Halaman

Isnin, 6 Ogos 2012

Siapa pula selepas Chong Wei?

Nampaknya harapan Malaysia untuk memperolehi pingat Emas yang pertama musnah apabila Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dengan 3 set pada perlawanan final untuk perebutan pingat Emas. Nampaknya pesanan dari PM Najib Razak serta kehadiran Rosmah Mansor dan bini TPM Puan Sri Norainee Abdul Rahman ke London bagi memberi sokongan kepada LCW masih belum mampu untuk mengubah badinya di Olimpik Beijing 4 tahun lepas. Tapi seriously, takkan harapan untuk menang pingat emas hanya diletak pada bahu Lee Chong Wei sorang sahaja? Kalau aku jadi LCW pun aku rasa tertekan nak mampus.


Keputusan penuh Badminton Men's Single Gold Medal Match:


Sumber Utusan.

Disebalik kehadiran Rosmah ke London, ada suara2 yang mempersoalkan ketidakwajaran First Lady dan isteri TPM pergi ke sana dan dikatakan lebih baik duit yang digunakan untuk menghantar mereka ke sana digunakan untuk membantu anak2 yatim terutama ketika bulan Ramadhan ini. Ada juga pihak yang mempertahankan lawatan mereka ke sana atas alasan Rosmah Mansor merupakan penaung BAM sama seperti mantan penaung BAM sebelum ini seperti Tun Dr. Siti Hasmah yang perlu hadir demi memberi menaikkan semangat dan moral LCW untuk mengalahkan Lin Dan. Wajar atau tidak bukan persoalannya, kerana Lin Dan tetap sukar dikalahkan walau Rosmah datang atau tidak.

Walau aku ada sedikit kecewa tapi hakikatnya aku sebenarnya takdelah rasa ralat atau sedih sangat bila LCW kalah, sebab kalau ikut sejarah perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, kemenangan lebih banyak memihak kepada Lin Dan. Dan even kalau LCW tak dapat apa2 pingat pun aku tak sedih, kerana hakikatnya kita terlalu bergantung kepada satu dua individu yang berbakat luar biasa yang pernah Malaysia lahirkan dalam satu2 masa. Contohnya bila muncul sahaja LCW, kita semua letak harapan tinggi. Bila muncul sahaja Azizulhasni Awang, kita semua letak harapan tinggi. Bila muncul sahaja Nicol David, kita semua letak harapan tinggi, cuma sayang Squash tak dipertandingkan di Sukan Olimpik. 


Apa akan jadi bila altel2 berbakat yang muncul dalam generasinya bersara? Apa akan jadi kalau Chong Wei bersara, Azizulhasni bersara, Nicol bersara, sama seperti suatu ketika dulu kita ada bintang bowling Shalin Zulkifli, bintang badminton adik-beradik Sidek yang begitu hebat ketika era masing2, namun lepas mereka bersara sahaja hampir sukar untuk Malaysia menghasilkan bintang baru yang benar2 berbakat besar sepert mereka yang kita boleh letakkan harapan untuk kejohanan besar2 seperti Sukan Olimpik, Piala Thomas dan lain2. 

Walaupun Malaysia mungkin tidak mampu nak menjadi kilang menghasilkan ramai atlet bertaraf pingat Olimpik seperti negara China dan USA, tapi at least mungkin kita boleh belajar sesuatu dari negara mereka bagaimana hendak menghasilkan bintang dan bakat2 baru secara berterusan dalam beberapa sukan utama. At least tanggungjawab dan harapan rakyat Malaysia untuk mendapatkan pingat bukan diletakkan di bahu seseorang individu sahaja tetapi secara berkumpulan.

* Dulu aku tulis kat sini kenapa aku stop tengok sukan olimpik, hari ni ada 2 sebab lagi kenapa aku stop tengok, satu sebab LCW kalah, satu lagi sebab baru je kejap tadi Roger Federer kalah dengan Andy Murray untuk Gold Medal Match Men's Single Tennis, 2 kekecewaan untuk malam ini, tapi dah adat ada menang kalah nak buat macam mana. Cuma bilalah agaknya negara kita akan dapat menghasilkan pemain tenis professional bertaraf dunia. Nampaknya nasib Chong Wei dengan Federer ni sama je, sama2 banyak memenangi kejohanan dunia dan sama2 merasa dok kat ranking no #1 dunia tapi sama2 tak pernah menang emas di Sukan Olimpik.




tags: lee chong wei lin dan china perlawanan akhir pingat emas gold medal match final badminton men's single perak silver kalah olimpik olympic london 2012 games perdana menteri najib razak beri sokongan pesanan harapan rakyat Malaysia demi negara rosmah mansor puan sri norainee abdul rahman isteri tpm pm tennis roger federer lost andy murray wimbledon juan martin del porto bronze gangsa switzerland great britain argentina

25 ulasan:

  1. Mungkin kita kena buat macam Negara China latih Atlit mereka dari kecil?

    seperti biasa rakyat Malaysia yang penyayang dan pengasihani ni mesti BANGKANG macam pokewak bila kita nak aplikasi teknik extrem macam China tu.

    Nak ikut style jepun,rakyat Malaysia tak ada semangat BUSHIDO macam jepun..hmmm entahlah..

    Malaysia ketandusan Atlit berbakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa bowling dengan squash tak dipertandingkan kat Olimpik ek noob?
      Aku macam pelik2 jugak..kalau tak silap, masa kat sydney dulu ada squash kan..

      Padam
    2. Ko silap...Squash tak pernah masuk Olimpik http://en.wikipedia.org/wiki/Squash

      Padam
    3. Nazha, mana penah masok olimpik..

      Padam
    4. oh yeke..ok baik..

      tapi kenapa tak pernah ek?

      Padam
    5. skuasy pernah masuk olimpik....tapi sbg pertunjukan aje.... kena tanya Olympics Committee kenapa skuasy tak dpt vote mencukupi... lagipun Pakistan dan Australia lagi ramai pemain skuasy berbakat... diorang pun gagal dalam melobi supaya skuasy ada dlm olimpik...

      Padam
  2. Bhai Noob...

    Biler yang ramai duduk dalam Persatuan Sukan datangnya dari orang Politik.. sampai kesudah la mutu sukan kat Malaysia nih macam nih jer... Biler lantik Dewa dan Ornag Politik jadi kepala sukan... abis la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau x...LCW tu DAP?mueheehhe...

      Padam
  3. guru sukan pun tak pandai bersukan pakai ambil sbb nk kasi anak kroni yg akademik hancur kerja je..

    KLIK perlu pembantu rumah?

    BalasPadam
  4. Mungkin rakyat kita tak seramai rakyat China? Kesian LCW, tapi apa harus dibuat. Sabar lah, usaha lagi. *eh terberi sokongan disini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa kena mengena kuantiti dengan kualiti? kalau kita mahu boleh sahaja kita terapkan teknik extrim macam China buat demi survival bekalan atlet berbakat Malaysia.

      Kalau tak start sekarang,Malaysia akan ketandusan atlet berbakat dalam tempoh waktu yang sangat Lama..Nak cari Atlet yang berbakat secara semulajadi bukan senang.

      Padam
    2. teknik extrim takde.tp kalau teknik ekstrim,extreme..ade la.teknik aiskrim pun ade.extrim belum pernah dengar lagi.

      Padam
    3. Baskin Robin?adakah anda seorang GAY bro? xD

      Padam
    4. baskin robin mne pulak ni..

      Padam
    5. aku ingat zack bpengetahuan luas, rupanya tidak..aiskrim baskin robin pun x tahu..penuh kt paper n tv3(kt blog pun byk) promote kalu menang emas bskin robin sponsor aiskrim 1 scoop free pada 8 ogos, 8mlm - 10mlm anjuran tv3..

      Padam
    6. Tanpa Nama7 Ogos 2012 9:59 PG ni betul2 manusia yang dilahirkan tanpa sense of humor ^_^ kasihan...

      Padam
  5. hmm..bila la atlet2 semua ni nak power mcm aku..mujur acara lompat dalam guni xde kat olimpik,kalau ada,mesti aku dah bg malaysia pingt emas.tambh2 lagi bila rosmah dok bg sokongan kat aku.mesti jadi lagi bersemangat..hahahahahaktuih

    BalasPadam
  6. Sukan termaju,ter-gah,berkualiti,ramai ahli,peminat..SPORT TOTO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan la,sport toto tu baru satu cabang..lain kali kena sebut KTM (kekuda,toto,magnum)haaa..baru lengkap cabang2 yg lain.haha

      Padam
  7. BAM kena buat sesuatu dari duullluuu lagi.

    takkan nak jadi macam KOAM? hehe

    BalasPadam
  8. Chong Wei kalah tak pendting, yang ni penting..

    Dengan perkembangan terbaru dan ketegasan DAP menentang pembentukan negara islam dan perlaksanaan undang2 Hudud ... jika Pas masih juga hamoi (tebal muka) nak menempek dalam PR ... itu maknanya Pas adalah parti yang tak ada maruah ... kalau anjing kurap yang bergelandangan dijalanan itu di pandang hina ... maka pada saya lebih terhina lagi maruah parti Pas ... lebih tak bermaruah lagi 3 ulamak besar Pas ... ada maruah kah Nik Aziz ? ... ada maruah kah Hadi Awang ? ... ada maruah kah Nasrudin Tantawi ?


    Hendaknya para pengikut Pas dapat memahasabahkan sokongan mereka kepada Pas selama ini ... sedarlah wahai bangsa melayu yang menjadi pengikut setia Pas ... sokongan anda kepada Pas bermakna anda menyokong perjuangan DAP ... bermakna anda sedang membawa rebah kepada orang melayu dan islam di negara ini ... fikir lah semasak2nya sempena ramdan al mubarak ini ... semua Allah memberi petunjuk kepada anda siapa sebenarnya yang berjuang untuk islam diantara Umno dengan Pas ...

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. persetubuhan tutup....muahehhehehehehehe....

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.