Halaman

Jumaat, 2 November 2012

Hebat dalam kerjaya, gagal di rumah

Hari ini kita tengok betapa ramai orang yang berjaya dalam kerjaya, sama ada kerja makan gaji dengan syarikat swasta atau gomen, golongan professional, ahli perniagaan, kerja sendiri buat bisnes jadi bos, jadi atlet main bola sepak wakil negara, jadi artis, selebriti, pelakon dan penyanyi tersohor, ahli politik, YAB ahli parlimen, pemimpin2 atasan, menteri dan sebagainya. Ramai yang begitu cemerlang dan menyerlah dalam bidang kerjaya masing2, namun kenapa ada di antara kita yang walau hebat dalam kerjaya, namun gagal di rumah. Nampaknya kehebatan kerjaya kita belum lagi menjamin kebahagiaan kita di rumah.


Kita berjaya kecapi banyak kejayaan dalam kerjaya kita, begitu hebat mengurus sebuah organisasi dan orang bawahan, semua orang disekeliling respek dan hormat pada kita, dapat naik gaji dan pangkat, berjaya mendapat anugerah pekerja cemerlang, employee of the month, anugerah kakitangan terbaik, gelaran dan pangkat serta mendapat macam2 lagi pengiktirafan di pejabat, namun bila di rumah, kita gagal uruskan rumahtangga kita dengan baik, si isteri tidak menjalankan peranannya dengan baik, sang suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, kat rumah masing2 nak bertekak je, hilang rasa hormat dan kasih sayang, gagal mendidik, kawal dan control tingkahlaku anak2 sehingga dibiarkan berpeleseran di luar tanpa sebarang kawalan bercampur gaul lelaki perempuan dengan begitu liar sehingga ada yang menjalinkan hubungan luar nikah, minum arak di kelab2 dan sebagainya.


Malah lebih teruk apabila di tempat kerja kita bukan main baik, menjalankan tugas dengan begitu berdedikasi dan berprestasi tinggi, tapi selepas sahaja waktu kerja, kita bertukar menjadi durjana berpoya2 menyundal dengan kekasih lain, curang dengan suami atau isteri, abaikan anak2 di rumah dan lain2, gagal mengekalkan keharmonian sebuah rumahtangga dan keluarga sehingga ada yang bercerai-berai laki bini, padahal nak kata mereka tu tak hebat, dalam kerjaya mereka sangat hebat, gaji besar, pangkat tinggi, dapat anugerah macam2, cemerlang sehingga ke peringkat kebangsaan dan persada dunia.


Dimanakah silapnya? Banyak juga kes suami mempunyai pekerjaan yang sangat bagus, isteri sangat setia dan kasih pada suami, tetapi kenapakah masing hendak menjadi durjana? Apa lagi yang kita tak puas hati?


Adakah nak menguruskan organisasi yang kecil yang hanya terdiri dari seorang suami, isteri dan beberapa anak lebih susah daripada menguruskan kerjaya serta organisasi yang begitu besar yang punya ratus ribu kakitangan? Itu baru cerita pasal kegagalan mengurus rumahtangga, belum cerita pasal kegagalan mengurus diri sendiri, solat pun ntah ke mana, bagi yang bujang tu masa banyak dihabiskan dengan sia2 berpeleseran di kelab2 malam, pusat karaoke atau kedai lumba kuda sambil tonggang air kencing shaiton.



Benda ni bukan sahaja pada orang yang bekerjaya sahaja, tapi juga pada golongan pelajar yang begitu hebat di sekolah, cemerlang dalam pelajaran, kawan cikgu semua suka tapi di rumah gagal untuk dengar cakap dan hormat pada ibu bapa, golongan pelajar universiti yang pointer dapat 4 flat, setiap semester dapat anugerah dekan, tapi bila kaki melangkah keluar dari kampus terus rosak akhlak, yang couple tu dok main raba2 dalam library, kereta atau panggung wayang, dok berjudi main 8-ball kat pusat snuker, bawak balik perempuan kat rumah sewa dan lain2 kemungkaran.


Apa yang silap sebenarnya? Ada yang hebat di tempat kerja tapi gagal di rumah, ada juga yang hebat di rumah tapi gagal di tempat kerja. Alangkah bagusnya sekiranya kita dapat menjadi orang yang hebat dalam kerjaya dan hebat di rumah.




tags: hebat cemerlang kerjaya tempat kerja pejabat office gagal rumah urus rumahtangga suami isteri laki bini ibu bapa anak beranak lelaki perempuan wanita abai tanggungjawab curang cheat jantan betina lain cerai pisah sundal dayus bacul buat maksiat minum arak makan babi zina romen senggama setubuh luar nikah rogol mungkar hamil mengandung buang anak anugerah perkhidmatan cemerlang apc safee sali sabrina yusof jimmy stanley nursuhaila cerai gambar kes nedim anak nazri aziz 

58 ulasan:

  1. mudah-mudahan kita dijauhkan dari kejahilan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ishh..sakit ati

      Padam
    2. sakit ati sbb gagal komen '1st' ke dik? ^^

      Padam
    3. taklah..sebab si fendy ni hansem tapi tak nak tunjuk muka dia.. T_T

      Padam
    4. oh dik beruk, semoga anda mendapat hidayah utk berubah ke orientasi yang diredhoi Islam suatu hari kelak...

      Padam
    5. gay = happy...ngantuk ah pulak..tido lu, bye..

      Padam
  2. haha entry baru lah..1st

    BalasPadam
  3. ingat dan jaga rukum islam, pegang rukun iman...insyaAllah tak sesat kita semua ni ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. loh..kenapa pulak datang balik sakit kepala aku ni..

      Padam
    2. LoL dik kene sekeh bebetul dah ke? ^^

      Padam
    3. kena tarbiah 2 kali di 2 blog yang berbeza..T_T

      Padam
  4. hidup x selalunya indah~~..
    langit x selalu cerah..hewhew

    BalasPadam
  5. berjaya dirumah (personal) itu sangat subjektif noob
    sebagai muslim kita semua tau jawapan ke-tidak-berjaya-an ini
    nothing wrong with muslim, tapi muslim tu bermuka-muka dengan agamanya

    "I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam." Muhammad Abduh 1849-1905

    macam off topik la pulak
    tapi takpa la bukan selalu

    BalasPadam
  6. golongan profesional yg konon-kononnya berjaya dalam karier kebanyakannya taklah hebat mana pun. setakat suruh org bawah buat semua kerja, dia cuma tumpang/dapat nama saja taklah susah mana pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni balaci haram ke?

      Padam
    2. start2 je terus jadi golongan profesional ke?

      Padam
    3. ye sebab aku ada master

      Padam
    4. aku lagi best ada phd

      Padam
    5. bukan phd tapi PhD la ngekkk

      Padam
    6. phd = perasaan hasad dengki

      Padam
    7. korang semua tewas. aku ada post doc

      Padam
    8. hai banyak masa terluang bleh skodeng2 blog komen pakai anon? patutnya lagi besar title lagi busy? banyak balaci kau? ada post doc sah dah tua gayut kan?

      Padam
    9. aku ada pokok ketum

      Padam
    10. pooodah aku ada dato'

      Padam
  7. bukan senang nak seimbangkan kareer dan peribadi. kerjaya mengambil sebahagian besar masa siang kita dan peribadi adalah sepanjang hayat. 2 perkara yg besar dlm hidup, mmg sukar nak puaskan keperluan kedua-duanya.

    manusia mana ada yg sempurna; biasalah jk ramai yg kureng atau gagal dalam salah satu. tp yg penting, manusia kena terima kesilapan diri dan belajar utk berubah.

    BalasPadam

  8. Rumah tangga lebih penting dari kerjaya sbb position suami atau isteri adalah position yg kite pegang hingga ke tua.

    BalasPadam
  9. mungkin juga golongan ni.. dia rasa lebih gembira dan bahagia di office berbanding di rumah. mungkin sebab di office org lebih dengan cakap dia.. dia dihormati dan di sanjung sedangkan dirumah..tak dilayan seperti yang sepatutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai... Greet from Blog Serius

      Padam
    2. mcm luahan hati jew....

      Padam
  10. Uish...last skali tu awek ke abang jadi adik tu. Pix dia mendatangkan kemusykilan.

    Tapi memang geli hati tengok semua nieh. Ada org mengukur tangga sosial dengan mengukur tangga kejayaan kerjaya. Tp yg bagusnya...hmm...dia tak tau di tangga hati seorang emak macam mana pulak:)

    BalasPadam
  11. Salam semua alters yang dikasihi,

    Malam ni Srikandi ingin menceritakan satu kisah sejarah yang boleh dijadikan iktibar.Tahunnya ialah 1470 Masehi,ketika itu Champa dalam kancah konflik dengan Dai-Viet.Dai-Viet ini memang bangsa berperang malah pernah beberapa kali berperang dengan mentor mereka,China yang terkenal dengan tentera imperialnya.Dai-Viet pernah mengalahkan China,ketika itu dinasti Yuan dalam pertempuran Ban Dang.Dalam tahun 1979 juga mereka berperang dan China tak berjaya menundukkan Vietnam.Tidak payah saya sebut pasal perang dengan Amerika.

    Pada sekitar tahun itulah,Vijaya,pusat pemerintahan Champa jatuh sepenuhnya ke tangan Dai-Viet.Dan ini ada dirakam dalam Sulalatus Salatin/SS(Sejarah Melayu),apabila Raja Kuci menyerang Champa.Pada mulanya saya pening siapa Raja Kuci ini.Namun setelah membuat cross-referance dengan sumber Perancis dan China,Kuci adalah Cochin,dimana kawasan yang utara Vietnam pada masa dulu digelar Cochin diambil dari orang Melayu yang memanggilnya Kuci,atau negeri Kuci/Koci merujuk kepada negeri orang Dai-Viet.Ketika penjajahan Perancis,ia dipanggil Cochinchina.Dai-Viet banyak membuat pembaharuan sistem ketenteraannya mengikut sistem tentera imperial China.

    Dalam SS,diceritakan bahawa beberapa kali Raja Kuci tidak dapat memasuki pintu kota Bal (Vijaya) iaitu ibukota terakhir Champa yang masih bertahan.Tetapi satu ketika,pegawai bendahari Champa (menteri kewangan) telah berjaya dirasuah oleh orang-orang raja Kuci dan berjanji akan membuka pintu kota pada hari serangan.Akibatnya ketika serangan Dai-Viet pada tahun 1471 Masehi,mereka dapat memasuki kota Bal/Vijaya dengan mudah sekali.Akibat tindakan genius bendahari Champa itu,60,000 anak bangsanya dibunuh ketika menjarah Vijaya.Beribu lagi menjadi pelarian,malah anak raja Champa,Pau Kubah iaitu Syah Pau Ling dihantar di Aceh dan menjadi raja Aceh,memulakan dinasti beraja di sana (sebab itu bahasa Aceh dan Cham pertalian,contohnya manuk iaitu ayam) dan Syah Indera Berman dihantar ke Melaka.

    Nampak tak kebodohan kat mana?PENGKHIANATAN.Ini dia penyakit kita.Bangsa kita.Hey...jangan ingat dalam kes Melaka vs Portugis,kita berperang dengan lembing dan keris,ini cerita basi dan membiolkan ahli akademik.Sebabnya,catatan luar seperti dari pihak Portugis dan Arab mengatakan Melaka berperang dengan meriam dan musket.Dalam SS pun dah cerita,masa perang bingit bunyi istinggar (musket).Tapi kenapa kalah juga,sebabnya ingat 7 perkataan ini:KHIANAT.Kota Vijaya memang kebal sampai Raja Dai Viet,Le Thanh Tong terpaksa bawa 300,000 tentera dengan belanja 1000 liang emas setiap hari dan hampir memufliskan Dai-Viet.Tapi pasal ada orang 'genius' seperti pegawai bendahari Champa itu,Dai-Viet macam menang nombor ekor...maka satu bangsa jadi diaspora macam Yahudi era Nazi dulu.

    Selain PhD (Perasaan Hasad Dengki),racun bangsa kita adalah Khianat bangsa sendiri.Kasarnya Melayu makan Melayu.Memang rocks!Biar bangsa sendiri diaspora,biar bangsa sendiri genocide,asalkan dapat pentingkan diri.Ini sifat marvelous bangsa kita yang perlu dikaji oleh profesor universiti.Tak payah pegi jauh,tengok kat Dewan Rakyat,orang Melayu bergaduh sesama sendiri pasal rebut hartabenda.Fitnah sana sini.Genius sungguh.Tanah air sikit-sikit orang lain ambik.Dia boleh makan rasuah bagi anak bini time ni.Bukan negeri miskin.Allah Taala bagi minyak,emas.Tapi ada yang merempat minta sedekah.Mana Baitulmal,mana Pusat Zakat?Karenah Birokrasi.PAS-UMNO tak henti gaduh sampai hukum Tuhan buat main.Saya tak faham perangai politician ni.Kalau boleh politician yang bergaduh kat Parlimen tu saya sumbatkan dalam Iron Maiden.Atau biar menjerit dalam Brazen Bull.Letak kat tengah Parlimen dan ajak rakyat tengok Brazen Bull tu berbunyi sendiri.Duit elaun dia kita bayar,duit minyak dia kita bayar.Dia boleh bergaduh hal peribadi dalam parlimen.Kita,rakyat bayar mereka untuk mesyuarat bincang masalah rakyat dan negara,tapi mereka bertengkar macam budak2.Nonsense la.

    BalasPadam
  12. bila duit menjadi tuhan manusia.. hidup xda agama maka punah jahanam kehidupan manusia walaupun gaji 200K sebulan. hakikat bahagia yg sebenar adalah ketenangan.. jika takde ketenangan.. duit berjuta2 dlm bank pun boleh bunuh diri, seperti artis2 holywood.

    bila hidup ni x ikut peraturan.. x ikut agama, sama la kita seperti mana haiwan yg melata di muka bumi. sesat dlm kejahilan. So tu dlm berumah tangga mencari calon suami wajib cari yg tak meninggalkan solat.

    #insan fakir

    BalasPadam
  13. Saya tulis pasal ni sebab saya sayangkan kamu,Malayu.Tuhan bagi kamu Selat Melaka dan 'King Solomon's Mines'.Jagalah elok-elok.Baca sejarah...belajar cara survive nenek moyang.Dan belajar cara genius para pengkhianat dan student 'PhD' yang berjaya men'genocide'kan bangsa sendiri.Dan saya ingin ingatkan kamu,anak Melayu bahawa akan ada orang yang bertindak macam Ayah Pin,cakap pasal Imam Mahadi,akhir zaman dan macam-macam...sampai orang percaya dan akhirnya dia jadi syok sendiri dan mula pesongkan orangramai.Jadi merapu meraban.Ini virus.Jadi kena hati-hati dalam hal ini.Imam Mahadi tak mengaku diri dia Imam Mahadi,u understand?Wali pun tak kenal diri dia wali,u understand?So why u are so stupid percaya kepada benda-benda karut sampai macam kes kat Putrajaya tu?Sampai percaya ada rasul Melayu ada Ayah Pin,ada Imam Mahadi Melayu...ini namanya kebodohan.Saya sendiri bukan The Chosen.Saya bukan 'pejuang akhir zaman' yang dipilih atau diangkat atau apa2 lagilah.I'm just love history.Dan saya dapat bakat Channeling sebab saya banyak membaca dan mengkaji dan dapat tahu rahsia pattern sejarah.Saya tak nak pergunakan agama untuk nampak saya hebat.Ini salah.Saya hanya gunakan bidang saya,sejarah untuk ingatkan kamu semua.Sejarah ada pattern,klimaks dan penyusutan,pengulangan,fleksibiliti dan pengembangan dan ini teori dan praktikal dalam disiplin sejarah profesional dan ia digunakan dalam ramalan saham,kewangan,tukaran wang asing,statistik dan pelbagai bidang lagi.This is science of history.

    ~Srikandi
    'The Keykeeper of Tarshish & Ophir'
    Empress Playground,Golden Triangle,KL

    BalasPadam
  14. gmba last tu Maeeva Amin.. org malaysia belakon mcm porno kt indon.. nyesal tgok cite perempuan2 liar.

    btw nice point of view..
    dr skola lg akan ade budak pandai gile tapi gengster..
    bile da besar akan jd mcm ni la.. dr kecik lg aku pk mcm mane die yg jahat2 tp pandai.. org mcm ni yg org sanjung2 sgt.. tak paham aku..

    bile masuk u pon ade gak yg mcm ni.. dpt dekan tp jenis laki yg pukul awek.. pukul btol2 plak tu smpai lebam.. msuk lokap 2 hari tp bley score dekan lg...

    manusia memang tak sempurna.. tp aku pelik laa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lg 1..
      nape si suami slalu nak salahkn si ibu bile anak wat masalah.. ckp keturunan ibu yg mcm tu la.. ibu x pandai didik anak la.. bile anak pandai ckp like father like son.. tak paham aku..

      Padam
  15. this is what we call as "nobody is perfect".. proven!
    btw, better noob x letak pic no6, letak ler pic mat salleh yg x glamour ke, pic drpd sedutan filem ke.. krg dicopnya engkau memfitnah dia, naya je..
    hanya sekadar pandangan.

    -p-

    BalasPadam
    Balasan
    1. pic no6... gambar jimmy stanley dan bekas isteri... apa masalahnya? mmg betul pun dia dah bercerai. atau kau maksudkan gambar anak nazri aziz? mmg tu gambar dia yg ada berlambak2 kat internet yg lagi teruk pun ada.

      Padam
    2. ko tak takut ke kalau article ni akan disalah ertikan oleh org2 yang diatas tu.. article ko tu ok, akupun suka, cume contohnya better letak fake pic.. takut nanti blog ko akan jadi mcm blog "OhBulan Sedia Berdepan Isu Saman RM1 Juta Oleh Bekas Isteri Hattan" tp it's up to you.. mcm aku ckp, ni hanya sekadar pandangan aku..

      -p-

      Padam
    3. hmm kalau ada orang yg salah erti maksudnya orang tu bebal, gambar2 tu hanya contoh kepada isu yg aku nak ketengahkan, tapi apa yg ko cakap tu make sense juga, org bebal ada di mana2. tapi yg oh bulan tu agak2 la mmg artikel dia direct kat ex-wife hattan tu mmg la kena. btw aku dah mosaic semua gambar2 tu so ia boleh jadi sesiapa sahaja, dan ia hanya contoh.

      Padam
    4. yup.. mosaic is better

      -p-

      Padam
  16. noob mane ntah arini.. xde balas 1 pun..

    BalasPadam
  17. hebat rumah & di ranjang

    BalasPadam
  18. senang citer, bukak bisnes keluarga, laki bini jaga bisnes. haaa hebat ke tak hebat terpulang la pada masing2 nak sara hidup.

    BalasPadam
  19. Family lebih utama aku pi luar negara depa pi kerja sharp balik kerja sharp..
    sebab depa lebih pentingkan fami;ly dari kerja..

    kerja leh carik.. Family yang bahagia susah.. sebab perlukan komitmen banyak orang..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.