Halaman

Khamis, 27 September 2012

Berhenti bandingkan diri kita dengan orang lain

Tunjuk bontot bukan budaya kita, malah kat entry sini aku ada tulis macam2 benda yang bukan budaya kita. Tapi ada satu benda yang memang dah jadi budaya kita yang agak negatif iaitu budaya banding-membanding atau compare. Kita ni suka sangat membanding2kan sesuatu terutama sesama manusia. Kalau kita membuat perbandingan harga atau bandingkan kualiti barang mana satu lagi canggih samada Samsung atau iPhone tu tak kisah la.


Seperti contoh kita suka banding diri kita dengan orang lain:
  • Aku dengan Najib dulu satu kelas kat sekolah menengah, aku siap jadi ketua darjah dia lagi, result SPM aku pun lagi bagus daripada dia, tapi lepas sekolah dia dah berjaya sampai jadi PM Malaysia sedangkan aku sekarang ni cuma dapat jadi Pembantu Tadbir N22 je, bukan sahaja dia dah kira jadi ketua aku malah dah jadi ketua kepada seluruh penjawat awam 1Malaysia. Kecewanya aku...
  • Dulu waktu kat universiti dulu, aku dengan Anwar dulu pointer aku lagi tinggi daripada, tatkala aku tengah sibuk study, dia dok sibuk dengan berpersatuan. Sekarang ni aku yang kerja sebagai Senior Engineer kat kilang buat botol kicap kalau nak ke Sabah Sarawak pun mampu nak naik Air Asia je, dia siap boleh naik jet lagi member pinjamkan. Sedih sangat...
  • Masa sekolah dulu aku ada seorang member, Zizan. Dia dulu takde la pandai sangat, habis sekolah je terus kerja kat bengkel. Aku habis sekolah dulu aku buat diploma kat Uitm Arau, lepas tu buat pula dekat Uitm Shah Alam, lepas grad aku dapat la kerja jadi Human Resource officer kat sebuah syarikat cina. Gaji pun ciput tak besar mana, fresh grad la katakan, ada la dalam RM2000 sebulan. Kereta pun cuma mampu nak pakai kereta kancil manual 660cc 2nd hand, buat loan 9 tahun bayar bulan2 RM300. Tau2 aku tengok kat TV member sekolah aku si Zizan tu dah pakai kereta Mitsubishi Evo X. Apalah dengan nasib aku ni...
  • Blog aku nak kata artikel tak cukup hebat, tiap2 hari aku mengerah otak menulis2 artikel yang mantap, tapi kenapa masih lagi tak banyak hits. Aku tengok blog2 lain macam Blogserius, Aku Stress Giler, Beautiful Nara, Ben Ashaari, Fatin Liyana tu kadang2 isi kandungannya merepek2 jugak tapi banyak je hits. Aku dah give up lah nak tulis blog ni...


Kita juga suka banding diri orang lain dengan orang lain:
  • Kenapa la anak aku ni lembab, orang lain yang sebaya dengan dia semua dah khatam baca Quran, tapi anak aku ni buku Iqra' 1 pun masih lagi kat mukasurat 10. Kenapakah malang sangat nasib aku ada anak macam ni...
  • Abang cuma awak tengok si Limah tu, menantu2 dia semua hebat2, kalau yang lelaki mesti kaya, kerja bagus2, rumah besar, ada yang anak Dato' lagi. Yang anak perempuan dia semuanya cantik2, pandai memasak, ada butik sendiri. Abang tengok menantu2 kita tu, yang si Salim tu dah la kerja pun tukang bawa lori je, anak bini asyik kena tinggal je. Kalau si Senah tu pulak, dah la tak pandai masak, mandul pulak tu, kesian anak kita tak dapat nak merasa anak sendiri. Ya Allah kenapalah kau uji aku dengan nasib sebegini...
  • Awak ni Leman saya tengok slow je buat kerja. Saya tengok awak ni bukannya tak rajin buat kerja, cuma lembab, lambat pickup. Cuba awak tengok si Khairy tu, tahun ni je dah masuk tahun ke-3 dia dapat anugerah pekerja cemerlang. Dia bukannya rajin sangat pun tapi dia tu pick-up, cukup pantas belajar, tiap2 hari jumpa saya nak laporkan kerja dia. Hey Leman, Leman... sampai bila awak nak berubah ni?
  • Bila abang nak cepat nak naik gaji naik pangkat ni? Saya tengok jiran sebelah kita si Lokman tu kejap2 tukar kereta, kejap2 tukar sofa, kejap2 tukar TV, bini je tak tukar. Kita ni bang, jangan kata TV LCD, Plasma pun takde, tu ha pakai lagi CRT TV yang asyik nak kena tepuk je. Mana ada orang pakai TV macam tu kita ni lagi bang, malu saya bila keluarga saya datang rumah. Kereta pun takde, naik la motor Kriss cabuk abang tu yang dah nak tertanggal ekzos tu, tidur pulak atas toto je. Kalau saya tahu abang tak banyak duit dulu, jangan harap la saya nak kawin dengan abang. Menyesal tolak pinangan anak penghulu kampung tu dulu.


Tahukah anda membanding2kan diri manusia dengan manusia yang lain adalah satu budaya yang sangat tidak baik. Ia hanya akan demotivate atau menurunkan semangat anda untuk terus maju kehadapan, sampai bila2 anda takkan puas hati dengan diri anda dan sentiasa rasa rendah diri serta tidak yakin pada diri sendiri. Anda juga akan terus-menerus mengeluh akan nasib buruk anda dan akan terus hidup disebalik kejayaan2 orang yang anda bandingkan itu.


Biasanya budaya banding-membanding ni lebih banyak dikalangan orang yang bernasib kurang baik kerana mereka akan membanding sesuatu kekurangan atau keburukan dengan kelebihan atau kebaikan. Jarang orang yang bernasib baik membanding suatu kelebihan dengan kekurangan, melainkan orang tu seorang yang berlagak nak mampos, seperti contoh:
  • Awak tengok si Bakar tu, dulu kat sekolah dia lagi pandai dari abang, SPM aggregat 6, abang pangkat 2 je, tapi sekarang dia cuma jadi cikgu DG41 je, kereta pun pakai kereta Proton Wira, tapi abang dah jadi Manager Bank sekarang, kereta tak main la kereta Malaysia, low class... Sebab tu abang beli Honda Accord HA HA HA!

So macam mana nak atasi budaya banding-membanding ini?


Pertama sekali, anda kena belajar terima hakikat yang manusia itu dilahirkan dengan nasib dan rezeki yang berbeza2. Tiada orang yang nasibnya akan sama. Kalau anda dilahirkan dikalangan keluarga yang susah dan miskin, anda perlu terima hakikat yang ada orang yang dilahirkan dikalangan keluarga yang kaya. Kalau anda dilahirkan dengan otak yang kurang bijak, anda perlu terima hakikat yang ada orang dilahirkan dengan otak yang bijak. Kita kena menjadi seorang yang lebih realistik.


Kedua, berhenti membanding2kan kita dengan orang lain. Sebab kalau kita asyik terus banding, kebiasaannya sampai bila2 pun anda takkan dapat mengalahkan orang yang dibanding itu, seperti contoh anda kerja sebagai seorang Engineer dan anda bandingkan diri anda dengan kawan anda yang sekarang ni jadi Senior Engineer. 5 tahun selepas itu anda berjaya menjadi Senior Engineer, dan anda ingat anda dah berjaya mengalahkan kawan anda, tapi selepas 5 tahun, dia juga telah berjaya menjadi Department Manager. So sampai bila2 pun anda takkan dapat mengalahkan dia sebab ketika anda sedang progress, dia juga menjalani progress kehidupan juga.


Ketiga, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, tapi bandingkan diri kita dengan diri kita sendiri. Sebagai contoh, bandingkan diri kita SEKARANG dengan diri kita SETAHUN yang lepas. Apakah perubahan yang telah kita buat? Apakah pencapaian yang telah kita capai dalam tempoh setahun tu? Adakah kita yang HARI INI lebih baik daripada kita yang SETAHUN LEPAS. Kalau kita yang setahun lepas masih lagi kerja dengan gaji RM2000, adakah kita yang hari ini masih lagi kerja dengan gaji RM2000? Kalau ya maksudnya kita tiada progress dari segi pendapatan. Tapi kalau naik RM200 pun, tidak mengapa, at least ia adalah satu progress yang positif.
Katakan kita nak bandingkan kenderaan, jangan kita bandingkan kenderaan kita dengan kenderaan orang lain. Kalau kita naik Proton Saga, kawan kita naik Honda City, kalau kita bandingkan memang kita akan demotivate dan menjadi negatif. Bandingkan kita dengan diri kita sendiri, kalau 3 tahun yang lepas kita hanya naik motor, hari ini aku dah naik Saga, baguslah. Satu perkembangan yang positif buat kita. Kemudian kita tetapkan cita2 untuk beli kenderaan yang lebih baik di masa akan datang, Proton Preve mungkin. So 5 tahun selepas itu kita dah berjaya beli Proton Preve, dan kawan kita yang pakai Honda City tu pula dah tukar Honda Civic, takpe takde masalah. Don't compare to him/her, just compare with yourself, 5 tahun lepas hanya pakai Saga, sekarang dah pakai Preve. Dengan itu anda akan rasa lebih bersemangat, tidak merasa kecewa dan kecil hati.


Perbandingan dengan diri kita sendiri tak semestinya dalam tahun atau jangka masa yang panjang, boleh juga bandingkan diri kita dengan diri kita yang lalu dalam tempoh harian, mingguan atau bulanan. Seperti contoh kalau anak kita ada masalah pembelajaran, sebulan yang lepas dia hanya pandai huruf ABC sahaja, tapi bulan ini dia dah pandai juga huruf DEF, tidak mengapa kerana ia adalah satu progress ke hadapan, tapi kalau bulan ini dia masih lagi hanya pandai huruf ABC, bermaksud dia tiada progress dan kita buat sesuatu dan usaha lebih lagi. Kalau kita terus compare dengan anak orang lain yang dah pandai sampai XYZ, memang kita akan rasa down dan silap2 hari bulan kita akan putus asa dan berhenti berharap.

Jadilah kita yang pada HARI INI lebih baik daripada kita yang SEMALAM.







tags: budaya jangan banding membanding diri kita dengan orang lain hari ini semalam dulu kini selamanya don't compare yourself with others quote don't let comparison thief steal joy life no idea what their journey all about why no one entire world better job being you person from yesterday who been you are now bill gates motivasi demotivate

65 ulasan:

  1. pergh nak kata first letew

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh itu lah huraian dari kata2 HARI INI lebih baik daripada kita yang SEMALAM

      Padam
    2. oh kesyukurannya aku..alhamdulillah

      Padam
  2. aku bontot buasir..adalak otak buasir..hmmm...pegi jadi sainstis ke..entahlaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko jadi babi apa ni pelaq?

      Padam
    2. hahaha..giler natang ni.ni mesti menaip mse tengah mabuk ni.hahaha

      Padam
  3. Balasan
    1. Alamak! Nak cakap dia korek jubor lah tu.

      Padam
  4. budaya compare ni bukan kata kita perlu eradicate sepenuhnya
    minda yang sihat dan positif bule mengaplikasikan compare2 ni utk dapatkan result yg baik

    cth jgn kita compare pasal materialistik sgt
    cuba compare bab spiritual

    kalau minda yg sehat & positif:
    kita p masjid, lepas semayang, kita tanya diri kita pasal apa aku tak baca quran macam pakcik tu
    pasal aku tak wirid macam adik ni, pasal apa tak solat sunat macam abang lon tu
    kenapa aku kelam kabut nak balik, kenapa aku tak sedekah macam org lain

    minda persis syaitan:
    p masjid usha pelik kt org yg balik awal, compare diri dgn org lain yg tak solat sunat, dgn org yg tak wirid terus balik, bila baca quran bangga diri dgn org lain yg tak baca quran,
    bila sedekah pulak menunjuk2 & compare2 dgn org lain yg sedekahnya kurang/tak mampu

    contoh lain minda negatif
    bila kita dalam kesusahan, kita diujia tuhan
    kita terus kelam mata otak jammed
    Ya Allah np aku diuji teruk macam ni? knp ujian ni mai waktu aku tadak duit?
    mengungkit itu ini

    in contrary minda minda positif
    dia akan teladani ujian org lain, compare dgn org yg lebih teruk ujiannya
    terus dia berasa syukur kpd Allah sebab masih kasihan dan syg kepada dia
    ujian2 macam ni mendekatkan lagi dia kpd Allah

    sekian, terover comment la pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chanteq punya komen... hahaha

      Padam
    2. tq for the opinion bro, komen over pun takpa hehe...

      tapi kalau boleh aku tak nak guna perbandingan atau comparison utk kes2 mcm tu sebab bila kita buat saja perbandingan, tentu akan nampak negatifnya. seperti contoh yg ko berikan tu:

      - kita p masjid, lepas semayang, kita tanya diri kita pasal apa aku tak baca quran macam pakcik tu
      - pasal aku tak wirid macam adik ni, pasal apa tak solat sunat macam abang lon tu
      - kenapa aku kelam kabut nak balik, kenapa aku tak sedekah macam org lain

      bila ada je persoalan dlm diri kita, kenapa aku tak macam orang tu, kenapa aku macam ni, bagi aku ia masih boleh menimbulkan perasaan yg tidak selesa dalam diri, ketidakpuashatian pada diri sendiri dan boleh membawa kepada putus asa, kerana kita masih lagi mahu membanding diri kita dgn orang lain.

      kalau kes mcm ni, aku lebih suka kita guna pendekatan mencontohi atau mengambil inspirasi, contohnya:

      - rajin betul adik tu baca quran dan wirid, aku nak contohi dia lah berwirid juga.
      - pemurah sungguh lelaki tu bersedekah, aku harap dapat jadi pemurah juga.
      - member sekolah aku dah berjaya kejar cita2 dia jadi PM, aku pun akan berusahalah untuk kejar cita2 aku untuk jadi usahawan yg berjaya.

      tapi yelah, semua tu pun hanya penggunaan tatabahasa sahaja, lain2 tu bergantung pada niat kita juga, bak kata taufik kalau kita asyik fikir negatif je, negatif lah ia, kalau kita fikir yg positif, positif lah ia.

      Padam
    3. Aku pegang satu pahaman ni erat2, walau apa pun keburukan yg terjadi dan melanda anda, never ever blame God atas qodak dan qadar ketentuanNya, setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Kalo kita diuji dgn ujian yg besar, itu bermakna Allah taala tahu kita MAMPU menanggungNya, dan Allah taala tidak mengabaikan kita...patut berbesar hati dan tabah menerimanya. Jgn sesekali menyalahkan takdir, yg baik smua dari Allah, yg buruk dari kita manusia yg seringkali lalai dan lemah.

      Padam
  5. best entry kali ni...kipidup...
    tapi mmg budaya membanding ni mana2 pun ada..
    mak sy pun dulu suka membanding2kan sy ngn kawan2 sy masa sekolah dulu.
    tensen gak.hehhehehhe...
    bg sy,suma orang ada kelebihan n kekurangan.macam sy n orang lain jugakla..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! nak cakap Mak dia didik dia dgn baik ler tu.

      Padam
  6. Entry kali nie aku bagi 5bintang, banyak knowledge dan input. Aku nie memang suka sangat membandingkan diri dengan orang lain sampai kadang kadang rasa rendah diri. Uhuks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak cakap perangai dia huduh lah tu pas baca entry ni trus insaf.

      Padam
    2. Ko jgn kacau fifie la sial tu awek aku... or bakal awek

      Padam
    3. hai fifie,bukalah seluar..sy nak jilat betis awak khekhekhekhe

      Padam
    4. alamak nak kata dia boleh menjilat letew

      Padam
  7. terbaek entri kali ni
    insaf kejap ;)

    tahun lepas berat aku 65kg
    tahun ni berat aku 70kg
    satu perkembangan yg bagus kah?
    hahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! Nak cakap berat badan dia naik sebab Raya lah tu

      Padam
  8. Bhai Noob...

    Gua punya konsep simple jer... gua tetap the best... dan takder sesapa pon lagi best dari gua dalam konteks manusia ... hahaha.... melainkan Nabi dan Rasul ...

    Jadi... gua akan gunakan ianya menjadi sebagai pembakar semangat untuk berjaya... sebab kalu tengok orang lain berjaya... mesti gua kata gua lagi boleh berjaya dari mamat tue... hahaha.... motivasi diri sendirik.... hahaha

    Err... atau ini dikenali sebagai ri'ak, ujub atau takabbur??? hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu dinamakan gila.sila jumpe doktor.

      Padam
    2. mohon jumpa doktor di klinik 1 Malaysia yg berdekatan.

      Padam
    3. Bhai/DeeDee Tanpa Nama....

      Lu tak payah la dengki mender... hahaha.... tak payah buang maser... gua lagi best dan hensem dari lu orang.... hahaha

      Padam
    4. Alamak! dia nak cakap dia hensem dan best dari orang lain lah

      Padam
    5. haha..powernye C++ ni..terbaikkkk

      Padam
  9. Proton,cuba kau tengok Mitsubishi ke Toyota ke..kereta dorang buat semua berkualiti..kete yg ko buat? cam haram!!

    Buatan Malaysia memang macam tu! hehehe

    BalasPadam
  10. terbaik entry ni. suke sgt! tetiba rase muhasabah diri balik sebab selalu compare diri yg xbekerja ni dgn kwn2 yg dah keje. tapi bile bace entry ni rasa besemangat pulak sbb diri sendiri pun ade progress dari tahun ke tahun. so tak perlu lah asek nak selalu compare diri dgn org lain. proud to be ourself :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemalas tol kau tak nak kerja!
      nak bagitau kat orang di malas lah tu.

      Padam
    2. Alamak! Pemalas detected!

      Padam
    3. ni sekoq lg tanpa nama nakharom. jgn kacau zaty la celaka, dia mungkin bakal isteri aku satu hari nanti

      Padam
    4. hai zaty,buka lah baju..saya nak jilat pusat awak khakhakhakha

      Padam
  11. Thanks untuk entri ni sebab memang sangat bertepatan dengan situasi aku sekarang..

    aku rasa lebih tenang..

    BalasPadam
  12. Terima kasih ats ingtn yg berguna.baca sambil muhasabah diri..alhamdulillah masih dkurniakn rezeki olehNya.nasib masing2 tak sama =)

    BalasPadam
  13. Terima kasih ats ingtn yg berguna.baca sambil muhasabah diri..alhamdulillah masih dkurniakn rezeki olehNya.nasib masing2 tak sama =)

    BalasPadam
  14. Yap!!betol apa yang noob katakan..di suatu ketika disuasana yang hening disulami malam nan permai,aku merupakan seorang yang low esteem..xda keyakinan diri..aku selalu merasakan diri aku kekurangan..selalu terfikir kenapa kwn2 lelaki aku yg lain senang jer dapat awek dan selalu mendapat pujian dari cikgu kerana sering mendapat markah yang bapak tinggi..aku??aku jgn katakan melekat,sorang awek kirim salam aku pun xpernah..masa tu aku benci sangat kat diri aku..sudahlah pakai spek tebal2,muka byk jerawat,hitam pulak tu!!bila p sekolah budak2 nakal buli aku..aku selalu nak jadi seperti org lain masa tu..sedih sangat..
    Oleh kerana aku banyak buat bacaan yakni menebalkan lagi tahap kerabunan aku,aku mula sedar setiap orang dilahirkan kat dunia ini punya peranan dan kepentingan nya masing2..aku mula berfikiran positif,dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam bidang aku..dan sehingga sekarang,aku mula menghargai diri aku seadanya..percayalah,jika korang menghargai diri korang,manusia disekeliling korang akan lebih menghargai korang lebih dari apa adanya!!seperti yg berlaku kat aku sekarang..wah!comelnya ayat aku!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak,dia nak cakap diri dia dulu tak glemer,geek dan nerd.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. budak spek tebal,muka byk jerawat,kulit hitam pulak tu & mangsa buli detected

      Padam
    4. buat bajet kiut lak budak hitam berjerawat ni.

      Padam
  15. Terima kasih ats ingtn yg berguna.baca sambil muhasabah diri..alhamdulillah masih dkurniakn rezeki olehNya.nasib masing2 tak sama =)

    BalasPadam
  16. semangat untuk diri sendiri malam ni ! tq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aih,mlm2 bersemangat ni..ha,ada projek ke?hehe

      Padam
    2. ehem.. projek aper tew?

      Padam
  17. salam,

    kalau benda itu adil tiada siapa akan pertikai tapi klu guna jalan tidak adil siapa tahan.

    Aku belajar rajin2 dapat 12 A tak dapat course engineer sebab bukan bumi, kawan aku dapat 1A dapat ambil engine kat poli sbb bumi. (ini contoh)

    mana keadilan!!!

    KLIK 6 tuntan rakyat kepada cuepacs

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! dia nak cakap dia Non-Bumi dapat 12 A tapi tertindas macam Orang palestin yang ditindas Israel.

      Padam
    2. Alamak, nak cakap dia pandai tapi tak dapat amik engineer, tapi orang bodoh dapat amik engineer..

      Padam
    3. jeng..jeng..jengggggg

      Padam
    4. Alamak! dia tanya dimana keadilan!! dekat mahkamah lah ngok..mengaji 12 A saja tapi bodo macam bapak dia gak

      Padam
  18. 100000xlike utk entry ni noob
    dan juga komen komen anon tak anon

    BalasPadam
  19. Anon Alamak! mcm celaka.hahahhh

    BalasPadam
  20. Good comment. I like it. Keep going to write the good comment. I' am support you. Tq

    BalasPadam
  21. nice entry noob . keep writing good stuff , i dare u not writting about polotics .

    BalasPadam
  22. Kalau hanya membandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain tanpa ada usaha nak tingkatan diri.. tu namanya malas & asyik pasrah jer... Kalau suka bandingkan kelebihan diri dengan kekurangan orang lain tu namanya riak, sombong & perasan bagus.. Jadi.. tak salah kita jadikan kelebihan orang lain sebagai motivasi untuk kita berjaya.. jangan hanya duduk mengeluh dengan nasib diri sambil balut rokok daun jer.. Yang perasan bagus pulak kena ingat.. kalau kau hebat maka ada lagi org lebih hebat tak payah berlagak sangat. kekekeke

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.