Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

Mitos dan realiti kerja dengan komputer

Minggu ni aku nak cerita pasal kerja je. Yelah memandangkan kerja tu satu benda yang penting dan perlu kita buat untuk kita mencari rezeki dan meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini, melainkan kau tu dilahirkan sebagai anak menteri atau anak raja, tak payah kerja pun takpe, duit tu tak habis 7 keturunan. Kali ni aku nak cerita pasal kerja aku macam aku dah cerita sikit kat sini sebagai seorang kuli cabuk di sebuah firma IT. Mungkin orang yang tak bekerja dalam bidang IT ni tak faham, si sila baca dengan bosan.


Lepas SPM tahun 1998, pilihan pertama aku sampai ke-5 masa nak isik borang UPU masuk IPTA dulu semua aku pilih kursus Sains Komputer atau Teknologi Maklumat. Sebelum Dr. M dok cipta MSC, Cyberjaya, lagu cinta IT yang Siti Nurhaliza dok nyanyi kat TV lagi aku dah kenal dan minat dengan komputer sejak kecil. Sebab tu semua pilihan aku berkaitan dengan komputer sebab aku minat dan akhirnya aku dapat juga kursus Sains Komputer di sebuah IPTA.


Lepas aku masuk universiti, ramai kawan2 batch aku yang dapat kursus komputer ni bukan pilihan pertama mereka, kebanyakannya letak antara pilihan kedua sampai ke-5, biasanya pilihan pertama yang glamer masa tu adalah kursus engineering. Tapi disebabkan masa tu era millenium, era gelombang permulaan Internet, Dot-com bubble, IT boom dan sebagainya, maka ramai yang masukkan juga IT dalam pilihan mereka walaupun tak minat pun pasal komputer.


Tu waktu belajar, after grad bila dah masuk alam pekerjaan, aku mula bekerja di sebuah syarikat kecil sebagai IT Exec, dan after time-skip (malas nak cerita panjang2), so sekarang aku bekerja sebagai Network Administrator di sebuah firma IT. Now aku nak cerita sedikit sebanyak mitos dan realiti pasal bidang IT:
  • Mitos #1: Asal kerja IT haruslah orang itu tahu semua benda pasal komputer bermula dari nak compare specs untuk beli komputer, baiki PC, tukar hard disk, upgrade RAM, install software, expert dalam MS Excel sampai tahu guna semua function, macro dan calculation dalam tu, tahu buat programming, boleh troubleshoot modem Streamyx, tere Linux, pandai buat design pakai Photoshop, expert buat animation guna Flash, edit video dan lain2.

    Realiti: Tak semua orang IT tahu semua benda pasal komputer. Malah ramai yang tahu buat programming tapi tak tahu bukak casing PC pun, ada yang tere buat troubleshoot router Cisco tapi tak pandai pun guna Photoshop, malah aku percaya ramai orang IT yang hanya tahu install dan guna basic function je dalam MS Excel tu, orang lain seperti akauntan dan mathematician lebih hebat dan pandai guna Excel.

    Tapi once ko dah kerja IT, memang semua orang akan anggap ko tahu semua seperti contoh masa aku kerja sebagai IT Executive, tugas aku hanya buat web programming pakai PHP, tapi asal aku lalu je kat department lain, nanti mula la ada orang tegur panggil aku suruh tengokkan MS Excel dia, tolong tukar toner printer dia, tolong chekkan mesin fotostat yang kertas dia tersangkut, tolong hack kasi Internet kat komputer dia lepas dari kena block nak bukak site porno kat office. Sebab nak jaga hati diorang, terpaksa la aku troubleshoot secara try dan error walau kadang2 benda tu diorang pun boleh buat. Tapi yang tak bestnya kalau kita tak berjaya selesaikan masalah diorang, ada pulak yang cakap "Belajar je komputer, tapi nak betulkan printer pun tak pandai, tak guna la belajar lama2 kat U dulu".

    Malah kat kafe pun kalau ada orang terserempak aku mula la tanya macam2 pasal komputer la, mintak aku datang rumah dia tolong troubleshoot modem streamyx kat rumah dia la, tanya aku macam mana nak setting internet kat telefon dia la, macam2. Tu belum kira bila aku ziarah rumah makcik pakcik aku lagi, bila dia tanya aku kerja apa, aku cakap "Buat kerja2 komputer je" (nak explain panjang2 sampai ke Subuh kang tak habis), lepas tu mula cakap "Oooo kerja komputer... eh nanti tolong tengok2kan komputer makcik kejap, dah setahun tak boleh bukak, makcik pun tak tahu apa yang rosak...". Tu OK lagi, belum sepupu aku tanya "Ko tere komputer kan? Boleh tolong hack kan password Facebook awek aku tak?". Adooiiiiyai... tolonglah faham, walau kami belajar IT, tak semestinya kami tahu semua benda pasal komputer.

  • Mitos #2: Semua orang yang kerja bidang IT buat benda yang sama dan tahu semua benda pasal IT.

    Realiti: Senang cerita nak bagi orang faham aku cakap macam ni. Dalam bidang kejuruteraan ada kejuruteraan awam, elektrik, elektronik, mekanikal, kimia dan macam2 lagi. Orang yang expert dalam civil engineering tak semestinya expert dalam chemical engineering, dan orang yang expert dalam electrical engineering, tak semestinya expert dalam bidang mechanical engineering. Sama seperti doktor, ada general doktor, doktor pakar mata, pakar tulang ortopedik, pakar bedah, pakar bius, pakar pediatrik, pakar neurologi saraf, pakar jantung dan lain2. Doktor mata tak semestinya expert dalam bidang tulang, dan doktor pediatrik tak semestinya expert dalam bidang sakit puan.

    Begitu juga dengan IT. Pengkhususan dan cabang IT sangat banyak sebenarnya. Biasanya aku pecahkan kepada 3, pengurusan ICT (ICT management), pembangunan (development) dan operasi teknikal (technical operational). Orang yang bekerja dalam bidang pembangunan tak semestinya expert dalam operasi teknikal, begitu juga sebaliknya. Malah dalam 3 cabang bidang tu, banyak lagi sub2 bidang di bawahnya, seperti contoh bagi pembangunan, ada macam2 jenis pembangunan seperti web development, system development, software development, multimedia development dan lain2, malah bahasa pengaturcaraan (programming language) dan tools yang digunakan pun berlainan seperti PHP, Java, ASP.net, Cold Fusion, Visual Basic, C++, Cobol, Pascal, Adobe Flash, Premiere, After Effects dan macam2 lagi.

    Dalam operasi teknikal pula ada cabang2 seperti network (rangkaian), database, server, operating system, sistem, data center, backup, hardware/software support dan lain2. Orang yang expert dalam database tak semestinya expert dalam network, dan orang yang expert dalam backup tak semestinya expert dalam operating system. Malah dalam cabang2 tu sendiri banyak pengkhususan pada jenama produk, seperti contoh dalam rangkaian, orang yang mahir dalam device HP Networking (dulunya 3Com) tak semestinya mahir dengan device keluaran Cisco, dalam database pula orang yang mahir dengan Oracle tak semestinya mahir dalam MSSQL, dalam server pula orang yang mahir dengan Red Hat Linux tak semestinya mahir dengan MS Windows Server 2008, begitulah seterusnya.

    Bidang IT ni terlalu banyak sangat cabang dan pengkhususan. Tapi seperti yang aku cakap sebelum ni, sapa2 yang belajar IT, kalau nak kerja nanti bagi siapa2 yang rasa tak minat nak buat programming dan development, boleh try terjun bidang operational, tapi make sure kena sanggup kerja lebih masa dan kemungkinan kerja pada hari cuti, sebab biasanya bila time nak buat maintenance kena buat after office hour agar tak mengganggu operasi kerja. Kita ni macam orang dibelakang tabir, orang takkan kenal dan tau apa kerja kita sampaila ada masalah seperti internet slow, database error, nak restore backup sebab ada orang terdelete email penting. Juga kena tahan dan bersedia untuk dikambing hitamkan, kerana biasanya kalau ada masalah, orang terus akan pin-point kepada kita, seperti contoh kalau ada aplikasi yang slow, first sekali mesti orang akan cakap ni network slow ni, atau server slow, atau database slow. Jarang sekali orang nak menyalahkan sistem tu sendiri yang selalunya algoritma kodnya sangat merepek.

  • Mitos #3: Rate gaji untuk orang yang kerja bidang IT semua sama.

    Realiti: Salah sama sekali. Biasanya orang yang buat kerja IT support atau general IT exec gajinya biasa2 sahaja, tapi once bila orang tu dah jadi expert dalam suatu pengkhususan atau jenama produk, biasanya gaji mereka boleh jadi terlalu banyak sampai tak masuk akal, orang lain pun rasa macam tak percaya je betul ke gaji diorang tu banyak tu padahal kerja dok mengadap komputer je. Sebagai contoh seorang SAP consultant gajinya boleh mencapai RM7 8K sebulan, kadang2 lebih. Malah kalau ada professional certificate seperti Oracle certification, Microsoft certification, Cisco certification dan lain2, gaji lagi boleh demand. Boleh tengok laporan PIKOM kat sini mengenai salary rate untuk ICT Professional di Malaysia.

Sumber PayScale.

Baca di Enterprise IT News lagi untuk bacaan lanjut.

  • Mitos #4: Kat universiti/kolej diorang dah ajar semua benda yang diperlukan bila kita start kerja.

    Realiti: Salah, apa yang korang belajar kat universti atau kolej tu kebanyakannya semuanya hanya basic, asas, teori dan fundamental semata2. Bila korang dah start kerja, mungkin korang terpaksa guna benda baru yang korang tak pernah belajar dan tau pun benda tu wujud masa kat universiti dulu, malah kadang2 apa yang dibelajar dulu adalah teknologi yang 15 10 tahun lepas yang kita dah tak pakai pun, sebab teknologi maklumat ni sangat pantas. 10 tahun lepas korang belajar simple networking, sekarang dah ada cloud computing, so banyak benda sebenarnya yang korang kena belajar sendiri lepas masuk kerja nanti. Sebab tu dalam bidang IT ni korang kena ada 3 perkara utama: sentiasa bersedia untuk belajar benda baru, mempunyai teknik googling yang baik serta kena selalu buat try and error.


So harap2 korang semua dapat sedikit pencerahan mengenai mitos dan realiti kerja dalam bidang IT ni. Tak kira korang kerja dalam bidang yang mana satu, yang penting kena ada minat. Bila dah minat, baru la korang enjoy buat kerja tu, kalau tak minat, memang korang akan rasa sangat bosan la duduk mengadap PC 7 8 jam buat programming, monitor network, buat backup, baca logs dan sebagainya.



Oh ya kerja dalam bidang IT ni bukan kerja yang glamer. Korang akan nampak bila orang2 tua tanya kita kerja apa tengok betapa bezanya reaksi mereka kalau kita kata kita kerja IT berbanding doktor, engineer, arkitek, cikgu, pensyarah, PTD dan sebagainya.




tags: kerja kerjaya tugas work career bidang komputer ict it teknologi maklumat information communication technology mitos realiti myth reality fakta facts programmer tech support meme network database system backup data center admin administrator consultant engineer salary rate rank average kadar gaji pendapatan purata tahunan income annual belajar universiti kolej sains komputer degree computer science software engineering artificial intelligent mis pangkalan data rangkaian pusat data komunikasi data pengaturcara female male lelaki perempuan wanita

99 ulasan:

  1. Sememangnya info yang sangat menarik, padat dan terbaik!

    BalasPadam
  2. LoL noob..ada jugak no manusia yg ingat geng2 IT ni spatutnya kna terra Excel smpai kna tau smua function dlm Excel??? Giloo haha aku ada a few friends keja dlm bidang IT tp tak dak pulak depa penah ckp psl mitos terra excel? Tapi mitos2 lain yg ko sebut tu mmg depa ada kata..LoL society XD

    Apa2 pon ganbatte ne noob-kun, semua kerja pon ada mitos dan reality masing2 yg mmg tak bley blah..n betul, dunia kerja mmg berbeza dari dunia belajar, teramat berbeza..walopon dpt kerja dlm bidang yg kita belajar, apa yg kita belajar tu brapa % jer bleh apply kat alam kerja nnt, proses 'unlearn and relearn' yg agak menyakitkan itu perlu dilalui bila masuk alam pekerjaan nnt, dan terbentuklah seorang 'manusia spara android' yg mana otaknya kena always ready utk diinstall n uninstall pelbagai aplikasi baru via kursus/latihan/bengkel yg wajib dihadiri ^^

    Entry ni elok sgt la buat tatapan/penghadaman undergrads IT, semoga depa amik pengajaran dari senpai depa sorang ni, chaiyok noob ^^

    BalasPadam
  3. Menarik...kadang-kadang orang grafik pun kena macam tu juga..Sebab diorang ingat ambil grafik hebat pasal komputer..Laptop rosak cari kita, laptop mereng cari kita..Ohh..tiada kena mengena.

    BalasPadam
  4. SAP consultant gaji mahal sebab risk yg pegang..sebab dia melibat kan operasi sebuah company hr,finance dll..diorg dibyr perday average 2000..sapa berminat nak jadi programmer SAP search kat google SAP ABAP..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg aku SAP ABAP xleh cari mkn sgt bro. yg bleh cari mkn skg SAP Functional (FI,MM,CO,HR & etc). nak ambik certification mmg mahal,tp pulangan die amat memberangsangkn.

      Padam
  5. Post terbaik! Mintak kebenaran untuk share kalau terining nak post nnti :D

    BalasPadam
  6. tau takpe.. kdg2 jgn ckp orang je, family pn akan ckp "blajar je komputer tp tak reti nak operate software ini ini ini" sbb mmg dorang akan expect kter tau sumer tu.. tp agaknya kalo bende bukak casing, PC maintenance ni basic kot jd nak taknak kena la tau....tp bile komputer rosak giler babeng sbb tngk porn bnyk sngt, mane la ktorang tau sangat cmner nak betulkan melainkan pi format jee. nak masuk smpai registry2 tu jgn harap la.

    biase aku jawab je "komputer ni luas, tak sumer bende ktorang expert, tau skit2 tu okla, tp takla EXPERT. sama la mcm ko yg blaja Software Matlab tp aku taktau sbb mmg aku tak blajar dan tak guna Matlab, takkan ko expect aku tau segala bende pasal Matlab tu? ada paham?" pastu buat muka slamber pegi makan nasik. sabor je la

    BalasPadam
  7. kalau it ni, white hat hacker lah yg popular..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah itu pengodam topi putih?????

      Padam
    2. hacker yg baik cth security programmer..kalau mcm anonymous tu di kira grey hat hacker, kalau black hat ni mcm hacker yg curi identiti dan duit org..

      Padam
  8. haaaa..aku penat google, macam ne nak unblock website yg diblock, mcm fb segala ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn nak berfesbook la time keje.. gaji x berkat..

      Padam
    2. boodddo nye pempuann

      pakai la freegate ke
      bangang
      tu la kau
      kalau search porn pandai

      Padam
    3. seronok kau membodohkan orang and memfitnah.
      at least dia tataw dia bertanya der..
      pakai la bahasa yang cantik2 sikit

      Padam
    4. internet bullying..

      PON, buat artikel pasal internet bullying.

      Padam
  9. perghh pon keje kau,, berpinar pinar aku tengok..

    BalasPadam
  10. Well said..

    Pastu bila angkat phone, takde bagi salam (budi bahasa jauh sekali), terus je nak tengking org IT: "Apesal PC aku tak boleh bukak haa?"..Standard jawapan aku: "ko bukak tak baca bismillah!"

    =Budak IT=

    BalasPadam
  11. adui. kita student it. nak format pon xreti. if blaja dl mana ada ajar benda gini. dia ajar theory jer praktical x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang tak perlu nak format2 dah :)

      Padam
    2. betul tu, kat U dulu, lgsg x diajarnya cara2 nak format laptop ke, tukar ram/hd ke, buka cpu segala bagai.. aku belajar tu semua time praktikal kat sebuah company ni.. best sgt dpt belajar buka2 comp org.. sampai hangus2 cpu org dibuatnya :p

      Padam
    3. shut down komp. cabut wayar2. packing sume mouse, keybloard, monitor dll.bungkus kemas2.,jumpa lori sampah campak dalam nya..

      kosong..kosong ok ohh

      Padam
  12. Good job:)

    Harap2 adik2 yg nak sambung blaja baca entry nieh:)

    BalasPadam
  13. Menarik Noob.. meh aku share sikit..

    Dari dulu lagi mana ada subject betulkan PC semua dulu aku belajar sendiri masuk labs godek2.. rapat ngan technician.. pegawai it.. lecturer.. Semua kena ada inisiatif sendiri la.. join kelab kalau ada.. Praktikal ni semua kerja technician.. ler.. :) bukan orang belajar diploma atau degree.. haha.. masuk universiti mahal2 takan nak ajar bukak pc semua tu pi la belajar kat kedai atau belajar sendiri.. Universiti ni ajar benda advance ajar camna berfikir.. dah tahu berfikir kembangkan la sendiri carik peluang sendiri..

    SPM 1997? Masa tuh Ok la.. sebab mulanya zaman Internet..
    Jaring pon dah start buka kat orang awam sebelum2 (sebelum 1997) tu hanya Universiti tempatan yang ada Internet ke Jaring ni.. termasuk la UiTM (ITM), UTM, UPM dan seumpamanya.. sebagai projek perintis.. Masa tuh 1.4M paling laju.. sempoi semua pakai teks takda multimedia video conferencing semua.. chating IRC paling femes.. channel kampung banyak students obersea.. :) Masa tu takda bots dan sampah2 macam sekarang..

    Sebelum IT, dulu dikenali sebagai Sains Komputer.. segala yang berkait pasal komputer ni orang angap orang komputer ni tahu.. :) Tapi masa aku ambik Sains Komputer - masa tu takda Major atau Jurusan.. So memang beklajar semua core ialah pada programming..

    Saims komputer kemudiannya dikenalai sebagai.. IT ada banyak cabang dah semua pakai IT ni... Buat orang yang masuk IT kenalpasti bidang anda nak ceburi.. kemudian focus dan kenalpasti skill dan kemahiran anda perlu ada.. :) Contoh kalau nak jadi cam Bill Gates atau steve jobs.. kena ada skill programming (reka/bentuk applikasi) selain idea dan pengurusan.. Ada banyak orang cerdik ada degree buat company cipta/reka system kemudian jual kat kompeni besar2.. berjuta dolar.. tu contoh la.. :)

    Ada banyak dan terlammpau banyak bidang IT ni jangan sempitkan fikiran.. Kalau nak tau skil2 yang diperlukan pi check iklan kerja.. baca dan fahami apa yang mereka perlukan.. :) selain bergaul rapat ngan orang2 yang dah kerja..

    Selamat berjaya..

    BalasPadam
  14. Ha'ah..saya rasa sepupu sy pun amek kos lain kot masa kat U...tp kos dia tu buat pakcik makcik kt kg ingat dia tere bab komputer ni..asai rosak komputer ja,sepupu sy ni la yg dirujuknya...hehehehe....mungkin dia pun mengalami situasi mcmni.ehehhe..

    BalasPadam
  15. Org IT memang selalu kena marah..kalau server down nak marah kat sapa lagi mesti org IT..kalau pc rosak dah panggil org IT, pastu lambat lak dtg..marah lagi..sistem yg dibuat x user friendly,susah nak pakai..marah lagi..lagi best sistem yg dibuat 100% oleh bdk IT yg dpt nama bdk finance kerana memberi idea dapat menyenangkan kerja..padahal org IT kena pikir semua benda..Go ICT Go!!

    BalasPadam
  16. bersyukur la PON..
    sever down ke ape2 slow ok lg laa..
    mcm aku, keje melibatkn nyawa org lain lg besar tanggungjawabnye.. tak bley da nk try n error..

    BalasPadam
  17. SPM 1998?so umor PON dh 31...n still x kawen lg k?...smoga allah permudahkn jodoh abg :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dapat jodoh cepat.. Noob

      Padam
  18. Kan best kerja ni, mengadap komputer sentiasa. Boleh layan game sambil bekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala system admin x byk sgt kerja..sekali-sekala sibuk itu pun kalau server down..

      Padam
    2. patut la budak2 it wat blog taip panjang2...

      Padam
    3. berak pun taik panjang2 x putus

      Padam
  19. hanya kite tahu skop keje dan kemahiran kite. org luar main pukul rata jer. aku ade sorang kawan (perempuan). dia keje juruteknik je dan duk kat Unit Am. lampu terbakar org call dia, aircond rosak org call dia. tu kire ok laa. tapi bila bangunan retak org call, paip pecah org call, pokok nak tumbang org call. masalah tikus ngam tandas tersumbat pun org call. sampai menangis2 budak tu. bila aku tanya kenapa. dia cakap dia juruteknik elektrik je. tapi kenapa seme bende dia kena buat

    BalasPadam
  20. Ala sekarang bermacam2 title It yang gempak..Takda la IT exec jo.. contoh..

    IT Arkitek..
    IT Engineer
    Doktor IT
    Forensic It Examiner..
    It Specialist
    Chef Technologi..

    dan pelbagai jenis ragam dan macam lagi..


    BalasPadam
    Balasan
    1. beat IT..
      IT my shit
      ops i did IT again

      Padam
    2. shIT ko?

      ko ni macam2 jo

      Padam
  21. Sengal. Otak aku baca pun dah selow. Ye la.. kepala aku masih celeron 256MB.
    Boleh rasa otak berkocak masa membaca entry.

    Hahaha.. aku suka hang sana sini dan buat IT guy datang. Dia hensem dan cool sebab terel.

    Kah3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. IT guy tempat keje aku pun hensem.. jambu gituwww~~ hehehe

      Padam
    2. terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.terel.

      Padam
    3. kalau gitu mesti noob hensem giler.

      Padam
    4. pasti noob mesti hansem dan terel giler..

      Padam
    5. PISCez Za.. hang gatai betul. naharom

      Padam
    6. haha.. bukan gatai.. cuci mata ja.. benda dah indah ciptaan tuhan kan.. so nikmati ler :p

      Padam
    7. tak baik curang..tambah2 pulak zina mata tuu..

      Padam
    8. curang kejadahnya.. bukannya aku dok tenung dia sampai meleleh2 air liur + teransang ke apa.. just dia mmg dah hensem. of coz la terdetik kat dalam hati "hensemnya dia ni".. x kan ko x penah tgk org hensem or cun kot? benda cantik, normal la manusia suka tgk. laut yg jernih pun aku suka tgk, rumah yang cantik.. pemandangan yg indah.. bla bla bla..

      Padam
  22. hehe i luv
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    u
    he

    BalasPadam
  23. Bhai Noob...

    Hahaha... samer la kiter.... Gua kerja dalam bidang netsec lagi la penat... siap ader yang suruh hack JPJ untuk kasi clear saman AES.... budus aaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha bro C++,
      org yg mtk hack tu mmg boddo piang..
      bro cuma hack JPJ utk kasi clear saman sendiri saja kan? XD

      Padam
    2. jom hack webpages yg suruh cari downline

      Padam
    3. hmmm cik biskut ni mcm tertarik smcm je kat hal2 MLM ni...penah terkena kew? XD

      Padam
    4. mana adewww terkenew, cumanya asyik diajak masuk MLM jewww

      Padam
  24. IT=hensem? Or nerd?

    Dlm movie IT people always nerd

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nerd pn boleh jd hensem kalo kiter style die leklok huahuahua.

      Padam
  25. masa hana isi upu dulu mtk komputer2 gak..masa tu mmg zaman kegemilangan komputer kot :)

    BalasPadam
  26. wei bukan try and error la. TRIAL AND ERROR. Hahahaha

    BalasPadam
  27. alamak noob.. skrin laptop aku problem la.. minta tolong repair kan.. muahaha

    -p-

    BalasPadam
  28. sapa kat sini terer html, css , javascript & jquery?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu saya terer.. eh terel, ke terer, terel, teret... arghhh whatever! html, css , javascript.. tapi dulu la.. 4 tahun yg lepas.. hehehe

      -p-

      Padam
    2. aisehmen, awat 4 tahun lepas pulak... baru nak tanya serba serbi pasal 3 bende tuh

      Padam
  29. yela.. time fresh2 belajar dulu kat U kan.. sekarang dah kerja hampir 4 tahun, scope keje skrg langsung dah x main dgn programming languange semua ni.. just XML je ada sikit2.. huhu

    -p-

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada perasaan diri meningkat maju atau sebaliknya ditempat kerja sekarang nih?

      Padam
    2. ditempat keje sekarang tiada apa2 perasaan.. by the way, aku punye final year project guna C programming. tapi skrg, nak buat link mcm noob selalu buat kat website org tu pun aku dah x ingat mcm mane..
      jom kite try --->>> buasirotak <<<<----jadi x?

      -p-

      Padam
    3. homaigot! jadi siot.. bangganyerrr.. owh i miss learning programming language :(

      -p-

      Padam
    4. eh baguih la ... hang guna cara c programming atau sekadar html code je?

      Padam
    5. alamak! kembalikan memory ku 4tahun yg lepas.. argghhh arghh arghhh!! ok dah ingat sikit. final year project if guna html code, susah nak dapat a.. aku mmg guna c programming.. install "Visual Studio .NET 2003", "Sqlite database", dgn simulator tapi x ingat model apa.

      -p-

      Padam
    6. ko just nak belajar html, css, javascript tu semua je kan.. ko belajar daripada sini.. aku dulu pun lecturer suruh bljr guna sini.. w3schools free je pun..

      -p-

      Padam
  30. komputer tak rosak pun hantar kedai.padahal tak rosak pun. eheh! memang tak tahu langsung pasal ni. syukran noob.

    BalasPadam
  31. setuju dengan mitos kamu...saya pon org IT tapi dok umah jaga anak pulak..agaggagaga

    BalasPadam
  32. i dont know y.. but i always find IT guys are attractive.. gheh ngeh ngeh

    BalasPadam
  33. salam tn omah.

    sy ong iT gak. tp aku dah naik cemuh bosan ngn keje iT. apa ngkho hengat hidOp aku untOk menghadap komputer 4 segi ni je ke 50tahun?
    lalu, aku fedup and quit n now aku more to bussinesss.
    bila tyme benci, komputer adalah musOh aku! benci tengok!
    bukan apa, punca nya, aku x tahan ngn programming... sangat tenshen especially bila error. mau nak tidor sari tanpa bangun!
    aku melihat line2 programming mcm semut semut.. aku sudah hilang minat dan kini aku hanya minat men internet saja. bertukar menjadi end user. aku enjoy. haha.

    BalasPadam
  34. This entry is so true.realitinya cmni la...

    BalasPadam
  35. TLDR~

    tapi serius~ yang 2 bijik gambar "tech support" & "programmer" tu memang gua~ hahahaha~ google + zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................

    BalasPadam
  36. Suke sgy entry ni.. mmg masy pikir bdk it pandai semua..walhal bukan semua yg dibelajar

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.