Halaman

Sabtu, 3 November 2012

Hari di mana isteri berhias bukan untuk suami

Setiap tahun kebanyakan syarikat swasta akan menganjurkan Majlis Makan Malam atau Annual Dinner. Pada waktu tu mereka selalunya menetapkan apa2 tema dan semua kakitangan yang hadir kena berpakaian mengikut tema seperti pakaian tradisional, retro 60 70-an, old-skool, glamor, blink2, jeans, arabic night, baju tidur, zaman koboi, kostum superhero, hantu halloween dan macam2 lagi tema, pastu nanti akan ada pemenang bagi pakaian terbaik kategori lelaki dan wanita.


Kalau dulu biasanya kalau time annual dinner aku jarang pakai ikut tema sebab aku mesti kena jadi orang belakang tabir jaga projector, video dan slide powerpoint, budak IT la katakan, asal benda yang berkaitan dengan komputer atau elektronik sikit terus serah pada orang IT, hampeh gila. Selama aku join annual dinner, tak pernah lagi aku hadir sebagai peserta biasa.


Tapi bukan tu yang aku nak cerita, biasanya bila tiba je annual dinner, malam tu bukan saja malam yang orang dapat makan free sedap2 kat hotel, plus dengan door gift dan hadiah cabutan bertuah, tapi malam tu adalah malam di mana kaum2 isteri bersolek berhias gila babi mengalahkan artis demi orang lain dan bukan suaminya (entah2 untuk suami pun tak pernah berhias macam tu), malam di mana orang2 perempuan yang kalau kat ofis pergi kerja pakai tudung, tapi malam tu tudung entah ke mana, skirt belah sampai ke peha, dada nampak lurah. Kalau dinner tu start pukul 8 malam, tapi mereka berhias dan bermake-up seawal 3 4 petang, kalau muka penuh make-up camana nak ambil wuduk, maka Asar, Maghrib semua langgar je. Dan kalau tengok biasanya orang perempuan yang lebih beria2 nak pakai baju ikut tema apa semua, yang lelaki ramai dok relaks je pakai t-shirt dengan jeans sambil melahap makanan.


Malam tu jugak adalah malam di mana semua orang sibuk nak pakai kostum murahan yang disewa dari kedai2 kostum yang kadangkala sangat ketat dan menggiurkan disebabkan si pemakai terpaksa mendedahkan bahagian tubuh badan yang tak sepatutnya dipertontonkan kepada orang lain. Tu baru cerita dari segi pemakaian, persembahan2 yang dipertontonkan lagilah teruk, dipanggilnya penyanyi2 wanita murahan yang dah takde job sangat untuk buat persembahan dengan tergedik2, penari2 wanita menari belly dancing arab sambil terjojol pusat sorang2, ditambah lagi dengan sesi tari menari oleh para hadirin dan hadirat sekalian, sangat bermaksiat.


Yang lebih malang dan sadisnya, ada juga kompeni yang menganjurkan annual2 dinner ni beserta tema2 mengarut ni adalah syarikat2 melayu atau yang majoritinya orang Islam. Kalau kompeni tu kompeni non-muslim atau majoriti orang atasannya bukan Islam aku faham la. Tapi perlu ke sebenarnya nak kena pakai baju pelik2 pakai kostum bagai? Budaya mana sebenarnya kita ikut ni? Tapi yelah nak buat macam mana, kompeni tu bukan abah kita punya, so tak boleh buat apa2lah. Kalau tak suka, terpaksa la jangan datang dok umah diam2 tembak dinding terlepas la peluang nak dapat hadiah2 cabutan bertuah.


Cuma aku terfikir apa salahnya sekiranya majlis makan malan tahunan ini diganti dengan majlis kesyukuran yang dipenuhi dengan santapan2 rohani yang lebih bermanfaat, atau kalau banyak non-muslim dalam kompeni tu, kita buat majlis yang lebih sopan untuk menghargai pekerja2 yang cemerlang dan sudah lama berkhidmat. Tapi yelah kalau buat macam tu confirm tak dapat sambutan. Kenapa kita nak kena ikut sangat budaya2 dari barat dan negara lain. Adakah negara kita dah semakin miskin budaya?


Btw ini adalah entry penutup untuk tema kerja pada minggu ini. Aku tulis pasal kerja bukan apa, sebab dalam 2 3 minggu ni sibuk sikit dengan kerja ada projek macam2, so alang2 aku tulis la sedikit sebanyak benda2 yang berkaitan pasal kerja. Minggu depan mungkin akan menulis seperti sedia kala.




tags: annual dinner majlis makan malam acara tahunan syarikat swasta company kompeni gomen kerajaan theme tema kostum costume superhero kartun cartoon halloween hantu movie pijama pyjama pirate lanun kain sarung sarong groovy pemenang kategori best dress pakaian terbaik tarian nyanyian persembahan pentas lucky draw cabutan bertuah hadiah pintu cenderamata cenderahati door gift budaya maksiat 

58 ulasan:

  1. kalo kampeni bos dia mmg non-muslim, lantak dia la. kalo kter dtang sbg nak gembirakan hati dorang, dtg cm biase2 je pakai biase2, dtg makan, pastu cabutan bertuah, dah pstu balik. janji dtg. takyah la nak beria-ria nk jd cm dorang skali; have fun cara yg melarakan.

    tp bak kata admin, kalo bos tu muslim, mmg ada yg nak kena makan penampar. mngkin muslim hanya pada nama saja. nauzubillah... tu la kdg2 mngkin kter kena bagi surat layang spt dr anon kot kt mailbox bos kiter tu supaya nk bg sedar skit.

    bagus admin kerana paham perkara2 cmni. mari kiter doa2 kan dorang supaye insaflah dan kiter juga supaya tak terikut2 budaya cmni ni.

    BalasPadam
  2. haritu aku p annual dinner instaforex
    tapi identitiku dirahsiakan hahaha lawak2
    namun aku jeles gila dgn pemenang cabutan bertuah 7k USD itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhai Taufik...

      Lu pon ader ker dalam dinner tue... hahaha..... sori taktau... hahaha

      Padam
    2. bro pon ada ka? haha ok la sama2 undercover

      Padam
    3. ape benda instaforex? melabur forex online ke?

      Padam
    4. melabur apakebendanya
      melebur ada la haha
      p dinner habuan lepas tensyen

      Padam
  3. annual/fancy dinner mcm ni dua2 gomen n non-gomen sama naik jer...dah diterapkan dari zaman uni lagi, mcm tu la jadinya...paling misleading is arabic night, ingatkan smua bertutup la kan, skali ada yg tampil mcm belly dancer pon ada...pergh mcm...apakahhhh?? arabisasi went wrong? LoLz...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...sapa kata arab x seksi? tarian gelek tu dari negara mereka apa. tp selain dari penari gelek yg diupah, toksah la pakai baju nampak perut. buruk la org tgk. elok lak lemak terjojol mcm muffin top. heheheh

      pakai face veil ala belly dancer dgn jubah dan tudung pun kira ok per. ni lah masa utk berpurdah hehehe

      Padam
    2. uwaahhh...is arabic night your favorite dinner theme? ^^

      Padam
    3. nope. pegi dinner pun baru sekali. theme hawaiian.

      aku x peduli pun tema apa mereka nak balun.

      janji makanan sedap.

      Padam
  4. Selalu ikut ayah pergi annual dinner company dia, tapi takde pun tema pelik pelik. Orang tua habis habis yang lelaki pakai batik, yang perempuan berbaju kurung. Hiks.

    BalasPadam
  5. dinner yg selalu aku pegi mesti formal abis. klu tak tema baju batik,tema baju pejabat -_-

    BalasPadam
  6. plain83 jom pegi dinner..i belanja

    BalasPadam
    Balasan
    1. dinner dgn anon? tak pa laa...macih offer (walopon x ikhlas) ^^

      Padam
  7. agaknya company tg slalu tema pelik2 ni yg bos dia muda2 smpai tengah 30-an kot.. atau pn dah tua 50-an tp nak berlagak muda. aku lebih rela buat majlis formal baju batik dan baju epjabat.

    BalasPadam
  8. company non muslim ka? mohon admin tak payah pegi lah dinner mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekadang tu organisasi 'muslim' lebih daring n berani lg dari non-muslim...nons pon tersipu2 tengok...haishh sedih rasa (-_-)

      Padam
  9. dinner berbayar aku x penah pegi. hehe

    -p-

    BalasPadam
  10. Air asia annual dinner yg paling terbaik..lucky draw paling sikit pun 25ribu.. besttt gila ;D

    BalasPadam
  11. Kdg2 bila annual dinner bercampur bangsa mmg tidak dpt dielakkan perkara mcm ni... Yang bukan islam, mmg tak boleh ambil kira. Mmg kesal jugak kalau pihak atasan yg organize tu berilmu, tp buat2 tak berilmu.

    BalasPadam
  12. sy pergi untuk makan dan tapau makanan.eheh

    BalasPadam
  13. pernah join private sector yg annual dinnernya dah mcm buat kat disko. dahla tak boleh bawa spouse..err..masing2 menari dgn husband dan wife org lain dgn cara tak boleh terima dek akal ku, boleh..?

    BalasPadam
  14. negara kita memang miskin budaya,sebab tu terpaksa maling budaya indon.. wekekeke

    BalasPadam
  15. Dilarang tembak dinding nanti lama2 dinding tu berlubang.Kurangkan layan gambar tak senonoh :
    Layan Gambar Kereta Sport

    BalasPadam
  16. Ala ramai wanita hari-hari berhias bukan untuk suami..
    cuba Noob tengok pi kerja hari-hari berhias untuk orang lain..
    Bila kek rumah mak uih.. sempoi je takda apon berhais bagai untuk suami..
    baju pi kerja lawa mengerlip2.. baju tido? pakai kain batik jo..
    Padahal berhias untuk suami berlambak pahala.. tuhan bagi..

    So anual diner lagi la apa nak heran kalau hari2 dok hias untuk pi kerja untuk orang lain.. apa la sangat anual dinner yang cuma setahun sekali..
    So apa ada nak berhias untuk suami ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bini tu pon manusia juga...kat tempat keja dah berhias baju merelip merelau..penat keja lagi..kat rumah pon kena merelip merelau juga ka? kat dapoq basuh pinggan ngan masak, pon kena merelip merelau mekap sakan jugak ka? smpai nak tidoq pejam mata akhirnya dapat rehat setelah penat lelah bekerja di tempat kerja dan juga di rumah, kena merelip merelau mekap semua juga ka? mak aihhh besaqnya tanggungjawab bini binu misali sekalian...kat tempat keja kena hebat, rumah pon kena hebat...kelemahan laki je kena terima, kelemahan bini diungkit2 pulak...haishhh takuit ceq nak kawin, baik jd andartu yg berjaya di tempat keja, balik bleh tidoq dgn aman lepas main game kat pc...huahuahua

      Padam
    2. pepepeperghhhh cik anon...high five skali ekekeke XD
      hang men game apa? lama dah aku tak main game...manga ngan anime hang layan dak? XD

      Padam
    3. alah... benda ni kena both ways. mana aci suruh bini je berhias. kalau suami takpe bersememeh? mana dgn bau mcm kambing gurun jantan dgn kain pelikat kepam tu. perempuan gila pun x selera tgk.

      kalau bini kena berhias utk suami, suami pun kenala nampak macho dlm rumah. x payah lah melawa mcm nak g jalan2. cukupla sekadar baju nampak cantik, orgnya kemas dan wangi. suami isteri kenala sentiasa bersih dan harum utk pasangan masing2, baru adil.

      Padam
    4. oh yg tu aku setuju bebeno puan anakonda, it takes two to tango, it takes two to keep a marriage strong...my parents ckp, good communication n understanding, n trust (n of kos ingat Allah Taala)...tu penting dlm menjaga sebuah rumah tangga yg harmoni ^^

      Padam
    5. pasal berhias ni, aku masih berpegang yg seorang isteri hanya dibolehkan berhias untuk suaminya. kalau tak mampu berhias dan melawa2 di rumah atau ketika berjalan2 dengan suami, maka tak perlulah berhias lebih2 pula ketika nak pergi kerja atau function. nak pergi kerja atau function tu cukup sekadar bersolek sikit2 sahaja dan pakai minyak wangi setakat nak cover bau ketiak dan bau badan, tak perlu over sehingga menusuk hidung orang lain yang 100 meter dari dia pun dah boleh bau.

      tapi mungkin korang ada pendapat dan pandangan yang lain.

      bacaan lanjut di sini:
      Wanita dan Wangian : Apa Hukumnya?
      Sifat Wanita Beriman
      Ciri-ciri Isteri Solehah

      Padam
    6. semoga noob bertemu jodoh idaman kalbu beliau dalam masa terdekat ini...amin ^^

      Padam
    7. Tanpa Nama3 November 2012 5:51 PTG

      buat lelaki & perempuan dah kawin sila bukak kitab tangungjawab masing-masing ya.. :) walau teruk mana pon isteri kalau lelaki redha leh lepas tapi lelaki tu pulak akan kena nanti.. kalau tak betul2 jaga dan didik isteri..

      Since topik kata berhias untuk suami so aku sentuh tang tu jo.. nak ikut perempuan isteri ni mana wajib kerja pon.. tapi bila dah kerja macam menjadi wajib pulak berhias.. dan bila berhias melebih2 dari berhias untuk suami pulak.. tu point dia.. Bukan maksud aku perempuan kerja kena selekeh.. Point aku berhias lebih dari berhias untuk suami..

      plain833 November 2012 6:10 PTG
      tangungjawab suami besar dalam Islam.. bila jo salam tok kadi akad seluruh tangungjawab menangung isteri (yang dulunya kat ayah dia) terletak kat kat suami.. Tu isteri kalau sayang diri dan suami ingat2 la.. Suami pon kalau sayang diri sendiri ingat jugo..

      Aku post kat atas sekadar renungan bersama agar kita buka minda kita bukan nak salah menyalahkan tapi balik tgk baiki apa yang kadang kita ambil mudah..

      Kita pi kerja berhias bagai tapi untuk orang lain.. yang tak wajib pon.. atas alasan nak sedapkan hati kita jaga imej kita yakin diri segala bagai.. awat kalau pakai kemas tak cukup ke? ada melawa melaram terlampau macam tuan puteri sedangkan untuk yang berhak.. buat orang yang kita sayang kita ambil mudah.. dan ala kadar.. Macam kita mengadap tuhan sunat berwangi2.. bersih segala.. tapi pakai singlet jo.. camno tu..

      Suami yang nak bagi pass kat syurga esok camna? juga wat lelaki ibu yang akan bagi pass kita esok camna kita jaga dan layan..?

      Bukan takleh berhias pi kerja tapi kalau boleh jangan la terlampau-lampau sangat bukan dapat pahala pon.. dan sesekali ingat berhias untuk suami tu memang dah tertulis paha dan ganjaran.. Kalau mau.. kalau tak mau sudah..

      sebaiknya isteri gembirakan hati suami suami gembirakan hati isteri banyak pahalanya mudah2 jo.. ingat suami.. sukakann hati isteri tu dikira nafkah batin.. bukan seks jo nafkah batin..

      Aku sekadar mengigatkan sesama kita.. kalau tak mau dengar terpulang la.. aku sudah smapaikan.. buat ingatan..

      P/S: Noob copat2 kawen tambah pahala investmen.. pahala ibadah orang yang dah kawen ni bosar.. ko tak mau ka..

      wasalam..

      Padam
    8. sudah terang lagi bersuluh noob perlukan teman hidup..jgn lambat2 nuub nanti entah mana2 pulak yg ko tembak..

      Padam
    9. sbnarnya ape niat nak berhias? Islam tak larang utk berhias, tp sumernya kena berserdahana DAN niat kena btul. solek pakai yg asas2 je tk lebih2 supaya utk nampak kemas dan tak selekeh. tak pyah smpai nak eye shadow biru hijau kuning segala warna nak masuk. pastu haaa, contact lens berwarna. Tak paham btul aku apsal nak pakai lens berwarna, konon nk jd mat saleh kot. erkk. solek smpai berjam-jam pn tak payah la. last2 nnti nak kena amik wuduk nak kena tanggal/cuci betul2, kalo tak wuduk tu tak rata/masuk.

      aku gi opis pn pakai yg patut2 jer. minyak wangi pn pakai sembur febreeze, ok tak. hahaha. skadar utk hilang bau, tp bukan nk orang bau dari 100 meter boleh bau. erkkk.

      pmpuan kt umah pakai batik ke baju kelawar ke takpe.. bukannye takleh, terutama kalo nk buat keje2 rumah yg dirty2 tu cm masak, basuh baju.. tp lepas tu mandi la, kalo tak bj bau belacan.

      Padam
    10. Annakholat Atastokhdevishizar3 November 2012 9:01 PTG
      Dah tajuk dia hari isteri berhias bukan untuk suami lor..
      Bukan anual dinner jo la.. hari2 pi kerja kebanyakannya berhias untuk suami ko?... kalau tak setiap hari semingu sekali ado? sebulan? setahun sekali yang kita berhias lebih cantik dari kita berhias pi kerja hanya untuk suami?

      Simple je.. Kalau sayang takan ada alasan.. dan kalau nak pahala TAK PAYAH la bagi alasan.. Tapi kalau tak mau berjuta ALASAN leh bagi.. sama juga nak solat semayang.. Sama macam menutup aurat terang dan nyata dalam Quran.. Kalau tak mau tu hati degil berjuta alasan diberi... itu la hakikatnya.. Tanya hati dan jawab dengan ikhlas..

      Pasal rumah tangga sebenarnye memang la sesama.. sebab dijadikan isteri untuk melengkapkan suami vice versa.. :) Kalau isteri dah berhias tentu suami semangat nak berhias.. saling gembira mengembirakan.. tu yang sepatutnya.. perkahwinan bukan untuk suami je untuk isteri juga untuk keluarga.. kan kan kan..

      Padam
    11. tanpa nama 522: dah ada sentuh pasal annual dinner, aku cuma refer balik jer...

      but mcm yg aku ckp la; it works both ways. kalau suami selekeh di rumah, adakah itu maknanya dia x sayang isteri? kalau isteri buat x kisah pasal penampilan diri depan suami, adakah itu maknanya dia menyampah tgk laki sendiri? kalau dah x sayang, memangla macam2 alasan.

      Padam
    12. Annakholat Atastokhdevishizar6 November 2012 2:46 PTG

      maknanya tak mau buat pahala la..
      kalau suami/isteri start tgk kecantikan kat luar pulak.. payah.

      So memang both ways la.. jgn esok salahkan mana-mana pihak pulak..


      Padam
    13. Tanpa Nama3 November 2012 5:31 PTG

      Mana ko tahu.. ko skodeng diaorang ke hahahaha.. :D

      SEBENARNYE mereka yang bersolek lawa pi kerja setiap hari tu kat rumah depa lagi lawa dan seksi tau.. :D kena tanya suami mereka la kan..
      takan depa nak tunjuk kat kau atau orang ramai pulak hahaha.... tu kan hak suami..

      So tu banyak orang suka adjust ngan bini orang kalau kau nak tahu yerla kalau dah ngetop kat luar kat rumah musti berganda-ganda lawa giler punya lar kat rumah depa.. hehehe..

      Cuba ko pikir kalau depa ada masa bersolek berhias pi kerja
      takan la depa takda masa nak bersolek berhias untuk suami tercinta dan tersayang mereka.. MUSTI ada punya la.. dan tu aku kata mereka ni sebenarnye lebih lawa dan seksi dari mereka pi kerja.. of course la..

      Padam
    14. Cheq tak payah nak skodeng depa pon...depa dok ralik bergossip sembang lucah smbil mengeluh hal rumah tgga, cheq terdengaq saja ;p

      Padam
  17. manusia skang ni lebih suka memuaskan hati masyarakat...pandangan masyarakat penting bg orang2 seperti ini...ish4

    BalasPadam
  18. tuan blog yg budiman...ku rasa komen ku masuk spam lg (kot)...mohon admin release komen2 ku itu...baik2 saja komen ku itu ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pelik jugak semua komen ko masuk spam... pc ada virus kot

      Padam
    2. hmmm...ker, ni signal tuan blog yg tuan blog tak suka ku datang n komen2 kat sini? kalo itu kehendak mu noob, ku boleh je unfollow dan kembalikan ketenteraman jiwa mu dan rakan2 mu sekalian...terus terang is the best policy noob, ku no hal saja ^^

      Padam
    3. huhu camna blogger ni automatic identify suatu komen tu spam atau tak pun aku tak tahu, padahal aku tak setkan pun comments need approval.

      Padam
    4. I know..sbb plain dah selalu sgt komen..so komen2 itu disangkakan spam oleh system.

      Padam
    5. apakata minta pendapat bro cipan tenuk tapir

      Padam
    6. ok, ku nak silent saja selama beberapa hari...jya mata aimasho ne noob-san ^^

      Padam
  19. since aku ni counter culture sejak zaman belajar, aku mmg benci tengok gelagat annual dinner nih. even org yang kerja di sektor pendidikan pun boleh jadi insane time ni. intelektualisme pun terbang ke mana.

    BalasPadam
  20. pakai biasa je udah le..janji makan sedap

    BalasPadam
  21. tiap2 tahun g annual dinner...tp salunyer tema pade warna...x penah lagik tema bangang...huhuhuhu...

    BalasPadam
  22. saya takmo kasitau nama saya22 November 2012 pada 1:10 PTG

    tempat kerja aku lagi la, annual dinner takleh bawa pasangan. semua solo. aku tak tau la sapa nye polisi. katanya pasal budget, tak cukup budget. dah tu takyah la buat kat tempat2 besar dan grand. masing2 mmg ada agenda tersembunyi, kang ada la skandal kat bilik mesin photostat. nyampah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.