Halaman

Rabu, 21 November 2012

@NajibRazak 1Juta, kita 1Malaysia

Peristiwa paling bersejarah dalam dunia siber tempatan.




Sumber Twitter DS Najib Razak

Najib mahu bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyatakan hasrat untuk bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta selepas jumlah pengikutnya melepasi jumlah itu setakat ini.

Sambil menyifatkan sokongan itu sebagai saat yang istimewa bagi dirinya di laman Twitter, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia menjadi pengikut Twitternya selama ini.
"Bilangan pengikut Twitter saya mencecah satu juta malam tadi. Saat yang istimewa bagi saya di Twitter. Terima kasih kepada semua," katanya di laman Twitter sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, berikutan itu, beberapa pengikutnya Twitternya menyarankan kepadanya supaya mengenal pasti dan bertemu pengikut kesejuta berkenaan.

"Tadi saya minta supaya pengikut Twitter kesejuta saya dikenal pasti. Saya harap dapat berjumpa nanti. Kita 1Malaysia," katanya.

Semakan di laman Twitter beliau di @NajibRazak sehingga jam 1 tengah hari ini menunjukkan bilangan pengikutnya mencecah 1,001,869 orang.

Sebelum ini Najib pernah menyatakan hasrat untuk bertemu dan minum petang bersama pengikut Twitter dan Facebook perdana menteri yang ke 500,000 dan kesejuta pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Katanya, pertemuan itu sebagai tanda terima kasih beliau terhadap sokongan rakan media sosialnya sepanjang tiga tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri. - BERNAMA

Hmmm... 1 Juta??? Jeng jeng jeng...




tags: twitter dato seri ds najib razak @najibrazak perdana menteri malaysia pm cecah capai 1 juta pengikut rakan follower tweet mahu bertemu kesejuta 1000000 exceed 1 million sokongan media sosial facebook 1malaysia rosmah mansor tipu fake account akaun palsu original 

35 ulasan:

  1. untunglah ya bertuah tu.....huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. naikkan jari telunjuk ke atas sambil jerit satuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!
      MALAYSIA!!

      Padam
  2. noob ke yg satu juta tu? gurau je.

    BalasPadam
  3. buasir otak dah satu juta. mabruk alaik! tahniah der.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hit buasir otak pun dah satu juta..

      satuu buasir!

      Padam
    2. aku rasa bila followers blog noob ni dah capai 1 juta, dia akan buat contest giveaway dengan hadiah utama sebijik keta Volkswagen Beetle, hadiah saguhati Ipad...paling cikai saguhati external hard disk size storage paling besar pada saat itu...huehehe~

      Padam
  4. taktau la pemimpin lain dh berapa ratus ribu kan?hehehehe...tp kan,tak semestinya yg ikut tu pro dia kan??selalu cmtu la...mesti gak ada yg nk kondem dia.apapun,1 Malaysia.apa ada hal??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. aku pun rasanya ramai yang nak kondem dia banding nak ikut dia sbnrnya..

      Padam
    2. Skodeng dia kot

      Padam
    3. ishh x de maknenya lah orang nak skodeng lelaki.. hahaha

      Padam
    4. Ada punya ingat abg Najib takda peminat ke?
      Ensem dia tu kan bibir merah har har har..
      Untung kak Ros dapat kawen ngan abg Najib..

      Padam
    5. ko lelaki ke perempuan ni? giler puji najib segala bagai

      Padam
    6. untuk menidakan yang kamu kata takda orang skodneg dia hahahaha

      Padam
    7. haaaa.. mesti ko orangnya tu kan yg skodeng.. hahaha.. ko skodeng tang apa nih.. baik ngaku~~

      Padam
    8. Common sense :P

      Padam
  5. mcm ni kah muka ko noob. congrats dpt sejuta. RIP patrik

    BalasPadam
  6. Hahah noob, such interesting coincidence...pandai hang berkias dengan menggunakan kesempatan keadaan semasa, nice ^^

    BalasPadam
  7. sepatutnya hari ni diwartakan sebagai hari cuti kebangsaan

    BalasPadam
  8. sejuta ringgit money rakyat sudah drop..

    BalasPadam
  9. http://www.youtube.com/watch?v=_h0AhlDJZ8w

    http://leaderswest.com/2012/08/07/how-fake-twitter-follower-bots-work/

    BalasPadam
  10. Najib dapat sejuta rakan cyber setelah TIGA tahun berkhidmat sebagai PM.

    Buasir otak dapat hits sejuta dlm tempoh KURANG drpd itu.

    Ko nak bertanding PRU13 kat Pekan, Pahang ke noob?

    BalasPadam
  11. pfftttt, kalo aku tau aku buat akaun twitter banyak2 pstu follow dia.

    rugi rugi.

    (padahal takde twitter pn)

    BalasPadam
  12. Yang pasti bukan saya. Twitter pun nan-hado.

    BalasPadam
  13. tahniah..
    KO Israel, KO Israel, KO israel..

    BalasPadam
  14. Konpem yg ke sejuta malam tu bukan saya sebab saya tak fllow dia nga nga ngaaa...
    My latest Entry :)
    10 Perkara Yang Hanya Ada di Saujana Utama

    BalasPadam
  15. uih ramai juga yang buat akaun tweeter hanya nak follow abang najib :) dan ada juga yang buka akaun tweeter hanya nak follow abang najib & kak rosmah :D Sape la mereka yang begitu taksub ni yea hehehe..

    BalasPadam
  16. altantuya ke sejuta

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.