Halaman

Selasa, 24 Julai 2012

Logo Hari Merdeka #JanjiDitepati yang sadis

Walaupun dah banyak sangat blog yang dah tulis pasal benda ni, kerana terlalu sadis aku terpaksa jugak kritik (bukan kutuk ya, kritik) logo Hari Kemerdekaan yang ke-55 untuk tahun ni walau sebelum ni aku dah kritik pasal tema kemerdekaan iaitu #JanjiDitepati kat sini.
Ini logonya, cantik bukan. Adik2 kat sekolah kalau kena buat balik logo ni untuk dijadikan banner kat sekolah2, tak payah pening2 kepala nak lukis2 tangan, cuma guna Photoshop dan follow je panduan membuat logo tu kat bawah ni yang disediakan oleh jonathanfun.com.
Seriously, sape yang design logo ni? Pemalas gila tahap gaban. Vendor mana yang buat? Pegawai Teknologi Maklumat mana yang kena jadi mangsa lukis logo ni? PTD mana yang luluskan design logo ni? Menteri mana yang mengiyakan sahaja design logo ni? Dah la recycle je logo 1Malaysia yang dah 4 tahun dok recycle kat logo Hari Kebangsaan. Korang tak rasa ke logo 1Malaysia tu dah terlalu sangat overused sampai kat tablet PC pun ada logo tu jugak bikin orang naik menyampah?


Yang agak sadis keterangan untuk tahun 2009 panjang, tahun 2010 pendek sikit sebab logo sama je cuma tambah tulisan kat bawah, tahun 2011 lagi la dah takde keterangan langsung sebab takde beza pun sebenarnya dengan 2 tahun sebelum tu, tiba2 tahun ni punya logo keterangan dia sikit punya panjang siap kena download lagi kat PDF.


Lepas tu bendera Malaysia tu main suka suki download je kat Internet kat http://www.muzamli.com/2009/01/17/malaysia-flag-wave-2/. Walau brader tu sporting tak kisah design bendera Malaysianya digunakan, tapi at least give him some credit laaa, gua tak nampak ada tertulis nama dia kat bahagian keterangan logo laman2 web kerajaan kat Lawan Web Rasmi Malaysia Merdeka dan juga Jabatan Muzium Negara.


Cuba bandingkan logo tahun ni, tahun 2011, 2010 dan 2009 dengan logo2 yang lepas. Logo tahun 1976 tu pun jauh lebih baik dan penuh dengan nilai2 kreatif dan estetika. Masa tu pun komputer peribadi pun tak wujud, apatah lagi Adobe Photoshop, tapi designernya boleh buat jauh dengan lebih baik. Mungkinkah kerana dah terlalu selesa dengan teknologi2 software2 canggih maka semuanya cuma ambil mudah sahaja. Nak carik imej apa2 cuma Google je, nak guna tulisan apa2 cuma tengok je kat font library tu.

Sebab tu aku cakap baiklah buat pertandingan mereka logo Hari Kebangsaan macam tahun2 sudah, at least daripada 100,000 penyertaan mesti ada yang beribu2 design yang kreatif dan boleh dijadikan logo rasmi. Ini tidak, ini la masalahnya bila semua benda nak buat sendiri, syok sendiri, last2 recycle je logo tahun2 sudah yang direka oleh orang lain pun sebenarnya.


tags: logo rasmi design rekabentuk tutorial panduan profesional pertandingan peraduan contest recycle keterangan 55 tahun merdeka janji ditepati #janjiditepati tema slogan hari kemerdekaan kebangsaan tahun 2012 relevenkah lafaz jelajah manifesto pilihanraya pru 1 malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan menjana tranformasi transformasi berjaya, rakyat sejahtera gtp program transformasi kerajaan #janjidiungkiti janji diungkiti

24 ulasan:

  1. lawa2 logo merdeka dulu2
    aku minat yg taun 2000 & 1990

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku paling suka logo tahun 2007..nampak matang dan kemas.

      Padam
  2. logo untuk keranamu malaysia terbaik.

    BalasPadam
  3. Dah nama pun orang GOMEN..pemalas and nak ambik mudah je..cuihhhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau you rajin tolonglah buat jangan nak komen saja, kan malaysia negara u juga.

      Padam
  4. jgn slhkn org gomen. dh org atasan luluskan sape suruh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Atasan tu bukan orang GOMEN ke sayang? cececiter ^_^

      Padam
    2. bukan mlas sngt pun zack,diorang de motif sendiri..phm2 la,politik

      Padam
    3. orang atas tu orang utk swasta :D

      Padam
    4. kalau org gomen tp keje menaip tu Orang Atasan jugak ker???

      Padam
  5. Balasan
    1. semenanjung tanah Melayu sahaja merdeka 1957..sabah/sarawak belum merdeka lagi..tapi ini bukan isu pun..amerika sendiri negeri2 dalam amerika merdeka dalam tarikh berbeza2 tapi mereka tetap Menyambut kemerdekaan secara seragam di bulan julai.

      Aku selalu tengok orang sabah sarawak selalu ungkit hal ini..sebelum mengungkit kita buat kajian dahulu.

      Padam
    2. Bolehkah kita menyambut hari penyatuan malaysia seperti hari malaya merdeka?

      Padam
    3. Boleh kenapa tak boleh pulak? Malaya ke Malaysia ke nama tetap lebih kurang je.

      Apa yang ada pada nama sangat? indonesia sendiri punya banyak nama..Mula2 RIS- Republik Indonesia serikat dan ditukar Kepada NKRI- Negara Kesatuan Republik Indonesia.

      Apalah yang ada pada nama? korang orang sabah/sarawak selalu cakap tanpa sabah/sarawak tak wujud Malaysia..memang betul tapi kenapa nak mengungkit sampai ke tahap sebegitu? Aku tak nampak sebarang masalah kalau kita menyambut kemerdekaan bersama2 setiap 31 Ogos pun walaupun sabah/sarawak belum merdeka di tarikh itu..Amerika sendiri Merdeka pada Tarikh berbeza tapi di peringkat Nasional mereka mengikut Negeri washington dalam menyambut kemerdekaan Negara The United State of America..apabila tiba Tarikh Hari kemerdekaan negeri masing2..mereka sambut Hari Kemerdekaan bagi Negeri Mereka sorang2..simple kan? anda faham?harap anda faham.

      Padam
    4. Merdeka ialah Malaya 31 ogos 1957. Sabah sarawak merdeka & bergabung dgn malaya menjadi malaysia 16 september 1963. Maksudnya betullah hari kemerdekaan patut disambut pada 31 Ogos 1957. Hari Malaysia pula sambut pada 16 september.. Bagi cuti umumjugak 16 september jika takda modal nak sambut dah.. ok..? PR berani tak nak bagi cuti hari Malaysia nanti..?

      Padam
  6. marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan di bulan mulia ini.

    BalasPadam
  7. saya kagum sngt dengan logo kemerdekaan yang sngt kreatif bermula dari tahun 2009-2011.Tambah2 lagi dengan slogan yang berbentuk kepartian..wahhh,beznye..bijak sangt. saya sokong tindakan PM kita yang bijak dalam mengimplimentasi ketulusan dan keikhlasan parti UMNO untuk dijadikan semangat kemerdekaan.Rasanya dah tiba masa kita tukar nama negara kita daripda malaysia,menjadi UMNOSIA..barula gah dimata dunia..HIDUP NAJIB..janji ditepati.

    BalasPadam
  8. Logo yang paling serabut. Bapak sapa la yang buat ni.

    BalasPadam
  9. tukar la slogan selamanya malaysia.. best apa. cam harimau malaya

    BalasPadam
  10. ..nampak sangat pemalas dan ambil lewa sipembuat logo ni..silap2 dia juga terkejut yg logo dia terpilih..mungkin sebab keterangan semua element yg ada, tu yg terpilih. Logo tahun 1976 nampak unik, 'kukuh' dan ada semangat perpaduan, logo 2007 nampak moden, logo 2008 nampak kreatif....

    BalasPadam
  11. selain kau dengan mantot ada blog lain tak yang mengulas cerita ini,hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada berlambak, amenoworld blogserius dan lain2 terutama blog pro-PR

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.