonus berbulan2 kat staff, bila ada event ke family day ke boleh je buat besar2an panggil macam2 artis datang. Nak bayar artis je dah berapa ratus ribu habis? Tu semua duit2 pembeli kereta Proton la tu.  


Bagi aku konsep perniagaan tu mudah, ko jual murah, ko dapat jual lebih banyak. Ko jual mahal, ko jual pun sikit. Sama je aku tengok sekarang kat Pasar Ramadhan tahun ni banyak je barang naik harga, dulu air RM2 seikat sekarang RM2.50, dulu nasi ayam RM3.50 sekarang RM4, tapi bila aku tengok gerainya takdela laku mana pun macam tahun2 sudah. Siapa suruh korang naikkan harga. Contohnya ko jual murtabak, kos untuk buat 1 murtabak dalam RM1. Ko buatlah 100 keping murtabak, so kos kau RM100. Ko boleh jual murtabak tu RM2, so kalau jual 1 dapat la untung RM1 bila dah tolak kos buat RM1. Tapi ko punya tamak ko jual RM2.50, kononnya nak untung lebih, RM1.50 untuk 1 murtabak. Tapi sebab mahal sangat takde orang nak beli murtabak ko, so daripada 100 keping yang terjual hanya 40 keping je, lagi 60 keping membazir je. Daripada 40 keping tu ko dapat untung 40 x RM1.50 =  RM60. Tapi kalau kau jual RM2, akan lebih ramai orang beli murtabak ko kerana harganya lagi murah daripada orang lain, so daripada 100 keping, mungkin kau adakan dapat jual 80 keping, dan kau boleh dapat untung RM80, lebih RM20 daripada kau jual RM2.50 sekeping, dan murtabak ko pun banyak yang terjual.


Tu cerita murtabak, tapi konsep dalam perniagaan sama je, kalau kau jual kereta dengan harga yang lebih murah, akan lebih ramai yang mampu nak beli kereta kau. Kalau tengok kat sini dan sini, punca ramai orang jatuh muflis atau bankrap adalah disebabkan hutang kereta. Ramai sebenarnya yang nak dan perlu pakai kereta tapi tak mampu nak beli, tapi beli jugak walau harga diluar kemampuan mereka, yang akhirnya memakan diri sendiri. So kalau harga kereta diturunkan, aku percaya pasti kes muflis kerana hutang kereta juga dapat diturunkan.


Harap lepas ni ada mana2 parti BN atau PR ambik satu lagi point dalam manifesto POB aku yang agak sukar untuk ditolak seluruh rakyat Malaysia juga iaitu menurunkan kadar tol2 di semua lebuhraya seluruh Malaysia. Yelah kereta makin banyak lalu tol tapi kenapa tol makin naik? Sepatutnya makin banyak kereta makin untunglah syarikat tol. Manakala mana2 lebuhraya yang kutipan tolnya dah dapat cover kos pembinaan, tolnya akan dimansuhkan. Aku rasa benda ni pun logik sikit untuk dilaksanakan, kalau macam nak kurangkan harga minyak bukan tak boleh tapi susah sikit sebab terpaksa bergantung kepada harga pasaran dunia global, tapi kalau harga kereta, tol, benda2 yang boleh kita sendiri control, secara logiknya takde masalah untuk kita turunkan harga.


Bacaan lanjut di Berita Semasa.


tags: kurangkan turun harga cukai jualan kereta tempatan import proton perodua jenama luar honda mitsubishi toyota hyundai kia bmw mercedes volvo peugeot dasar automotif negara duti eksais manifesto janji pilihanraya pakatan rakyat barisan nasional tol mansuh

64 ulasan:

  1. asyik2 aku saja yg 1st

    penurunan harga kereta belom mampu aku tolak manifestonya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb ko spesis suka mengendap buasirotak tak henti2.. xde keje lain kot

      Padam
    2. marilah kita menambah amalan di bulan mulia ini.

      Padam
    3. Cukai kereta dikurangkan tu memang bagus Noob,tapi jangan dilupakan motor besar.Ada baiknya dikurangkan jgk.Skarang ni kereta makin banyak,jalan makin jem.Penempatan miskin mcm kat area rumah aku pun ada yang sampai 2,3 kereta.Stats MAA tunjuk kereta baru yang diregister makin naik tiap tahun.Lelama tepu jalanraya Msia ni.Ada baiknya pakai motor.

      Padam
  2. Aku bersetuju dengan semua point Tuan Rumah Kedaung.

    Manifesto PR mahu menurunkan harga Kereta boleh dikatakan sangat mengiurkan walaupun sebelum ini aku sangat pesimis dengan janji2 politik Malaysia.

    By the way ini adalah salah satu janji yang sangat memberi kelebihan kepada pembangkang..sekarang aku tunggu bagaimana komitmen pembangkang nak memperjuangkan Harga Kereta Malaysia menjadi Murah..dan tak lupa kadar Tol..sekarang peluang kalian PR sangat cerah mahu menarik pengundi..sila tonjolkan kesungguhan kalian..jangan asik nak ceramah pung pang pung pang pasang angan ke putrajaya..beri komitmen dan yakinkan bersungguh2 pengundi atas pagar yang bakal menentukan kemenangan anda ini. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. wuih,bguih komen ang zack..aku sokong.jgn masing2 nak mengutuk dan memfitnah antara parti politik ja..seeloknya fokus kat isu2 yang boleh bawak kepada kesejahteraan rakyat.

      Padam
  3. aku tak setuju langsung dgn cadangan nak turunkan harga kereta ke, nak turun harga minyak ke, turun tol ke, turun cukai ke, semua benda tu la sumber pendapatan negara. kalau semua nak turun habis tu macam mana kerajaan nak buat pembangunan, nak bayar gaji penjawat awam macam aku ni??

    tahu tak kalau kerajaan hapuskan duti eksais dan import akan menjejaskan sampai RM4.6 bilion pendapatan kerajaan persekutuan?? sebab kerajaan sekarang ada banyak duit la kerajaan boleh belanjakan RM2 billion bagi kat kami bonus raya, itupun setengah gaji ja. andai la pendapatan negara kurang RM4.6 billion gara2 PR turunkan harga kereta, jangankan bonus, ntah2 gaji kami pun kena potong. korang yang kerja swasta tu gaji dah la besar, bonus tahunan sampai 2 3 bulan gaji, kami nak dapat setengah gaji pun susah. dengan hasil kutipan pelbagai cukai la kami dapat jugak merasa bonus ni.

    harap angpa semua jangan dengki dan tak payah nak mintak macam2, kita dah 55 tahun merdeka, kita semua dah selesa dengan keadaan macam sekarang ni, jangan nak pandai2 ubah apa2 lagi... angpa bersyukur la dapat tinggal kat Malaysia, cuba kalau angpa duduk kat indon ke bangladesh ke syria ke yg tiap2 hari dok perang, jangan kereta, nak beli motorsikal pun susah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak malu kah anda berbicara sebegini?dengan prestasi penjawat awam yang "uwekkkkk"..Malulah sedikit.

      Anda sebagai penjawat awam menikmati pelbagai keistimewaan yang gomen berikan berbanding pekerja swasta yang menempuh realiti sebenar dunia pekerjaan(perit).

      Aku malas nak ulas panjang,tapi kata2 kau ni begitu memalukan! shame on you dude!

      Padam
    2. ala dua2 ada keja n ada gaji..sendiri control la ekonomi sendiri..yang takder keja tu lagi perit..yg penting usaha brader



      burn mind

      Padam
    3. yg kau anti semacam dgn org gomen apahal? kau pernah keje gomen ke? setakat baru kenal sorang 2 yg problem, kau nk salahkn semua org gomen? kau sedar x kat malaysia bi ada 1.4 juta penjawat awam, dan 90% drpdnya amat bagus dan cemerlang mengalahkn org keje swasta. malah cikgu yg mengajar korang dulu sampai jd orang ni pun org gomen.

      tahu x yg dpt masuk gomen pun insan-insan terpilih yg rata-rata pointer kat universiti 3 ke atas? yg pointer 3 ke bwh kebanyakan keje swasta sbb x layak masuk gomen, sbb tu prestasi syarikat-syarikat swasta kt malaysia ni teruk.

      Padam
    4. "90% drpdnya amat bagus dan cemerlang mengalahkn org keje swasta"

      ehem2~ ada sumber ??
      apa standard korang punya 'amat bagus' dan 'cemerlang' ???
      apa kriteria yang layak disebut sebagai "amat bagus" dan
      apa pula kriteria yang layak disebut sebagai 'cemerlang' ??

      mohon pencerahan~

      Padam
    5. tanpa nama:aku penah menjad pekerja gomen n swasta,semasa di gomen,aku orang depan,layan kerenah orang,n org gomen mentaliti x macam orang swasta,orang gomen displin hancus,klua rehat awal masuk lambat,sebab ape?aku x kan dibuang kerja...dan bila aku kerja di swasta lain,masing2 jaga tingkah laku...n duit cukai tu hasil dia aku nampak kat pak menteri je..anak2 anta oversea..ada nak skola mcm mak bapak kita anta kita?anak menteri bawak kete ape?kebal dari undang2.. tu duit ape?cukai ape? fikir la sendri..kenapa india boleh jual kerete murah?thai boleh murah?pekerja gomen diorg bergaji ke x?batak!

      Padam
    6. cis mna2 tmpt pun yg kerja kerajaan ni layanan dia ak x puas hati...ad je yg muka masam x mesra lnsg

      Padam
    7. korang ni apahal nak kutuk org gomen ni? itulah mindset org melayu dengki sangat dengan org gomen. tahu tak dkt gomen ni kami ada KPI, ada sasaran kerja dan penilaian tahunan, ingat kami kerja goyang kaki buta-buta aja? tahu tak byk KPI yg telah ditetapkan kebanyakannya telah menepati target yg ditetapkan? kami yg terpaksa berhempas pulas agar dapat achieve target, utk sape? utk rakyat2 mcm korang jugak. itulah tak banyak membaca komplen je tahu, cuba la masuk2 sikit website2 kerajaan baca info dan KPI yang telah berjaya kami capai, ini tidak tahu main facebook pastu kondem

      Padam
    8. yang aku nampak ada bakul yg terangkat sendiri..gahahahahahaha...!!

      Padam
    9. diorg ni tau tengok org gomen dari luar jer.. konon2 yg penah keje kerajaan tu ok la komen sikit2 tp dia takkan xtau pasal KPI kot

      kalo nk kira keje swasta pun problem jugak.. aku tgk budak TM banyak je yg melepak main tenet tak berenti.. tp ada org dalam kan.. apa nak kata...

      Padam
    10. rilek2,jgn dok bertengkaq...keja mana2 sama ja,keja tu kan tugas n tanggungjwb yang kita nak pikul.tu suma bergantung kat peribadi pekerja tu sendiri ja.klu jenis rajin,letak tang mana pun dia buleh wat keja.jgn la dok bnding2 sapa lagi pwer,gomen ke swasta.yang penting keja elok2,sara keluarga.kita ni sembang pasal keta,x pasai2 dok pi isu sapa lagi pwer plak.

      Padam
    11. lantaklah kau orang nak cakap apa, yang penting aku tak setuju pr turunkan harga kereta. ada cukai, ada duit... ada duit, najib boleh bagi bonus raya kat aku

      Padam
    12. marilah kita menambah amalan di bulan mulia ini.

      Padam
    13. salam, menurunkan cukai bagi kereta adalah satu perkara yang wajar.. masalahnya dengan negara kita nih.. pengurusan kerajaan terlalu dependent kepada cukai2-tol2 dari rakyat.. siapa yang taknak untuk membeli sesuatu yang berbaloi dengan apa yang dibayar.. ini disebabkan cukai yang tinggi.. rakyat kene menampung hutang 9 tahun kereta.. walhal, kereta malaysia ni abis kuat tahan 5 tahun.. tak ke zalim nak dijatuhkan mende2 tu ke kite? yer.. aku rase PR ada satu manifesto yang bagus.. cuma kami mahu tau.. mcmna implementation dia akan dilakukan... bagaimana dgn harga kereta yang sedia ada.. 2nd value drop? manifesto,gebang sape2 pon boleh cakap.. cuba implement sikit..
      Yang keje gomen tu.. jangan la takut, jangan la gusar, rezeki tu ada di mana-mana, bukan Najib yang kasi.. rezeki tu dari Allah.

      Padam
    14. Tanpa Nama : aku rase ko ni memang penyokong kuat KERAjaan..ni mentaliti org2 kje gomen..aku ade sorg kawan kje gomen..adeke die cakap kene la bersyukur sebab kerajaan bagi die gaji n bonus..so xpayah lah nk pangkah pembangkang..die xpikir kalau PR jd kerajaan lak die dapat gj dr mana?if ko xsokong PR pon sepatutnye ko setuju kalau cukai import kereta dikurangkan..mybe bukan dihapuskan 100%..

      Padam
    15. Tu dari perspektif ko sebagai penjawat awam.Macamana ko boleh sebut keje swasta gaji besar,bonus banyak?Mostly majikan swasta ni kedekut.Dah 3 kompeni swasta aku keje,semua xde bonus.Skarang GLC,tapi still kedekut.Keje gomen walaupun basic rendah,peluang naik pangkat terbuka luas.Amik exam jabatan,sambung stadi.Jangan malas n byk komplen.Aku ni keje sambil blajar buat diploma,itupun kompeni bagi aku gaji kecik.Nak naik post mmg xde la,taun dpn gaji mati 2k.Nampak x kelebihan govt kat situ?Ko dah tau ada SPM je,sambung la stadi sampai naik jd officer dlm govt.Meh tukar post dgn aku,aku nk sgt keje gomen.Ko duduk swasta jd operator,mau?

      Padam
  4. ramai orang goverment yang maki tuan blog ni, kesian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku orang gomen, tapi aku sayang tuan blog ni dan aku tekankan aku bukan gay..hehe

      Padam
    2. oh kau orang gomen ke nazha huhuhu... btw entry ni takde nak kondem orang gomen ke apa, tak tau kenapa orang gomen kat atas tu nak berbulu sangat. kalau kereta turun harga pun rasa2nya orang pertama yang akan tukar kereta baru orang gomenlah terutama pegawai2 atasan. semua rakyat akan dapat benefit yang sama. bab pendapatan kerajaan tu rasanya banyak lagi cara dan alternatif lain untuk tambahkan hasil pendapatan negara selain daripada memerah duit rakyat je.

      Padam
    3. dia berbulu sbb khairy umno berbulu... tp khairy bbulu dgn persoalan atas fakta... dia berbulu dgn fakta dicedok dr khairy... akhirnya jdlah tukang bbulu yg ikut punggung tuan dia...

      org kerajaan yg bagus 3 pointer tu baguslah.. yg masuk guna cable, suka lari dr keje xbagus jugak...termasuklah yg 3 pointer yg buat perangai jugak..cam cilake jugak...

      Padam
    4. menifesto baguih aku sokong je..macam gomen pusat bagi bonus 1/2 bulan gaji kat penjawat awam, gomen selangor pun ikut nak bagi bonus jugak..kalau PR nak kurangkan harga kereta dalam janji-janji manisnya, aku harap gomen pusat pun masukkan la sekali benda ni dalam menifestonya..kalau meniru untuk kebaikan rakyat, aku rasa bagus je..akhirnya, rakyat juga dapat manfaat..

      Padam
    5. org keje swasta perasan bagus pun cilake jugak sama cam org kerajaan yg xbagus tu.. yg bagus baguslah.. yg xbagus tu, jgn perasan bagus..

      Padam
    6. kalau masing2 tiru atas alasan kebaikan rakyat, nmpkla sangat bangangnya org yg meniru... xleh nk bentuk kerajaan sendiri smp kena tiru manifesto org lain.. kalau nk tiru pun, xperlu letak dlm manifesto... buat selepas pilihanraya ats nama inisiatif kerajaan...

      sekiranya meniru, jatuhlah maruah mereka dlm masa yg sama memberi kelebihan kpd pihak pembangkang kerana rakyat lebih percaya kpd pengeluar idea dari si peniru... lihat dr sudut politik

      Padam
    7. tapi bukan byk ke KERAjaan BN meniru idea PR pastu klaim idea sendiri, contohnya idea nak mansuhkan ISA yang sampai sekarang tak mansuh2 lagi tu

      Padam
    8. itulah kelebihan kerajaan kerana diorg yg pegang duit.. tiru je selagi boleh tiru, pastu bagitau rakyat diorg tu bagus.. malah kutuk pembangkang kata tau berjanji tp xtepati..masalahnya duit kat tangan kerajaan...

      hari tu hampir semua org puji PM sbb mansuhkan ISA... sampai skrg masih ada kena tahan... itu namanya guna idea PR tp tak reti nak tiru bulat2 takut dgn bayang2 sendiri..

      Padam
    9. marilah kita menambah amalan di bulan mulia ini.

      Padam
  5. Balasan
    1. apa kaitan kereta jadi mahal dgn rasuah? siapa rasuah siapa?

      bukan ke chedet ke yg naikkan harga kereta import sbb nk galakkan rakyat beli kereta proton?

      Padam
  6. pembangkang setakat ni banyak berjanji antaranya nk menghapuskan tol, pendidikan percuma, royalti minyak tambahan kepada Sabah dan Sarawak, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan nak beri gaji minimum RM4,000 setiap keluarga.

    janji ini diminta oleh pihak kerajaan untuk detailnya bagaimana pembangkang nak buat. rasanya sblm pru13, xperlulah nk terangkan secara detail mcm mana nk buat.. nanti kerajaan meniru pulak, lepas tu kerajaan ambil kesempatan kata dia yg tlampau prihatin kpd rakyat..

    lepas pru13, bila pembangkang dh jd kerajaan, diorg kena bentangkanlah mcm mana.. kalo rasa nak bangkang, masa tu la nk jadi pembangkang yg bagus...

    BalasPadam
  7. hahaha...bongok...sape kata penjawat awam semua pointer 3.0 keatas....bajet laa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hohoho... bodoh + bangang... bukan semua... tp kebanyakannya sbb kerajaan beratkan kat situ... bukan semua... budus laa...

      Padam
    2. ntahnya... cuba pointer ko 2.3 mintak gomen tengok dapat ke tak dapat. yang aku tau semua pegawai 41 ke atas nak masuk pointer memang kena 3.0 ke atas

      Padam
    3. Ni syarat untuk budak2 sekarang je..dulu2 pointer kurang 3.0 pun boleh masuk, asal lepas semua tapisan. Tapi tu la, bila pointer dinaikkan, ramai la pulak pegawai2 junior ni yang kerek dan besar kepala. Konon dialah yang paling hebat..udah2 la tu..sebagai penjawat awam jugak, aku naik segan lak baca korang punya komen yang ntah hape 2 ni..

      Bagi yang kata org gomen malas, tak payah la nak tuduh mengkhinzir buta. Orang malas ada kat mana2. Tak percaya? Sebagai contoh: cuba cari agensi kerajaan mana yang jawab tepon pakai mesin? Aku cukup fade up nak call bank, Air asia, MAS, astro, DiGi, Maxis, etc. Buat perabis masa dan bil je..tapi x de sape komplen pun. Cuba gomen buat gitu. Habis la semua sawan pakat nak guling kerajaan..puihhhh!!

      Padam
    4. Kepada Tanpa Nama 26 Julai 2012 10:25 PTG...susah nak cari orang MALAS di sektor swasta..alamat kalau ko Malas ko kerja sampai hujung bulan je la..ini adalah hakikat di dunia pekerjaan swasta.

      Aku rasa servis di sektor swasta tak seteruk tu,ditambah pula Nama2 company yang di listedkan tu company2 yg gah.walaupun mereka teruk..Servis gomen 10 kali ganda teruk lagi dari servis swasta.

      Siapa yang pernah berurusan dengan GOMEN disini?sila share pengalaman "manis" korang apabila pergi "deal" dgn jabatan2 gomen. xD

      Padam
    5. marilah kita menambah amalan di bulan mulia ini.

      Padam
    6. alahai....zack...zack...suka hati kau lah...tak berbaloi rasanya nak berhujah dengan kau ni...selamat menambah ibadah di bulan yang mulia ini.

      Padam
    7. Tanpa Nama26 Julai 2012 2:35 PTG..mane lak ko dapat fakta gred 41 mesti dapat poiter 3.0..kawan aku ramai je masuk JKR pointer bawah 2.8..

      Padam
  8. rakyat malaysia suka bergaduh, xde org gomen org swasta x idup, xde org swasta org gomen pn xleh idup.senyum la sket, pn xleh ke.............
    aku bayar kereta kat bank swasta, org swasta nak beli tanah kena g pejabat tanah..sama je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokoknya orang kerja gomen harus sedar diri..korang keje gomen senang banyak tau tak.

      Orang bekerja swasta ni banyak berkorban..terutamanya di peringkat bawahan,pahit getir dan susah senang hanya orang2 yang bekerja di sektor swasta di peringkat rendah ini sahaja yang merasa betapa "nikmatnya" bekerja..so sila jangan angkuh dan bangga diri sangat..aku paling pantang orang kerja senang(macam orang gomen) dan bekerja di peringkat atasan menghina peringkat bawahan terutamanya yang bekerja di sektor swasta.so apabila ada statement "selfish" macam orang gomen yang "diatas" tu,its hurting you know!

      Padam
    2. dah2,jgn gaduh2..bulan posa ni,x bek dok gaduh.lau gomen x kena,swasta pun x kena..meh ikut aku pi berniaga..aku bukan kedai runcit ja..boleh la tnggung makan minum kuarga.time bulan posa ni pun aku berniaga kat bazar..juai kuih ngn ayaq bez2.jadi aku xtau la pasal cmna idup keja gomen ka,swasta x..sebab aku x keja makan gaji.klu pihak tu salah,pihak ni salah..hah,jadi peniaga mcm aku ja la.aku ni xdak kelulusan.hampa suma kira ok la..keja dapat gaji bulan2.dapat dok pejabat.pkai bju kemeja pi keja.aku ni klu pki bju kemeja siap ngn tie pi kedai runcit aku,mau jiran2 gelak guling2

      Padam
    3. Bro,orang yang bekerja sendiri ni masuk dalam kategori SWASTA bro..jangan lupa informasi ini..kita sebagai orang swasta harus mengajar orang gomen yang mengada2 ni. ^_^

      Padam
    4. marilah kita menambah amalan di bulan mulia ini.

      Padam
    5. :) masa depan kita, kita sendiri yang tentukan..jangan salahkan orang lain kalau hidup kita susah.aku ni pun kuli jer.tiap-tiap hari kena tunggu bos bagi arahan kerja.apa yang keluar dari mulut bos tu la yang aku buat..tanggungjawab kerja. ok jer, kerja hati nak kena ikhlas..baru xde rasa sakit hati ngan oran lain..kalau nak kerja lebih senang kenapa tak mula dari sekarang cari peluang kalau boleh dapat kerja yang lebih senang :)

      Padam
    6. btoi gak pa yg ang ckp tu zack,aku ni kira swasta la jgk,bos pulak tu.haha..xpa2,aku xmau kondem org gomen..satgi depa panas,dok balun aku plak.

      Padam
  9. klu harga kereta turun..rugi la pada kami2 yg dh ada kereta nie..huhu...

    BalasPadam
  10. gomen dengan swasta saling memerlukan, kalau boleh berpeluk cium sekali tahap saling memerlukannya..sebab tu entiti gomen banyak yang che det diswastakan..gomen dengan swasta pun ada pekerja ataih dan bawah..so, saling hormat menghormat antara gred ataih bawah dan saling hormat menghormat antara gomen swasta:)

    chill yau'

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon warga swasta tidak berperangai kerja tangkap muat macam Radicare...

      Padam
  11. aku keja gomen,,tp ari2 men tenet ja,,tunggu repot emel xsampai-sampai hehe,,ops! mintak halalkan mkn minum,,btw, pointer aku 3.83,,cabot!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni penyakit la dlm kerajaan.. ko la perosak nama org kerajaan.. sbb org kita ni yg buruk dia nampak jelas.. yg ok, dia kata biasalah tu..

      Padam
    2. uih,beznya ang...rajin men tenet ka?tolong download movie kat aku sat.umah aku tenet slow.hehehe..la,ang tgu report emel watpa...mmg la x smpi,dah suma dok men tenet bukak benda lain..xdak sapa la yang nak hntq emel.

      Padam
  12. Aku rasa aku nak buat pembetulan soal isu harga kereta turun ni..Seharusnya Fokus kepada kereta buatan Nasional..bukan kereta import..kereta import biarkan terus dengan cukainya,kalau boleh kasi UP lagi ahhahhhah xD (orang yang pakai kereta import selalunya berlagak macam sial,biar cukai kasi up lagi hahaha)

    Tapi Puak2 BN salah tafsir dan banyak cakap soal Cukai kereta import..Orang fokus kepada cukai Kereta Nasional(tak tahulah jika puak PR mention sekali kepada cukai import) tapi bagi aku..aku hanya memperjuangkan Harga turun bagi Kenderaan Nasional sahaja..harap Blogger BN sila mengoreksi isu harga Kereta Nasional ye.

    BalasPadam
  13. yg dah beli kereta baru, dapat refund tak tax yg dah byar tu???
    -coma-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm kalu dapat refund bagus gak... eh ini mcm serupa kes ptptn jer?

      Padam
  14. VERY99 SHAME ON U DUDE.HANG NI NMPAK SNGAT QEJA X IKHLAS..QEJA SEMATA-MATA NAKKAN DUIT..NAK MAKAN BONUS LA..KITA QEJA KENA IKHLAS..XSMESTINYA NAK DAPAT GAJI BANYAK JA..QEJA TU KAN 1 IBADAH JUGAK.. WALAUPUN KITA DAPAT GAJI BANYAK, AT LEAST SOMETIME KITA KENA CONSIDER JUGAK ORG2 YG XBBYAK DUIT ..KALO KERAJAAN TRUN HRGA QETA , BOLEHLA DEPA NI BELI QETA JUGAK N MRINGANKAN BEBAN DEPA..WALAUPUN AKU STUDENT LG TP AKU CUKUP XRESPEK HANG DRI SEGI AYAT HG TU" kalo kerajaan trun hrga qeta , nant kerajaan xdak duit dh nk bg bonus'SORY TO SAY LA TP NAMPAK SNGT HG NI GILA DUIT.BODDDOOHH

    BalasPadam
  15. marilah kita ramai2 beli motor..2 3 tahun lagi jalan raya komfirm jam...no plat kete malaysia akan jadi mcm singapork..ade yg boleh jalan siang jek..and ade yg boleh jalan malam jek..welcome to the hell yeah..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.