Halaman

Jumaat, 21 September 2012

Kenapa nak kena nganga sampai begitu sekali?

Apa yang buat orang ni rasa terlalu takjub dan terpegun sampai ternganga2 mulut?


Oh juri ni terlalu terpukau dan tergamam dengan persembahan Shila Amzah yang menyanyikan lagu berbahasa cina dalam pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang mempertandingkan sehingga berjaya dinobatkan sebagai juara mengalahkan peserta2 lain termasuk kumpulan K-Pop dari South Korea, penyanyi2 dari China, Japan, Singapore and Thailand. Mungkin juri ni tak sangka seorang melayu, orang bukan cina, pakai tudung, boleh menyanyikan lagu cina dengan baik.


Rasa2 ada ke juri2 pertandingan nyayian di Malaysia yang memberikan reaksi begini time Shila Amzah menyanyi dalam pertandingan2 sebelum ini seperti One in the Million dan Mania?


1. Kaca di negeri sendiri, berlian di negeri orang.

Pengajaran hari ini adalah tidak berjaya di tempat sendiri tidak semestinya tak boleh berjaya di tempat orang. Walau di tempat sendiri mungkin tak diiktiraf sangat atau hanya biasa2 sahaja, tapi mungkin di tempat lain mereka mengiktiraf kebolehan dan bakat kita sehingga diangkat menjadi superstar.

Second is the first loser...

Tak sempat nak masuk pun final pun dah tersingkir...

Amik kau juara terus... peringkat antarabangsa lagi.

So adakah kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri" dah tak berapa nak relevan?


2. Tiba2 semua pun Malaysia boleh!




Aik??? Dan2 je Malaysia Boleh? 

Komen2 tu rekaan je tapi aku percaya ramai yang macam ni... dulu bukan main kutuk, tapi bila orang tu dah berjaya dah popular, masing2 mengaku die hard fan.



3. Penyanyi Malaysia lagi superior dari negara Asia lain

Ini baru hantar Shila yang kalau kat Malaysia ni mungkin penyanyi yang ranking tengah2 di kalangan penyanyi2 muda, tu belum hantar penyanyi muda lain yang lagi top2 dan power2 seperti Hafiz, Stacy, Black, Man Khan, etc, konfirm boleh menang gak... Hantar Najwa Latif atau Ainan Tasneem pun rasa masih ada harapan boleh menang, atau at least naib johan. (Siti Nurhaliza tak dikira sebab dia dah tahap penyanyi otai, tapi kalau dia masuk gak mau menangis teresak2 juri2 tu).


I mean seriously, bukan nak kutuk penyanyi negara lain, tapi tengok je artis2 K-Pop ke, J-Pop ke, China ke, Thailand ke, Bollywood ke, kebanyakan suara diorang sefesyen je sama je lebih kurang, takde keunikan langsung. Tapi suara orang melayu ni lain sikit, memang unik dan susah untuk ditiru orang lain. Kita mungkin boleh tiru Beyonce menyanyi lagu Listen dengan baik, tapi Beyonce belum tentu boleh tiru nyanyi lagu Cindai dengan bagus.

Suara lebih kurang, muka lebih kurang, gaya lebih kurang. Kalau orang yang bukan peminat K-Pop mesti susah nak bezakan. 1 kumpulan tu pulak kalau boleh nak letak 50 ahli pun takpe.


Mungkin sebab kita ni ada "Alter Terahsia Bangsa Melayu" sebab tu kita SUPEEERR!!! Oh bangsa Indon juga serumpun dan senusantara dengan kita sebagai bangsa yang hilang, The Lost Tribe, sebab tu bangsa Indon juga selalu merasakan diri mereka super juga!!!




tags: shila amzah menang win winner juara champion pertandingan nyanyian singing competition asian wave reality show shanghai china 2012 superstar singer penyanyi artis hijab tudung oiam 2 naib johan mania tersingkir impressed judges hakim juri hits region asia sea anak nd lala ayu shahnaz lagu song gemilang jaclyn victor grenade bruno mars set fire to the rain adele lagu mandarin lee hom leehom wang forever love

51 ulasan:

  1. Balasan
    1. smlm baru ayah aku bg tau.
      atlit & artis suara sedap je yg org lain tak bley tiru.
      kire mcm bakat semulajadi.
      setakat najib tu.. ramai lg yg boley jd pemimpin.

      Padam
    2. perenggan yang akhir tu... akhir tu.... tu......

      Padam
  2. Balasan
    1. lidah melayu memang senang nak ucap bahasa lain rasanya..
      sebab tu qari qariah malaysia lagi arab/berlagu dari arab sendiri..
      tu contoh la..

      Padam
  3. hana sokong. peribahasa tu xreleven dah :)

    BalasPadam
  4. kuman seberang laut nampak
    gajah depan mata buat-buat tak nampak

    BalasPadam
  5. ayat nie Mat Jo suka,
    "Kita mungkin boleh tiru Beyonce menyanyi lagu Listen dengan baik, tapi Beyonce belum tentu boleh tiru nyanyi lagu Cindai dengan bagus", he

    BalasPadam
  6. btul tu noob.sokong 100%.haha,dengan tak semena-mena MALAYSIA BOLEH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pssst, anime review sudah bikin...x mo singgah komen kerr??XD

      Padam
    2. wah,siap dijemput.important guest la ni.hehe

      Padam
    3. huehuehue...kongsi info sama kekaki anime XD

      Padam
  7. shila ni dah pakai tudung ka?
    serius comel

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. shila yg hebat.Malaysia tak hebat mne pun.

      Padam
  9. Beach please. AKB48 ada 20+ ahli and bukan K-Pop. Dpt stadium persendirian dan show tiap2 minggu. Memang hujan emas di negeri sendiri AKB48.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Butthury J-Popfags detected

      Padam
    2. pegi mati da dengan ko punya J-pop.layan aiskrim pop lagi best.

      Padam
    3. sapa akb48 nih? adakah band ini lagi superior dari PSY gangnam?

      Padam
  10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik kutip emas kat negeri org drpd dok kutip batu kat negeri sendiri..hehe
    entri terkini: 10 Petua Untuk Menigkatkan Kadar Metabolisme Bagi Mempercepatkan Proses Penurunan Berat Badan [MESTI BACA]

    BalasPadam
  11. Niceeee....haha hambik kau juara terus, international level lg muahaha..

    Melayu kalo determined n tak buat perangai suka jatuhkan one another, boleh je gi sejauh mana pon yg diingini...

    pssssst noob, nak dgr aku nyanyi lagu J-pop unplugged x? visit my latest entry huehehe XP

    BalasPadam
  12. Biasa lah manusiaaaa. kalau dah berjaya terus disanjung tinggi. Oh aku tak minat dengan shila dan aku jugak tak kutuk dia.

    BalasPadam
  13. o.j a.k.a osman jailani22 September 2012 pada 12:00 PG

    Pekata ko tulis lak pasal lost tribe nye teori... sure tak ramai faham

    BalasPadam
  14. Kih3 Rupa2nya banyak juga yg butthurt xD

    Terasa lah tu! PWNED! The 1stfags get butthurt! xixixixi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kikiki aku pon tergelak nengok komen2 dorang kat previous entry...hebat2 kahkahkah XD

      Padam
  15. Dekat tempat aku belajar ni bukan main banyak lagi penyanyi yang lebih berkebolehan dari kebanyakan penyanyi popular kat Malaysia ni, tapi diorang sendiri yang pilih untuk tidak jadi artis sebab kebanyakan mereka major in western classical dan jazz. Kat Malaysia ni tak ramai orang layan classical dan jazz, ada jugak yang belajar menyanyi bukan sebab nak jadi penyanyi, tapi nak jadi tutor, pensyarah dan sebagainya.

    Pendapat aku pasal muzik? Hmm... Bagi aku, aku suka sesetengah muzik dari Jepun dan menggemari band jazz fusion mereka, T-Square. Sampai sekarang pun, ada lagi muzik berkualiti dari Jepun. Tapi, sejujurnya, aku tak nampak mana kualiti positif scene muzik Korea. Selain dari rupa dan fesyen, aku tak nampak kelebihan lain. aku cuma salute orkestra korea je, diorang main gempak. Malah jauh lebih gempak dari Malaysian Philharmonic Orchestra sendiri. Kalau Indoesia pulak, bukan aku nak bias, tapi kebanyakan material pop dari Indonesia memang kebanyakannya lebih berkualiti dari Malaysia punya. Tapi ada jugak pemuzik dan komposer Malaysia yang lebih hebat dari pemuzik dan komposer sana.

    Tentang bakat baru macam Najwa Latif dan Ainan Tasneem tu, jujur aku cakap, aku tak yakin dengan bakat diorang. Tapi tak perlu aku nak condemn terus kot. Manalah tahu, kalau diberi masa dan peluang, bakat mereka akan menyinar lebih lagi. Good thing is, mereka ni adalah contoh orang yang berani menonjolkan diri. Ada orang yang aku kenal, sangat berbakat tapi malu punya pasal, sampai sekarang masih di takuk yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm...bleh tahan, pemerhatian yg bagus ^^

      Padam
    2. jepun punya 'music scene' mmg besar, pasaran besar. maka benda2 macam ini mmg boleh lahir banyak karyawan dari pelbagai genre/jenis musik.

      walaupun penyanyi2 jepun keseluruhannya suara tidak best/merdu (unless if you into cute voice), tapi penggubahan lagu, susunan musik, penggunaan instrumen diaorg mmg tahap dewa la.

      kita dari segi 'creativity' , mmg patut belajar dengan jepun.

      korea? errr itu mmg kilang lahirkan artis berkonsep pop semata2. formula utk berjaya : ambik rentak catchy , upbeat, berkonsep berwarna warni, pakaian gila mendedahkan tubuh atau seksi, buat tarian pedomove.

      apa jadi kat lagu korea yang melankolik yang kadang kala cool eh?


      Padam
  16. ops,nak gitau..aku suka betul nengok reaksi2 juri tu..KAGUM betul! hahaha

    Ah,standard Melayu..kalau Menang..semua pakat jadi MALAYSIAN!,kalau kalah kutuk berterabur gigi sampai sanggup Mengaku rakyat dari Planet of the Apes dari mengaku berasal dari Malaysia.

    TIPIKAL OKSI MORON Melayu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya aku juga kagum dgn level of appreciation judges tu, tahap apresiasi yg amat tinggi terus ditunjukkan tanpa ragu2 tidak mengambil kira ego sndri, mmg mengagumkan..kalo judges melayu? blom tentu...

      hahaha Melayu, oksi moron 'love-hate' relationship sesama sendiri itu mmg kebiasaan...

      Padam
  17. ops nak gitau,aku suka betul nengok reaksi keterlaluan juri2 asian wave tu xD

    Dan begitulah Mentaliti Melayu..kalau menang bergemalah slogan Malaysia BOLEH..sebelumnya mengutuk slogan itu dengan "BOLEH LAND".

    Dan kalau kalah..standard lah pelbagai kata cacian dan kutukkan yang tidak profesional dari Umat Melayu Tempe..sampai sanggup mengaku berasal dari Planet of the Apes dari mengaku berasal dari Malaysia kerana "MALU"..Oh sedihnya melihat gaya pemikiran rakyat Malaysia yang langsung tak GLOBALISASI ni xD

    BalasPadam
  18. ada artis korea sendiri yang tahu, orang melayu(peminat) bila cakap korea, bunyi lebih baik & lebih jelas berbanding rakan2 korea mereka sendiri~ kalau nak dibandingkan secara neutral, OK, kita ambil peminat K-pop dari China, Jepun, Thailand & Malaysia~ yang dari Malaysia-lah (KAUM MELAYU ye bukan KAUM cina malaysia, bukan KAUM india malaysia)~ peminat Melayu la yang memiliki sebutan yang paling mudah difahami oleh mereka (orang korea sendiri)~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org cina kat malaysia yg dh duduk bertahun2 kt malaysia pun ramai yg masih xfasih berbahasa melayu. Itu olang aa, wa pun talak paham wooo... Bukan mengata tp realitinya mcm tu. Tp jgn kata bahasa korea, jepun, thailand, etc, tp bahasa inggeis sebutan org melayu pun lg jelas dan mudah difahami berbanding cina, india, even org amerika dan org uk, sbb tu byk customer service sykt2 multinasional utk asia pasific region diorg buat kt malaysia

      Padam
    2. rasanya mmg bahasa melayu yg patut jadi lingua franca. kenapa la Melaka kalah dulu. :(

      Padam
    3. Sebab golongan mamak dalam istana berkhianat dan mengapi2kan sultan melaka,Askar2 jawa cabut lari dan orang2 cina yg membuka rahsia pertahanan kota Melaka.

      Dan Angkatan Laut Melaka dilencongkan ke tempat lain disebabkan ada penguatkuasa Melaka yang mahu menjatuhkan Sultan Melaka.

      Padam
  19. lepas nih , shila plax yg di agung2 kan .
    hak hak hakkk .
    lumrah manusia , bila ada kejayaan mula lah berlumba2 beri pujian .
    tapi bila orang pandang suam2 kuku , tak nye nak agung2 kan .
    setakat ada2 jeh .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kpopfag detected... Aku paling menyampah stail2 letak name korea konon2 muke cun, mata besar serupa alien, bibir nak kepit.. Rase mcm nak letak kaki je kat muke tu.. Mak ayah elok2 bg nama islam.. Sibuk nak tukar nama korea yg tah ape makne ntah.. Ape kau bajet bile pondan2 korea tu dtg beramai2 kat malaysia diorg nak tgk kau?

      Padam
    2. terbaik komenmu, unknown, hahahahaha~ kasi like 1 kali~ (Y)

      bukan masalah di agung2kan~ kalau dah dia MEMANG bagus, ada talent, kita puji la~ bukan macam artis melayu yang meletop dalam negara sendiri tu dalam berita, dalam majalah, puji bagai nak rak~ padahal, pegi ke singapore/indonesia pon orang sana tak kenal~ :p

      Padam
  20. tahniah shila amzah... atleast dia ade jgk la menyumbang nama mlsia.. bkn menyumbangkan lagu.. hahaha..

    Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

    BalasPadam
  21. orang melayu lidah lembut kuat makan sambal, cakap bahasa apa pun senang hee hee

    BalasPadam
  22. aku harap Yuna sudi mewakili Malaysia 1 hari nanti.. hehe

    p.s kalau aku jadi id akupoyo tu, harus aku malu.

    BalasPadam
  23. Mmg akak pon suka tgk reaksi juri, mmg kagum betul dgn suara power Shila tapi yg x best tu Si Alan Tam ni time vote, dia vote chinese singer tu walaupon sah2 Shila mmg memukau. Nmpk jgk racist disitu. Apa2pon Shila mmg hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan lah,dalam tradisi cina..mereka amat menjaga hati dan air muka seseorang.

      lebih kepada nak ambil hati dan jaga air muka je vote tu coz semua dah tahu Shilla yg akan jadi winner.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.