Halaman

Selasa, 13 November 2012

Melahirkan graduan cap ayam

Waktu belajar kat universiti dulu ada 2 jenis pensyarah, 1 yang ada pengalaman kerja 5 10 tahun lepas tu jadi lecturer, satu lagi yang habis je degree terus sambung jadi tutor sambil buat master, habis je master terus jadi pensyarah, pengalaman kerja zero.


Bukan nak kata semua tapi kenapa masih banyak graduan2 kita yang cap ayam? Result hebat2, pointer atas 3, tiap2 semester dapat anugerah dekan, tapi bila masuk alam pekerjaan, time kena buat kerja, praktikkan apa yang dipelajari, sangat hampeh. Macam mana tak hampeh, aku tak tau kos lain, tapi time aku dulu untuk course IT, berapa ramai orang yang dok copy projek orang lain atau lagi busuk siap upah orang lain siapkan final year project dan tesis mereka. Assignment berkumpulan tu takyah cakap la, yang buatnya sorang, lagi 9 orang hisap gam. Ye dalam periksa, exam memang hebat, segala teori, formula dah hafal dalam kepala otak, tapi bila nak buat projek tak reti sampai kena upah orang, apa cerita?


Kenapa jadi macam tu? Aku bukan nak salahkan sapa2 cuma sama2 ingin berbincang, yang mana sedikit sebanyak pada pendapat aku ia ada kaitan dengan lambakan pensyarah2 yang tidak pernah pun ada pengalaman bekerja tapi terus menjadi pensyarah selepas grad. Masa aku belajar dulu, rata2 pensyarah yang macam tu just mengajar aku mengikut apa yang ada dalam buku dan modul kursus yang mana kebanyakannya semua teori, langsung takde praktikal. Kalau ada assignment atau projek pun ia tidak menggambarkan apa yang kita akan tempuh lepas tamat belajar. Aku masih ingat ada seorang lecturer wanita, mengajar subjek OS (Operating System/Pengoperasian Sistem), ada la ajar teori pasal Linux punya architecture, masalahnya Linux pun tak tau nak install macam mana.


Bukan nak kata mereka tidak hebat dan pakar dalam bidang yang diajar, mereka sebenarnya sangat hebat dan bijak, ada master, ada PhD, cuma mungkin pengalaman yang terhad di alam pekerjaan sebenar membuatkan mereka kurang tahu bagaimana nak influence dan memberi pendedahan kepada anak muridnya mengenai alam pekerjaan yang sebenar. Kita pun lost macam mana nak apply apa yang kita belajar tu kat dunia pekerjaan sebab kita diajar untuk lulus periksa sahaja, bukan sebagai bekalan selepas grad. Sebab tu aku selalu tuang kelas dan asik mengantuk dalam kelas.


Berbeza dengan lecturer yang dah ada pengalaman bekerja dalam bidangnya sebelum menjadi pensyarah, masa aku dulu ada 3 4 orang pensyarah yang macam tu, seriously aku tak pernah tuang kelas diorang sebab kelas mereka sangat tidak boring, masa sesi pembelajarannya mesti ada diselitkan dengan pengalaman2 bekerja mereka sebelum ni untuk dikongsikan bersama yang sangat menarik minat, mereka boleh kaitkan serta beri gambaran apa yang kita belajar tu boleh dan akan digunakan bila dah bekerja nanti, mereka tahu apa yang perlu kita sebagai seorang student perlu tahu dan mahir untuk persiapan bila dah mula bekerja nanti.


Time aku dulu kira2 10 tahun lepas masih ramai non-experienced lecturer, yang experience boleh dikira, sekarang aku tak tahu, mungkin sama sahaja kerana kalau ikut flownya di mana lepas tamat ijazah sarjana muda -> jadi tutor -> buat master -> jadi pensyarah -> buat PhD. Tak ramai yang lepas tamat ijazah sarjana muda -> bekerja di sektor swasta atau awam -> buat master full-time/partime -> jadi pensyarah -> buat PhD. Mungkin sebab bila orang yang dah mula bekerja maka minat nak jadi lecturer pun dah kurang sebab dah seronok dengan kerja atau gaji dah cukup besar.


Tapi apa2 pun at the end yang menentukan anda ni graduan smart atau cap ayam adalah anda sendiri. Kalau nak tu seribu daya, apa2 yang tidak diajar tu kenalah pandai2 belajar sendiri, sebab lecturer takkan suap semua kat anda. Kalau asyik nak mengharap kat orang lain, ada assignment pun nak dok menumpang je dengan orang lain punya, bayar orang buat, sampai bila2 la akan jadi cap ayam.





tags: lahir graduan cap ayam lecturer pensyarah kolej college universiti university ipta ipts tiada ada pengalaman kerja maser phd degree ijazah sarjana muda diploma belajar kursus teori major minor praktikal latihan industri assignment tugasan final year project fyp projek akhit tahun thesis tesis lazy student copy work tiru salin upah bayar kelas dewan kuliah bosan mengantuk dalam kelas sleep in class

105 ulasan:

  1. heh heh heh heh..tatau nak taip ape sebenarnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak tau nak taip apa-apa tak payah taiplah bodo

      Padam
    2. Bro noob, kalau kita belajar dan kerja ikhlas kerana Allah dan untuk kemaslahatan bersama, Inshallah akan dipermudahkan musafir kita yg sementara ini.

      Padam
    3. ntah nye aku langit nih, paling taik pon ko taip la '1st'...ikikiki xD

      nak nenen?

      Padam
    4. ko nak ke langit sangat?

      tumbuk nak?

      Padam
  2. Gamabr 1 tu mengigatkan aku kat dewan fsktm upm.. haha.. :)

    Copies biasa la.. programming terutamanya tapi ubah sturktur dia etc hehe.. :D Kalu kopi sebiji memang melampau aaa.. :D

    Thesis biasa.. lecturer paling besh ambik kajian pelajar gabung edit2 proses jadi thesis phd.. kih kih kih.. sonang kan.. :D banyak camtu..

    belum lagi cerita lecturer yang bisness.. ambik grant pendidikan wat bisness.. jual saham etc.. padahal modal dari duit grant research..

    pengalaman aku 70% dari labs.. praktikal.. tolong orang.. study ampeh.. math paling menyampah langsung tak guna apply kat kerja pon.. tapi kena lulus 4 kredit plak tuh.. aduh.. mungkin tu subjek untuk jadi lecturer.. kah kah kah.. tu aku tak ajdi lecturer..

    Apapon semua rezeki la.. niat ikhlas belajar dapatkan pengalaman apa saja skills yang ada dan juga jangan sombong.. salu2 la tolong orang insya'Allah tuhan permudahkan.. :)

    berbalik kat lecturer ada mudah ada senang hehe bergantung kepada kesmartan ko la.. tapi agak mudah la kalau result gempak dapat kerja fakulti tempat belajar.. selesa sape tak nak.. banyak kawan sebaya senior juga junior memilih jadi lectuer.. ada univ sama univ berbeza dsb..

    sebenarnye masih ada lecturer memang brialant pi oversea study phd semua.. sekarang mengajar univ ternama malaysia.. salu present kat international conference.. google nama dia berlambak ada kat paper IEEE dsb. ;) ingat senang ke nak dipilih dan tulis tu semua research & english kena power beb.. tu yang segelintir memang power..

    BalasPadam
    Balasan
    1. melampau ah nih... pensyarah menyalahguna dana. ini langgar etika nih..

      Padam
  3. u are absolutely right. zaman skarang ni semuanya nak kan poiter 3.5 and above
    but they never think about the experience.
    most of my lecturer adalah lecturer muda yg baru tamat master dan langsung x ada pengalaman kerja and mengajar. wth???

    dlm kelas diorg hanya bercakap je tgk slide dan x penah nak praktikkan. lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh ye ker? lecturers i muda2 baru lepas mster tapi hebat & sporting jer? score je papers die, gempak je amali praktikal sumer tak penah i mengantuk pun? u study kat U mane? mebi U study kat U yg low class je kot? SPM u baper A dpt? kos u study tu memang kos yg u pilih 1st choice or choice yg paling last skali? ke u mmg tak minat langsung nak belajar ni? hewhewhewhew kuatkan semangat yer...hewhewhew ;D

      Padam
  4. betul tu..... bila lecture mengajar guna slide tak faham langsung... mengantuk dan boring... lepas tu masa test garu kepala ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. u bkn mcm skola. lec jlnkn tugas bersyarah ja. student la kna pulun ssndiri. bkn lg zmn spoon feeding. xtau jmp lec. ni x dh boring pstu tidur. pstu xphm. bila xphm xmau tny. mmg la pnsyrah muda xda pnglmn tp skrg2nya ilmu dia lbh. sbb tu dia boleh share ilmu tu. bila dh kondem lec mmg xbrkt la ilmu

      Padam
  5. Noob macam ayam..wohaaa!!

    BalasPadam
  6. ala rileks la brader. bukan sumer org pandai mcm ko atau btul2 minat bidang mcm ko. ade yg rase diri kena dipaksa amik bidang tak minat, last2 kantoi kt fyp. bab2 teori sumer ok, cume bhgian praktikal yg sorang2 tu .

    padan muka mmg padan muka, tp kesian la sbb tak sumer org pandai mcm ko. lepas grad nnti pi la terjun keje bdang lain especially buat bisnes, tak la menambahkan lg graduan cap ayam dlm bidang yg dia amik tu.

    peace

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni aku kurang bersetuju. semua yang dapat masuk universiti dah tentulah pandai2, mana ada orang bodoh masuk universiti. tak kira samada kita dapat kos yang kita minat atau tidak, bila dah dapat peluang masuk U, sepatutnya belajar bersungguh2, teori dan praktikal. jangan sia2kan peluang dapat masuk U tu, sebab beribu2 lagi orang yang nak masuk U tapi tak dapat, kita pulak yang dapat masuk U mahu jadi cap ayam. kalau rasa lepas grad nak terjun keje bidang lain, try tukar kos awal2.

      seperti contoh ada ke majikan yang nak ambil akauntan dari kalangan budak engineering? atau ada ke doktor perubatan yang diambil dari budak IT? takde, melainkan kita downgrade kerja sebagai kerani atau jadi PTD, itupun susah nak dapat. kalau kata nak buat bisnes, perlu ke tunggu 4 5 tahun habis belajar baru start buat bisnes, kalau dari awal2 lagi target mmg nak buat bisnes?

      aku cakap ni sebab aku tgk berapa ramai graduan2 yang lepas masuk kerja tak reti nak buat kerja, kalau tak reti tu takpe lagi kita boleh ajar lagi tapi kalau dah malas nak belajar benda baru, take thing for granted nak buat macam mana?

      sebab tu kat malaysia dia trend dia masuk u sekadar nak sijil sahaja, tak ramai yang mahu appreciate ilmu dan knowledge itu sendiri.

      Padam
    2. tak boleh tukar kos awal2 sbb bajet lulus cukup makan smpai tahun tiga, bajet boleh tahan smpai final year, bajet boleh tahan smpai akhir sbb taknak hancurkan impian parents, tngk2 lain plak jadiknya. langit tak sntiasa cerah. tp last2 terkandas last2 minit. keje tuhan. tp rezki ade di mane2. biar la tejun bidang lepas 4-5 tahun pn, janji ade semangat nak keje utk teruskan hidup. ramai je yg cmni. mase amik kos awal2 dulu mane la kiter tau ape nak jadik kt penhujung atau kt pertengahan. kdg2 memang last2 dorang dpt habis blajar dgn cukup makan dan slpas extend 1-2 tahun, tp lepas tu mmg dah tak mau dah amik bidang berkaitan (terutama kalo bab nak sambung blajar)

      tak heran kalo ade majikan nak amik budak engineering keje akauntan, mngkin biase company kecik2 yg mngkin perlu low level accountant jer, kalo budak tu self-learning account sbb dia minat, tp mngkin sbb takde sijil, jd gaji pn skit la. takpela, sebab die dah fedup bende kaitan engineering, keje je la ape yg dia mampu. biar la ape org nak kate pun. reda dan qada dan qada' jer la. janji keje halal. kalo dia comfortable dgn keje accountant tak sbrapa dia tu, tak kisah la.

      Padam
    3. Ko ckp keje akauntan xseberapa?ko ckp elok2 sikit,aku ada master in account,ada professional cert accountant,skrg aku pegawai akauntan W44 di jabatan akauntan negara.jgn ingat keje akauntan ni bodo sgt,ckp elok2 skt

      Padam
    4. Sokong komen di atas. Gaji basic guru akaun lepasan upsi cuma myr 2200 tapi sebaliknya graduan jurusan pure accountancy yg hendak jadi guru akan mula pada gred dg41 juga tapi basic gaji myr 2800, engineer yg nak jadi guru pula basic gaji myr 2500..tu buktinya jurusan akaun ni bukan calang2.

      Padam
  7. ade org penah citer kt aku, ade sorang ni mamat ke minah tak sure. Dia lecturer baru, bile student tanya cmner ni berkaitan subjek/projeck, lecturer tu mcm teragak-agak nak jawab sbb yer la, agaknnya mmg tak tau sbb lecturer cap ayam. pastu student dia kate, "tak tau ni mcm mane leh jd lecturer? kalo nak berjaya, kena blajar dgn org yg dh berjaya, tp ni?? lecturer pn tak tau cmner nak jawab." pstu lecturer tu terkedu terus benti keje pstu buat bisnes. skrang bisnes dia lg maju. mmg dah bukan rezki dia jd lecturer, takpela, skurang2 nya dia dh mengurangkan sorang lg lecturer cap ayam.

    moral? pi tegur lecturer cap ayam tu habis habisan dpan dia supaya dia benti keje. pstu dapat la mengurangkan sorang lg lecturer cap ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi yang bestnya si lecturer ubah takdir dengan mencuba dalam bisnes pulak. tak sangka dia boleh berjaya.

      benar kata orang, pengalaman pahit selalunya matangkan orang

      Padam
    2. skang ni pe lak jadi kat student hebat gila yg tegur lecturer cap ayam tu? dia dah jadi ayam ke lembu? ;D

      Padam
  8. adakah kita produk cap ayamnyer? huhu!! Pengalaman adalah guru/lecturer yang sebenarnya.. sijil/diploma/degreee/master/phd cuma pelengkap..

    BalasPadam
  9. eh bab lecturer wanita ajar OS tu mcm sama je pengalaman kite..giler malas nak masuk kelas beliau..dahla kedekut markah, ajar tak pandai. bila tau dia ajar Operating System Security next semesternya, semua pakat tanak amek sebab dia ajar jugak.sanggup belajar dengan sir pakistan walaupon bebelit urat nak paham BI dia..wahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha cakap pasal lecturer asing ni kitaorang ambik masa sebulan nak faham slang dia yang berbelit hahaha. tapi sib baik lecturer asing ni tak kedekut markah berbanding lecturer tempatan.

      Padam
    2. dia tak kedekut markah sbb dia sedar students melesia tu lembu sangat utk paham slang dia yg hebat tu,maka dia rasa kesian ya amat lalu bagi jer markah tu,pstu smua students tu pon hepi dgn hidung mereka kembang kuncup hewhewhewhew...semua orang pon hepi hewhewhewhew ;D

      Padam
  10. bila blaja bodoh kat skolah,salahkan cikgu.bila bodoh kat U,salahkan lecturer.assingment meniru,buka buku time nak exam je,bila fail..salah lecturer.harapkan nota kuliah,takde inisiatif keluar cari maklumat,usaha blajae cara sendiri,bergaul dengan org yg mahir dalam bidang yg kita pelajari..salahkan lecturer.keje kat opis,tak naik2 gaji,salahkan bos.org lain berjaya,gaji besar,diri sendiri gaji kecik..salahkan tuhan.perangai tak elok,salahkan mak bapak.lepas abis blaja payah nak dapat keje..salahkan makbapak,guru,lecturer,jiran,tuhan,kerajaan,saudara-mara.hakikat manusia,bila gagal..payah nak terima kekurangan diri.salahkan org lain lagi senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ituler... Kalau blaja harap guru je spoonfed semua. Sendiri xmau usaha. Jd graduan cap ayam lps tu salahkn semua org kecuali diri sendiri.

      Padam
  11. pnah dulu ada sorang lecturer baru from industry mengajar kitorang (dia ni jew,tapi orthodoks,so xdela racist kat aku yg sirg je popuan muslim pakai tudung dalam kelas tu). first esaimen dia bg kitorg, mcm bese la mlm before nk submit tu baru bebudak satu kelas lepak uni saling meniru niru. so the next week tiga suku kelas kne stood up, sorg2kne panggil interview sape tiru sape. dia siap buat notes tulis link budak ni tiru bdk tu etc. yg bestnyer aku org first kne panggil sbb no ID aku paling atas,pastu kne maki kaw2. masa tu tinggal satu sem je nak grad,so dia tanya aku, nak ke dia anta nama aku naik sampai kena buang uni? plegiarism is damn big issue in industry.
    membe aku yg bg kitorg tiru lak bg alasan dia 'ajar' kitorang buat sebenarnya..sbb tu codes kitorg line by line sama (ni subjek computational fluid dynamics, time tu ade coding sikit2). then ayat dia kitrg xleh lupe:- "there's a thin line between teaching and letting them copy. its like giving them a gun and letting them shoot." :-|
    anyway tu pengalaman berharga la bg kitrg (walaupun time tu da final year da pun). bese time tiru esaimen,lecturer either x pedulik or x bg markah je,xde aa sampai ugut nk buang uni. tapi by graduation, lecturer yg sama offer aku phd :D (tapi aku x smbung sbb nk balik melesia..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu baru la lecturer yang ada hati nak mengajar. Ni.. ajar sorang2 kat depan syok sendiri, nak tanya pon mdia xnak layan.

      Grrrrr~

      Padam
  12. bro, aku pun budak IT jgk time diploma dlu.. first lecture, indian lady.. smbl mengajar naggging memanjang almaklumlah, baru mengandung kan.. msuk jer sem dua kmi dah kelam kabut tu pun nasib baik ade member sggp ajarkan skit2 basic terdahulu.. ade bende pun ktorg copy-paste jer drpd dy.. seriously, segala c++ yg aq blaja mse mula2 dah habis lupa.. bkn aq sorg, tanye ramai member dorg ckp bgitu.. ape kmi ingat smpi skrg hanyalah photoshop, flash, director dan web design yg lgsg xde kene mengena dgn IT yg spatutnya kmi blaja.. ramai yg xsmbg degree n ends-up keje bahagian lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu aku cakap, lecturer pun sedikit sebanyak ada kaitan dalam melahirkan graduan cap ayam. memang at the end ia bergantung pada diri sendiri juga, tapi kalau guru pun takleh nak motivate pelajar sampai student tu lost dengan masa depan career path mereka, susahla. sepatutnya mereka la guide budak2 yang baru nak up baru nak kenal dunia ni.

      btw semua multimedia tools yang ko guna tu still IT related, so takde masalahlah :).

      Padam
    2. HoH!Apa barang jadik lecturer?!Gua dah penat bina reputasi kat tempat keja gua betaon taon,gaji dah 5-6 angka sebulan,apa gila ke gua nak hara-kirikan diri gua nak jadi lecturer?Banyak teori2 formula tu semua gua dah tinggal terkubor,kertas kerja apa bala tu secretary gua yang taipkan,gua sain jer,apa gila ko gua nak tinggalkan semua kesenangan tu?Bebudak skang demand lebih2 mcm taik jo.....sbb tu jadi cap TAIK AYAM!Aku dulu gila study hard&smart woi!Takda masa nak salahkan lecturer gua,gua sayang gila lecturer2 gua,tua dan muda sporting belaka,agaknya laa sbb tu kot gua dah boleh smpai gaji gua 6 angka sekarang?hahahahahahaahhahaha woi korang losers jgn jadi mcm hanjing tersepit la,ko tau hanjing tersepit tu mcm mana?hanjing tersepit tu geget tangan yg memberi...mcm tu la perangai bebudak skang...syialll loe orang takda hotak!!

      Padam
  13. lain2 bidang lain2 la kn.. mcm dlm engineering.. sememangnye pentingkn praktikal.. teori x la bergune sgt.. kene byk refer kt orng yg berpengalaman.. tp mcm klo lepas grad klo keje ngn consultant kne la byk design2 bangunan.. tu pkai teori time blaja la.. wat calculation sume.. tp klo keje contraktor mmg masak la.. sume pakai pengalamn..

    tp bile da keje sebagai fresh grade jgn la jd bodoh sombong.. mentang2 ade degree ke master malu nk bertanya.. klo x tau sgt jgn sesekali ckp x penah belaja.. memang membusukkn nama universiti masing2 la.. cube rendahkn diri belaja balik ke.. aku memang pantang orng bodoh tp sombong ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dulu blajar engineering. takde la bodoh sombong sngt, tp bile nak tanya pasal projek fyp, lecturer tu slalu outstation atau buat2 sibuk dgn project dia. die suruh tanya tutor atau research assitant, hangin gak sbb mcm tak membantu langsung. kiter tanya die, dia tanya kiter balik. nak tanya lebih2 tak brani, sbb mcm dah agak dia pn tak tau tp buat2 tau.

      ada org kate, jgn bodo sombong, kalo tak tanye orang mane ko nak tau atau dapat ilmu?

      tp bile pi tanya orang, akan dijawab 'jgn harap pada orang lain, carikla sndiri, jgn harap spoonfeeding.'

      eh mane satu nak ikut ni. tanya salah, tak tanya pn salah. terjun dlm lombong la kalo cmni.

      Padam
    2. ade gak bdk engineering ingatkn bdk2 it je bace blog ni..

      Padam
    3. msti la ade. ingat orang it je ke yg ade kt dunie tenet ni. tp tak tau la aku kalo kt blog ni. noob kena buat poll visitors dtg dr aliran bidang mane.

      Padam
    4. aku budak politik sastera. boleh join ke?

      Padam
  14. hmm setuju2..masa study kat u dulu saya pon ada lecturer yg lepas degree trus sambung master then jadi lect..kuliah beliau kalau bab2 teori memang A+++ tapi kalau bab2 practikal, agak mengecewakan. beza dengan lecturer yang ada pengalaman kerja. tak kisahlah dia kerja lama atau sekejap janji dia ada pengalaman kerja sebelum jd lecturer. dulu saya ingat lepas habis degree terus nak sambung master tapi tak jadik lepas tgk contoh 2 org lecturer yg disebut td.kita mestilah nak jadi yg terbaik kan?? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak sambung tapi tak jadi ke,atau nak smbung tapi cgpa tak lepas syarat?

      Padam
    2. sbb cgpa tak lepas syarat & dah gatal bebeno nak kawin dan beranak pinak reramai..titew nak jadik suri rumah sepenuh masa dan nenenkan hubbi titew jew, boring2 bleh layan katun chibi maruko chan...ihihihihik~

      -(malu nak komen luahan hati ni guna id titew, titew pakai anon lah~)

      Padam
  15. aku baru bertapak dalam bidang proses engineering ni.bidang engineering ni praktikal mmg penting.. teori x la bergune sgt.engineer ni makin lama kerja makin tinggi value.contohnye sebelum ni ade maslah dengan product plant ak.dari segi teorinya mmg tahu masalahnye berpunca sebab pressure tinngi.so troubleshoot problem dari equipment design sebab ape pressure naik.check balik operational history xde masalah pape.mule blur xtau nk buat ape,last2 technician yg ade sijil je tp dah lame kerja dpt carik punce masalahnye.rupe2nye problem tu puncanye dari pipeline,ade ice block kat dlm.bende ni haram xdenye diajar kat universiti.so,kpd junior2 chemical engineering,jgn riso,mule2 kerja mmg jd graduan cap ayam punye haha

    -apec-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang dah teka betul pasal pressure tinggi, tapi anda tak meluaskan pemeriksaan anda kat komponen lain.

      takpa kayuh perlahan2...

      bila benar2 dah mahir, boleh la kut buang kemungkinan2 yang rasanya tak perlu. tapi dalam kes nih, aku rasa mmg kene mmg kene check equipment design dan pipeline. takde SOP utk kes camni?

      Padam
  16. Sangat setuju! Ada yg jd lecturer tapi xde satu nilai pun yang baik dia bagi contoh. Aku takde la amek IT. Tapi nak buat research, minggu ni dah sumbit tajuk dia setuju. Minggu depan dia menjerit2 marah cakap tajuk tuh bodoh. Tukuar tukar tukar sampai dah masa suntuk untuk buat test. Kes aku nak dapat result ada yang eksperimen/test process dia amek masa seminggu nak generate result.

    Pastu lecturer bagi semua teori dari bukudia tak sedar pun kat luar sana orang dah tak guna pakai kaedah/teori tu.giler looser biler masuk alam pekerjaan dibuatnya.

    Ish.. macam2

    BalasPadam
  17. tu la korang.blajar bodoh,tapi nak masuk Universiti.pastu asyik salahkan org.kalau bodoh,lepas spm keje je la terus.tak payah la angan2 nak masuk Universiti.Universiti tu untuk org yg pandai usaha sendiri.Lecturer tu bagi pembayang paham sikit2 je.korang sendiri kena usaha research sendiri,praktis sendiri..ni tak,dalam kelas dok borak,nota malas salin,buku pun buka time nak final,assingment meniru,copy paste,lepas kuliah balik bilik tido..tgk wayang..gi melepak..makan angin dengan member,kuar ngn awek/pakwe.Ceh,ada hati masuk U.masuk kandang lembu boleh la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi satu..time kuliah dok main hp.tambah2 lagi yg canggih2.boleh bke fb,tweet segala bagai.pastu post

      "kelas ptg ni boring la.."
      "tak sabarnye nak g tgk wayang lepas ni"
      "ptg ni nak main futsal tak"
      "benda ape yg pensyarah aku dok mengarut kat depan tu?"

      bodoh,memang la tak phm,time kuliah dok main hp.lembu..lembu

      Padam
    2. kimak lu zack.lu xpernah masuk u diam.br keje supervisor nepal bising.kalau lu hebat sgt cuba la masuk u tgk lu jd lembu ke ayam

      Padam
    3. alah, tu zack mase zaman die blajar la tu. dah nyesal dah tu sebab dia luahkan prasaan mcm frust jer. haha

      Padam
    4. alaaa zack, biase la manusia nih, lebih2 lg melayu marhaen...tabiat tuding-menuding jari tu mmg kekal abadi, satu jari telunjuk tuding jari kat orang lain, 3 jari lagi tak sedar dia hala kat diri sendiri...kehkehkeh, adat la tuh Xp

      aku penah terbaca satu kes sorang ank ni kena tangkap polis sbb merompak, pastu bila dijatuhkan hukuman sekian2 tahun penjara, dia menjerit apa ang nak tau? "Aku salahkan mak bapak aku sbb tak didik aku dengan betol!!!"...kahkahkah, bukan mak bapak dia suruh dia merompak pon, lain la kalo dorang tu yg suruh kan...kahkahkah haii manusia manusia ^^

      Padam
    5. alahai minah ni manja betul dgn zack,saling sokong menyokong,bak kata org saling melengkapi gitu.mmg la xleh nk salahkan ibu bapa 100% tp ibu bapa masih ada saham dlm tindakan anak dia.kalo mak bapak dia didik betul2 xdela anak dia nk merampok.time nk salahkn org lain xboleh,tp kalau nk salahkn kerajaan laju je,dasar org hipokrit bermuka2

      Padam
    6. lorrr dek non ko jeles kew? nak rumput? XD

      Padam
    7. ikikiki plain83,tambah sikit lg kat komen awak...

      satu jari telunjuk tuding kat orang lain, 3 jari tak sedar tuding kat diri sendiri,IBU JARI tuding kat atas(tuhan dipersalahkan)...astagfirullah mereka mereka ini,bila mau bertaubat?...hewhewhew ;D

      Padam
    8. mana ada orang tuding jari ibu jari naik ke atas,itu nak main polis2 boleh la acu2 pistol pakai jari.tuding jari biasa ibu jari ke depan jugak.gila noob la ko ni

      Padam
    9. saya jeles, sila agihkan kasih sayang secara sama rata wahai cik plain 83

      Padam
    10. apakahhh?? pengakuan dusta apa ini?? hmmm...biskut nak biskut? XD

      Padam
    11. no wonder the internet is fool of forever alone

      Padam
    12. biskut dah ada gf la.. gi cari kasih syg tu dr mak kamu :p

      -p-

      Padam
    13. hahah...'full' of 'forever alone', termasuk anon2 sekalian yg semuanya menunjukkan sindrom kurang kasih sayang...kesian pulak aku rasa, anon nak biskut? XD

      Padam
    14. titew nk pizza..hihihi :)

      Padam
    15. bagi kat saya dulu, saya nak biskut air tangan cik plain...

      Padam
  18. Setuju dgn zack.. walaupun tak suma kebanyakkannya mcm tu. agak susah aku nak jumpa budak2 yg betul2 duk dlm bilik study.. kebanyakkannya buka laptop.. main game PES, fb, tgk movie. gayut ngan awek dan macam2..

    walaupun aku seorg drop out Univesiti... tapi aku bersyukur dgn pekerjaan ku skrg. setiap org sudah tertulis rezekinya sejak dari azali, kalo xdpt dgn cara ni, cuba dgn cara lain.

    #insan fakir#

    BalasPadam
    Balasan
    1. uih..baguihnya..anak sapa la ni

      Padam
    2. konon boleh jadi berjaya mcm bill gate lah kena drop U..baik ko sambung balik kat OUM..sampai bila ko nak hidup tahap bwh org ada degree!!

      Padam
    3. lebih baik dia drop out universiti.lagipun dia dah de kerja.maklumlah sekarang ni 'graduan universiti cap ayam'.

      Padam
  19. eh, cap ayam pn bagus pe?? sape yg tak makan sardin cap ayam kt sini??? sardin paling sedap tauuuuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. punye bnyk cap ayam kat dunia nih,sadin cap ayam yg paling best..paling teruk lak,graduan cap ayam

      Padam
  20. Dulu masa nak habis belajar pun pensyarah pernah nasihat macam ni gak. Kalau nak kerja jadi pensyarah, lepas belajar, cari pengalaman kerja luar dulu beberapa tahun. Lepas tu sambung Master atau PHd untuk jadi pensyarah.

    Masa belajar dulu, saya lagi prefer pensyarah yang ada pengalaman kerja luar sebab mereka boleh relate apa yang kita belajar dengan realiti alam pekerjaan di luar. Kalau sekadar mengajar apa yang ada dalam buku teks, rasanya belajar sendiri pun tak apa.

    BalasPadam
  21. aku boring dalam kelas,tak bagi tumpuan-->salah lecturer
    aku banyak assingment,selesaikan dengan cara tiru kawan punya-->salah lecturer
    aku patutnya gi library,study tajuk yg lecturer ajar dalam kelas tadi,tapi aku malas,jadi aku gi tengok wayang-->salah lecturer
    exam final lagi sebulan,lama lagi..sehari sebelum exam baru study-->salah lecturer
    lecturer cakap kalau tak paham datang discuss kat bilik dia,tapi aku malas la,nnt tnye kawan2 je lah-->salah lecturer
    lecturer tu muda,blaja sampi master dan phd,tapi takde pengalaman.aku ni pulak diploma pun sangkut2-->salah lecturer
    kertas projek copy n paste,dapat markah teruk-->salah lecturer
    aku tnye dalam kuliah,lecturer tak tau jawab..jadi aku tak tau jawapan sbb kat Universiti aku tu hanya ada sorang je lecturer-->salah lecturer
    aku grad cgpa 4.00,tapi payah dapat keje.org cakap qualifications dan bagus..tapi skill berkomunikasi gagal-->salah lecturer


    selagi hidup dalam kegagalan atau tak capai apa yg diimpikan,salahkan org lain.tapi bila berjaya..

    aku dapat kerja gaji best-->aku hebat
    aku dapat bnyak tawaran kerja-->aku hebat
    nasib baik aku tau jawab semua soalan masa interview tadi-->aku hebat
    kajian aku diiktiraf agensi2 kerajaan-->aku hebat
    aku dapat keje yg aku nak-->aku hebat
    exam final memang tak jawab langsung tapi lulus-->aku hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. lecturer cap ayam detected

      Padam
    2. kalau lecturer tu salah,dia memang malas mengajar atau tak usaha mengajar dengan sempurna..ya,salah dia.tapi kalau dia dah usaha sehabis baik,cuba smpaikan ilmu dia sedaya upaya,student2 yg pemalas (tapi tak mengaku) dan mengutuk lecturer dia disini (walaupaun tak bgtau nama lecturer yg mengajarnya),maka tak berkat ilmu yg dia dapat sehingga dia mati.seumur hidup berdosa dengan org yg sedaya upaya mungkin cuba mengajar walaupun tak cukup mahir (sebab lecturer muda).Jgn sewenang-wenangnya menghina guru yg mengajar kita,seteruk mana pun dia mengajar,tetap ada ilmu yg diajarnya dalam diri kita.kalau keberkatan tak ada,kau kerja la besar mana sekalipun,tapi kalau kau lupa jasa org yg membantu kau..sekejap saja tuhan boleh tarik balik semua tu.

      Padam
    3. anon 12:33 PG..waklu aku lecturer.bila masa pulak aku keje lecturer.cakap je la kau student cgpa rendah pastu payah dapat kerja.sendiri malas majukan diri,tau tunggu lecturer kau suap je,bila dia suap sikit..kau menggelabah lebih.bukannya tau nak tambah sendiri ilmu dan kemahiran.

      Padam
  22. budak IT memang mental.diorang suka memendam perasaan dan buat2 mcm takde masalah.tapi bila dapat peluang,diorang paling bnyak komplain.budak engineering memang dari dulu sejak azali diketahui ego dan berlagak.subjek mereka paling power dan bila dah kerja pun tetap berlagak.budak akaun rasa akaun paling susah sekali..subjek lain senang je,ibarat petik jari.budak aliran agama bagus sekali,tapi kadang2 lupa diri,anggap diri paling beriman dan org lain dosa berdaki-daki.

    budak IPTA mampu bangga diri,ada harapan cerah nak sambung study atau keje company,kadang2 rasa diri lebih pandai pengajar itu sndiri.budak kolej swasta toksah sembang banyak,blaja failed,nak beradab pun jauh sekali.budak de SPM je pulak kalau berjaya,megah tak henti-henti,kononya dah kenal erti usaha dan berdikari,tapi bila gaji kecik,senyap menyepi,kononnya dah nasib diri..maklumla,ilmu tak tinggi.

    aku tau ramai yg akan panas berapi dengan statement aku ni,tapi tnya la diri sendiri,apa yg korang nak jadi,dan apa yg korang dah jadi.Jgn tuduh sana-sini kalau tak dicermin diri sendiri.Semua org teruk,takde yg sempurna,jadi tak guna korang nak ungkit salah itu dan ini,sebab semua tu takdir illahi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih senang cakap sumer org ade masalah mental. sape yg takde masalah mental. orang giler je sbb dorang takde ape nak pikir dan dirisaukan. jalan pn bogel.
      haaaa bile aku ckp masalah mental, bukan giler tau. masalah mental ni lebih kpd ape yg ko risaukan hari2, msti la sumer org ade masalah nak pikir.

      ape2 pn, bersyukur la dgn ape yg ade, jgn pandang org lbh atas, pandang yg di bawah.

      Padam
  23. Belajar la dapatkan sijil cantek2, supaya peluang nak masuk bidang terbentang luas..

    Sebaiknay berusaha dengan kepandaiaan dan kepakaran sebab sekarang mudah nak dapatkan/score A. internet library degung ilmu dan maklumat bersepah.
    Tapi kalau dah bebal dan nak result cantek gak...ko nak copy ka upah orang wat assignment nak menipu ka apa tak kisah hahaha asal JANGAN KENA TANGKAP. :D

    Untuk KERJA memang praktikal penting, Apa diajar kat Univ/Kolej tu semua untuk sekeping sijil je atau tiket untuk ko masuk alam perkerjaan. Kalau ko ada tiket KELAS A/VVIP pelung nak masuk kerjaya lebih tinggi mudah. Kalau ko ada tiket KELAS B je peluang tu agak jauh.

    Anyway it's just short cut. orang tak masuk U/Kolej pon leh berjaya juga walau takda tiket kelas A tetapi kena lebih berusaha la berbanding orang ada tiket. Walaubagaimana pon bila dah masuk alam perkerjaan kerjaya memang kena berusaha la tak kira ko ada tiket shortcut ka atau ko mula dari bawah.. Kalau dah susah payah dapatkan tiket kelas A tapi pemalas memang taklehnye nak berjaya.

    So simple je bak kata orang tua-tua usaha tangga kejayaan. usaha dengan menipu umpama guna tangga rosak mungkin ko boleh sampai atas mungkin ko akan terjatuh gedebuk. Tu kalau jadi lecturer dengan menipu (copy assignment.. guna toyol etc.) takda kemananye. Sendiri pon tak rasa puas ngajar orang berbakul sumpah pelajar dapat sebab ngajar tak bagus.

    BalasPadam
  24. Insyaallah tahun depan ambil sijil RHCSA :)

    BalasPadam
  25. dulu-dulu time buat assignment yang lecturer bagi, selalunya kalau project network, mesti team member lelaki yang buat, then part report and present, budak perempuan lak yang buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teamwork yang bagus :)

      Padam
    2. tapi mcm noob ckp la.. bila graduate pastu kerje, dah mcm cap ayam, sbb tang practical, x reti nak buat.. dulu time study dok pulun theory je..

      Padam
    3. ooooo...patutla cap ayaaam...ni salah lecturer ke salah student ni?

      Padam
    4. Dah bagi peluang present tu tak pahamkan apa yang di"present"kan :D
      ala project network bukan susah pon.. betul dak Noob :D

      Padam
    5. adoi.. giler membunuh nih! mmg tak faham pun apa yang di"present"kan tu..

      Padam
    6. Projek rangkaian apa masa tu?

      Padam
    7. tak ingat la dah.. bertahun-tahun yang lepas.. tapi mmg pasal networking la..

      Padam
    8. oooo ni mesti projek nak buat networking jual mlm ni

      Padam
    9. networking mlm ke? tu Noob dah citer kan ahaks.. :)

      Dulu masa kat univ ada senior ajak masuk mlm siap tayang kereta wira baru dia lagi hasil mlm dia ahahaha.. sebiji cam noob citer.. :D

      tu aku muskhil si noob ni dulu satu kolej ngan aku ka.. kekekeke

      Padam
    10. korang cakap pasal apa ni? networking MLM? no idea.. haha.

      noob dia berselindung identiti dia.. tidak mahu dikenali. pe lagi, korek2 info tntg dia :p

      Padam
    11. keke takda la ni pasal networking router switches, VPN, VLAN, BGP, MPLS segala.. :D

      Padam
    12. ha betul la pasal networking router switches, VPN, VLAN segala jadah. tak faham la aku. sib baik keje skrg bos x assign aku buat benda2 alah ni.. leh juling bijik mata aku tau.

      Padam
    13. kenapa kita takle buat LAN networking secara kekal atau fix ha?

      ku tgk ip address banyak computer kene tukar tiap2 hari...? why eh?

      Padam
    14. tak tau.. x minat network. sorry tak membantu. lalala~~

      Padam
    15. ko study lg ke biskut? ko gi tanya lecturer ko je la.. rasanya takde sapa dlm blog ni yg leh menjawap soklan ko. :p

      Padam
    16. ana boleh jawab sebenarnya... mmg ip adress komputer dia tukar tiap2 hari sebab dia pakai DHCP server. boleh nak fixkan, samada fixkan kat setting network kat PC tu sendiri atau fixkan ip tu dekat DHCP server dengan MAC address PC tu.

      Padam
    17. owh yang configured manually ip address kat IPv4 tu eh? masukkan ip, subnet n gateway tu semua..

      Padam
    18. Biskut, Ianya bergantung kepada configurasi boleh pakai fix atau dynamic (mengunakan protocol DHCP). Biasanya dalam persekitaran yang mesra penguna pakai DHCP, mudah dan senang tak perlu la nak set IP tu secara manual. Jenuh nak tahu nak ingat IP apa nak masukan kalau fix.

      Tetapi server, kebanyakannya mengunakan fix IP. sebab server ni bukan jenis macam laptop, atau perkakasan yang dibawa kesans kesini tutup buka tak kira masa, server ni sentiasa on kan.

      Padam
    19. Betul tu Za, tu kalau nak buat fix la tapi kena tahu IP adresses range.
      kena tahu gateway semua kalau tak tak jalan atau mungkin nanti konflik pulak. Tu guna DHCP senang dan mudah DHCP server yang uruskan pembahagian IP ni.

      Padam
    20. baru je configured ip range kat dhcp server tadi.. tolongla.. leh juling bijik mata mak dok nengok nombor banyak-banyak :S

      Padam
  26. orey tembam memang hak kena buli selalu.

    BalasPadam
  27. Universiti & Kolej sekarang belih kepada industri jadi mungkin melahirkan graduan cap ayam tu berpotensi tinggi.

    Banyak jurusan tak diiktiraf atau baru hantar untuk diluluskan pon dah ditawarkan, lepas itu bila grad tak tau nak kerja apa. lebih kurang sama macam budak sekolah lepas SPM tak tau nak buat apa.

    Mungkin budak SPM yang tak ngaji tahu nak kerja kilang, budak universiti yang cerdik pandai katanya tak tau nak buat apa mengangur. Adakah sebab dah pandai sangat atau kepandaian jadikan manusia ni terlalu ego untuk turun ke bawah tu baru ada degree.


    BalasPadam
  28. Macam cerita aku je ni..kehkehkeh.. alkisahnye aku dulu graduan it utm n upm. masa study dulu kalo grouping mmg aku je le yg buat keje, yg lelain tu ahli kongsi tido. lepas grad, aku jadik system analyst kejap, pastu boring dok dlm functional team, aku lompat keje jadik programmer, pastu xtahan keje ngn keling, aku lompat lagi jadik assistant manager it unit. so dlm masa 4thn aku lompat 3 keje tp puas ati sbb byk pengalaman berbeza aku dapat. lepas kawin, aku dapat offer jd it manager kat hq sebuah bank tapi terpaksa tolak sbb nak ikut laki pegi sabah. cari punye cari keje kat sabah, last2 dpt keje jd lecturer it kat sebuah kolej...so kat sini mmg diakui pengalaman2 keje terdahulu byk membantu utk mengajar student2 sini. setiap kali mengajar aku mesti kaitkan dgn industry etc..pasni nak study leave amik master pastu phd pastu try cari tempat kat ipta insyaallah.. tapi aku rasa mengajar ni la yg plg sesuai ngn aku... rasa seronok dpt bagi ilmu dkt org lain :)

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. aku salah satu graduan cap ayam .aku mtk tlg orang buat sistem untuk final pojet aku.aku da taktau da nak buat cane.aku tau slh tapi aku buat jugak sebab aku terdesak.jadi korang rasa halal tak rezeki aku dari degree yg aku dpt ni?aku baru rasa menyesal.aku taktau la.aku buntu aku tak pikr pjg .perlu tak aku bgtau pensyarah aku buat smua ni.

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. apa pun jalannye semua berbalik pada diri sendiri , x perlu nk slahkan sesiapa dlm bab2 tu.. ikut cth org dulu2. ..belajar sekolah pondok pn blh berjaya. ..hi..hi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.